Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Andalusia, Saudi Airlines (Part 1)

$
0
0

#azieftravelogue
#AzieSacredJourney

Berbulan-bulan sebelum berangkat selalulah bertahajud memohon taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Bangun setiap malam berdoa, bermunajat memohon kepada Allah SWT. Selesai solat fardhu selalulah berdoa;

1. Memohon keampunan, mohon rahmat dari Allah.
2. Memohon agar Allah terima kita sebagai tetamu yang paling-paling-paling istimewa.
3. Memohon agar Allah tidak palingkan niat dan tujuan asal kita ke sana iaitu untuk beribadah semata-mata kerana Allah SWT.
4. Memohon agar Allah tidak uji kita dalam hubungan suami isteri (jika pergi suami isteri) sepanjang berada di sana.
5. Mohon pada Allah berikan perasaan kasih sayang, cinta mencintai, tidak bergaduh dengan pasangan.
6. Mohon pada Allah agar kita tidak dipisahkan dengan pasangan kita sepanjang berada di sana.
7. Memohon agar tempat tinggal berdekatan dengan Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
8. Mohon Allah permudahkanlah makan minum kita sepanjang di sana.
9. Mohon Allah berikan kesihatan yang baik sepanjang di Mekah & Madinah.
10. Mohon Allah hadirkan rasa kasih, cinta dan sayang pada Masjidil Haram & Masjid Nabawi dalam diri kita.
11. Mohon Allah jangan uji kita dengan rasa malas untuk beribadah.
12. Mohon Allah jangan uji kita dengan lalai membeli belah sepanjang di sana.
13. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan daripada mereka yang suka bersembang, membazir waktu bercakap perkara yang tidak beri faedah.
14. Mohon pada Allah lindungi kita dan pasangan sehingga kita dapat berjumpa semula dengan keluarga di tanah air.
15. Mohon pada Allah agar kita dapat cukupkan semua waktu bersolat berjemaah dan dapat berada di saf pertama di Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
16. Mohon pada Allah agar gerakkan hati kita untuk banyak lakukan solat-solat sunat. Gerakkan hati kita untuk banyak lakukan tawaf sunat. Berikan kita ilham untuk beribadah dengan terbaik semata-mata kerana Allah SWT.
17. Mohon pada Allah agar kita diberi peluang dan ruang bersolat/berdoa di tempat-tempat mustajab di dalam Masjidil Haram & Masjid Nabawi.

Apa yang kita mahu. Kita minta pada Allah SWT. Allah Maha Mendengar. Kita manusia kerdil. Tiada daya upaya untuk memastikan semuanya sempurna. Oleh itu, kebergantungan kita hanya pada Allah SWT. 

13 Nov 2016
Malam tu jenuh nak lelapkan mata. Hati dah mula bergetar, jantung dah mula berdegup pantas. Dah macam-macam rasa dalam tubuh badan ni. Mohon doa pada Allah agar Allah tenteramkan hati dan perasaan, tenangkan fikiran dan lapangkan dada. Mohon doa lagi supaya kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pagi tu bangun kerat kuku, tanggalkan segala bulu-bulu yang boleh tanggal :p Ustaz cakap sunat. Sunat dapat pahala. Pastu mandi sunat ihram. Kemudian solat sunat ihram. Solat sunat musafir. Baca doa bermusafir. Flight petang jadi kami solat Jama' Qasar Zohor dan Asar dalam perjalanan ke KLIA. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang datang dari jauh jumpa kami dan adik-adik yang gigih datang menghantar dan tunggu sampai waktu boarding. Kaklong/Kak Azie & Abglong/Abg Asya sayang uols ketat-ketat kunci rapat-rapat dalam hati. Yang tak dapat hantar takpe, dengan doa yang ikhlas sudah memadai.

Pasakkan niat di hati nak pergi ziarah Kaabah & Masjid Nabawi ni, terbang sejauh 8,000km semata-mata kerana Allah SWT. Semata-mata kerana mencari redha Allah SWT. Kerana bersyukur dengan nikmat Allah SWT.

Jemaah Andalusia diminta berkumpul di Tingkat 5 jam 4 petang untuk sesi taklimat dan sebagainya. Alhamdulillah urusan di KLIA takda apa masalah. Drop bag, diberi tag dan paperbag Andalusia (ada surah Yassin & jajan untuk kudap2). Selebihnya tunggu dipanggil untuk taklimat sebelum boarding.


Taklimat oleh Ketua Rombongan (agaknya) a.k.a Mutawwif kami Ustaz Ahmad Nazmie

IC sepanjang di Mekah & Madinah kerana passport disimpan oleh pihak Andalusia sepanjang berada di sana. Kami bas No.3 dengan Mutawwif Ustaz Ahmad Nazmie. Bas paling best!

Boarding Pass

Boarding

First time kami berdua naik SAUDIA

SAUDIA In flight entertainment memang awesome. Biasalah #villagepeople. Setiap seat dilengkapi dengan personal video screens controlled through fully integrated handsets or by touch. Ada 20 ke 40 channels. Selain tu, ada juga bacaan Al-Quran untuk 30 juzuk. Paling best ada 3D map yang real time update flight progress. Ada juga front camera, landscape cameras yang kita boleh tengok pemandangan ketika aircraft take-offs dan landings.

Seat kami baris 67A & 67B. Tak jauh dari surau kecil yang dimaksudkan. Allah makbulkan doaku nak tengok surau dan solat dalam surau SAUDIA. Heeee. 

Boarding: 5.26PM
Estimate Time Arrival: 8.40PM
Masa Perjalanan: 8 jam 14 minit

Boeing 777. Setiap baris ada 9 tempat duduk. Memang lapang dan selesa. Setiap penumpang diberi comfort kit (bantal kecil, selimut dan travel kit (ada berus gigi, sleeping mask dll)

2x makan dalam SAUDIA. Setiap kali makan ada menu pilihan. Ini menu pertama pilihanku Nasi Briyani Ayam

Menu kedua pilihanku. Macaroni & Cheese

Kami pergi Mekah dulu selesaikan umrah wajib dan kemudian baru ke Madinah. Bila pergi Mekah dulu semua tetamu Allah diminta siap-siap dengan berpakaian ihram sebab niat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil. Lokasi Miqat Qarnul Manazil lebih kurang sejam sebelum tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz International Airport di Jeddah. Ustaz cakap jangan niat ihram siap-siap dari rumah atau di KLIA. Nanti lama duduk dalam ihram. Bila dalam ihram wajib menjaga 13 pantang larang dalam ihram. 

Lagi 15 minit nak sampai miqat dah boleh ready siap-siap untuk berniat. Jangan lambat-lambat. Kalau terlepas nanti kena bayar dam. Macam Andalusia ada ketua rombongan yang alertkan setiap penumpang bagitahu untuk niat ihram. Even dalam kapal terbang SAUDIA pun ada maklumkan. Buat pengumuman lagi bagitahu kena niat ihram sebab dah nak sampai miqat. Jadi tak perlu risau. Untuk perempuan ustaz galakkan niat ihram bersyarat. Takut belum selesai umrah nanti uzur pulak. Kalau niat biasa dan uzur sebelum selesai bertahallul...kita kena bertahallul ihsar dengan bergunting dan sembelih sekor kambing pulak. Alhamdulillah selama 12 hari 10 malam Allah makbulkan doa Azie dan izinkan Azie bersolat di dalam MasjidilHaram dan Masjid Nabawi. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Azie habis uzur beberapa hari sebelum berangkat. Alhamdulillah syukur sangat! Lepas niat jangan lupa bertalbiah sendirian berhad. Bertalbiah tu, ustaz cakap kita sambut panggilan Allah, panggilan Nabi untuk jadi tetamuNya.

Lebih kurang jam 8.30PM kami sampai di Lapangan Terbang King Abdulaziz International Airport di Jeddah. Turun kapal terbang kena naik bas sampai di ruang menunggu Imigresen. Sampai sana ketua rombongan minta berkumpul dulu dan tunggu pegawai Imigresen panggil.

Masa ni jam dah menunjukkan 10.58PM. Jemaah yang tak solat Jama' Qasar Maghrib Isyak dalam kapal terbang boleh solat di ruang menunggu Imigresen. Di sini kena bertabahlah sebab bilik air terhad. Pastu terpaksa solat di mana2 ruang yang bersesuaian sebab tiada bilik solat. Ustaz cakap bila sampai Mekah dah tak boleh Jama' Qasar lagi.  Alhamdulillah, Allah SWT ilhamkan kami suami isteri ambil wudhu dan sempurnakan solat Jama' Qasar di surau dalam flight sebelum niat ihram. 

Sekian menunggu di ruang menunggu akhirnya ustaz panggil kami semua turun ke kaunter Imigresen. Kat bawah tu dah ada jemaah tak pasti dari India/Sri Lanka/Pakistan tengah sedia beratur. MashaAllah nak tunggu selesai sorang-sorang memang hazabedah. Lagi-lagi di Imigresen Jeddah ni perlu scan kesemua cap jari dan perlu ambil gambar setiap seorang. Macam-macam kerenah pegawai Imigresen dan jemaah kita boleh tengok di kaunter Imigresen ini. Bersabar dan bertabahlah. Jaga mulut jangan komen yang bukan-bukan. Mau dekat sejam lebih juga beratur depan kaunter Imigresen ni. Bila turn jemaah Malaysia semua laju takda masalah. 

12.54AM Azie dan suami antara jemaah yang awal selesai urusan Imigresen. Sebab Azie beratur belakang orang India/Sri Lanka/Pakistan. Selesai urusan Imigresen ambil bag untuk dibawa keluar. Masa ni ramailah pekerja yang tolong hulurkan trolley offer untuk tolakkan trolley bag sampai ke luar. Perkhidmatan itu berbayar ya. Jadi kalau taknak bayar do it yourself. Setelah keluar, perlulah sabar dan bertabah menunggu di ruang menunggu bas ini sampai kesemua 200 lebih jemaah selesai. Mata mengantuk sangat. Mahu tidur mata tak mahu lelap kerana badan terlalu penat. Allah mahu menguji hambaNya.

Akhirnya lebih kurang jam 2 pagi baru dapat naik bas. Itu pun tak semua jemaah dah keluar. Masih ada lagi yang beratur di kaunter Imigresen. Masa ini perlu bersabar dan teringat kata-kata Prof Kamil supaya sentiasa bertalbiah. Labaikallah. Bersangka baik dengan Allah SWT. Perjalanan ambil masa 2 jam dari Jeddah nak sampai ke Tanah Suci Mekah. Ustaz cakap kena sampai sebelum azan pertama. Kalau sampai selepas azan dikhuatiri bas tak dapat masuk dalam kawasan Mekah.

Alhamdulillah semua dipermudahkan. 3 buah bas jemaah Andalusia sampai hotel jam 4.00AM.  2 buah bas lagi pergi ke Hilton. Taklimat umrah jam 4.30AM. 

Setelah itu kami diberi nasi lemak untuk makan malam yang tertangguh, kemudian siap-siap untuk solat Subuh dan selesaikan umrah wajib kami diketuai oleh Mutawwif.

Semunya ada 125 jemaah (3 buah bas) yang check-in Hotel Malak Ajyad. Jadi di Andalusia jemaah kena peka & alert dengan info. Biasa mereka tampal di dinding atau bagi update terkini di dewan makan. Tips paling penting: Jadikan Mutawwif best friend anda sepanjang berada di sana! Selalu keep in touch dengan Mutawwif. Makanya walaupun ramai jemaah....Mutawwif akan ingat kita dan cam muka kita. Bila kita takda mesti dia perasan kita takda! =)

Takda apps waktu solat? Jangan risau. Andalusia ada tampal/update info waktu solat di dinding hotel. Jangan lupa snap. Senang nak refer kalau tak ingat. Ini waktu solat November 2016.

13 November ketika berlaku Supermoon

Pertama kali melihat Kaabah? Allahu Akbar Allah Maha Besar tak terungkap dengan kata-kata. Tiada perkataan boleh nak describe the exact feeling. Hanya Allah lebih Mengetahui. Memang menangis semahu-mahunya dan bercucuran air mata bila kaki mula jejak dalam ruang dataran Kaabah di dalam Masjidil Haram dan Kaabah Baitullah berada di hadapan mata. Sungguh tak percaya. Rasa macam tak percaya. Betulkan aku dah sampai Mekah ni. Betulkan aku berada di hadapan Kaabah ni. Betulkan aku sedang memandang Kaabah dengan mata ku sendiri tanpa perlu ada kaca mata sebagai penghalang. Allahu Akbar! Tak putus-putus dalam hati kupanjatkan rasa bersyukur kepada Allah kerana jemput aku dan suami sebagai tetamuNya. Kulihat suami, berlinangan juga air matanya. Merah mata dan hidungnya. Aku tahu dia juga tak percaya! Selesai solat sunat tawaf kukatakan padanya "Terima kasih kerana bawa dan temanku ke mari". Jawab suamiku "Terima kasih kerana bersungguh-sungguh sehingga ia menjadi kenyataan". Kemudian kami dua-dua orang teresak-esak menangis kesyukuran depan Kaabah Baitullah. Alhamdulillah makbul doa Ramadhan kami. Kami tahu ayahbonda kami juga sentiasa doakan kami. Makbul juga doa mereka.

Selesai solat sunat tawaf, Mutawwif himpunkan kami semula untuk dibacakan doa. Doa yang dibaca Mutawwif sampai ke halwa telinga ni dengan suara yang sayu meminta-minta pada Allah SWT memang meruntun kalbu. Paling tersentuh;

".....Engkaulah yang menolong kami di dunia dan di akhirat, maka matikanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah diri kami bersama orang yang soleh(baik), ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan, janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkankan Engkau menghilangkan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau tunaikan - memudahkan segala urusan kami dan lapang-lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalam-amalan kami dengan kebaikan, ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana."

Menangis lagi kami. Semua doa-doa yang dibaca Mutawwif ada dalam buku panduan Andalusia. Selesai tawaf, sa'i dan bergunting. Umrah wajib kami selesai lebih kurang jam 10AM. Alhamdulillah bebaslah kami dari 13 pantang larang ihram. Dengan gugurnya rambut,  moga-moga gugurlah juga semua dosa-dosa lampau. Dosa besar dan dosa kecil. Dosa yang kami ketahui. Dosa yang kami tidak ketahui. Dosa yang sengaja kami lakukan. Dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Moga Allah ampunkan segala dosa. Moga Allah terima umrah pertama kami dengan umrah yang mabrur dan maqbullah. Selesai umrah kami sujud syukur pada Allah. Terima kasih Ya Allah.


