Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

2016, Keunikan Pasar Minggu Chatuchak & Terminal 21 Bangkok

$
0
0

Salam Selasa. Ok ini bukan Terminal Bersepadu Selatan TBS di Bandar Tasik Selatan. Ini adalah BTS Sanam Pao tengah tunggu train nak pergi Mo Chit tempat pasar minggu paling popular di Bangkok. Seakan-akan TBS eh? Jujur tak pernah sampai TBS Bandar Tasik Selatan *sorok muka dalam tudung*

Lengang macam takde orang kan. Sanam Pao ini bukan tempat pilihan tourist terutama tourist dari Malaysia. Backpacker dari Malaysia biasanya suka stay di hostel atau hotel berhampiran BTS Ratchathewi. Kenapa? Sebab situ ada masjid dan banyak retoren halal.



Suka Sanam Pao. Aman tenang dan tenteram. Tak serabut dan berebut dengan orang. Walaupun agak jauh sedikit Ratchathewi tapi senang akses sebab dekat dengan BTS. Trip 2014 pun stay di sini juga. Menginap di Abloom. Pintu belakang Abloom memang dekat sangat dengan BTS Sanam Pao. Kali ni menginap di Bangkok Patio. Walaupun agak jauh berjalan, tapi jangan risau mereka ada sediakan tuk-tuk. Free servis dari 6am - 9pm. Call je nanti mereka datang ambil di BTS Sanam Pao ni. 

Bangkok Patio - Tuk Tuk


Tangga BTS di sini benar-benar buat ayahbonda nightmare. Huhu. Tapi alhamdulillah lutut mereka masih kuat dan cergas. Berkat exercise naik turun tangga rumah sendiri. Hehe. Moga terus kekal fit dan cergas. Nak naik BTS jangan lupa beli RABBIT CARD!

Pemandangan pasar minggu Jatujak atau Chatuchak dari atas train. Berderet je bumbung kedai. Waktu operasi Jatujak seawal 6 am. Sedikit pesanan khidmat masyarakat..Nak pergi pasar ni pergilah awal pagi. Sebab kesesakan melampau akan berlaku menjelang tengahari. Mana tahu korang pergi pagi dapat harga murah. Harga buka kedai ;) Pasar Chatuchak hanya ada pada hari SABTU & AHAD sahaja.

Bersediaaa untuk sesat dalam pasar minggu Chatuchak! Fuh tengok map pun dah terasa padat. Realitinya lagilah. Ada lebih kurang 8000 kedai di sini. Tips shopping di Pasar Chatuchak...kalau dah berkenan dengan suatu barang, tak payah fikir nak round dulu datang semula kemudian. Beli aje terus. Takut tak jumpa semula kedai tadi. Tapi kaaannnn...boleh jadi jugak korang ulang alik laluan yang sama je dari pagi sampai petang. Hiks.

Kalau nampak menara ni maknanya dah dekat dengan restoren halal! Perut pun dah meronta-ronta minta diisi. First trip dulu pergi Pasar Chatuchak perut meragam nak melabur. Tak sanggup nak pergi tandas awam jadi berkejaran balik hotel cari tandas. Dan alkisahnya sekali lagi di Pasar Chatuchak ni perut memulas, peluh menitik membasahi pipi dan-dan tu dah nak terkeluar isi usus besar. CONFIRM tak sempat balik hotel. Pasrah dan reda cari tandas awam. Rupanya banyak tandas awam di sekitar Chatuchak. Ada bayaran yang dikenakan (dah lupa berapa bhat) dan boleh melabur dengan aman. Tandas super duper bersihhhhhh sangat (untuk kategori pasar)! Dan paling penting ada paip air. Phew bersyukur teramat sangat. Ok, ingat lagi tak cerita pasal tandas kat Cho Binh Tay Vietnam?Ohh my ohh my itu sangat scary.....



Maaf tayang gambar geli-geli kat blog. Mesej sebenar nak suruh tengok wayar elektrik atas kepala tu. Ini pemandangan biasa di sekitar Thailand. Krabi juga macam ni. Berserabut sekali, berselirat bersilang pangkah. Pokok pun jadi mangsa tempat sangkut wayar letrik. Menangis TNB kalau dapat project penstrukturan semula wayar elektrik kat Thailand ni. Tapi ajaibnya shopping mall tetap gah di mata pelancong. Macam mana ye diorang buat maintainance. Ish. Yang penting free WIFI tetap ada. Kerlass.

Bungkus satu ikat tepi. Selain Indonesia, Bangkok juga memang terkenal dengan produk kayu kayan macam ni. Kerja tangan mereka memang ohsem! Especially senduk2 memasak. Jauh lebih elok dari beli senduk kayu berjenama di Robinson!

JJ Benjarong. Product of Thailand. Benjarong (Thai เบญจรงค์) ware is a kind of painted porcelain in Thailand. The name literally means 'five colors'. The painted decoration usually consists of 3 to 8 colors. Ada tea set, ada pinggan mangkuk, ada bowl, untuk letak abu mayat pun sesuai kot. Ok bungkus satu ikat tepi jugak!



KORAKOCH. Perempuan cantik ini salah sorang fashion designer di Bangkok. Dia founder, dia designer, dia model, dia penjual, dia tapau semua job :)

Kedai makan halal di Pasar Chatuchak. Saman Islam. Harga boleh tahan mahalnya.


Pad Thai, phat Thai or phad Thai is a stir-fried rice noodle dish commonly served as a street food and at casual local eateries in Thailand. Recommended. Street food wajib cuba jika di Bangkok.


Chicken Kapao (Thai Basil chicken). Inilah menu suami hari2 di apartment. Masak sendiri. Nanti azie share resepi okey. Simple, healthy & sedaaaap! Ayahbonda makan nasi beriyani. Ok kureng sedap. Nasi Briyani Thailand memang pelik sikit. Tapi Nasi Briyani pagi pakcik Klate tepi masjid Ao Nang di Krabi memang sedap. Teringat2 sampai sekarang kesedapannya tu.

First time dulu (2014) kiteorang jumpa kedai lain, kali ni jumpa kedai lain di pasar Chatuchak. Explore, ikut lorong dan jalan berbeza. Pasti akan jumpa macam2 barang yang best-best untuk dibawa pulang ke Malaysia. Nak cari semula memang tak jumpa dah! Dari segi pakaian pakai seringkas dan senipis yang boleh sebab panas hangat! Lagi ramai orang lagi hangat. Takde aircond. Lorong jalan kaki antara kedai dengan kedai pun sempit. 

Kenyang perut makan di pasar Chatuchak balik hotel solat, rehat, mandi dan keluar semula pergi Terminal 21 pulak. Azie suka Terminal 21 ni sebab sini ada H&M, Mango, Guess, G2000, Camel Active, Jaspal, Charles & Keith, Esprit, The Body Shop, Victoria Secret, Onitsuka Tiger, M.A.C. Brand yang dah biasa kita dengar. 

Pastu setiap floor ada konsep & tema tersendiri. Sampailah ke rest room a.k.a toilet pun ikut tema. Contohnya;

LG Floor - CARIBBEAN (Supermarket)
1st Floor - TOKYO (Ladies Boutiques)
2nd Floor - LONDON (Menswear / TShirt & jeans)
3rd Floor - ISTANBUL ( Unique products)
4th Floor - SAN FRANCISCO (F&B)
6th Floor - HOLLYWOOD ( Cinema, Fitness First, SPA, IT & Gadgets)


Banyak booth-booth kecil kat bawah ni. Macam-macam benda unik hasil tangan orang Thailand.


Argghhh i love Bangkok very much!

Acah-acah Shibuya Tokyo. InshaAllah Tokyo mu tunggu kami datang! *hint*



Ewah siap melambai nak pergi London. InshaAllah mudah-mudahan impian itu jadi kenyataan suatu hari nanti. Tak salah berangan. Bukan kena bayar. Ayuh kita usaha jadikan angan-angan sebagai kenyataan. Amiin. 2 orang ahli sumo ni dari dulu sampai sekarang tak habis-habis bersumo. 



My imam, my best friend, my Aaron Azif :p & my everything 


Bila penat dan lapar. Mereka berdua masih lagi shopping! 