Aku bukan ustazah. Aku manusia jahil. Aku manusia tiada ilmu pengetahuan. Aku manusia yang mahu berubah kepada manusia yang lebih baik. InshaAllah. Mudah-mudahan dengan Travelog Mekah & Madinah ni beri sedikit gambaran kepada adik-adikku dan bakal jemaah umrah yang ingin ke Tanah Suci Mekah dulu. Moga menjadi inspirasi untuk anda semua pergi ke sana. Azie doakan anda semua juga akan sampai ke sini suatu hari nanti. Amiin Allahumma Amiin.

Salam dari Bangkok Patio, Thailand!


Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Hijir Ismail, Pancur Emas, Kiswah Kaabah, Maqam Ibrahim (Part 2)

$
0
0



Terfikir-fikir bagaimana ibu bapa yang bawa anak kecil bersama. Pasti lebih hebat dan besar cabarannya. InshaAllah Allah SWT permudahkan. Bertuah anak-anak kecil yang dibawa ibu bapa ni, masih kecil dah berpeluang ziarah Kaabah. Mata memang mengantuk tak boleh nak menahan. Badan pun memang penat sangat sejak tiba semalam tak sempat lagi nak berehat. Bisikan syaitan kuat je suruh berehat dan tidur di bilik. Banyak kali rasa mata terkatup terbuka balik. Tapi bila teringat kata-kata Ustaz Luqman, syaitan tetap ada di Mekah dan Madinah...kemudian fikir semua nya kerana Allah SWT. Rasa jiwa dan rohani lebih semangat. Jam 2 petang kembali semula ke masjid.

Hotel Andalusia Malak Ajyad di Mekah

Kenderaan di sini banyak dari Chevrolet & GMC - General Motor Company

Orang tengah buat jalan. Pakai kurta dan kopiah gitu


Pemandangan jalan kaki dari Hotel Malak Ajyad ke Masjidil Haram yang jaraknya lebih kurang 450m


Merpati sangat banyak di Makkah Al-Mukarramah


Ustaz cakap kalau lalu bawah merpati yang terbang-terbang tu, jangalah fikir yang bukan2 macam tak kena ke taik burung jatuh ni. Nanti betul2 jatuh atas telekung!


Hotel Hilton Makkah

Intercontinental Dar Al Tawhid Makkah

The Holy Mosque - The Grand Mosque - The Great Mosque - The First Mosque - The Largest Mosque of Islam - Masjid Al-Haram

King Fahad Gate

Kalau pegang sahaja Al-Quran Masjid tapi tak baca, nanti ada petugas yang datang mintak semula Al-Quran tu. Maknanya kena baca Al-Quran bukan untuk dipegang sahaja.

Azie dan suami mengaji bersama di dataran Kaabah tiba-tiba datang pekerja masjid letak air zam-zam betul-betul depan kami. Rupanya lintasan hati sang suami. Alhamdulillah syukur. Buat penghilang dahaga. 

Rupanya malam tu Allah SWT nak hadiahkan kami peluang dan ruang Solat Sunat Tawaf (selesai tawaf sunat) betul-betul di bawah pancur emas dalam Kaabah (Hijir Ismail). AllahuAkbar. Selesai tawaf dari jauh kami nampak polis berjaga dan penuh dalam Hijir Ismail. Tapi kemudian masa nak pergi belakang Maqam Ibrahim nampak polis takda pulak. Pergi mana taktahula. Nampak ada ruang kosong betul-betul bawah pancur emas. Macam ruang tersedia untuk ku bersolat di situ. Tak tunggu lama terus masuk ke ruang kosong dan solat. Suami pun masuk sama solat. Masa solat dan berdoa tu memang hujan lebat lah dalam diri sendiri. Bercucuran air mata keluar. Menangis teresak-esak dengan peluang dan ruang yang Allah beri pada kami. Alhamdulillah syukur sangat. Berbaloi badan penat rasa nak tersungkur tapi ganjarannya MashaAllah. Takda siapa pun yang jaga atau kepung masa solat. Hanya Allah yang jaga. Tiada siapa pun yang menyakiti dan disakiti. Dapat solat dengan tenang aman damai. Doa dalam sujud lama-lama. Alhamdulillah syukur. Selesai solat dan berdoa tiba-tiba dalam Hijir Ismail bersesak-sesak dan bertolak-tolak. Azie tak dapat nak keluar sebab berpusu-pusu orang masuk.

Bawah pancur emas Kaabah Baitullah

Dalam Kaabah (dalam Hijir Ismail)

Lepas Keluar Hijir Ismail rasa macam dekat sangat dengan Kaabah Baitullah. Minta tolong suami pegangkan beg. Alhamdulillah, Allah SWT beri pulak peluang pegang kiswah Kaabah walaupun sebelah tangan macam sampai tak sampai. Sentuh hujung pun dah menangis berjuraian air mata dah.

Tiba-tiba ada wanita Arab (agaknyalah sebab berniqab) tak nampak wajahnya yang baru selesai berdoa beri peluang pada Azie. Dia pegang tangan Azie suruh ambil tempatnya. Berdoa pada Allah. Allahu Rabbi. Nikmat apa lagi yang hendak kudustakan. Dapatlah peluangku melekap diri di dinding Kaabah. Bila letak muka dan pipi lekatkan diri pada Kaabah terus menangis lagi. Susah nak ungkapkan hati dan perasaan ketika ini. Bersyukur sangat Allah beri peluang dan ruang apabila kita memerlukan. Doa tahajud malam-malam sebelum berangkat terasa Allah SWT dah makbulkan. Masa ini, memang tak lepaskan peluang berdoa seolah-olah bercakap dekat pada Allah. Terasa begitu dekat sekali dengan Allah SWT. Kata ustaz berdoalah setiap kali berada di tempat-tempat mustajab hatta di mana-mana pun di Makkah Al Mukarramah. Doa berkali-kali sebab kita tak tahu di tempat dan masa mana doa kita dimakbulkan Allah SWT. 

Mohon pada Allah agar diampun segala dosa. Tidak dihumban dalam api neraka. Mati dalam Iman dan Islam. Mohon pada Allah agar nyawa diambil dalam keadaan Husnul Khatimah. Mohon kita dapat sebut "LA ILAHA ILALLAH" ketika malaikat nyawa datang mencabut nyawa kita..ketika Sakaratul maut datang. Mohon juga malam pertama di alam barzakh malam yang indah sebab aku teramat takut Ya Allah! Mohon juga dari Allah terlepas dari azab dan himpitan kubur! Yang paling penting mohon pada Allah agar masuk Syurga yang paling tinggi darjatnya iaitu Syurga Firdaus tanpa dihisab. Mohon doa untuk semua seluruh keluarga, muslimin dan muslimat juga. Setelah itu, barulah diikuti dengan doa-doa lain yang kita perlukan.

Alhamdulillah bersyukur untuk semua perkara. Moga Allah permudahkan anda juga sampai ke sini dan rasai apa yang Azie rasai. Moga kami dapat datang ke sini berulang-ulang kali.

Maqam Ibrahim (ukiran bentuk tapak kaki Nabi Ibrahim yakni di mana di atas batu inilah Nabi Ibrahim berdiri untuk membina Kaabah bersama Nabi Ismail. Jejak kaki Nabi Ibrahim di atas batu ini ialah jejak kaki tanpa alas. Lebih lanjut boleh baca sini http://www.kabarmakkah.com/2014/12/apakah-maqam-ibrahim-adalah-kuburannya.html


Waktu-waktu begini seronok jika nak meluangkan masa depan Kaabah. Ustaz cakap hatta kita hanya memandangkan Kaabah sahaja tanpa berbuat apa-apa pun Allah dah beri kita 20 rahmat. Benarlah Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Gembira bila selama ni hanya tengok sahaja dalam TV tapi kini berada di depan mata

Tempat solat wanita. Kosong dan lengang. Ketika ini jam 1AM

Tempat yang sama lepas Asar. Tempat solat wanita di  sini memang cepat penuh kerana dapat lihat Kaabah. 

Perasan tak tiang besar belakang tu? Tepi tangga tepi escalator. Kat situlah Azie dan suami letak selipar (dalam plastik) setiap kali masuk Masjidil Haram. Alhamdulillah tak hilang. Sebut pasal selipar. Ada disediakan plastik berhampiran pintu masuk utama masjid. Tiada plastik disediakan jika masuk dari Mataf. Boleh je bawa plastik extra dalam beg. Dah masuk masjid Azie letak di tepi tiang. Alhamdulillah tak hilang selama berada di Mekah. Boleh je nak bawa letak dalam bag. Cuma ustaz pesan mesti basuh selipar tu sebelum letak dalam plastik. Dikhuatiri kita terpijak najis (terutama yang hotel jauh2 ni) Bila tak basuh kita letak dalam plastik letak dalam beg, pastu pergi tawaf. Memang tak sah tawaf sebab ada najis bersama tanpa kita sedar. Macam Azie memang rasa kurang selesa nak letak selipar/kasut dalam beg dan dibawa bersama ke tempat tawaf & solat. Bila letak dekat tiang, hilang rasa beban selipar ni. Macam-macam.

Masa ni November 2016, di Ground Floor banyak tempat-tempat solat di keliling Masjidil Haram ini ditutup dengan playwood. Jadi tempat lain tak dapat lihat Kaabah. Melainkan keluar dan bersolat di dataran. Tetapi bagi jemaah wanita tak boleh ketika solat fardhu nak bersolat di dataran. Nanti kena halau dengan petugas masjid. Wanita perlu solat di tempat khas wanita. Cari dalam kepungan hijau. Biasa dah nak dekat waktu solat fardhu petugas masjid akan buat kepungan hijau ni untuk beri ruang wanita bersolat di dalamnya. Macam Azie dengan suami, suami akan tinggalkan Azie di tempat solat wanita. Selesai solat fardhu, nanti dia akan datang jemput semula di tempat solat wanita. Hatta di mana-mana dalam kawasan Masjidil Haram pun sebab kami tak beli simcard. Tak boleh nak calling2 kalau hilang.

Bahagian solat lelaki dalam Masjidil Haram

Tempat caj telefon dalam Masjidil Haram

Tempat minum air zam-zam di dataran Masjidil Haram

Allahu rindunya! Rindu dengan suasana Masjidil Haram 😭 😢

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Ziarah Kota Mekah & Umrah Ja'ranah (Part 3)

$
0
0

14 Nov 2016


Jabal Tsur

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Azie Azif dapat pergi umrah Makkah Madinah. Dengan limpahan Rahmat dan Kasih sayangNya kami diberi peluang menziarahi sekitar kawasan Kota Mekah dan seterusnya berniah ihram umrah di Masjid Ja'ranah. 

Tempat-tempat yang dibawa ziarah ialah tempat Nabi Muhammad SAW pernah lalui, pernah pergi atau berehat atau menetap di situ. Tempat ziarah pertama yang Andalusia bawa ialah Jabal Tsur. Ada yang eja Thur. Nabi Muhammad SAW pernah berada di Jabal Tsur yakni Gua Tsur selama tiga (3) malam. Kisah Jabal Tsur ni berkait rapat dengan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. 

Cerita ustaz, kisah sejarahnya bermula ketika Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islam selama 23 tahun. 13 tahun di Kota Mekah di mana Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah secara rahsia, secara senyap-senyap. Umat Islam ketika itu golongan minoriti dan golongan ditindas sering dizalimi. Waktu demi waktu berlalu, akhirnya umat Islam berhijrah atas perintah Allah. Berhijrah untuk menyelamatkan keimanan mereka dan untuk menyebarkan lagi dakwah Islam.

Secara ringkasnya, akhirnya penghijrahan umat Islam secara senyap-senyap ke Yathrib (Madinah) diketahui oleh orang Quraisy. Mereka bermesyuarat, dan keputusan mesyuarat membunuh Nabi Muhammad SAW. 

Abu Bakr As-Siddiq telah dipilih untuk menemani Rasulullah SAW melarikan diri dari Mekah ke Yathrib (Madinah) akibat dikejar oleh kafir Quraisy. Diriwayatkan Rasulallah SAW bersama Abu Bakr As-Siddiq bersembunyi di Gua Tsur selama 3 malam. Anak kepada Saidina Abu Bakar, Asma' seorang diri telah datang ke tempat persembunyian itu untuk membawa makanan dan minuman setiap petang untuk Nabi SAW serta ayahnya. Dikatakan Asma' ketika itu sedang mengandung. Tetapi masih menghantar makanan atas tanda kasih sayang kepada Baginda Nabi dan ayahnya.

Inilah bas yang kami kira cukup selesa untuk bawa jemaah ziarah luar di sekitar Mekah

Inilah Jabal Tsur. Ketika kami sampai suasana sunyi sepi dan lengang. Tiada sesiapa pun di sini

Berlatar belakangkan Jabal Tsur 

KREDIT: Gambar Google

Di dalam Gua Tsur tempat Nabi Muhammad SAW bersembunyi bersama Abu Bakr As-Siddiq
KREDIT: SUMBER


Tiada ekspedisi menaiki Jabal Tsur. Kami akur tak dapat lihat Gua Tsur secara dekat. Moga-moga lepas ini ada umrah yang buat ekspedisi pergi ke Gua Tsur. Jarak Jabal Tsur sekitar 4 km dari Masjidil Haram. 

Padang Arafah 

Seterusnya bas menuju ke Arafah. Cerita ustaz, wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji.

Rasulullah SAW mengatakan, ‘Haji itu hadir di Arafah' . Ini bermakna jika jemaah haji telepas untuk berwukuf di Arafah walaupun seketika pada 9 Dzulhijjah tidak sah hajinya. Wajib qada' kembali semula untuk laksanakan haji tersebut. 

Hari Arafah ini merupakan hari limpahan rahmat & pengampunan dosa. Yang tidak dipanggil menunaikan haji, boleh berpuasa di hari Arafah. Patutlah ada Puasa Hari Arafah. Rupanya sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah. Keutamaan Arafah disebutkan dalam hadis Nabi, ‘Doa yang paling afdhal adalah doa di hari Arafah’. Dalam riwayat lain Nabi mengatakan, ‘Tidak ada hari yang paling banyak Allah menentukan pembebasan hamba-Nya dari neraka kecuali hari Arafah

Arafah bermaksud "mengetahui""mengenali". Ada tiga pendapat kenapa dinamakan Arafah. Yang pertama kerana di sinilah umat Islam dari seluruh pelusuk dunia datang berkumpul menghadap Allah SWT berwukuf di sini demi mengharapkan pengampunan dan keredhaan Allah. Di sinilah mereka mengenali umat Islam yang lain dari seluruh pelusuk dunia walaupun berbeza warna kulit, berbeza budaya, berbeza bangsa dan adat. Tapi semuanya pergi untuk satu tujuan iaitu mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT.

Yang keduanya tatkala Malaikat Jibril menunjukkan tempat-tempat manasik ibadah kepada Nabi Ibrahim A.S di kawasan Arafah ini, kemudian Jibril menanya kepada Nabi Ibrahim "Adakah kamu mengetahuinya? Nabi Ibrahim jawab, 'Ya aku dah mengetahuinya'. Jadi pendapat itu dipetik di sini.

Jabal Alrahmah

Yang ketiganya di sinilah berlaku peristiwa penting umat manusia, iaitu pertemuan yang mengharukan antara kedua nenek moyang kita iaitu Nabi Adam dipertemukan dengan Siti Hawa, setelah mereka terpisah lama. Hawa diriwayatkan diturunkan di Jeddah. Nabi Adam ada pendapat mengatakan diturunkan di India. Akhirnya mereka dipertemukan di Arafah ini iaitu di Jabal Alrahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah.

Cerita ustaz lagi, tempat ini merupakan antara tempat yang mustajab doa. Sebaiknya berdoa menghadap Kiblat Kaabah Baitullah bukan menghadap batu di atas Jabal Alrahmah ni. 

Padang Arafah dulu ialah semata-mata padang pasir, dikelilingi bukit-bukit batu yang luas dan tidak berpenghuni. Tetapi kini ustaz cakap dah ada tumbuh-tumbuhan. Ajaib lagi dah ada internet. Sedikit sebanyak mengganggu perjalanan ibadah jemaah haji. Waktu sepatutnya berwukuf sibuk dengan zikir dsb tetapi dipesongkan dengan update status dan sebagainya. Wallahu'alam. Kemudian dah ada hospital, dah ada masjid. Masjid Namirah yang hanya berfungsi setahun sekali sahaja ketika musim haji sahaja.

'Ya Allah, Mudah-mudahan dengan tempat berkat ini, sebagaimana Kau mempertemukan Nabi Adam A.S dengan Hawa, maka Kau pertemukanlah aku semula dengan suamiku di Syurga Firdaus nanti' 

Nampak tak bas yang banyak dalam gambar tu. Bas kami takda dalam gambar tu. Sebelum turun better snap gambar bas as reference. Di sini memang ada jemaah yang sesat tak jumpa bas. Tak ingat rupa bas. Ustaz cakap masa ni masih belum crowded lagi. Kira lengang lagi nih. Perhentian yang sepatutnya 20 minit jadi 40 minit. Memang lama kami kat sini.  Berpeluh tengok Ustaz mutawwif kami berlari kehulu kehilir cari jemaah bawah jagaannya. Selagi tak jumpa selagi tu kami tak boleh gerak. 

Emosi bila tengok orang lain makan aiskrim. Terliur. Sempatlah suami berlari pergi beli aiskrim yang di war-warkan sedap oleh jemaah Malaysia. Oh memang sedap pun! Terima kasihlah kepada jemaah yang sesat tadi tuh!

Muzdalifah

Seterusnya kami di bawa dengan bas lalu di Muzdalifah. Musim haji penuh sepenuh-penuhnya manusia di sini. Semuanya berpakaian ihram bagi yang lelaki. Semua sama, tiada pangkat, atau harta yang dipandang. Mula-mula dibawa ke Padang Arafah, sekarang di Muzdalifah dan selepas ini ke Mina. Tempat ini hanya digunakan ketika musim haji sahaja.

Sebenarnyakan kita dah belajar tentang haji masa sekolah. Tapi tak faham apa pun. Tak feel langsung sebab tak boleh nak bayang apa-apa pun. Setakat hafal untuk periksa. Sekarang ni setelah sampai di sini, dengar cerita-cerita ustaz baru terbayang dalam kepala dan baru faham serba sedikit perjalanan jemaah haji.

Ustaz cerita kenapa nama Muzdalifah? Ada tiga pendapat.

Yang pertama. Manusia (jemaah haji) mendatangi Muzdalifah pada permulaan malam atau tengah malam iaitu jemaah haji akan bertolak dari Arafah selepas Maghrib. Yang kedua. Manusia meninggalkan secara serentak. Bermalam di Muzdalifah hukumnya wajib. Di sini jugalah jemaah haji akan mengutip batu kerikil sekurang-kurangnya 7 biji & paling banyak 70 biji untuk melontar di Mina. Di Muzdalifah juga semasa Haji Wada' Rasulullah SAW melakukan solat Jama' Taakhir iaitu Maghrib dan Isya' dijama'kan pada waktu Isya'

Mina Camps

Ini pemandangan di Mina. Di Mina jemaah haji akan melontar Jamrah. Jarak dari Muzdalifah ke Mina lebih kurang 4.8km. Yang makcik dalam bas ni tunjuk ialah bangunan coklat iaitu hotel VVIP yang ada di Mina. Siapa yang bayar pakej haji yang mahal, beratus-ratus ribu bolehlah menginap di hotel tersebut. Berdekatan dengan tempat melontar jamrah. Kalau jemaah muasasah tinggal lah di dalam khemah-khemah putih yang seluas pemandangan ni. Memang di Mina ni semua nampak khemah sahaja. Tak boleh bayang bagaimana musim haji. Yang bangunan bertingkat itulah, tempat melontar jamrah, tempat melontar syaitan.

Khemah yang dihuni oleh jemaah haji ketika musim haji

Ustaz mutawwif dah berpeluang menunaikan haji tahun 2009. Ustaz cakap berhimpit-himpit kita dalam khemah ni. Betul-betul sempit. Kaki bertemu kaki. Bahu bertemu bahu. Tak boleh bayangkan kalau ada jemaah sesat. Bagaimana nak cari begini?

Umrah di Ji'ranah

Ada yang sebut Ja'ranah. Seterusnya kami dibawa ke Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram di sini. Untuk lakukan umrah ke-2. Check punya check, rupanya tiada sekeping gambar pun di Masjid Ji'ranah. Suami terlupa nak ambil. Azie pun lupa nak snap. Masjid Ji'ranah ini terletak lebih kurang 24km dari Masjidil Haram, Makkah Al- Mukarramah.

Ji’ranah merupakan miqat paling tinggi darjatnya atau tempat miqat paling afdhal dibanding miqat yang lain. Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Umrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang bermiqat di Ji'ranah ini ialah umrah yang ke-3. 

Masa di sini, lupa nak janji dengan suami nak jumpa di mana selepas solat. Maklumlah baru first time terpisah. Keluar masjid dah tak kenal sesiapa. Bas pula masa sampai tadi ada sebuah je. Keluar masjid dah ada berduyun-duyun buah bas. Jalan kehulu kehilir tengah panas, pergi kiri pergi kanan, tawaf setiap bas tak juga jumpa2 bas. Berdoa pada Allah agar urusan dipermudahkan. Mujurlah perasan makcik ni. Memang kami bas yang sama. Azie cam dia sebab kami berjiran bilik di Malak Ajyad. Dia tanya kenapa? kenapa ni? Azie bagitahu yang Azie tak jumpa bas dan tak jumpa suami. Dia cakap takpe jom kita cari bas sama-sama. Sebelum tu makcik ni nak singgah beli kacang dulu atas lori. Elok je tengah pilih-pilih kacang atas lori...suami keluar dari masjid dengan kain ihram. Alhamdulillah lega.

Selesai umrah ke-2. Alhamdulillah. Prof Kamil pesan selesai umrah jangan lupa buat Sujud Syukur pada Allah. Syukur sebab dengan gugurnya rambut ketika bertahallul, moga-moga Allah gugurkan semua dosa-dosa lampau kita.

Menanti Maghrib

Balik masjid cari aiskrim

Sedap!

Dalam Masjidil Haram, ketika solat fardhu Azie ambil peluang menyelit bersolat jemaah di dalam group Arab, di sebelah orang Turkey, di sebelah orang Pakistan, Sri Lanka, India. Masing-masing beri pengalaman yang berbeza. Setiap kali pergi solat berjemaah di Masjidil Haram, setiap kali itulah pengalaman berbeza yang Azie dapat. Yang Allah beri ilham dan Allah tunjukkan sebaik-baik pengajaran. Alhamdulillah. 

Ok, pengalaman menyelit dalam group Arab, yang tiba-tiba Azie seorang je jemaah Malaysia yang pakai telekung putih. Lokasi ni di dataran depan Kaabah. Bukan tempat wanita bersolat. Tapi dalam kepungan kon. AllahuRabbi, bau perfume mereka...Azie hampir nak pengsan! Balik hotel sakit kepala. Mengadu pada suami. Suami cakap dia pun tak boleh bau perfume Neelofa yang Azie pakai selalu. Rupanya apa yang azie rasa tadi...itulah yang dia rasa selama ni. Nah, rasakan! Azie bawa perfume Neelofa pergi Makkah. Huhu. Lepas tu terus tukar kepada perfume Kasturi Madinah. Baru suami suka dan hatinya gembira :)

Azie datang awal ke tempat solat wanita. Datang seorang wanita (makcik) jemaah Malaysia duduk di sebelah Azie. Kami tanya khabar sepatah dua kata kemudian masing2 tidak bercakap dan terus lakukan ibadah masing2. Datang jemaah lain (makcik kedua) yakni kawan kepada makcik tadi. Diringkaskan cerita mereka berdua berbual panjang tak berhenti-henti bercakap. Azie rasa jemaah-jemaah lain sedikit terganggu. Begitu juga Azie. Hampir solat fardhu, ruang solat wanita makin penuh dan padat. Tiada ruang nak menyelit. Tempat yang Azie duduk ni mengadap Kaabah. Tiba-tiba datang 2 wanita berkulit hitam, berabaya dan berniqab datang duduk betul-betul tempat solat mereka berdua tadi yakni tempat sujud. AllahuAkbar. Allah Maha Besar. Allah nak tunjukkan sepatutnya dalam Masjidil Haram ambil peluang buat solat-solat sunat, zikir atau solat qada' selagi termampu. Bukan berbual-bual. Jadi Allah tarik nikmat tempat sujud mereka & tempat selesa mereka dalam Masjidil Haram. Berlaku sesi ketidak puas hatiaan makcik2 tadi. Setelah disuruh bangun ke tempat lain, wanita berabaya tadi tetap tidak mahu bangun. Tidak diendahkan. Allah....

Satu hari, sela waktu antara solat Zohor dan Asar, waktu yang singkat...Azie dan suami ambil peluang tawaf di Safwah Tower untuk beli souvenirs dan beli jubah extra. Akibatnya kami agak lambat kembali semula ke masjid untuk solat Asar. Dahla terlambat tidak dibenarkan pulak masuk masjid oleh petugas "NO SHOPPING BAG!" dalam masjid. SEDIHNYAAA -____- Patutlah takda orang bawa shopping bag dalam masjid walaupun Masjidil Haram dikelilingi mall yang besar-besar. Sebab kami nak juga pahala berjemaah tu, terpaksalah solat di dataran luar masjid. Dataran tu orang lalu lalang dengan selipar je. Sedihhhhh. 

Ada lagi, sebelum solat fardhu, tiba-tiba datang wanita Arab & kawannya duduk sebelah Azie. Selesai solat sunat, ada dengar mereka sebut Malaysia, yadda..yadda (in arabic)...haram...haram...rupanya kebetulan selang beberapa saf di depan kami ada jemaah Malaysia yang pakai telekung tulis Malaysia dalam jawi. Sampai sudah Azie terfikir apa yang dikatakan haram? haram tu? Tertanya-tanya. Akhirya Allah beri jawapan. Balik umrah, bff Azie datang rumah melawat. Dia cerita pengalaman haji dia di sana. Rupanya yang haram..haram..tu orang Arab tak suka lihat wanita pakai seluar. AllahuAkbar! Memang jemaah Malaysia sekarang ni ramai je yang pakai jubah seluar putih pergi tawaf, pergi solat di masjid dll pakai seluar. Rupanya orang Arab tak suka. Patutlah wanita Arab sentiasa 24 jam di khalayak ramai dengan berabaya hitam. Hatta orang kata pergi laut pun masih memakai abaya.

Sebenarnya kalau difikirkan banyak betul ibrah dan pengajaran sepanjang di sana. Tak terlulis semuanya di sini. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk ditinggalkan.


Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Muzium Makkah Al-Haramain & Ziarah Hudaibiyah (Part 4)

$
0
0

16 Nov 2016, Rabu


Hari ini pergi ziarah lagi.  Ziarah ke Muzium Al-Haramain. Andalusia juga akan bawa kami ke Masjid Hudaibiah untuk berniat ihram. Hudaibiah ini juga merupakan salah satu tempat miqat. 

Sepanjang jalan kiri kanan hanya bukit dan batu sahaja

Tak pun padang pasir. Cerita ustaz, beliau pernah diculik, dirompak dan ditinggal di padang pasir begitu sahaja. Patutla perempuan yang nak ke sini mesti ada Mahram. 

Disebabkan Muzium Al-Haramain masih belum buka, bas terus bawa kami ke Masjid Hudaibiyah. Terletak lebih kurang 26km dari Masjidil Haram.

Cerita ustaz, ini tapak asal Masjid Hudaibiyah. Tempat di mana perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah saw dan kaum musyrikin Mekah dilakukan.

Seusai solat, tengoklah bonda-bonda sekalian rancak beli kacang atas lori! Ayam cakap dengan itik. Hujung hanya bunyi Halal? Haram?....Haram!!!!! Makcik-makcik bab tawar menawar memang berpeluh peniaga nak handle. Hiks. Tapi kalau harga bagus, berkilo-kilo diorang ni memborong.

Setelah selesai niat ihram, bas bergerak ke Muzium Al-Haramain. Di sini kami diberi masa melawat yang agak lama. Di sini tersimpan khazanah dari Masjidil Haram & Masjid Nabawi. 

Adik-beradik ustaz mutawwif. Bertuah sangat-sangat mereka ni berpeluang banyak kali buat umrah. Banyak kali mengunjungi rumah Allah dan Masjid Nabi. Semuanya atas pilihan & ketentuan Allah jua kan :D

Selain jadi Ustaz mutawwif, mereka juga official photographer kami. Hehe. Terbaiklah diorang ni. 