For me Terminal 21 memang best untuk untuk cuci mata dan shopping terutama suami. Banyak baju lelaki yang rare kat sini. Bangkok totally is the best place to shop till u drop!


3rd Floor - ISTANBUL


4th Floor - SAN FRANCISCO


2nd Floor - LONDON

Jika anda ke Terminal 21 Bangkok, jangan lupa tour tandas setiap floor. Korang akan rasa whoaaaaaa!


2016, Restoren Halal dalam Don Mueang International Airport

$
0
0

Curios kan? Eh betul ke ada restoren makanan halal di Don Muang Airport? Sesiapa yang pernah ke Bangkok mesti tahu, sebelum ni Don Muang International Airport mana ada restoren halal. Betul. Sekarang dah ada restoren halal. Jadi tak perlu kebulur sebelum naik flight.

Baiklah.


Baiklah.


Baiklah.


Inilah restoren halal yang disebut tu.

Restoren Bangmad di Don Muang Airport. Semua pekerja nyorok belakang cashier. Kat mana Bangmad ni? OK camne ek nak explain. Terminal baru Don Muang. Di Terminal 2.

Ada yang makan maggi goreng, ada yang makan nasi putih dengan chicken basil. Ada macam2 menu. Harga berpatutan. Sangat ok untuk alas perut sebelum terbang. Muka saya tu penuh chicken dalam mulut. Itu yang jadi macam tu. Gambar candid yang lain memang horror to the max. 

Salah sorang pekerja Bangmad ore Kelate. Dia bagi ni kat kami sebagai souvenir. Senarai 25 Rasul in Thai.

Jangan lupa buat VAT refund kalau anda layak. Biasanya kena isi borang siap2 di shopping mall berkenaan. Sampai sini dia cuma bagi refund je. Beratur ikut no giliran. Barang belian dia tak tengok pun. Dapat refund dalam Thai Bhat. Boleh shopping kat airport pulak.

Semua dalam bahasa Thailand. Baibai suami. Suami dah pandai cakap Thailand. Rasa macam jatuh cinta kali ke-2 bila dengar dia cakap Thai. Rasa unsecure pulak. Eh? Hehehe. Suami kena tinggal sebab esoknya dah masuk ofis. Lagi 2 minggu baru dia pulang. Counting days. Tick. Tock. Tick. Tock.

Kalau Kod AK kat depan (Air Asia Malaysia), kalau FD (Air Asia Thai). Balik kami naik flight FD. Jadi kabin krew orang Thai. Menu makanan, pembayaran makanan dan cenderahati juga dalam mata wang Thai Bhat. 

Makan tengahari dah prebook Pad Thai. Kalau flight FD ada menu2 authenthic dari negara Thai. Jangan risau semua halal :)

Pad Thai Air Asia. Pucat lesi. But not bad at all. Yang penting kenyang. Alhamdulillah.

Menu Chicken Basil 190 THB *jangan convert RM please*

Menu yang ada dalam Air Asia Thai. So kalau nak try Thai Sweet Sticky Rice With Mango versi Air Asia, simpan la sikit duit THB.

Snail White ni apa? Ada sesiapa boleh share info. Terima kasih daun keladi ;)

Trip last minute ke Bangkok ni alhamdulillah lancar. Ralat sebab tiket mahal sikit. Tiket kami berempat harga RM1400++. Bila beli seat, prebook meal untuk pergi balik dan tambah luggage harga bertambah lagi. Harga tiket MAS untuk 4 orang dalam RM1800++. Cuma Suvarnabhumi agak jauh nak ke Bangkok Patio. Ambik jerla Air Asia. Tapi banyak barang kena tinggal tunggu suami bawak balik pulak. Tak muat beg hang tau dak! Depa ni shopping. Ish.

Takpe. Yang penting dah selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Alhamdulillah. Harap-harap ada peluang lagi pergi Bangkok lepas ni. Bangkok memang best! 

Serabei Cafe Putrajaya

$
0
0

Eh kenapa Putrajaya dah lain? Ok lama sangat tak pergi Putrajaya. Last visit 2 tahun lepas agaknya. Sebab nak naik Cruise Putrajaya. Itu pun pergi belah malam. Dekat lima enam tahun agaknya tak pusing-pusing dalam Putrajaya. Hanya sampai ke IOI City Mall je. Kali ni sebab ada urusan di Wisma Putra Putrajaya, kita ambil kesempatan untuk lunch area sini. Pernah tengok Serabei Cafe ni dalam satu rancangan di TV3. Akhirnya tercapai hajat makan tengahari di sini. Lokasinya di Ayer 8 Putrajaya. Eh banyak kedai makan & restoren di Ayer 8 ni!

SERABEI CAFE

ALAMAT
A2-G-3A, AYER @8, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya

Masa kami sampai takde orang. Lengang. Menjelang tengahari FULL HOUSE.

Order Nasi Kerabu Chilli Crab. Tapi waiter datang semula katanya Crab takde harini. Ooook crap! Pasrah dengan Nasi Kerabu Chicken sahaja. Harga RM10.90. Nampak sangat menyelerakan!

Elemen penting dalam Nasi Kerabu sama ada ikan celup tepung atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu, solok lada dan ulam-ulaman. Nasi Kerabu Serabei Cafe ni adalah OK. Tak cukup power. Bukanlah nasi kerabu terbaik pernah rasa. Ayam goreng dikreatifkan jadi ayam masak merah. Kerisik dan ulam-ulaman dah banyak. Telur masin dah ada. Tapi sayang tiada solok lada. Budu dan sambal (key ingredients nasi kerabu) tak terasa sangat begitu bersahaja seolah-olah tiada. Tertinggal jauh dengan nasi kerabu authentic orang Kelantan. Siapa pernah makan Nasi Kerabu di TTDI Jaya? Yang itu memang BEST. Tapi bagi orang pantai timur area Putrajaya yang teringin dan terliur nak makan nasi Kerabu bolehlah pi Serabei Cafe ni.

Laksam RM7.90

For me laksam nya juga OK. Jauh ketinggalan dengan Laksam Tok Mek authentic dari Kelantan (Tok Mek ni mak jiran kami di Seremban). Dia punya laksam memang power. Kami anak beranak dapat makan masa raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja. Memang bertambah-tambah dan licin sampai ke dasar pinggan. Terubat rindu laksam Tok Marang. SOBS. Key kesedapan laksam adalah kuah dan sambalnya.

Lompat Tikam RM5.00

Lompat tikam ni memang sedap! Sampai sekarang masih teringat-ingat. Susah nak cari lompat tikam yang sedap belah2 selatan ni. Orang Kelantan yang berniaga pun jarang nak buat lompat tikam. Kita berebut dengan suami. Pulut tu sikit sangat. Yang ni lima bintang!

Total makan tengahari ni RM30. Phew!
Nampaknya balik kampung nanti kena makan laksam & nasi kerabu puas-puas. Hihi.

Suami bagi tahu Serabei ni sejenis kuih dari Kelantan. Baiklah baru saya tahu. Bonda orang Kelantan tak pernah sebut pun perkataan Serabei ni...Bonda pun dah lama sangat tak ke Kota Bharu. 


Ayer 8, Putrajaya

Alhamdulillah, kenyang!

Resepi Sandwich Tuna Mayonnaise Semestinya Mudah & Ringkas!

$
0
0

Lama nya tak kongsi resepi. Bila pergi Speedmart tengok harga tuna mayonnaise dalam tin tu mencecah RM5++ mulalah rasa nak DIY je. Perut yang nak makannya ramai. Jadi kita beli barang-barang dan buat sandwich tuna mayonnaise secara DIY. 

Kali ni nak share resepi sandwich tuna mayonis semestinya dengan cara paling mudah, cepat dan ringkas! Boleh sediakan untuk breakfast atau dinner.