Bukit pasir yang mengadap Muzium Al-Haramain ni

Dalam Muzium Al-Haramain ada miniature Masjidil Haram. Ini bahagian hadapan

Belakang

Maqam Ibrahim. Yang ada kini di tepi Kaabah dikatakan 'bullet proof'


Sarung Hajarul Aswad batu dari syurga

Kain kiswah yang menutupi Kaabah pernah bewarna merah dan hijau


Kain yang menutupi pintu Kaabah. Oppss..dia bukan suami saya uols!😅😅


Mimbar kayu di tepi Kaabah pada tahun 1240H

Mimbar 

Telaga air zam-zam dulu kini dipamerkan di sini

Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Antara khazanah yang ada di sini

Kubah Masjid Nabawi yang terbuka

Miniature Masjid Nabawi

Selesai ziarah pulang semula ke hotel. Kami terus je ke masjid untuk bersolat

Ramai yang bersolat di Dataran Masjidil Haram

Bila tiba waktu solat Fardhu semua kedai tutup untuk solat berjemaah di masjid. Tak sempat di dataran di atas jalan pun boleh

Nampak tak cleaner jalan pun berhenti solat sekali. Tepi jalan pun boleh. Boleh bawa botol kosong masuk masjid dan isi air zam zam macam wanita berjubah hitam tu.

Beginilah suasana sekitar Masjidil Haram ketika sampai waktu solat fardhu


Malamnya ambil peluang beriqtikaf lagi di Masjidil Haram

Suami tak kenal bila saya berpakaian begini. Dia cakap susah nak cari :p

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Masjid Siti Aisyah di Tana'im & Solat Jumaat (Part 5)

$
0
0

Assalamualaikum semua penghuni syurga :)

17 Nov 2016 (Khamis)



Andalusia bawa kami ke Masjid Siti Aisyah di Tana'im hari ni untuk berniat umrah kali keempat. Masjid Aisyah diambil dari nama isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah ra. Jarak dari Masjidil Haram ke Masjid Tan'im lebih kurang 7.5km. Tempat miqat paling hampir dengan Masjidil Haram selain Ji'ranah dan Hudaibiyyah. Merupakan salah satu mercu tanda istimewa di Kota Mekah kerana rekabentuk masjid yang unik dan lain dari masjid yang lain. Rekabentuknya bersegi-segi.


Masjid ini disebut Masjid Aisyah kerana pada haji wada', tahun 9 Hijrah isteri Rasulullah SAW Aisyah binti Abu Bakar ra, tidak dapat melaksanakan umrah bersama-sama kerana sedang uzur (haid). Setelah Aisyah habis uzurnya, Rasulullah meminta Abdurahman bin Abu Bakar (adik Siti Aisyah) bawa Aisyah ke Tan’im (di luar kawasan tanah haram) bagi berniat ihram. Jadi, di sinilah Aisyah binti Abu Bakar ra berniat ihram untuk umrahnya.

Pintu Masjid Siti Aisyah


Ustaz ada cerita mengenai sahabat Rasulullah SAW bernama Hubaib bin Adiy. Sahabat nabi ini dibunuh di Tan'im oleh orang kafir Quraisy. Tahun 4 Hijrah, Hubaib bin Adiy dan beberapa orang sahabat telah dihantar oleh Rasulullah ke Bani Lahyan untuk menjadi guru atas permintaan penduduk di sana. Tetapi sebenarnya merupakan muslihat. Kerana pada ketika itu, sesiapa yang dapat menangkap Hubaib akan diberi ganjaran oleh kafir Quraisy. Dalam perjalanan ke Bani Lahyan, sahabat lain dibunuh manakala Hubaib ditangkap oleh orang kafir. Mereka sepakat untuk membunuh Hubaib. Sebelum dibunuh, mereka tanya Hubaib, apa permintaan akhirnya. Hubaib menjawab mahu bersolat 2 rakaat. Pemintaan Hubaib dipenuhi. Hubaib bersolat 2 rakaat dengan tenang dan tanpa sedikit gentar pun. 

Lakukan solat sunat

Bergambar kenangan di Masjid Siti Aisyah di Tan'im


Ustaz cakap di sini ada batu sempadan antara Tan'im dan Mekah. Jemaah umrah ramai yang datang sendiri ke sini untuk berniat ihram dengan menaiki teksi. Ustaz cakap kena hati-hati sebab kadang-kadang ada teksi yang berhenti masih di dalam Tanah Haram. Jika begitu niat umrahnya tidak sah. Jadi kena pastikan teksi berhenti di belakang batu sempadan.  Selesai niat ihram naik semula bas dan bas berhenti terus di Masjidil Haram. Umrah kali ni kami ikut ustaz mutawwif juga. Ustaz lead dan kami ikut rapat di belakang ustaz. 

Selesai umrah. Macam nilah suasana ketika Sa'i

Solat Zohor berjemaah dalam Masjidil Haram

Ini shopping mall di dalam Zam Zam Tower. Lari kejup pergi Zam Zam Tower sementara menunggu Asar.

Hajatnya nak try Al Tazaj Fakieh BBQ Chicken. Tapi tengoklah beratur yang panjang itu. Kalau nak tahu di Mekah ini mereka memang separate queue. Lelaki dan wanita diasingkan. Sama juga Starbucks. Nak lepak minum kopi ada section lelaki sahaja dan section wanita sahaja :)

Akhirnya kami try test KFC yang harga RM16 sebiji (ala carte). Memang KFC Malaysia jauh lebih awesomelah rasanya!

Kami tapau kebab juga

Khamis malam Jumaat dataran Masjidil Haram penuh sesak dengan manusia. Ramai keluarga Arab hampar sejadah dan kain beristirehat bersama keluarga dan anak-anak. Memang TERLALU RAMAI!

Selesai solat fardhu beginilah suasananya


18 Nov 2016 (Jumaat)


Pagi Jumaat ada ceramah, taklimat, bacaan Yassin dan tahlil di dewan makan selepas makan pagi. Seusai itu, kami bergegas pergi Masjid untuk tawaf terlebih dahulu. Hari Jumaat suasana di Masjidil Haram sudah sesak dan ramai manusia sejak jam 9am lagi. Memang cabaran nak lakukan tawaf sebelum solat Jumaat. Kami ambil masa sejam lebih untuk selesaikan 7 pusingan. Sebelum ni 45 minit dah boleh selesai tawaf. Suasana manis ketika bertawaf, berpanas di bawah matahari yang terik, berpeluh-peluh, kadang-kadang berhimpit, kadang-kadang ditolak dan tertolak terutama di depan Hajarul Aswad, laungan bacaan doa jemaah Indonesia & Sri Lanka yang sangat kuat adalah antara moment paling indah sepanjang umrah. Suami kata Azie sangat cekal dan kental sepanjang melakukan umrah. Alhamdulillah :))

Selesai 7 pusingan dah nak hampir dengan waktu solat Jumaat. Sewaktu nak keluar tawaf untuk lakukan Solat Sunat Tawaf, Azie terlepas pegangan suami. Mula-mula nampak kelibat suami pastu lepas berjaya keluar dari kelompok yang tawaf terus hilang kelibat suami. Azie keluar jauh dari Maqam Ibrahim. Aaaaaaa sudah! Tengok kiri kanan pun dah sesak dengan manusia.

Syukurlah Allah bagi ilham lakukan solat sunat tawaf dahulu. Biasa dapat solat di belakang Maqam Ibrahim. Kali ni Azie terpaksa solat agak jauh dari Maqam Ibrahim sebab ada yang dah buat saf untuk solat Jumaat. Selesai solat Azie mohon doa pada Allah agar pertemukan semula dengan suami. Selesai solat sunat tawaf, Azie pergi semula ke tempat air zam zam berdekatan dengan Maqam Ibrahim. Sebab selalunya selesai tawaf berhenti di situ untuk minum air zam zam. 

Alhamdulillah tak lama lepas berpusing-pusing nampak muka comel suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kata suami lega sangat bila nampak Azie. Dia kata dia tak henti2 mohon doa agar "Allah kembalikan isteriku". Hihihi. Comel je.

Azie cakap pada suami, tadi rasa panik dan cemas juga bila suami tiba-tiba hilang dari pandangan di celah ribuan manusia. Azie pulak tak fasih sangat pintu-pintu di Masjidil Haram. Nak balik tang mana pun tak pass. Sebab semua pintu seolah-olah nampak sama. Suami cakap balik itulah perasaan dia bila Azie tiba-tiba hilang dari pandangan mata dia masa pergi shopping mall😅

Kemudian lepas minum air zam zam suami hantar Azie ke tempat solat An-Nisa. Memang penuh! Merata-rata cari tempat yang sesuai. Akhirnya jumpalah tempat wanita berdekatan dengan Bukit Safa. Khutbah Jumaat dalam Bahasa Arab! Memang tak faham langsung. TAPI....masa lalu dalam masjid tadi ada pak arab baik hati bagi kami free earphone dan frekuensi untuk dengar khutbah dalam B.Inggeris.
Akhirnya dapat juga merasai pengalaman bersolat Jumaat di Masjidil Haram. Pengalaman itu memang priceless. Azie doakan anda semua sampai ke Makkah dan berpeluang merasai pengalaman dan rasai apa yang Azie rasa. Amiin. 

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Gua Hira' (Part 6)

$
0
0

Assalamualaikum bakal Duyufurrahman:)

Alhamdulillah siangnya dapat merasai pengalaman Solat Jumaat di Masjidil Haram. Malamnya berpeluang mengikuti ekspedisi Gua Hira' menjejak Uzlah (memencilkan diri) Rasulullah. Pengalaman mendaki Gua Hira' merupakan pengalaman yang cukup istimewa pada Azie. Pada Azie bila berjaya mendaki Jabal Nur hingga ke puncak dan masuk ke dalam Gua Hira' bersolat sunat di dalam nya meninggal nostalgia cukup mendalam. Pada malam bulan Ramadhan di dalam gua inilah malaikat Jibril turun meyampaikan wahyu yang pertama kepada Baginda Rasulullah SAW. Di tempat inilah qalamullah pertama diturunkan. 'Iqra'.

Ekspedisi Gua Hira' ni adalah optional tidak termasuk dalam itinerary Andalusia. Jemaah yang nak pergi Gua Hira' perlu bayar 25 Riyal. Azie awal-awal lagi dah berazam nak mendaki ke Gua Hira' . Alhamdulillah ustaz mutawwif uruskan. Sambutan memang menggalakkan. Cukup satu bas dari Malak Ajyad pergi Jabal Nur. Kami memang siap-siap bawa seluar track dan Tshirt sebab pastinya berpeluh. Nak pakai jubah? Pakai je sebab ada jemaah yang pakai jubah sampai juga ke Gua Hira'. Perlu pakai kasut sukan? Tak perlu pun takpa. Ustaz pakai selipar. Suami pun pakai selipar. Azie pakai kasut yang pergi masjid. Perlu ke bawa makanan? Errrr kita bukan nak pergi berkelah. Ustaz naik berlenggang. Azie bawa coklat Sneakers dalam poket seluar track mana tahu kalau-kalau perlukan lebih gula dalam badan. Lagipun di atas puncak sana memang ada gerai makan. Tinggal lagi buka atau tutup sahaja. Paling penting siap-siap ambil wudhu dari hotel. Sebab di atas sana nanti kita nak bersolat sunat. Boleh bawa botol mineral jika bimbang terbatal wudhuk.

Semua jemaah diminta berkumpul jam 9 malam di lobi. Gua Hira' terletak di Jabal Nur. Jarak dari Kota Mekah ke Jabal Nur sekitar 7 km. Gua Hira' masih berada di dalam kawasan Tanah Haram. Sampai di kawasan sekitar Jabal Nur, dalam group 12 orang naik pula van untuk ke kaki bukit Jabal Nur. Driver yang bawa van ni kemain laju lagi bawanya. Dari bawah sampai ke atas kaki bukit tu macam naik roller coaster. Menjerit-jerit kami dalam van. Corner lipat. Corner baring semua ada. Perlu naik van kerana lorong sempit antara rumah-rumah dan kedai untuk sampai ke kaki bukit. 

Selesai van hantar semua jemaah ke kaki bukit, ekspedisi pun bermula. Suasana keliling gelap dan sunyi. Macam tiada penghuni. Yang kedengaran hanyalah suara jemaah kami yang rata-rata terkejut naik roller coaster tadi. Kami beramai-ramai mula berjalan menuju ke tangga Jabal Nur. Jalan mula MENEGAK 90 darjah. Nampak ustaz jalan terkangkang-kangkang. Lucu sangat sampai Azie terlepas ketawa gelakkan ustaz. Tak mampu nak menahan. Orang Arab naik bukit tegak tu cara ular. Naik sikit sikit dari kiri ke kanan. Di sini ramai yang dah slow down terutama pakcik dan makcik. Mengah juga nak sampai tangga sebab tapak kaki mencengkam kuat untuk imbangi badan.

Lega jumpa tangga maka pendakian sebenar pun bermula. Tangga batu yang lebar-lebar saiznya. Pada Azie, walaupun bertangga pendakian ke Gua Hira’ amat mecabar secara fizikalnya kerana bukitnya curam. Kata ustaz jalan yang kita lalui ni bukan laluan Rasulullah beruzlah ke Gua Hira'. Jalan yang Nabi lalu ialah sebelah sana bukit yang jauhhhhhhh lebih curam dan berbatu-batu. Ketika mendaki terbayang bagaimana kegigihan Rasulullah mendaki bukit ini. Terbayang juga di fikiran yang Siti Khadijah isteri Nabi yang berulang-alik ke Gua Hira' hantar makanan kepada baginda. AllahuAkbar. 

Sepanjang pendakian suasana gelap. Yang ramai-ramai tadi mula terpisah. Yang fit fizikalnya lebih laju mendaki daripada orang lain. Kami tak jauh di belakang ustaz. Memang mencabar!

Dalam hati mula rasa tak sia-sia banyak jalan kaki waktu travel, panjat Mount Hallasan di Pulau Jeju, panjat Bukit Keluang masa balik kampung baru-baru ni. Barulah fit untuk panjat Jabal Nur pergi Gua Hira'. Rupanya Allah dah bagi latihan awal. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

TIPS: Bawa note kecil riyal untuk sedekah kepada pembuat tangga batu di sepanjang jalan. Mereka sangat ramaiii! Tapi ramai yang dah tidur :) Yang masih berjaga...naik bukit mereka minta, turun bukit juga mereka minta sekali lagi. 