Sandwich tuna mayo flatlay :p

Bahan-bahan untuk buat sandwich tuna mayonnaise

1. Roti Gardenia Wholemeal
2. Sardin Adabi tin kecil
3. Mayonnaise Kimball
4. 4 biji telur rebus
5. Sebiji bawang besar merah (potong dadu)
6. Sedikit cili padi (cincang halus)
7. Sedikit garam
8. Blackpepper
9. Perahan lemon/limau nipis

Campur item 2, 4, 5, 6, 7, 8 & 2 sudu besar mayonnaise 

Hancurkan telur, sardin. Gaul sehingga rata. Perah sedikit lemon/limau nipis untuk hilangkan rasa hanyir

Sapu butter pada roti dan letak tuna mayo yang siap digaul

Sedia untuk dibakar

Siap untuk dimakan. Mudah, cepat & ringkas sangat! Hehe.

Selamat mencuba ya :)

The KL Duck

$
0
0

Jumaat Barakah.
Rise and shine ladies!
.
.
.
.
I'm still not done admiring the dUCK collection

Lets do some flatlay

Which one is your favourite?



The KL Duck flatlay


Malaysia's pride and joy, The Petronas Twin Towers

Go and stalk these new cool scarves from @theduckgroup via Instagram 

I bought The KL Duck via Fashionvalet.com

Happy Friday. have a fabulous weekend everyone ^___^

World Quran Hour

$
0
0

HARI INI! 

HARI INI!

HARI INI!

Hari ini Ahad, 11 September 2016 bersamaan 9 Zulhijah jam 9 pagi. Satu dunia serentak membaca Al-Quran pada waktu yang sama. 

Korang beramai-ramai boleh pergi ke lokasi #WorldQuranHour Perdana bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Kuala Lumpur.

Boleh datang jam 8 pagi bawa Al-Quran terjemahan. Kalau yang tak dapat hadir (macam Azie) jom kita baca Al-Quran dari tempat kita masing-masing. Semoga kita semua mendapat barakahnya.

Anjuran: Kumpulan Media Karangkraf

Tahniah! Ini merupakan salah satu dakwah dan awareness untuk rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya dengan mengajak kita beramai-ramai meluangkan masa selama sejam untuk membaca dan mendekati Al-Quran. Moga lebih banyak program-program seperti ini diadakan di masa hadapan. 



Muslim yang hebat seimbang dunia akhirat

Air Tangan Suami

$
0
0

Suami MASAAK! 
Suami MEMASAK?

Ya betul. Seminggu suami balik Malaysia, me yang gantung periuk. Kihkih. Bertuah la badan. Seminggu dapat makan air tangan suami. Ok tipu. Exaggerated. 

Sebenarnya semenjak tugas suami jadi chef untuk kawan-kawan di apartment. Semangat dia masuk dapur lain macam. Haritu gigihla kiteorang jelajah Tesco, Mydin, Giant mencari daun Holy Basil untuk dibuat Kra pao atau dalam bahasa antarabangsa Thai Basil Chicken /Beef manakala dalam bahasa Melayu dipanggil Ayam/Daging goreng bersama Daun Selasih.

Krapao ni adalah masakan Tradisional Thai yang sangat popular. Cara masaknya ayam/daging digoreng kering bersama daun selasih suci (Thai Holy Basil) dan dihidang bersama nasi panas dan telur mata. Cara masak pulak senang gila. Memang mudah dan ringkas. Dan paling penting S E D A P . Tak payah usus bekerja keras nak hadam masakan yang complicated. 

Untuk trip ke Bangkok kali ni Azie dan suami banyak order menu Krapao dan Pad Thai. Kalau di Malaysia salah satu restoren yang sediakan dua-dua menu ni ialah Boat Noodle. Tapi Boat Noodle punya Krapao kadang-kadang terlebih masin. Sakit kepala makan banyak garam.


Thai Basil Chicken atau Pad Krapao

Seminggu duk makan krapao air tangan suami. Saya mengaku saya ketagih! hari-hari makan pun boleh. 


RESEPI KRAPAO

Bahan-bahan:

200g ayam atau daging
5-6 ulas bawang putih
Daun Selasih Suci (Holy Basil)
4-5 biji cili padi
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar Kicap (kalau perlu)
1 sudu kecil sos ikan (kalau suka)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Penyediaan:

1. Bawang putih, cili cincang halus (tumbuk or blend boleh)

2. Daun selasih ambik daun jer, batang tak yah. Segenggam daun ni dah cukup kalau untuk satu hidangan. Lagi banyak lagi kuat bau wangi dia, lagi best :)

3. Ayam atau daging potong kecil

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau.

2. Masukkan ayam. Masak hingga ayam masak dan air ayam kering. Kalau nak berkuah boleh biarkan sikit air ayam.

3. Masukkan sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga sebati.

4. Kalau perlu masukkan kicap manis sikit, bagi kaler menarik sikit.

5. Kacau hingga sebati.

6. Masukkan daun selasih. Kacau sebati dalam 30 saat kemudian tutup api. Kacau hingga sebati hingga daun sebati.

7. Siap untuk dimakan. Makan dengan nasi putih dan telur mata adalah cara tradisional Thai.


Untuk masak Krapao perlu guna Holy Basil. Tapi kat Shah Alam payah nau nak jumpa Holy Basil. Yang ada di Tesco atau Giant atau Jaya Grocer adalah Sweet Basil. Holy Basil dan Sweet Basil adalah dua daun berbeza bau dan rasa. Kat Malaysia pasrah je guna Sweet Basil. Kat Bangkok kalau guna Sweet Basil buat krapao kena gelak dengan orang Bangkok. Pffttt.

Mesti cuba resepi ni tau!

Happy Birthday!

$
0
0



Happy Birthday to the LUCKIEST Loveliest Husband In The World!

Love,
Your Wifey



Ramen KOREA vs Ramen SIAM

$
0
0

Hari tu heboh sekejup pasal ramen Korea plastik hitam bercop halal yang pedas berapi garu kepala tahap terbakar lidah dan juga anak tekak tu. Kesian kat usus. Berak berdarah lepas tu tau. Lidah tak cukup kental. Ni dah suam-suam kuku dah Ramen Korea ni. Boleh cari dan jumpa dengan mudah.

Harini nak perkenalkan R A M E N  S I A M pulak!

RAMEN KOREA vs RAMEN SIAM

Mee Segera Serda dari Thailand - Tom Yam

Kedua-duanya bercop HALAL 
Ramen Korea plastik hitam Ramen Siam plastik merah. Obviously :p 
Ramen Korea lebar dan besar. Ramen Siam ni tekstur macam MAMEE cikedis.
Ramen Korea perisa ayam. Ramen Siam perisa Tom Yam Thai.
Tahap kepedasan? Of courselah Ramen Korea jauh lebih pedas dari Ramen Siam ni. 
Ramen Siam ni pedas lebih pedas dari kari berapi tapi tak sekejam pedasnya Ramen Korea.
Lebih marvelous rasanya dari Maggi Tom Yam. Beli borong buat stok untuk travel.
Kalau buh telur, udang, sotong sayur-sayuran perhhhh! Makan masa panas-panas memang lazat licin semangkuk nih. 


Nak beli kat mana?

Macam biasa kat Bangkok tak jumpa pulak Ramen Siam Halal ni.
Azie jumpa ni di AEON Shah Alam. Harga pun RM5.30 ada 5 bungkus.


Ok go! Pergi cari sekarang Tom Yam Segera Siam halal



Resepi Daging Goreng Kunyit Noxxa

$
0
0

Assalamualaikum,

Siapa ada periuk Noxxa. Angkat tangan! Mak-mak generasi mak kita, mak-mak banyak anak, mak-mak yang sibuk dengan karier, mak-mak suri rumah mesti jatuh hati berganda-ganda dengan periuk Noxxa dari Amway. Azie beli dengan harga RM6XX.

Noxxa ni sejenis pressure cooker yang very the popular di kalangan cikgu-cikgu sekolah yang akhirnya menular ke seluruh pelusok pejabat. Noxxa memang mudah dan ringkas nak guna. Proses memasak jadi laju. Masak nasi 7 minit. Masak nasi impit 15 minit. Masak daging kunyit 17 minit. Tak sempat nak ngulor. Siapa yang tak suka kan. Jimat masa kat dapur. Lagi-lagi yang perlu masak dalam portion yang banyak. Lepas ni takdelah mak-mak kita ada lengan awie :p


Aidiladha aritu try masak daging korban goreng kunyit guna Noxxa. M E M A N G  B E S T! Tak payah pumpampumpam bunyi sudip kacau daging dalam kuali sampai air kering! Phew. 