Setelah banyak pitt stop (semput + mengah) akhirnya kami sampai juga ke puncak Jabal Nur setelah hampir 40 minit mendaki. MashaAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar. Tak terperi indahnya menikmati pemandangan Kota Mekah dari puncak Jabal Nur. Ini baru puncak. Gua Hira' nya belum sampai lagi. 

Ada ruang untuk solat jemaah di atas puncak Jabal Nur berkiblatkan Kaabah. Kaabah tak nampak dah dari puncak Jabal Nur. 

Pemandangan malam Tanah Haram Kota Mekah cukup cantik dari puncak jabal Nur. Limpahan cahaya lampu di Masjidil Haram boleh dilihat dari kejauhan. Clock Tower dari jauh. 

Rupanya ada beberapa orang jemaah kami yang muda-muda kaki panjang tiba lebih awal dan telah selesai solat pun dalam Gua Hira'. Kata mereka takda orang ketika ni. Azie terus ajak suami turun dulu ke Gua Hira' sebelum lebih ramai lagi sampai ke puncak. Dari puncak perlu turun tangga pergi ke Gua Hira'. Perlu hati-hati. Tangga curam. Suasana gelap. Sunyi. Kempiskan perut dan badan untuk melalui celah-celah batu untuk pergi ke pintu Gua Hira'. Kami guna lampu dari Iphone. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga depan pintu Gua Hira'. Seolah-olah tak percaya bila tiba di sini. Di sinilah tempat malaikat Jibril turun menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah.

Laluan menuju ke pintu Gua Hira'. Ustaz mutawwif ni mula-mula ikut lubang belah kanan. Tak lepas. Cuba ikut lubang belah kiri, baru lepas. Suasana gelap. Yang ni suami tolong halakan lampu phone bagi cerah. Sambil2 snap pic ustaz. Heeeee. 

Dalam Gua Hira'. Alhamdulillah tiada orang. Jadi tak perlu beratur. Alhamdulillah Allah beri privilege sampai terus dapat masuk bersolat sunat. 

Boleh solat 3 orang sahaja. Yang bersolat atas sejadah coklat tu perlu solat duduk sebab ada batu atas kepala. Tak lepas nak berdiri. Suami solat sejadah pink. Azie solat di sejadah hijau. Ada kucing hitam putih tengah duduk atas batu tengok kami bersolat. Mana pulak datang kucing tu Wallahu'alam

Selesai solat beri peluang kepada ustaz mutawwif pulak untuk bersolat. Orang lain dah mula membanjiri depan pintu Gua Hira'. Abaikan muka merah berkilat tu. Mata tak boleh buka sebab flash handphone tu buat sakit mataku.

Depan pintu Gua Hira'. Gambar diambil dari puncak Jabal Nur

Banyak perkara yang terfikir dalam fikiran sepanjang berada di Mekah mendengar sirah Rasulullah, betapa banyaknya pengorbanan Baginda untuk menyebarkan dakwah Islam. Alhamdulillah, aku hidup dalam Islam.

Nak turun Jabal Nur tidak sesukar aktiviti mendaki. Kami decide untuk turun bila jemaah makin ramai naik ke puncak. Selain itu, jemaah dari negara lain mula datang dan sampai ke puncak Jabal Nur. Seram juga bila berdua je yang turun. Suasana sunyi. Dalam gelap tiba-tiba ada suara peminta sedekah. Terkejut juga dibuatnya. Mereka ni tidur berselimut begitu sahaja di atas tangga. Di situlah tempat tinggal mereka.

Ketika turun rasa tekanan darah mula rendah. Kepala pusing-pusing. Kaki rasa sakit. Betis mula lenguh. Mujur ada sneakers tadi :) Di pertengahan jalan jumpa jemaah sama rombongan, seorang pakcik. Dia kata lama dah mendaki apesal tak sampai-sampai lagi. Kami cakap tak jauh dah sikit lagi nak sampai. Bagi kata-kata perangsang pada pakcik. Sampai di bawah, kami tunggu depan kedai yang dah tutup. Duduk beristirehat dalam gelap melepaskan lelah. 

Sejam kemudian baru ustaz turun. Rupanya ada jemaah terpeleot kakinya. Ustaz panggil teksi untuk dibawa ke hospital. Patutlah lama. Kami jumpa pakcik yang kami jumpa tengah jalan tadi. Katanya dia takda rezeki nak turun ke Gua Hira'. Baru dia sampai puncak ustaz dah panggil turun. Masa dah lewat.

Dalam bas perjalanan balik semua jemaah tidur kepenatan. Sakit badan. sakit kaki. Sampai bilik, tidur tak khabar apa lagi. Sebelum tidur Azie berdoa pada Allah mohon bangunkan Azie supaya dapat Subuh di masjid. 

Tengah malam tiba-tiba terjaga seolah-olah berada di alam lain. Perasaan takut menggigil rasa nak menangis. Mulut tak henti berdoa "Ya Allah kembalikanlah aku ke alamku semula Ya Allah. Panik. Berpeluh-peluh. Tak henti2 mohon doa". Tak lama lepas tu barulah perasan dan teringat rupanya dalam bilik sendiri! Bangun terus buka lampu. Penat sangat la tu. Kejut suami dan kami siap-siap pergi masjid.


Bangkok Sea Life Ocean World, Thailand

$
0
0



Assalamualaikum. Balik dari umrah sehari dua packing-packing terus pergi Bangkok. Kononnya nak bersiaran langsung dari Bangkok Patio Apartment. Tapi nampaknya post ini mereput sebagai draf je. Baru malam ni berpeluang nak publish! Allah , makin nak masuk tahun baru, terasa seakan masa makin bergerak laju. 3 minggu di Bangkok terasa begitu singkat. Masih rasa tak puas. Bangkok cukup menyenangkan hati Azie. Walaupun ini merupakan kunjungan ketiga dan yang kedua untuk tahun ini, Bangkok tidak pernah mengecewakan Azie. Banyak benda baru kami berdua explore sepanjang 3 minggu di sini. Tempoh travel paling lama setakat ini.

Tak nak cerita panjang, jom Azie bawa korang mengembara ke dasar laut dulu!

Bangkok Sea Life Ocean World merupakan aquarium terbesar di Asia Tenggara. Tiket agak mahal. Curreny Malaysia memang tak best sekarang. Harga tiket untuk foreigners 890Baht (darab dengan 0.135 card credit rate) = RM120.15 per person!!

Nak jimat kami ambil option 'LATE SAVER' untuk foreigners. Boleh check harga tiket di sini 'TICKETS' 

Harga 645Baht = RM87 per person.
Kena beli online dan perlu ada kad kredit.
Tiket mesti beli 24 jam sebelum masuk.
Waktu lawatan selepas jam 5 pm.
Yay! Tahniah.....kami dah jimat 35%.

Bangkok Sea Life Ocean World terletak dalam Shopping Complex Siam Paragon. Naik BTS turun di Station SIAM

Ambil tiket jam 5 pm (awal tak dibenarkan). Ambil tiket terus masuk dalam. Maka pengembaraan ke dasar laut pun bermula ;) 

I am a huge fan of sea world!!

Seronoknya jika rumah ada aquarium

So peaceful

Giant Spider Crab kaki panjang

Giant Pacific Octopus muka garang

So beautiful


Melihat ikan, terlupa masalah dunia

Lion Fish

Ajaibnya ikan ini

Jeng..jeng...abang long kawasan sudah mari

Whoaaaaaaa! 


Seronok menghabiskan masa berdating dengan suami di Bangkok Sea Life Ocean World ini. Orang tak reti nak dive terpaksa pergi aquarium nak tengok kehidupan laut dalam. Kalau bawa budak-budak lagi seronok. Kehidupan dasar laut memang menakjubkan. MashaAllah.

Fish tanks dalam Sea Life Bangkok ini memang besar-besar dan semua nya di jaga dengan baik dan sempurna. Ada banyak zon antaranya;

Rocky Hideout
Coral Reef
Seahorse Kingdom
Jellies
Tropical Ocean
Rocky Shore
Rockpool
Penguin Ice Adventure
Shark Shipwreck
Ocean Tunnel
Tropical Rainforest

Sejam setengah kami ambil masa untuk completekan tour dalam keadaan tergesa-gesa. Sebenarnya tak best masuk lepas pukul 5 sebab terkejar2 nak solat Maghrib. Kalau nak best, peruntukan masa di sini 2 ke tiga jam. Ni nak tengok penyu berenang pun tak puas! Boleh jadi leka....

Azie dah pernah pergi Aquaria KLCC. Di sini jauh lebih best dan lebih awesome. Ada lebih beratus hidupan laut. Banyak juga aktiviti sampingan yang seronok di sini. Tapi tak termasuk dalam harga tiket. Kena extra caj seperti 'Ocean Feeding Boat' - 180 Baht. Naik boat bagi makan ikan. Boat pulak sejenis see thru nampak bawah. Nama pun ocean kan. Jadinya segala mala jenis ikan termasuk shark ada dalam ocean. Cool kan tengok shark berenang-renang bawah boat. Ok scary 😑 Selain itu ada 4D Cinema. Ada ocean walker. Ala macam di Boracay tu. Pakai helmet jalan kaki di dasar laut. Semua itu ada caj tambahan dikenakan.

Selesai tour boleh beli souvenir. Keluar Ocean World boleh sambung cuci mata dalam Siam Paragon. Oh dalam Siam Paragon ada surau / prayer room di basement (South Lift). Siam Paragon ada dua zon iaitu South & North. 

Kalau ada masa dan bajet lebih, bolehla luangkan masa pergi Bangkok Sea Life Ocean World antara tempat menarik di Bangkok, Thailand 👍

Terima Kasih GOPRO!

$
0
0

Dulu fikir 10x nak beli GoPro.
Masa tu rasa mahal ya amats untuk sejenis kamera yang bersaiz kecil.
Beli masa trip ke Singapore May 2014 (tax free).
Harga tak ingat tapi memang yakin masa tu sangat murah dari harga GoPro yang dijual di Malaysia.
Kami punya GoPro 3+ Silver. Terkini di pasaran GoPro 5 rasanya.
Setelah lebih 2 tahun, rasa sangat berbaloi-baloi.
Sampai sekarang masih bawa ke mana-mana sebab saiznya yang sangat kecil sebesar tapak tangan.
Bila travel dapatlah swafoto dengan suami! Gambar pun senonoh sikit. Takla muka kami je yang monopoli dalam gambar.
Suka GoPro ni sebab ada setting wide angel. Objek besar muat dalam sekeping gambar. Tak perlu pergi jauh-jauh 😆

Meh nak share koleksi gambar GoPro. No filter. No editing. 

Shrine Of Remembrance Melbourne Australia Oct 2014


Puffing Billy Railway Melbourne Australia Oct 2014

Port Campbell National Park Victoria Australia Oct 2014

Tesselaar Tulip Farm Victoria Australia Oct 2014

Flinders Street Railway Station Oct 2014

Sungai Chao Phraya, Bangkok Thailand Nov 2014

Siam Paragon, Bangkok Thailand Nov 2014

Krabi Thailand Jan 2015


Krabi Thailand Jan 2015

Krabi Thailand Jan 2015

Ho Chi Minh City Vietnam Sept 2015

Sokcho Korea Selatan Nov 2015

Petite France Korea Selatan Nov 2015

Nami Island Korea Selatan Nov 2015

Pulau Jeju Korea Selatan Nov 2015

Pulau Jeju Korea Selatan Nov 2015

Pulau Jeju Korea Selatan Nov 2015

Mount Seoraksan Korea Selatan Nov 2015

Seoul Korea Selatan Nov 2015

Boracay Filipina Jan 2016

Boracay Filipina 2016

Boracay Filipina Jan 2016

Boracay Filipina Jan 2016

Borcay Filipina Jan 2016

Makkah Al Mukarramah Saudi Arabia Nov 2016

Madinah Al Munawwarah Saudi Arabia Nov 2016

Lop Buri Thailand Dec 2016

Lop Buri Thailand Dec 2016

Jadi bolehla guna GoPro dan seangkatan dengannya untuk gambar travel acah-acah cantik. Baru rasa konfident nak print gambar kat Fotokem :D



Selamat Tahun Baru 2017!

$
0
0


HELLO 2017




Hi readers! Welcome to my blogs. Ini merupakan post pertama untuk tahun 2017. Terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Seriously tak tahu siapa yang baca sebenarnya :D Herannya statistik terus berjalan. Tapi takpelah blog ini sekadar suka-suka untuk menaip bila ada kelapangan masa dan moga sedikit sebanyak ada manfaat untuk pembaca. Moga diberi kekuatan untuk terus konsisten!

2016 has been an AMAZING year for me. Syukur Alhamdulillah for everything. Bagusnya ada blog ni boleh recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2016. Azie recap semula.

10 things happened in 2016

1. 8th Travelog - Boracay, Philippines
2. Twice Sponsored post for ZALORA
3. 1st Sponsored post for Nuffnang
4. Family trip - Bangkok, Thailand
5. Nuffnang cashout worth RM525
6. Did Relex-Smile Eye Surgery (vision correction)
7. Blog hit 1 Million views ( All thanks to my lovely readers 💖)
8. 9th Travelog (Azie Sacred Journey) - Makkah & Madinah, Arab Saudi
9. Working trip with hubby (3 weeks in Bangkok)
10. New camera & new Ipad for me! Yayyy

Tahun baru, masuk umur baru. Alhamdulillah masih bernyawa masih boleh melihat dunia. Moga tahun 2017 lebih cemerlang menjadi blogger yang berjaya. Jalani kehidupan dengan hati yang bersih, lebih bertanggungjawab, lebih positif, lebih beriman dan lebih bertaqwa. Semoga doa-doa kita sepanjang tahun dijawab Tuhan dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.....and of course moga-moga lebih banyak travelog untuk tahun 2017! *start menabung*

Apa azam baru korang?


11 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand

$
0
0

Sawadee ka
สวัสดี ค่ะ

Eh eh eh dah tahun baru 2017! Tahun ni nak bercuti ke mana pulak? Takda idea nak bercuti ke mana? Mari saya bagi solution. Awak semua tahu tak banyak sangat tempat menarik lagi awesome untuk dikunjungi di Bangkok. Tak payah fikir jauh-jauh. Bajet pun berpatutan...
*walaupun duit Malaysia kini semakin tenat*

Mari kita tengok apa yang menarik di Bangkok, Thailand!