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT NOXXA

Bahan-bahan Tumis

5 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
20 ulas bawang putih - dihiris (Azie guna chopper Cosway beli guna kupon + RM10. Eh dah siap chop 20 ulas!)
8 inci - halia dihiris
3 - 4 sudu olive oil untuk menumis

Bahan-bahan lain

2kg daging - dipotong kecil
6 biji bawang besar saiz besar - dipotong bulat
4 biji cili merah - dihiris serong
4 biji cili hijau - dihiris serong
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit

Cara penyediaan:


1. Daging dipotong kecil


2. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 30 minit


3. Masukkan minyak dalam inner Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY. Tekan ON. Tidak perlu tudung periuk. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang dan halia naik bau dan berubah kekuningan. 

4. Masukkan daging perap. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Azie masukkan air daging yang keluar masa perap tadi. 

5. OFF STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PREASSURE 17 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan ON.

6. Tak sempat nak mandi, periuk dah berbunyi, putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata.


7. Daging dah empuk. Perasakan dengan garam & gula. Tekan fungsi STIR FRY dan ON. Biar kuah kering sedikit.


8. Tak perlu tudung periuk. Kemudian masukkan bawang dan cili potong tadi.


9. Bila dah masak OFF STIR FRY. SIAP! Yay.

Bila semua orang cakap sedap. Kembang kempis hidung. Padahal goreng kunyit je pon. Terus godek-godek cari resepi sup tulang daging gearbox Noxxa!


Ops Daging!

$
0
0

Opss! Mak abah jangan makan daging banyak sangat please. Nanti asid uric naik tinggi. Patutnya kita makan daging seminggu sekali sebab daging perlukan seminggu untuk diproses dalam badan. Apa akan jadi kalau di musim Aidiladha ni kita makan daging hari-hari? *sayalah tu*

Nanti gout mula menyapa. Sendi rasa berbisa. Sakitnya tanggung sendirian berhad. Oh no no no. Eh, saya takda gout!

TIPS

1. LEMON: Perahkan sebiji lemon dalam air suam. Minum awal pagi ketika perut kosong.  Kalau rasa masam-masam tu minum je. Teguk dan terus teguk. Petang pulak Azie buatkan teh o panas dengan hirisan lemon juga. Kenapa lemon? Kerana lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati. Selain itu lemon berfungsi sebagai detoks atau penyingkiran toksin. Hati salah satu organ utama dalam proses membuang toksin tubuh manusia. Air suam pulak membantu merangsang pergerakan usus.

Beria curik gambar lemon dari google images


2. APPLE CIDER: Campurkan 1 sudu apple cider dan 1 sudu madu ke dalam air. Minum 2-3 kali sehari kalau mampu. Apple cider ni bau dia...Ya Rabbi. Bertabahla. Selalu bonda letak apple cider dalam sos bilis. Apa kebaikan apple cider? Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien. Selain tu, apple cider membantu melindungi hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati. Paling best membantu memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.

Apa pulak kebaikan apple cider vinegar bersama madu? 


1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Melawaskan usus besar dan kecil
4. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
5. Meredakan sakit dan sengal sendi



3. BAKING SODA: Last but not least. Ambil setengah sudu baking soda dan campurkan dengan air suam satu cawan. Minum sekali sehari. Tak pernah try step ni. Kebaikan dia? Tanya Mr google lah!



Good night!

Cara Bersihkan Peti Sejuk

$
0
0

Assalamualaikum

Okay, hari ni Azie nak share cara bersihkan peti sejuk supaya peti sejuk kita semua sentiasa bersih dan wangi. Sedap mata memandang :) Terima kasih Bonda sebab selalu beri ceramah panjang kalau kami main sumbat je segala makanan dalam peti sejuk. Rupanya ada teknik dan cara penyimpanan yang betul supaya makanan dalam peti sejuk sentiasa bersih dari segala macam bakteria jahat. Alhamdulillah bila dah bergelar isteri ceramah Bonda yang panjang dulu-dulu sedikit sebanyak dijadikan panduan supaya peti sejuk rumah kita sentiasa bersih & teratur. Kalau orang Jepun sangat pembersih, kenapa kita sebagai orang Islam kurang titik beratkan aspek kebersihan dalam jiwa kita. Kebersihan kan memang dititik beratkan dalam Islam. Kalau kita pergi makan kat kedai, mesti nak cari restoren yang keBERSIHannya gred A. Jadi kat rumah kita pun kena lah kebersihan Gred A juga. Ingat tau, peti sejuk jantung rumah. Tempat simpan segala makanan. Pastikan peti sejuk kita sentiasa bersih. Bukan tempat untuk biakkan bakteria. 

1. Keluarkan segala barang
Berapa kali korang bersihkan peti sejuk setahun? Better check semua barang dalam peti sejuk. Tah-tah dah expired dan berkulat pun tanpa kita sedar. Ewwww. Simpan kulat lama-lama dalam peti sejuk. Macam Azie kalau plan minggu tu nak bersihkan peti sejuk, Azie akan clearkan dulu semua bahan basah dalam bahagian freezer (masak). Sebelum bersih OFF dulu peti sejuk sebab kita buka pintu sejuk lama.

2. Buang makanan expired
Kena selalu monitor peti sejuk kita. Mana-mana yang expired tu boleh buang. Makanan leftover tak elok simpan lama-lama. Kalau dah berlendir atau berkulat dalam peti ais nanti peti ais anda pasti berbau! 

3. Cuci rak, laci dan ruang dalam peti sejuk
Keluarkan semua rak, laci rendam dalam air panas, cecair pencuci dan cuka. Macam Azie guna Basic-H SHAKLEE. Memang bagus sekali! Rak dan laci tu kemudian basuh bersih jemur dan biarkan kering. Untuk bersihkan bahagian dalam peti sejuk pun Azie guna Basic H Shaklee + Air suam. Memang mudah segala kotoran tanggal. 

4. Hilangkan bau peti sejuk
Ingat badan korang je nak wangi. Peti sejuk pun nak bau best supaya makanan terus segar dan tidak cepat rosak, terutamanya seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan juga makanan yang siap dimasak.

Nah TIPS hilangkan bau peti sejuk

1) Guna Esen Vanilla –  Semangkuk air dan tambahkan beberapa titis esen vanilla ke dalamnya. Guna tuala bersih dan lap dalam peti sejuk dan biarkan kering.

2) Guna Sodium Bikarbonat - 2 sudu + semangkuk air, lap dan biarkan kering seketika. 

3) Guna Roti – Roti dah expired! Oppss jangan buang dulu. Guna roti sebagai penyerap bau busuk dalam peti sejuk. Letak je sekeping 2 roti dalam ruang peti sejuk

4) Guna serbuk kopi - Ini cara pilihan Azie. Azie guna serbuk kopi 3 in 1. Buka suis peti sejuk kemudian biarkan semalaman (peti sejuk kosong). Letak satu dalam freezer. Satu lagi di ruang biasa. Esoknya peti sejuk anda bau fresh dan segar! 

5. Bersihkan bahagian luar peti sejuk - Jangan lupa bersihkan bahagian luar juga. terutama bahagian pemegang peti sejuk. Mesti berkerak hitam kat situ. Heheh. Yerla macam-macam jenis tangan yang pegang peti sejuk kan. Bersihkan juga dari segala habuk. Macam biasa guna Basic H juga. 

6. Susun semula barang-barang dalam peti sejuk.
Macam Azie botol kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos Prego, peanut butter dan segala jenis sos memang letak dalam peti supaya tahan lama. Biasanya memang ada arahan pada botol SEJUKKAN SELEPAS DIBUKA. Kalau letak suhu bilik biasanya sos lebih cepat rosak dan bergas.