1.  Siam Paragon

Antara shopping mall terbaik dan terbest pernah pergi kujejaki. Lima jam pun tak habis tawaf dalam Siam Paragon ni. Selama 3 minggu di Bangkok, Siam Paragon lah kekerapan lawatan paling tinggi! Kalau anda lihat secara kasar memang macam tak ada apa yang menarik. Tapi cuba masuk department store belek satu-satu barang dalam tu, MashaAllah comel-comel kiut miut dan rare. Pergi naik 3rd floor (Auto city) & fifth floor (vip cinema experience). Jaw drops! Jangan lupa terjah masuk dalam Kinokuniya Store. Malas nak explain panjang-panjang sila pergi tengok sendiri. Hiks.
Cara ke sini: BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00




2. Terminal 21

Dibuka pada Oktober 2011. Satu-satunya shopping mall yang ada tema. Setiap aras mempunyai konsep dekorasi berbeza mengikut tema kota-kota yang terkenal di dunia. Dekorasi tidak terhad kepada ruang pameran sahaja. Tema merangkumi tandas lelaki dan perempuan. Masuk sahaja dalam Terminal 21 terasa sudah sampai ke 9 kota terkenal di dunia tetapi di bawah satu bumbung! Menarik bukan? Apa yang ada di Terminal 21? Ada jenama tempatan dan juga jenama antarabangsa. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Banyak yang rare items ada di sini.
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Asok Station) & MRT Subway(Sukhumvit Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm




3. MBK Center

Ma Boon Khrong Center atau popular dengan panggilan MBK. Confirm yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center. Apa yang menarik dalam ni? Hmmmm....barang-barang immitate seperti LV, Gucci, Prada dll banyaklah dalam ni. Barang untuk souvenirs pun boleh settle di sini. Harga boleh negotiable. Bestnya MBK ni sebab ada SURAU dan ada restoren halal yang terkenal di kalangan traveller Malaysia. Siapa tau? Ya, Yana Restaurant!
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm



4. Siam Discovery

Terus terang memang tak mampu nak shopping kat sini. Terlajak mahal barang-barang dalam ni. International dan Local Designer ada dalam Siam Discovery. Ada Issey Miyaki, Hugo Boss dll. Datang sini untuk cuci mata dengan dekorasi mall ni. Arkitek yang design Siam Discovery ni dari Jepun. Memang futuristik sangat!
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm


5. Chatuchak Weekend Market

Pasar TERbesar di Thailand dan TERbesar di Asia Tenggara malah merupakan antara pasar / market yang TERbesar di dunia. Pasar ini adalah tempat WAJIB singgah jika ke Bangkok! Pasar ini sangat TERkenal di kalangan kaki travel seluruh dunia, Asia Tenggara terutamanya. Ia adalah sebuah pasar MURAH & MERIAH yang menjual pelbagai barangan dari serata pelosok Thailand. Harga memang sangat berpatutan! Siapkan duit sebelum sampai ke sini. Memang berpeluh nak menahan nafsu membeli.
Cara ke sini     : BTS Skytrain (Mo Chit Station) . Exit 1
Waktu operasi : Sabtu & Ahad SAHAJA



6. PLATINUM MALL

Kedai borong macam Kenanga. Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. Dipanggil Pratunam Shopping Centre juga kerana lokasinya di tengah area Pratunam 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Indoor version of Chatuchak Market. Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. Beli satu mahal. Beli tiga dan ke atas baru murah & berbaloi.  So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Kalau tak cukup masa nak shopping jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Boleh solat jamak zohor dan asar di situ. Tips penting: Jangan lupa bawa cabin bag / troli bag.
Cara ke sini     : Ratchathewi or Chidlom BTS Skytrain
Waktu operasi :10:00 - 22:00


7.Phetchaburi Soi 7

Ada Masjid Darul Aman di lorong ini. Belah pagi dan malam lorong Phetchaburi ini meriah dengan gerai-gerai makanan halal. Macam-macam ada. Street food halal boleh cari di sini. Nak tahu gerai tu halal atau tidak lihat pada lambang gerai. Kalau ada logo bulan bintang tu maknanya halal. Boleh tanya juga untuk mengesahkan. Suami and the gang suka sangat makan di Restoren Ali Selatan (berhadapan dengan Restoren Hayati). Sedap dan harga jauh lebih murah dari harga Yana. Bubur jagung di sini sedap sangat :D Owner & pekerja cakap Klate. Jarak dari BTS Skytrain (Ratchathewi Station) dalam 300m. Anda akan lalu depan Fareeda Restaurant sebelum sampai ke Phetchaburi Soi 7 (simpang pertama belah kanan).
Cara ke sini     : Ratchathewi BTS Skytrain




8. Sea Life Bangkok Ocean World

Suka hidupan akuatik? Sinilah tempatnya! Dulu dikenali dengan Siam Ocean World. Dikatakan Aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 30 ribu jenis hidupan laut dalam Bangkok Ocean World. Nak tiket murah kena ada kad kredit, beli online & masuk lepas jam 5pm. Harga tiket 645 Baht. *convert sendiri ikut tukaran wang semasa* Menyelami kehidupan akuatik di sini senang-senang habis masa 2 ke 3 jam tanpa sedar. Yang bawa anak-anak jangan lupa datang sini! Terletak dalam Siam Paragon.
Cara ke sini     : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00



9. Royal Grand Palace

Apa yang ada di dalam ni? Temple of Emerald Buddha (juga dikenali sebagai Wat Phra Kaew), The Golden Stupa dan Mini Angkor Wat. Besar boleh tahan kawasan ni. Datang sini kena berpakaian sopan. Lelaki perlu berseluar panjang dan berlengan. Perempuan pun kena tutup aurat. Kalau tidak, silalah sewa pakaian yang disediakan. Tiket masuk 400 Baht.
Cara ke sini: 1. Naik BTS turun di Saphan Taksin
                   2. Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
                   3. Orange Lines (Sabtu & Ahad), turun di N9 - Tha Chang


Waktu operasi : Setiap hari (8:30am to 3:30pm) kecuali ada perayaan atau sambutan diraja.

             

10. Wat Arun

Wat tu temple. Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร). Boleh ke nak sebut? Lebih mudah disebut Wat Arun je. Dikenali sebagai Temple of Dawn kerana ia memantulkan cahaya menarik menjelang waktu senja atau malam. Terjemahan Melayu jadi Kuil Fajar. Kebanyakkan binaannya bewarna putih kerana ada lapisan seramik dan porselin Cina diluarnya. Betul-betul ada di tepi Menam Chao Phraya ni. Usianya dah ratusan tahun. Tiket masuk 50 Baht
Cara ke sini : Naik boat turun di pier Tha Tien.  Kemudian ada feri khas disediakan untuk ke seberang sana. Tambang ferry 3 baht.
Waktu operasi :  08:00am -17:30pm


11. Bunga Matahari di Lop Buri

Bunga matahari sangat cantik! Kalau ke Bangkok hujung & awal tahun boleh pergi Lop Buri. Bunga matahari tengah berkembang mekar dan sangat gorgeous untuk dilihat. Lop Buri terletak 150km ke utara Bangkok. Perjalanan ke sana makan masa selama 3 jam menaiki keretapi dengan harga tiket 50 Baht sorang untuk Kelas 3 (Standee). Boleh duduk kalau ada seat kosong. Turun di Lop Buri naik pula taxi ke ladang bunga matahari. 



My mission accomplished!

Ladang Bunga Matahari di Thailand

$
0
0
Assalamualaikum



Pheww, akhirnya berjaya updated! Kali ini Azie nak share misi kami mencari bunga matahari sangat cantik di Thailand. Thailand memang banyak tempat-tempat scenery yang menarik. Walaupun 3 minggu di sana memang tak sempat nak cover semua. Suami bekerja Isnin - Jumaat. Hujung minggu baru boleh berjalan jauh-jauh. Banyak tempat-tempat menarik di Bangkok tak sempat kami cover. Takpe next time InshaAllah!

Suami memang tak tahu menahu tempat ni. Lepas azie lakukan sedikit research & pembacaan baru ajak suami ke sini. Kata suami, setakat nak tengok bunga matahari depan ofis dia banyak bunga matahari! 😑  TAKNAK! Saya nak LADANG BUNGA MATAHARI😭  *hentak-hentak kaki*

Isnin (Thailand Public Holiday). My birthday kebetulan sama dengan birthday Raja Siam King Bhumibol yang telah mangkat dan telah memerintah Thailand selama 70 TAHUN. Raja paling lama memerintah di dunia! Kalah Queen E. Jadi bolehlah laksanakan misi mencari Ladang Bunga Matahari terbesar di daerah Lopburi, Thailand. 

Ayuh! 

Ini tentatif perjalanan kami dari Bangkok Patio Apartment (Sanam Pao BTS Skytrain) ke Daerah Lopburi (150km North Bangkok)

6.03am : BTS Skytrain Sanam Pao Station > BTS Skytrain Sala Daeng Station
Tiket: 34 Baht

6.35am : MRT Bangkok Metro Si Lom Station (underground journey of Bangkok) > MRT Bangkok Metro Hua Lamphong > Exit No.2 Hua Lamphong Railway Station
Tiket: 19 Baht 


7.00am - Hua Lamphong Railway Station Tren No.111 > Lop Buri
Tiket: 50 Baht (Kelas 3: Standee)


9.40am : Tiba Stesen Lop Buri


9.50am : Teksi to Sunflower Farm No.8
Harga tambang teksi: 300 Baht!


Tiket masuk ladang bunga matahari : 10 Baht seorang


12.30pm : Lop Buri > Bangkok Tren No.106 Platform 2
Tiket: 50 Baht (Kelas 3: Standee)

Total kos perjalanan / bajet untuk dua (2) orang : 926 Baht (RM117)
[Currency semasa : 100 Baht = RM12.64]

Perjalanan dari Bangkok ke Lop Buri memakan masa 3 jam. Kami nak pergi awal ke Lop Buri dan balik awal ke Bangkok. Decide ambil train awal pagi seawal 7.00am. Tiket keretapi boleh check di sini --> http://thairailways.com/

Seawal jam 6am lepas solat Subuh kami siap-siap turun dari apartment. Terpaksa menapak kerana tuk-tuk apartment (FOC) ke BTS Skytrain Sanam Pao masih tidak beroperasi. Untuk info mengenai tiket BTS Skyrain boleh refer sini. Kenapa website mendung berarak kelabu? Thailand masih dalam tempoh berkabung. Mereka berkabung selama setahun dari tarikh mangkat! --> TIKET BTS SKYTRAIN

Turun di BTS Skytrain Sala Daeng Station untuk tukar train naik MRT Bangkok Metro (underground) ke Station Hua Lamphong Railway Station. First time naik MRT. Pusing-pusing jugak nak turun ke bawah-bawah-bawah tanah mencari Si Lom Station. 

Sampai Si Lom Station terus beli tiket di machine yang disediakan. Jangan risau ada ENGLISH option. Senang je nak purchase tiket MRT seperti gambar di atas. Selesai beli tiket, just tunggu train sampai. Perjalanan pagi-pagi buta macam ni tak ramai orang. Tak perlu bersesak-sesak.


Tiba di Station Hua Lamphong, ambil Exit No.2 untuk ke Bangkok Railway Station (Station Hua Lumpong)


Masuk pintu di atas, terus toleh belah kiri akan nampak 'TICKET OFFICE FOR FOREIGNERS'. Beli tiket ke Lop Buri di sini. By default diorang akan bagi seat Kelas 3: Standee. Sebab itu paling murah. Standee tu maksudnya tiada no mbor tempat duduk. Kena berdirilah jawabnya selama 3 jam. Kalau keretapi kosong boleh buduk di mana-mana seat kosong yang tiada orang. Kalau nak naik kelas 2 (tempat duduk ada seat) kena tanya  harga dan request. Harga lebih mahal semestinya. Kami tanya harga Kelas 2 (tak silap lebih kurang 130 Baht seorang). Jauh bezanya. Tetap juga ada kipas je. Tetap takda aircond. Terus tak jadi! Hiks.

Mujur selama 3 jam perjalanan keretapi TAK RAMAI ORANG walaupun hari Sabtu. Mungkin sebab awal pagi. Jadi bolehla kami duduk selama 3 jam sampailah tiba di Lop Buri. Kelas 3 hanya ada kipas. Tiada aircond. Seat mula-mula kami duduk tu seperti gambar di atas. Itu seat Kelas 2 yang ada nombor tempat duduk. Sebab seat row by row. Ada konduktor train check tiket tau. Lepas dia check kami kena halau hahaha. Disuruh kami pi depan lagi. Lepas pi depan...kami duduk di seat kosong yang mengadap antara satu sama lain. Barulah boleh duduk dengan aman dan tak kena halau. 


Eh eh berapa orang je turun di Station Lop Buri ni. Konon nak share teksi dengan pelancong lain tapi nampaknya kami berdua je pelancong kat sini. Ada couple Mat Saleh tu taknak naik teksi. Mereka nak ronda-ronda area berdekatan dulu. Jarak dari Stesen Lop Buri ke Ladang Matahari lebih kurang 20 km. Orang teksi tu cakap tiada bas awam yang pergi ke sana. Kesahihannya tidak dapat kami nak pastikan. Jenuh kami tawar menawar. Akhirnya terpaksa redha dengan harga 600 Baht! Untuk dua orang (return). Mahal Ya Rabbi.

Lebih kurang 20-30 minit perjalanan menaiki teksi akhirnya kami tiba di Ladang Bunga Matahari di Lop Buri Thailand. Masuk ladang bunga matahari kena bayar lagi 10 Baht seorang. Dah sampai pun. Bayar ajelah. Jom tengok gambar penuh. Berbaloi ke tidak pergi jauh-jauh nihhhh.


Berbaloi bersusah payah datang sini. Masha Allah ceria betul alam ciptaan Allah. Warna kuning memenuhi ladang! Seluas saujana mata memandang. Bunga matahari berkembang cantik tinggi lampai melambai-lambai ditiup angin seolah-olah menyambut kedatangan kami. Tak pedulik dah cuaca panas terik. Tak sempat nak fikir kulit sunburn ke tak. Lepas suami bayar admission fee terus berlari-lari masuk ladang macam kanak-kanak riang dapat coklat. Rasa nak lompat bintang! 

Masalah utama bila jumpa bunga matahari seluas ladang, semua sudut rasa nak ambil gambar. Ish ish ish perangai. 10 kali swafoto tak cukup-cukup. Kiri kanan depan belakang, semua angle dirakam sebagai kenangan. Mujur suami sporting to the max. Huhu.