Buah-buahan dan sayur-sayuran Azie perhatikan Bonda memang basuh bersih dan keringkan dulu lepas balik shopping. Dah betul kering baru masukkan dalam peti sejuk. Begitu juga sayur-sayuran lobak, cili merah, cili api semua dibasuh bersih dan dibiarkan kering. Kemudia masuk dalam container kedap udara. Telur juga mesti kena siap-siap basuh sebelum letak dalam peti sejuk.

Ikan, daging dan ayam pun sama. Ikan disiang bersih. Siap marinate dengan garam kunyit baru masuk peti sejuk. Ayam pun sama dibersih dan siap dipotong. Kemudian diagihkan mengikut portion yang nak di masak. Makanan laut letak dalam container lain. Jangan dicampur dengan ayam atau daging.

Makanan dalam tin pulak kalau tak habis guna jangan simpan dalam peti sejuk. Masukkan dalam bekas kedap udara plastik atau kaca. Sebab apa? Sebab kandungannya boleh bertindak balas dengan logam dalam tin bila terdedah di udara. Bonda cukup pantang kalau makanan dalam tin sumbat macam tu je dalam peti sejuk. Mesti kena masukkan dalam tupperware then baru masuk peti sejuk. Contohnya susu pekat manis. Tuna dalam tin pun sama. Mesti kena transfer dalam tupperware baru masuk peti sejuk. Itulah fungsi tupperware kan :D



Peti sejuk ni usianya dah lebih 7 tahun. Comel je saiznya. Dah bersih baru senang hati :D

TIPS: Kalau freezer kita penuh dengan ais. Lepas cuci kita sapu garam kelilingnya. Azie dah try. Menjadi uols!

Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

$
0
0

Bahan-Bahan

Tempoyak
3 ulas bawang merah kecil -tumbuk hancur
1 ulas bawang putih - tumbuk hancur
1 inci kunyit hidup - tumbuk hancur
cili api/cili padi - tumbuk hancur
daun kunyit sehelai dihiris
sedikit garam
sedikit gula

Cara penyediaan

Gaul rata. Sumbat dalam ikan cencaru yang dibelah belakang. Boleh ketuk serai kalau nak wangi. Bungkus dengan daun pisang atau pandan. Kemudian bakar. Azie bungkus dalam aluminium foil je. Bakar dengan suhu 200c selama 20 minit. Siap :)


Cara Mudah Buat Garlic Bread

$
0
0

Mudah je cara nak buat garlic bread. Resepi ni Azie dapat dari adik ipar. Diorang pernah buat masa kat kampung. Lepas pada tu memang suka sangat buat garlic bread ni. Senang, mudah, cepat & ringkas..

Bahan-Bahan

Bawang putih - tumbuk hancur
Buttercup
Garam
Black pepper
Parsley

Cara penyediaan:

Tak reti nak bagi sukatan. Ikut suka-suka hati. Korang kena tengok sendiri berapa banyak roti yang nak dibakar. Kalau macam sebuku roti gardenia tu azie guna 3 ulas bawang putih. Sebab nak rasa garlic tu. Buttercup tu agak-agakla cukup nak sapu sebuku roti tu. Blackpepper ikut suka suka hati nak banyak mana. Garam pinch aja. Nanti masin pulak. Lepas tumbuk hancur bawang putih. Letak bahan-bahan lain dan gaul sebati. Lepas sapu pada roti tabur parsley. Masuk oven. Bakar. Siap!


SEBELUM


SELEPAS

Panas-panas tu celup pulak dalam mushroom soup. Ewah fefeling pizza hut terus. Boleh buat breakfast atau minum petang. Seisi keluarga memang suka! 


Nuffnang Cashout

$
0
0


 *lompat bintang* *lompat bintang* *lompat bintang*

Bolehla beli tiket flight untuk year 2017. Hiks. Terima kasih Nuffnang :)

Terima kasih juga pada korang yang selalu singgah di blog picisan ini. InshaAllah Azie akan update more travelogue & tips. Banyak nak share dengan korang, cuma situasi tidak mengizinkan lagi. Kali ini travelogue penyucian jiwa dengan harapan dapat mengubah sempadan iman. Doakan. InshaAllah. Tunggu November nahhhh.

Salam Sayang
Azyyati Liah



Tips Beristinjak Ketika Musafir

$
0
0


Assalamualaikum

Azie ni bukanlah seorang traveller yang tegar. Travel ikut kemampuan walaupun wishlist masih panjang! Hiks. Ada yang email tanya minta tips camne nak menabung untuk travel! *you know who you are :)* Trust me saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercerita tentang hal itu. Tetapi InshaAllah jika berkesempatan Azie share camne kami menabung untuk travel. Tunggu...

Islam itu indah. Hari ni saja nak share tips beristinjak ketika musafir. Terutama untuk wanita. Moga tips ini sedikit sebanyak membantu korang-korang yang baru pertama kali nak bermusafir jauh-jauh ke luar negara. Kalau ada tips lain mohon kongsi bersama ya. 

Allah SWT meletakkan kebersihan fizikal setaraf dengan kesucian hati. 

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ (222
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri
(Surah al-Baqarah. 2:222)

Kewajipan beristinjak sebahagian daripada tuntutan yang mesti dipatuhi oleh semua orang Islam. Bukan semata-mata bertujuan untuk menghalalkan ibadat yang mensyaratkan kebersihan, tetapi bagi menjaga diri setiap Muslim agar sihat, selamat & kuat. Gittew.

Boleh kata semua negara yang Azie pernah musafir MEMANG tiada paip air di dalam toilet! Azie ingat lagi pergi Aussie, travel ke Great Ocean Road yang beratus kilometer dari Melbourne City. Tiba-tiba rasa nak kencing! Aduhhhh. Haru...

Takkan nak tahan sampai balik hotel! Kalau selalu tahan buang air ... balik Malaysia boleh kena jangkitan penyakit pulak. Jadi nak tak nak terpaksa berhenti tandas awam di tepi jalan (mujurlah ada) Kebanyakkan tandas awam di luar negara memang TIADA PILI AIR dalam tandas melainkan air di sinki sahaja. Sebab tu tandas awam di luar negara kebanyakkannya bersih sebersihnya! Jadi apa nak buat?

TIPS 1
Kurangkan minum air bila travel - Akibatnya tubuh badan terhidrat. Mulut kering bibir pecah. So Tak boleh pakai tips ni :p

TIPS 2
Bila travel luar negara, kami mesti bawa botol air mineral kosong yg 500ml selit tepi backpack. Memang tujuannya untuk isi air kat sinki yang akan digunakan ketika sesi basuh membasuh. Cukup ke dengan sebotol air? Pepandaila bajet. Kalau guna botol mineral tu...paling penting jangan sepahkan, percikkan or tumpahkan air merata-rata dalam tandas. Make sure air jatuh dalam mangkuk tandas. Kalau tumpah atas lantai... bila terkena tapak kasut nanti jadi hitam & kotor.  Kesian pada next person yang akan masuk. Jangan bagi persepsi negatif pada orang tempatan dan pelancong lain. Lap semula mangkuk tandas bagi bersih & kering dengan tisu yang disediakan. Lap juga sikit-sikit air yang tumpah atas lantai tu. Jadi setiap hari bawak tisu banyak-banyak dalam handbag atau guna je tisu yang disediakan dalam toilet.

TIPS 3
Boleh bawak botol spray jugak. Azie pernah nampak IG online yang jual btol spray khas untuk travel. Tembakan air tu tepat mengenai sasaran (bukan macam botol spray baju untuk iron tu :p) Selain tu, botol spray amat berguna ketika musafir di luar negara untuk ambil wuduk dengan mudah!

TIPS 4
Restroom. Kalau di Malaysia memang Azie avoid tandas jenis duduk (melainkan rumah sendiri). Mujurlah boleh kata setiap tempat di Malaysia paling kurang pun pasti ada satu tandas cangkung. Tandas luar negara mana nak cari tandas cangkung. Oh ada. Azie jumpa di pasar Vietnam. Hehe. Kebanyakkannya tandas duduk. Korang geli tak nak duduk atas mangkuk tandas awam tu? Heeeeeeeeeee. Ini subjektif. Tandas awam di luar negara memang nampak bersih & kering sangat. Kalau tandas di Korea ada button macam-macam kat tepi mangkuk tandas tu. Ada macam-macam jenis pancutan air. Pengering pun ada sekali. Kerlas sangat. 1st time guna pening nak tekan button yang mana. Okeh berbalik kepada tajuk, kalau geli atau bimbang terkena jangkitan kuman atau bakteria (sebab macam2 jenis manusia dari macam2 negara kan guna tandas awam) boleh ikut tips bersuci untuk musafir cara Kak Ton (Kak Ton putih gebu Beauty Umaira tu). Kak Ton guna kertas minyak, lipat jadi segi tiga, gam kat tepi, tebuk lubang sikit kat bucu. Jadi macam corong. Hahahah. Jadi kita kencing ala-ala duduk tapi sebenarnya tak duduk atas mangkuk tu. Kencing melalui corong tu. Jadi air kencing tak bersepah kat tepi-tepi mangkuk tandas. Kertas minyak tu kemudian buang. Jadi bila nak travel buat siap-siap dari rumah buh banyak2 dalam handbang. Errr paham ke tak ni?

TIPS 5
Bawa wet tissues atau tisu basah. Lepas step di atas guna tisu basah untuk lap. Lap dari depan ke belakang (bahangian depan sensitif mudah terkena penyakit). Jangan ulang lap bahagian tisu yang sama. Guna bahagian tisu yang lain (yang masih bersih) atau guna sahaja tisu yang lain. Lap 3 kali. Setelah itu, barulah guna air dalam botol mineral tadi. Barulah cukup dengan sebotol sahaja. Heeeeee. Jadi diri kita bersih dan boleh ambil wuduk :) 

TIPS 6
Bawa tuala kecil letak dalam handbang. Setelah step di atas, barulah lap bahagian bawah kita dengan tuala kering tadi. Errr..Azie tak selesa pakai basah-basah macam tu. Orang perempuan tak elok tau. Nanti lembap je bahagian bawah. Boleh mengundang penyakit dan masalah keputihan. Boleh juga nak lap dengan tisu. Tapi tisu yang disediakan di tandas tu tisu recycle! Bukan apa, jika selalu guna takut nanti boleh jadi mudarat pulak di masa-masa akan datang. Oleh itu, bawalah tisu muka banyak2. Atau lebih mudah bawa sahaja tuala kecil. Tepuk dada tanya diri sendiri. Hehehe.

Alhamdulillah setakat ini kalau travel masih jumpa air di mana-mana untuk isi dalam botol mineral. Kalau takda air sangat kena rujuk balik bab beristinjak dalam Islam. Kaedah istinjak yang guna batu / daun kering / kertas tu. Sebersih jasad, semurni hati. InshaAllah. Ok. Tu je nak share! Moga bermanfaat.

"Mirror mirror on the wall...talk to me again...whose the naughtiest of them all?!

Koleksi gambar tandas yang kami ada! Hahaha. Amacam. Bersih kan? Rasa macam nak golek-golek atas lantai.

Depan tandas pun ada munga yang kembang mekar! - Hong Kong Disneyland


Tandas awam di Pulau Jeju, Korea Selatan


Restroom Signs

Tandas awam (dalam perjalanan ke Great Ocean Road, Australia). Pasrah ^_^

Selamat malam. Selamat menunaikan hak jasad :)

Kota Bharu Street Art

$
0
0


Hai semua. Rindunya pada blog. Alhamdulillah sempat balik kampung Terengganu & Jerteh sebelum terbang ke Arab Saudi. Balik minta restu ayahbonda =)

Kali ni husband ajak balik lama sikit. Maknanya cukup masa jika jalan-jalan cari makan di Kota Bharu. Kali ni nak menaip tentang Kota Bharu Street Art! Pernah dengar? Ala lukisan mural di lorong-lorong atau di dinding bangunan macam di Penang Street Art & Laman Seni Shah Alam. 

Of course lorong ini akan menjadi salah satu tarikan di Kota Bharu. Azie rasa even orang Kota Bharu sendiri pun mungkin tak jenguk lagi. Lokasi Kota Bharu Street Art bersebelahan Kedai Jaffar Rawas di lorong-lorong bersebelahan pejabat PAS. Nak ke sini Azie google maps kan : Jalan Dato Pati Kota Bharu Kelantan. Memang tak akan sesat. Mudah nak cari.

Lukisan tangan di Kota Bharu Street Art ni paling menusuk kalbu menikam hati. Majoriti gambar memberi penceritaan tentang peperangan, penderitaan, kesengsaraan rakyat Palestine. SOBS.

Sebahagian lagi ada lukisan ala-ala Morocco. MashaAllah. Subahanallah. Cantik! Terutamanya karpet Morocco tu. Walaupun ia hanya painting semata tetapi mata ni seolah-olah nampak real. Siapalah pelukis nya. Mohon memperkenalkan diri :)


Ok kalau ke Kota Bharu jangan lupa singgah bergambar di sini!

Nah, view panaroma =)

Mari Mendaki Bukit Keluang

$
0
0


Lepas kahwin dengan suami (jiran sebelah rumah tok), baru ku tahu ada pantai di Besut nama Bukit Keluang. Kesian kan. Hihiks. Yerla dulu masa dengan family balik kampung hanya beberapa kali setahun. Pastu balik kejap-kejap. Hari ini ada...esok dah tiada. Asal balik dah tentu ziarah saudara mara lebih utama. Pastu bila masanya nak berjalan cari tempat-tempat menarik. Nan hado la jawabnya. Tak sempat! Semua nak cepat.

Lepas lapan (8) tahun kahwin baru ada peluang mendaki Bukit Keluang. Sebelum ni sekadar jalan-jalan hirup udara petang dengan adik-adik ipar dan makan sate ikan di gigi pantai Bukit Keluang. Idea memanjat ni pun datang dari abah (fil) sebenarnya. Syok ja dengar story mory abah bawa budak-budak sekolah naik Bukit Keluang. Kalau budak sekolah boleh naik, dah sah2 track mendaki selamat! InshaAllah Allah jaga kita.

Abah cakap jom! Mari mendaki Bukit Keluang! Lepas Subuh squad G. E. R. A. K. Apa lagi semangat lah kami laki bini bila abah join sekali. Jadi tourist guide. Hehehe. Korang ingat kiteorang bawak balik ke kelengkapan memanjat? Memang tidak. Semua kami pinjam umi abah punya. LOLS. Seluar track size XL (pasrah!). Stokin kasut semua pinjam. Mujurlah ada kasut sukan size 8! Pssstttt siapa punya? Entah.....korang...Kak Azie pinjam kasut tau! Tudung belasah warna purple gelap (nasib baik ada tudung sarung). Baju tu actually baju tidur lengan panjang. Belasah jugak. Purple dan merah memang tidak sesuai bergabung. Color combo memang kelaut!

Esok pagi, lepas Subuh memang kiteorang gerak. Hari masih gelap. Nampak tak semangat di situ. Sebelum panjat abah singgah kedai makan pagi dulu. Makan nasi lemak, roti paung panas-panas cicah Teh 'O' panas. Fuhhh marvelous. Kami singgah beberapa kedai jugak. Yang nyata semua masih belum berniaga sebab matahari masih sembunyi. Inilah the one & the only gerai yang buka. On the way nak ke pantai Bukit Keluang memang jumpa gerai ini di belah kiri jalan. Kenyang perut senang hati nak memanjat. 

Menurut abah, ada 2 pilihan track laluan mendaki Bukit Keluang ni.

1. Jalan depan (bertangga dan tak jauh dari pantai).

2. Jalan belakang. Kena jalan kaki sikit lebih kurang 900m dari laluan pertama tadi. Mata sila fokus. Atas jalan raya banyak taik lembu!

Abah, parking kereta depan tangga. Tapi naik dari jalan belakang (track ke-2). Nanti turun bukit ikut jalan depan (track pertama). Terus masuk kereta balik. Bijak kan abah! 

Dari bawah sampai ke puncak lebih kurang 2.57km dan mengambil masa selama 85 minit (1 jam 25 minit) termasuk dengan sesi berehat hilangkan peluh dan ambil gambar di puncak). Rasanya yang muda mudi tu mesti laju jah naik. Kami ni semput. Stamina kelaut. Lama dah mereput kat rumah tak beraktiviti.