Meh nak share sedikit info pasal bunga matahari. Bunga matahari boleh mencapai ketinggian antara 90 - 360cm. Batangnya berbulu kasar. Kami ke sini hujung November. Bunga matahari di Lop Buri subur dan mekar antara Nov - Jan. Tumbuh menghadap arah terbit matahari. Lop Buri ni mesti kawasan tanah tinggi dan banyak menerima cahaya matahari. Sebab bunga matahari di sini benar-benar subur dan bunganya cukup besar!

Bunga matahari di sini hasilkan biji bunga matahari. Biji bunga matahari kita tak nampak sebab diselaputi kulit tebal dan keras di luarnya. Sebab itu, tu biji bunga matahari banyak dijual di Thailand. Suami dah beli macam-macam perisa. Ada perisa udang, ayam, bbq, spicy dll. Korang boleh cari di supermarket TOPS sebab yang itu ada cop halal Thailand. Kat ladang ni takde jual yang ada perisa tu. Perisa original dan kuaci je ada. Selain itu, ada dijual pelbagai jenis kerepek pisang yang takda kaitan.

Oklah lepas posing sana sini, mohla kita balik. 3 jam lagi naik keretapi. Siap sedia untuk sakit pinggang dan basah ketiak sebab waktu dah masuk tengahari. Train pulak ada kipas sahaja & tiada aircond. Bertabahla dengan bau-bauan semulajadi. 

Mission accomplished!

Day Trip to Lopburi

$
0
0

Assalamualaikum

Boleh kata ini sambungan cerita semalam. Baca sini
> LADANG BUNGA MATAHARI



Sementara tunggu train dari Lopburi ke Bangkok tiba jam 12.30 tengahari, kami reronda dulu sekitar station Lopburi. Keluar aje station keretapi terus nampak binaan ini. 


Lopburi ni sunyi sepi aman damai. Info penting mengenai Lopburi dari wiki.

1. There are two downtown areas in Lopburi: New Town and Old Town. Most of the important sites, plus the train station, are in the Old Town; buses arrive and depart from the New Town.

2. Lopburi is famous for the hundreds of crab-eating macaques (monkeys) that overrun the Old Town, especially in the area around Phra Prang Sam Yot and Phra Kaan Shrine, and there's even a monkey temple/amusement park where you can buy snacks to feed to them.

3. Keep an eye out for monkeys hanging from trees and wires and sitting on roofs and ledges, and be aware that they have some unpleasant bad habits including defecating on unsuspecting pedestrians from their overhead perches, jumping on people to snatch food and stealing bags that they suspect may contain something edible.

4. At night nothing much is going on in the Old Town, thus the street dogs consider everybody running around after midnight very suspicious.




Obviously Station Lopburi di area Old Town. Dalam perjalanan pergi ke ladang bunga matahari korang akan nampak roundabout dan ada runtuhan temple kat dalam tu. Penuh dengan monyet jenis macaques ni. Seram weh. Memang meriahh betul mereka berpesta dalam tu. Memang tak la nak jalan kaki sendirian tepi jalan. Contoh macam di bawah ni ya :D

Kredit: Google (Avax.News)

Mujurlah area station ni takde monyet2 ni berkeliaran. Kalau tidak memang tak keluar station cari tiket patah balik pergi Bangkok. Sanggup tak pergi ladang bunga matahari. Yang ada di station ini cuma anjing. Mujurla anjing jenis duduk melepak malas je. Kalau tidak haru jugak pusing2 nak lari dari anjing. Dari gambar bawah ni boleh nampak Station Train Lopburi.


Area sini memang tak jumpa gerai makan halal. Kiteorang standby bawa susu pisang, coklat Meiji, air masak, roti halal sepaket 10 keping beli dekat 7E. DIY sapu butter. Tak lupa jajan untuk kudap-kudap. 


Tiket balik ni tak perlu beli siap-siap. Sebab train ke Bangkok dari Chiangmai kekerapannya tinggi. Tiket balik ni kononnya nak naik kelas dua. Tapi beza harga yang banyak antara kelas 2 dan 3 akhirnya pasrah dengan Kelas 3 je. FYI, kalau nak ke Lopburi naik train yang pergi Chiangmai. Jadi nak balik kena naik train dari Chiangmai. Tunggu di Platform 2. Mujurlah train ke BKK tak ramai penumpang. Dapatlah kami duduk sepanjang 3 jam perjalanan. Tapi tapi tapi kan bila dah masuk tengahari cuaca memang hangat. Tak serupa pagi tadi. Kelas 3 layak kipas angin je. Pastu makin nak sampai BKK makin slow kelajuan keretapi. Masa ni kurasakan inilah train paling lembab di dunia. Siap berenti dulu bagi kenderaan jalan raya lalu (maybe time tu peak hour dan traffik sesak kot) Jadi keretapi kena stop dulu bagi kereta lalu. Biasa kereta yang stop keretapi nak lalu. Hailah macam-macam. Huiii sampai BKK terus sakit kepala kepanasan. Hahaha.


Begitulah al-kisah day trip to Lopburi. Semuanya kerana bunga matahari. Oh pergi ladang bunga matahari jangan pakai baju cerah. Konfirm lekat debunga kuning di baju. Baju kiteorang tu sebenarnya dah lekat warna kuning-kuning. Mujurlah basuh hilang. Ok next entry Azie share makanan halal di sekitar Bangkok! Heran bila orang kata Bangkok susah nak cari makanan halal. Korea lagi susah tauuuu.

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang.

Sempena tahun baru 2017, me nak jemput semua orang join my 3rd Mini Giveaway sempena blog http://azyyatiliah.blogspot.my/ hits 1 million views last year. Jadi sebagai tanda penghargaan terima kasih buat semua blogger atau sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog ini :D




3 blogger bertuah akan memenangi barangan di atas!
Tajaan seperti di tag

Syarat penyertaan

1. Follow blog  Azyyati Liah bagi yang belum follow
2. Follow Google +Azyyati Liah  di Google Badge
3. Follow Instagram azyyatiliah
4. Buat entry dengan tajuk "3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my"& letakkan sekali banner kat atas dan backlink ke entry giveaway ni (salah eja nama disqualified!!)
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen di bawah beserta emel
6. Kita senaraikan dan update list semua peserta sebelum buat cabutan pemenang. So, nanti boleh check nama korang ada atau tidak dalam list.

Itu sahaja! Terima kasih "in advance" di atas kesudian untuk menyertai "3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my" . Cabutan secara random. Nama blogger bertuah akan diumumkan di sini. So check page ini selalu yaa.


Giveaway berlangsung sehingga 31 Januari 2017 jam 12 malam. Good luck ^_^

Nota: Pastikan Syarat Penyertaan dipenuhi. TQ.

Tempat Makan Halal di Bangkok | 9 Senarai Restoren Halal Muslim Thai

$
0
0

Assalamualaikum. Sawadee ka ;D

Seperti yang dijanjikan, nah ini 9 senarai tempat makan halal di Bangkok Thailand. Senarai restoren muslim thai yang halal di sekitar Bangkok. Sembilan je ku mampoo. Kalau ke Bangkok jangan lupa singgah tau. Ohhh, i'm totally in love with Thai food 😋 Makanan Authenthic dari Thai semua sedap-sedap. Setiap hidangan mesti ada rasa masam, manis, masin, pahit & pedasssss! Ohh aroma setiap hidangan menucucuk-cucuk lubang hidungku. Susah nak tengok aje. Kalau beli sup kan siap bagi gula sepaket! Mana la berat tak naik berkilo-kilo. 4 tahun duk Thailand boleh kena diabetis macam nih.

Kalau pergi Bangkok ini antara menu WAJIB anda cuba tau!

1. Tom yam goong
2. Pad Thai
3. Som tam
4. Massaman curry
5. Green curry
6. Mango Sticky Rice
7. Krapao (Basil Stir Fry) - Menu kegemaran suami. RESEPI ada di SINI.


1. YANA RESTAURANT MBK

Lokasi : 5th Floor MBK Centre 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Siam Station
Waktu operasi : 10am - 10 pm
Recommend : Green Curry 👍 , Som Tam 👍 , Massaman Curry 👍



2. USMAN MUSLIM THAI RESTAURANT (Sukhumvit 22) 

Cara nak pergi : BTS Skytrain Phrom Phong Station (jalan kaki dekat 1km. Nak senang naik tuk-tuk) 
Waktu operasi : 10 am – 10 pm daily, Jumaat TUTUP
Recommend : Mango Sticky Rice👍



3. KAH-JAK RESTAURANT 

Lokasi : Section 18 Soi 26 Chatuchak Weekend Market 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Mo Chit Station
Waktu operasi : Sabtu & Ahad
Recommend : Chicken/Beef Krapao 👍



4. SAMAN ISLAM THAI HALAL RESTAURANT 

Lokasi: Section 16 Soi 24 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Mo Chit Station
Waktu operasi : Sabtu & Ahad
Recommend : Pad Thai 👍



5. FARIDA FATORNEE (Petchaburi Soi 7) 

Lokasi : Petchaburi Soi 7 
Cara nak pergi : BTS Skytrain Ratchathewi
Waktu operasi : 5.00 pm and - 10.00 pm



6. SOPHIA RESTAURANT (Soi 5) 

Lokasi : 1 ซอย รามคำแหง 5 Ramkhamhaeng Rd, Suan Luang, Bangkok 
Waktu operasi : 10am - 10pm



7. ALI SELATAN (Petchaburi Soi 7) 

Lokasi : Petchaburi Soi 7 (tak jauh dari Masjid Darul Aman) 
Harga : Murah macam nih 👍👍👍👍👍
Bubur jagung : Sedap (fav suami). Selalu makan krapao kat sini.



8. BANGMAD (Dong Mueng Airport)

Lokasi: Departure Floor at Level 3, Terminal 2 (Domestic)
Apa yang ada : Hot Basil Chicken with Rice, Garlic Chicken with Rice, Sweet and Sour Eggs with Rice. 80 Baht sahaja uolss!



9. PATHUMTHANI 

Lokasi : No. 32, Tambon Chiang Rak Noi, Amphoe Bang Pa-in, Chang Wat Phra Nakhon Si Ayutthaya.



Tudiaaa senarai lokasi halal food in Bangkok. Kalau ada lagi or teringat nanti Azie update lagi. Dalam banyak-banyak makanan halal yang kita dah cuba try test di Bangkok kan, yang mana paling kegemaran ever and forever? Nak tahu kah?

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Inilah JUARANYA!!

*Tepuk tangan kuat-kuat*

Pathumthani Beef Boat Noodle

Pernah makan Boat Noodle versi Malaysia tak? Haaaa yang authenthic + halal version Boat Noodle ni TERpaling dan jauh lebih sedap dari yang ada di Malaysia. Dahla portion besar dan banyak. Pedas pulak tu. Habis licin semangkuk kuhirup. Slurrrrrrppppp!

Silalah terokai Bangkok seperti penduduk tempatan! Gitu.


Makanan Halal Bangkok | Usman Muslim Thai Restaurant

$
0
0

Bila datang rajin be like..nak review satu-satu tempat makan halal di Bangkok. Kali ke-3 pergi Bangkok baru dapat makan di Usman Muslim Thai Restaurant ni. Salah satu dalam senarai tempat makanan halal di Bangkok. Camne nak pergi Usman ni? Kalau naik BTS Skytrain turun di station Phrom Phong. Exit 6. Usman Muslim Thai Restaurant ni terletak di Sukhumvit Soi 22. Dari BTS Skytrain tu agak jauh la nak menapak. Kalau bawak mak abah silalah naik tuk tuk atau taxi. Sian tau jalan kaki panas-panas. Kalau naik teksi atau tuk-tuk jangan lupa copy nama Usman Muslim in Thai. Senang tak payah nak argue banyak-banyak just tunjuk je alamat. Kalau korang jenis sanggup berpanas silalah dengan gigih menapak jalan kaki. Dekat 1km jugakla berjalan. 


Waktu operasi restoren mula jam 10am hingga 10pm setiap hari KECUALI Jumaat buka jam 14.00 - 22.00pm. Selain restoren, Usman ni juga ada sediakan hostel. Sesuai untuk backpackers. Price range night start dari 350 Baht hingga 850 Baht. Walaupun jauh dari BTS Skytrain tapi muslim friendly dan nak makan pun senang :D

Suami mungkinlah boleh pergi dua tiga kali. Masa pergi dengan suami tu kami order menu seperti di bawah je. Sedap & affordable price. Semua chef & staff beragama Islam. Cakap Melayu je nak order ni. Mereka paham. Selain itu ada khidmat hantar makanan ke hotel tempat korang meginap. Ini kiteorang tak pernah try. Pastu kalau bawak jemaah (ahli keluarga) datang sini..jangan risau, boleh bayar guna kad visa atau master card. Cing! Swipe aja.

Ini alamat: Usman Muslim Thai Restaurant (อุสมาน) , 259/9 Sukhumvit Rd, Khwaeng Khlong Tan, Khet Khlong Toei, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand

Logo kedai halal Usman warna kuning

Itu tulisan Usman Muslim Food dalam bahasa Thai. Tunjuk gambar tu pada abam teksi ya. Nak jimat naik teksi. Nak seronok naik tuk-tuk.

Ada certificate of excellence dari tripadvisor! Terbaik sangat. Ada FREE WIFI di sini. Boleh update FB dan Instagram lelaju.

 Kiteorang order 2 menu ni sahaja untuk makan 2 orang + steam rice. Kenyang sangat dah.  Air mestilah Thai Tea. Harga? Allah. Lupa nak catit. Resit pulak tak jumpa. Dijamin berbaloi enak masakan dengan harganya. 

Mango Sticky Rice. Setakat ni yang Usman lah terpaling sedap. Yang lain-lain so-so je. 




Makanan Halal Bangkok | Farida Fatornee Muslim Food Restaurant

$
0
0

Kali ini tak berapa nak teruja share satu lagi lokasi restoren makanan halal di Bangkok. Nama kedai Farida Fatornee Muslim Food Restaurant. Kalau korang jalan kaki dari BTS Skytrain Ratchathewi Exit 4 nak pergi ke Masjid Darul Aman di Soi 7 tu, mesti lalu depan Farida Fatornee ni. Kena cross jalan. Kaki memang selalu sangat lalu depan kedai ni. Tapi tak pernah nak singgah cuba try test. Ada sekali tu teringin nak test, siap bawa ibu abah nak makan sini. Sekali TUTUP. Sobs.