Macam-macam perangai orang yang memanjat. Budak-budak hingusan selamba naik bukit dengan selipar. Akar dahla berselirat. Tunggul kayu bersepah. Ish kalau apa-apa jadi macam mana? Takde petugas tau di Bukit Keluang ni. Dah naik pun FREE. Pandai-pandaila jaga diri sendiri. Pak budak ada yang memanjat sambil dukung baby. Ish gigihnya. Hatiku berdeborrr tengok. Ada makcik berpakaian seolah-olah nak bersiar di lake garden. Berselipar flip flop. Fuh. Masing-masing power. Memang power. Tapi ada juga yang berhenti dah muntah. Bukan kanak-kanak tau tapi orang dewasa!

Tips memanjat Bukit Keluang. Naik ikut track 2. Turun ikut track 1. Track 1 jalan dia mmemang pergh! Tegak. Pastu memang berpaut pada akar-akar kayu. Yang tak biasa panjat memang boleh muntah. Track 2 lebih landai, santai dan relax. Masa turun je kena hati2 di track 1. Memang curam dan menjunam. 


Sampai bawah memang ketibas. Baju basah berjeruks. Sekian sahaja pengalaman mendaki Pantai Bukit Keluang. Oh nak share Azie perhatikan kawasan ni tidak dijaga rapi. Persekitaran kotor. Air hujan bertakung tak tau nak mengalir ke mana. Atas jalan bersepah taik lembu. Sayang sangat. Kalau kerajaan Terengganu pelihara, jaga dan cantikkan kawasan ni mesti popular & menjadi tarikan pelancong. Memang seribu kali sayang. 

InshaAllah moga-moga list memanjat bukit mendaki gunung di bawah ni makin bertambah 😍

✔️ Bukit FRIM
✔️ Bukit BROGA
✔️ Bukit Keluang
✔️ Mount Hallasan

Sekian.

Kakak mendaki secara kecil-kecilan sahaja & semput mendaki


Umrah Penyucian Jiwa

$
0
0

Assalamualaikum semua penghuni Syurga!




Bila dengar rakan sepejabat bercuti pergi London, Paris, Korea 4 tahun lepas pernah cakap pada diri sendiri dan kawan-kawan rapat sepejabat. Tak mahu pergi luar negara dulu sebelum pergi Umrah. Tapi nampaknya ayat yang keluar dari mulut ni memakan diri kerana sudah terang lagi bersuluh pergi bersuka ria ke tempat lain dulu. Semua nya adalah gerak hati dan ilham dari Allah SWT. Siapa kita manusia untuk menidakkan. Kita hanya pandai berkata-kata dan merancang tetapi perancangan Allah SWT itu ada rahsiaNya tersendiri. Rupanya Allah masih belum jemput kita sebagai tetamuNya. 

Beberapa tahun sudah, pernah bagitahu Bonda, Azie mahu pergi umrah kerana mahukan sesuatu. Mahu submit doa pada Allah SWT. Bonda berpesan, tangguh dulu pergi umrah dan betulkan niat. Umrah penyucian jiwa. Niat pergi umrah adalah untuk BERIBADAH kerana Allah SWT bukan pergi semata-mata mahukan sesuatu. Betulkan niat.....pergi semata-mata kerana Allah SWT. Semata-mata kerana Allah! Sesungguhnya aku rasa diriku amat dhaif, jahil. Tiada ilmu pengetahuan. Mohon doa agar Allah SWT beri Taufik dan Hidayah-Nya.

Hari demi hari makin berlalu pergi. Tahun datang silih berganti. Tahun lepas hati mula terdetik minda mula tersedar. Utarakan hasrat pada suami. Pada ibu bapa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar beliau menyokong 100%. Ibu bapa dan adik-adik juga nak ikut jejak langkah dah mahu pergi sama! Kami selalu berdoa mohon pada Allah SWT agar niat kami ke sana untuk beribadah diperkenankan oleh Allah SWT. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Allah tidak pernah zalim pada hamba-hambanya. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Akhirnya tahun ini Allah memakbulkan doa kami dan orang-orang yang telah mendoakan kami terutama kedua ayahbonda. Akhirnya kami dijemput menjadi Duyufurrahman pada November 2016.

Sebenarnya tidak menyangka secepat November tahun ini. Kerana masih lagi dalam proses menabung. Pergi ke sana memerlukan belanja yang besar. Kami nekad pergi sana taknak catu-catu. Sebab Ustaz pernah bagitahu... kita sesekali tidak akan jatuh fakir jika keluarkan duit berhabis duit untuk pergi ke Baitullah. Malah Allah akan gantikan semula dengan rezeki yang lebih melimpah ruah! Uztaz cakap dulu dia nak pergi umrah siap gadai kereta untuk buat tambang. Sekarang ni, Allah bagi rezeki ustaz berpeluang berkali-kali pergi ziarah Kaabah siap boleh bawa mak lagi tiap-tiap tahun!

Bulan Ramadhan yang lepas, ada hamba Allah ni bagitahu nak taja pemergian umrah Azie. Jadi, setelah dikira-kira tolak tambah apa yang patut memang cukup untuk kami pergi tahun ini! MashaAllah Tabarakallah. Alhamdulilah. Makbul doa Ramadhan kami. Bukan itu saja, duit poket juga diberi sekali. Doa Azie moga Allah beri kemuliaan tertinggi untuknya, ampunkan dosa-dosa beliau, terlepas dari seksa kubur dan masuk ke Syurga paling tinggi darjatnya iaitu Syurga Firdaus Tanpa Dihisab. Allahuma Amiin. Setelah itu, semua urusan dari urusan mendaftar umrah, kelas dll menjadi sangat mudah walaupun suami berkerja di luar negara. Syarikatnya, kawan-kawan sepejabatnya, bosnya, clientnya sangat memahami walaupun berlainan bangsa dan agama. T.E.R.H.A.R.U Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Betullah, memang tepat apabila ustaz yang mengajar mengatakan jemputan untuk menunaikan umrah adalah jemputan dariNYA. Allah jemput sesiapa yang dimahukanNya. Tidak kira ia ilmuan agama, pendosa, pelacur, peminum arak, surirumah yang takda gaji, Allah jemput kerana ada kebaikan yang dilakukan. Allah mahu ampunkan dosa kita. Allah jemput kita kerana mahu sucikan jiwa kita. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda: Iringilah antara haji dan umrah dari semasa ke semasa kerana kedua-duanya dapat membasmi keFAKIRan dan DOSA sebagaimana api menghapuskan debu besi".

Maka terpulang kepada kita sama ada untuk menyahut dan pergi ke rumahNya atau pun abaikan dan buat tak tahu. Jika kita sambut jemputan atau panggilannya;

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ.

Hamba-Mu datang menyahut panggulan-Mu ya Allah, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu,
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. 
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu. 
Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Kita yang dah pernah sampai ke sana jangan pula pandang rendah kepada mereka yang masih belum menunaikan umrah. Kemungkinan ada yang tidak berkuasa dengan sendiri. Makna berkuasa di sini (ada tambang pergi/balik, ada bekalan nafkah, ada kenderaan pergi/balik, sihat tubuh badan, berkesempatan masa). Ada yang berkuasa tapi masih tidak pergi menunaikan umrah. Ini kerana ALLAH yang membuka pintu hidayah kepada sesiapa yang DIA mahukan... kita bantu dengan berdoa untuknya.

1 Disember 2016, ayahbonda dan adik-adik pula akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Moga semua urusan mereka dipermudahkan. Ya Allah jagalah mereka untukku. Moga diberi kesihatan yang sempurna buat mereka. Moga mereka memperoleh umrah yang maqbullah dan mabrur. Aamiin Allahumma aamiin yaa kariim.. asalnya mahu berangkat bersama, tetapi Perancangan Allah itu Lebih Sempurna dan hanya Dia Yang Lebih Mengetahui.