Farida Fartonee restoren HALAL terletak di Petchaburi Soi 7 tak jauh dari kawasan Pratunum. Waktu operasi ISNIN - SABTU jam 5.00 petang dan tutup jam 10.00 malam. AHAD TUTUP. Pemilik kedai boleh cakap Melayu Kelantan. Masa kiteorang datang makan tu, Puan Farida ini sendiri yang datang ambil order. Kalau nak masakan panas-panas boleh order. Kalau nak cepat, restoren ini juga ada hidangan yang dah siap masak dan sedia dimakan. Tinggal pilih je lauk pauk mana.

Local name :  ฟาริดา ฟาตอนี
Local address : เพชรบุรี ซอย 7, 10400

Alamat: Farida Fatornee Muslim Food Restaurant, 497/5 Petchburi Road, Bangkok 10400

Macam mana nak pergi Farida Fatornee Muslim Food Restaurant? Turun di BTS Skytrain Ratchathewi. Exit 4. Jalan kaki seminit lintas seberang jalan belah sana.

Inilah kedaiiinya :D


Tom Yam Ayam


Kerabu mangga


Mango Sticky Rice

Tom Yam tu not bad rasanya. Azie prefer Tom Yam di Usman & Yana lagi. Ikutlah rasa tekak masing-masing kan. Tapi Tom Yam yang authenthic dari Bangkok ni, rasanya much much much better than Tom Yam yang jual kat kedai-kedai tepi rumahku ini. Hiks. Tom Yam kat Bangkok semua pedas-pedas dan cukup rasa masam manisnya tu. Kerabu mangga pun ok je.

Tapi kan bila tengok pulut mangga tu alahai..terus hilang keterujaan nak makan. Kuah tu sedikit pekat & likat. Hmmm..macam ni...memang tidak dinafikan lagi yang Mango Sticky Rice di Usman paling the bomb!

Price wise, memang murah dan berpatutan. Murah dari Yana Restaurant dan lebih kurang harga Usman. So kalau masa terhad, nak pergi Farida ke Usman? Pergi Usman please......

Makanan Halal Bangkok | Kah Jak Thai Halal Restaurant Chactuchak Weekend Market

$
0
0

Hari ini masih di bawah tajuk besar tempat 'Makanan Halal di Bangkok'. Turn Kah Jak Thai Halal Restaurant. Kah Jak yang kami cuba ni lokasinya di dalam Chatuchak Weekend Market. Pasar Chatuchak ini hanya ada pada Sabtu dan Ahad sahaja. Dalam pasar terletak di section 18 Soi 26. Memang jenuhla korang nak cari. Restoren kecil sahaja. Sekali masuk tak boleh ramai. Price wise, sangat berpatutan.

First time ke Chatuchak tak jumpa halal restoren pun. Maybe sebab tak cari dan orang pun ramai sangat dalam pasar. Culture shock. Hahaha. Rimas dan sakit kepala. Rasa nak balik cepat. 2nd time ke Pasar Chatuchak terjumpa Saman Islam Halal Food Restaurant. Dah jumpa tu terus duduk makan. Kalau pusing-pusing dulu comfirm susah dah nak cari semula kedai ni. Lokasinya tak jauh dari Clock Tower. Nanti kita review. Harga agak pricey. 3rd time baru terserempak dengan Kah Jak Thai Halal Restaurant ni. Bear in mind, chatuchak weekend market is the largest market in Asia Tenggara. So bayangkan setiap kali masuk jumpa kedai lain-lain. Macam en husband 6 bulan duk sini boleh kata minggu yang dia tak balik Malaysia memang dia cuci mata di Chatuchak. Cara nak ingat kedai, dia guna teknik ular. Hohohoho. Bolehla ingat certain-certain kedai yang kami suka pergi. 

Waktu mula operasi 11am. Selain tempat makan, mereka ada provide musolla juga untuk traveller yang nak solat. Toilet asing lelaki perempuan pun ada. Menu apa yang best di sini? Serious cakap jangan lah order Nasi Briyani kat Thailand. Sebab Nasi Briyani mereka lain macam dari nasi briyani malaysia version. Kuah kicap manis. Confirm tak leh terima. 1st time dulu makan jugak Nasi Briyani (Terminal 21). Pastuu, nasi aper ni? Tak boleh terima kalau yang serve dengan kicap manis/kicap masin. Jadi kalau nak selamat. Order sahaja Krapao ( Plain/Steam Rice + Chicken/Beef Basil) seperti gambar di bawah.

Rata-rata kami tengok dalam restoren ni duk pakat order nasi Briyani, nasi goreng & nasi pelik2 dalam menu. Pastu tinggal separuh pinggan. Tak habis. Takleh terima lah tu. Kiteorang punya pinggan pulak habis licin sebutir nasi pun tak tinggal. Krapao kat sini not bad. Sesuailah dengan tekak dan taste Melayu kita. Air pulak mesti nak order Thai tea :D


Harga Krapao 70 Baht



Masa ni peak time memang crowded. Dapat makan bucu-bucu meja je. Alhamdulillah. Bersyukurlah. Dalam pasar Chatuchak kita tak boleh makan street food kat sini sebab non-halal. Jadi bisa kebulur datang pasar kalau tak isi perut dulu. Lepas isi perut baru ada energy nak terus merayap dalam pasar yang padat dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia ;)

 Minggu berikutnya datang lagi untuk try Seafood Fried Rice & Pad Thai. Nampakkk tak sepeket gula & chilli flakes untuk makan dengan Pad Thai tu. Hari-hari macam ni, balik Malaysia kene detox. Hiks. Oh btw kami lebih suka Krapao :D

Makanan Halal Bangkok | Yana Restaurant, MBK

$
0
0

Sebut Yana Restaurant mesti terbayang Tom Yam with coconut milk yang authenthic tu kan. Yana Restaurant sejenis restoren halal Thai yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Mudah-mudah-mudah nak pergi. Lokasinya di tempat strategik. Naik BTS Skytrain turun di National Stadium. Yana Restaurant di Tingkat 5 dalam MBK berhadapan food Court. Pemiliknya Muslim. Chef nya muslim. 100% menggunakan bahan-bahan halal. 

Pertama kali makan di Yana Restaurant, kesedapannya tu benar-benar menjilat jari, hirup sampai licin semangkuk, terapung di awangan, termimpi-mimpi tom yam & green curry dalam tidur. Over sangat lah! Authenthic di Thailand pulak tu. Ini bukan makan dalam restoren Thai di Mid Valley ok. Feelingnya berbeza. FIRST TIME. Maafkanlah. Hiks.

Sekarang ni rasa macam dah kurang nikmat. Maybe sebab dah banyak kali makan di Yana ni. Pastu sebab dah rasa macam-macam tom yam di lain-lain restaurant. Hahah. Sorry Yana! Jika anda baru pertama kali sampai Thailand, dan hanya bercuti untuk tiga empat hari...mehla cuba Yana ni. Pasti tak menyesal. Dalam restaurant ni korang akan jumpa rakyat Malaysia, Indonesia & Brunei datang lunch atau dinner di sini.

Awal-awal nak bagitahu ni. Harga memang MAHAL kalau compare dengan harga makanan halal yang banyak di Petchaburi Soi 7, Usman dll. Yerla harga dim sum di Star Hill pastinya lebih mahal berbanding harga dim sum di NU Sentral kan. 

InshaAllah walaupun mahal, makanan sedap & tidak menghampakan. 

MESTI CUBA

Tomyam Seafood (coconut milk) Harga: 299 Baht.
Somtam Mango Salad Harga: 99 Baht
Green curry: 149 Baht
Ice Thai Milk Tea: 60 Baht







Sekian, unpaid review dari saya :D

Makanan Halal Bangkok | Sophia Muslim Food Restaurant

$
0
0

Salam. Kali ini Azie nak share satu lokasi tempat makan halal yang lain dari yang lain. Environment restaurant nih sangat cozy, menimbulkan nafsu makan dengan baik sekali. Restaurant istimewa ini diberi nama Sophia Muslim Food. Dekat dengan Al Meroz Hotel. Pernah try? Sedap ke sedap?

Selain menu tempatan mereka juga ada western menu antaranya sirloin steak. Boleh walk-in datang sini asalkan tiada event atau majlis. Memang sesuai sangat kalau nak buat aktiviti or event. Dekorasinya cantik. Suasana mantap. Kawasannya pun luas untuk event/majlis. Ada surau. Muslim friendly kan.

Alamat: Sophia Muslim Food Restaurant, 1681 Ramkamhang 5, Suan Luang, Bangkok

Sophia Muslim Food Restaurant. Warna mint green menjadi pilihan. Cantik kan. Sejuk mata memandang.

Kawasan luas sesuai untuk acara makan-makan or parttyyyy!

Choc & strawberry sticks untuk dijual. Rasa? Sedappp.

Yummeh desserts

Hubby and team. Project wrap celebration. Meriah kan depa ni makan. Menjejes air liurkuuuu.

Pad Thai yang meruntun kalbu. Recommended!


'GESER' = Slide :0  Ada tempat solat untuk lelaki dan juga wanita.

Sorry guys tak dapat nak tepek info lebih sebab harga dan nama menu tiada dalam simpanan :D

3 Cadangan Tempat Makan di Kota Bharu

$
0
0


Ayuh kita jalan-jalan cari makan Kota Bharu!

KOPITIAM KITA

Alamat
4357-A, Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi
7.00 am - 13.00pm

Cuti umum Deepavali. Agak-agak Kota Bharu jalan sesak tak? Baik jadi rakyat yang bijak. 7am keluar rumah gerak dari Jerteh ke Kota Bharu. Jarak dari rumah ke Kopitiam Kita sejauh 50km. Lepas 40 minit memandu, kami pun sampai. Alhamdulillah, meja masih kosong. Tapi kan......5 minit kemudian...... S.E.S.A.K suasana dalam kedai. Meja penuh. Berpusus-pusu orang datang memenuhi ruang kedai. Eh korang semua gantung periuk ke cuti umum ni. Alhamdulillah. Lega kami sampai awal.

Kami makan apa? Of course the famous Roti Titab. Komponen Roti Titab; Roti tebal dibakar garing, sebiji telur separuh masak & kaya pandan di empat penjuru roti. Time makan telur meleh-leleh. Buh pepper sikit. Kicap sikit. Marvelous! Idea asal dah tentu pemilik restoren Kopitiam Kita. Rasa sedap. Harga Roti Titab RM5. Kopitiam Kita pernah dapat 'Anugerah Harga Kedai Patut 2014'. Selebriti, golongan VIP, VVIP pun dah jejak di sini. Buktinya? Tengok sahaja gambar-gambar yang terpampang di dinding kedai. Oleh itu, MESTI cuba sarapan di sini jika ke Kota Bharu. Antara cadangan tempat makan 'BEST' di KB Kelantan. 

Selain Roti Titab, aneka jenis nasi yang ada di Kota Bharu boleh didapati di Kopitiam Kita. Nak nasi apa? Nasi Paprik Ayam, Nasi Kapit Satay, Nasi Gulai Ikan Kering, Nasi Lemak, Nasi Kerabu (wakaf Bharu), Nasi Lemak Widari, Nasi Kak Wok, Nasi Dagang Ayam, Nasi Berlauk Ayam Goreng, Nasi Air Dingin dll. Macam-macam ada. Pilih saja dan letak dalam bakul. Harga? Murah dan sangat berpatutan. Tak dapat harga nasi macam ni di KL uols. 




NASI ULAM CIKGU TAMAN ORKID, JLN PADANG TEMBAK

Ulam-ulaman ni memang lauk feveret. Padankan pulak dengan budu / sambal belacan. Boleh menitik air liur. Ikan keli dan ayam goreng itu umpama aksesori semata. Hihi. Nasi Ulam Cikgu ini antara restoren AMAT popular di Kelantan. Tak sah pergi Kelantan kalau tak singgah makan di sini. Memang best datang untuk makan nasi tengahari!

Aneka lauk masakan kampung terhidang memang rambang mata. Ikut nafsu boleh penuh hidangan semeja. Tapi bila ikut akal yang waras dan kapasiti perutku dan suami...menu seperti di bawah je yang kami ambil. Hahha. Ikan keli dia, MashaAllah besar dan gemuk. Garing pulak. Tak habis nak ratah seorang. Samalah ayamnya pun. Tapi ayam nya sejenis kering dan tak juicy! Kesian gigi.

Pssttt, kalau anda peminat budu, katanya budu di sini secret recipe turun temurun. Buatan sendiri. Nak tahu rasanya kenalah datang sini.

Hari Jumaat restoren tutup KECUALI cawangan di Kubang Kerian. Buka jam 10.30am - 5pm. Elakkan datang ketika waktu puncak iaitu antaran jam 1 - 2pm. Good luck berebut meja! Harga memang berpatutan. Yang tak best toiletnya :( Harapnya dah improve lah toiletnya.


Nasi panas-panas makan dengan ikan keli goreng berempah yang rangup Krup Krap. Bergetar anak tekak i.



Lebih 30 jenis ulam ada di Nasi Ulam Cikgu 😍😍😍😍 Heaven weh.

ALEMY MAGGI KETAM SEMERAK

Alamat: Pekan Cherang Ruku (berdekatan dengan kawasan pelancongan Tok Bali)

Pernah menjadi tular (viral) beberapa tahun lepas. 2 ekor ketam nipah dalam semangkuk! Mewah betul makan. Hanya di ALEMY MAGGI KETAM SEMERAK di Tok Bali. Diusahakan oleh Tuan Alemy. Waktu operasi bermula jam 5pm hingga 2 pagi. Harga semangkuk RM20! Berbaloi kah? Berbaloilah jika makan buat sekian kalinya. Sebenarnya by default memang restoren ni akan hidangkan 2 ekor ketam nipah. Rupanya boleh request jika nak seekor sahaja. Harganya pasti lebih murah. Azie makan semangkuk yang 2 ekor ni memang kenyang sangat sampai perut maju ke depan! Kena unbutton seluar jeans. Kalau budak2 elok je share semangkuk ni. Kalau jenis perut kecik/takat nak rasa pun dicadangkan jugak share. Gara-gara tak tahu, melayang RM40 petang ni. 2 jam lebih nak perlicinkan isi ketam ni dengan terperinci. Gigih. Hihi. 




Kota Bharu Kelantan memang banyak sangat makanan yang unik dan sedap2. Memang tak cukup sehari dua kalau nak jjcm Kelantan. InshaAllah ada masa kami nak jalan-jalan lagi. 

Kalau korang ada cadangan tempat makan yang sedap di Kelantan, boleh share kat bawah! Sharing is caring 💓


Viewing all 468 articles
Browse latest View live