Salam kasih sayang,
Azyyati

Tips Persediaan Umrah Mekah Madinah November 2016

$
0
0

Assalamualaikum



EXCITED! Itulah perasaan sebenar lepas balik mendaftar umrah di Andalusia. Masa pergi Andalusia daftar umrah, kami request nak penerbangan pertama dan terawal selepas musim haji. Kalau boleh nak pergi bulan Oktober. Overkan. Andalusia feedback penerbangan pertama umrah lepas musim haji seawal 11 November 2016. Tapi dah penuh. Penerbangan kedua juga penuh. Maka nama kami masuk dalam penerbangan ketiga. Takpa kami ok je. Pastu blur-blur nak pergi Mekah dulu ke Madinah ni. Pastu nak pilih airlines apa ni? Pastu nak ambil bilik yang mana ni? Berdua? Atau share-share berempat? Berenam? Hotel pula nak jarak berapa meter ni? Semua harga berbeza-beza di Andalusia. Jemaah boleh pilih ikut bajet dan kesukaan masing-masing.

Suka Azie nyatakan di sini semua perkongsian tips persediaan umrah Mekah Madinah bulan November 2016 ini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri dan suami. Azie mohon maaf jika pengalaman ini berbeza atau tidak sependapat dengan anda :) Lapangkan hati dan fikiran. Sentiasalah bersangka baik. Moga coretan ini sedikit sebanyak membantu anda yang pertama kali ingin menunaikan umrah seperti Azie & suami.


TRAVEL AGENT

Dah terbiasa travel luar negara berdua bersama mahram suami, maka umrah juga cadang pada suami untuk lakukan secara DIY (Do It Yourself). Maksudnya semua dilakukan sendirian berhad dari sediakan dokumen, buat visa masuk arab saudi, cari tiket penerbangan sendiri, cari bilik hotel sendiri. Hasrat itu awal-awal ditegah suami. Beliau ada pendapat dan hujah tersendiri. Katanya eloklah kita pergi dengan travel agent. Maka, tugas sayalah tu mencari tarvel agent untuk urusan umrah. Tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman, macam-macam nama yang mereka cadangkan seperti Andalusia, Tiram Travel, Poto Travel, Felda, TH, Rayhar, Misbah, Utas dll. Uishhh banyak senarai ni. Mana satu nak pilih? Mana yang terbaik? Subjektif kepada hati, penerimaan dan keperluan masing-masing. Setiap travel agent menawarkan pakej yang berbeza. Teliti setiap pakej dan sesuaikan mengikut keperluan anda & keluarga. Yang pastinya setiap travel agent pasti mahukan yang TERbaik untuk semua jemaahnya.

Ringkasnya, kami suami isteri sepakat meilih Andalusia sebagai travel tour yang bertanggungjawab bawa kami menunaikan umrah. Pening kepala survey jauh-jauh. Pejabat Andalusia Senawang tak jauh dari rumah. Jadi lebih afdal ambil yang dekat. Banner pun terpampang besar di tepi jalan Dataran Senawang. Dekat-dekat ini senang nak berurusan. Jadi yang lain-lain tu kami redha & tawakkal kepada Allah sahaja.

Rumusannya sepanjang 12 hari 10 malam umrah dan ziarah Mekah Madinah, kami berdua sepakat memang rasa sangat puas hati dengan servis dan perkhidmatan Andalusia. Walaupun bawa jemaah ramai keseluruhannya tapi mereka memang cekap dan cemerlang dalam menguruskan jemaah. Di Mekah kami diberi Hotel Malak Ajyad jaraknya 450m dari Masjidil Haram. Di Madinah kami menginap di Hotel Mawaddah Al Waha yang jaraknya lebih kurang 150m dari Masjid Nabawi. Dengan Andalusia satu bas seramai 42 jemaah diletakkan di bawah seorang Mutawwif. Kami bas no.3 bersama Mutawwif Ustaz Ahmad Nazmie Omar. Termakbul doaku nak Mutawwif orang Malaysia. No bas akan diberi siap-siap dari KLIA dan ada di belakang tag nama masing-masing.


Mutawwif Ustaz Ahmad Nazmie walaupun masih muda tapi berilmu dan kami beri dia ***** bintang sebab sangat cemerlang :)

HARGA

Harga setiap travel agent pasti berbeza-beza setiap satunya. Pasti ada sebab mengapa ada yang terlalu murah dan terlalu mahal. Biasanya harga pakej bergantung kepada jarak hotel yang bakal kita menginap di Makkah & Madinah. Biasanya makin dekat hotel kita dengan Masjidil Haram makin mahal harga pakej kita. Di Andalusia, selain pakej Hilton, kita berserah sahaja hotel mana yang bakal kita menginap di Mekah & Madinah. Andalusia ada beberapa hotel yang mereka sudah pajak.

Jenis bilik samaada bilik berdua, berempat atau berenam. Jika kita ambil bilik berdua boleh share bilik suami isteri. Jika ahli keluarga mak abah, adik beradik 2 orang cukup korum boleh ambil bilik berempat. Jika kita tak cukup korum takpa. Boleh ambil bilik berempat atau berenam. Nanti kita berkongsi bilik dengan jemaah lain seperti bilik wanita sahaja. Suami pulak akan kongsi bilik dengan jemaah lelaki sahaja. Harga lebih murah. Azie pun awal-awal tak faham pasal bilik-bilik :)

Jenis kapal terbang. Naik Air Asia lebih murah. Naik MAS lebih mahal. Di Andalusia harga SAUDIA (Saudi Airlines) sama dengan harga MAS. Teringin pulak nak try SAUDIA. Kata ada surau kecik dalam flight. Memang selesa naik SAUDIA. Makan pun sodap.


Makan minum sepanjang di sana. Ini kerana ada pakej yang sediakan 3x sehari (minum pagi, tengahari, malam). Ada yang sediakan 5x sehari. Ada yang sediakan lunch sahaja. Macam Andalusia sediakan 5x sehari. In between tu mereka sediakan roti dan air unlimited di dewan makan. Jadi tak risau kalau skip meals masih ada makanan buat alas perut. Makanan di Mekah & Madinah pun sedap-sedap belaka. Masakan Malaysia. Ada nasi lemak siap. Tengahari ada sambal belacan.


Jadi Azie berpendapat empat perkara ini patut anda ambil tahu, tanya betul-betul dengan travel agent pilihan anda. Kalau kita pergi berdua bersama pasangan mungkin tak kisah sangat. Tapi jika kita bawa ibu bapa yang dah berumur atau uzur, bawa anak-anak, bawa baby, adik beradik dan ahli keluarga lain, moleklah ambil tahu perkara di atas dengan teliti. Biarlah kita dan ahli keluarga kita sama-sama selesa beribadah. Jika berkemampuan usah berkira bila kita pergi beribadah. Jika semua kerana Allah SWT..... semata-mata kerana Allah, InshaAllah pasti ada ganjaran yang Allah beri untuk kita di masa hadapan dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuknya akan digandakan pahala oleh Allah SWT. Amiin Allahuma Amiin. Yang penting sentiasa berlapang dada dan bersangka baik. Bukan hak kita untuk judge. Semoga perjalanan umrah dan ziarah diberkati Allah SWT. 


DOKUMEN UNTUK PROSES VISA UMRAH 2016 BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI


1. Passport MALAYSIA yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 7 bulan dari tarikh penerbangan beserta 6 muka surat kosong

2. 4 keping gambar bewarna berukuran 6cmx4cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap). Lelaki tidak dibenarkan bersongkok. 80% zoom pada muka.

3. Kad suntikan ACYW135

4. Satu salinan Sijil nikah yang ada cop pengesahan Pejabat Agama (Bhgn Cerai, Nikah & Rujuk) DAN cop pengesahan dari WISMA PUTRA, PUTRAJAYA

Gambar umrah kami ambil di Giant Shah Alam. Sebelah kedai telefon. Harga RM18 seorang. Kalau di Andalusia cawangan Senawang mereka sediakan perkhidmatan ambil gambar. Datang pada hari Sabtu. Harga RM10. Mudah dan murah bukan? Saya tak pasti cawangan yang lain.

Kalau sebut nak suntik ACYyadayada ni orang tak paham. Cakap je nak suntik untuk umrah. Hospital kerajaan memang tak buat suntikan umrah. Klinik kesihatan yang kami call pun takde buat suntikan umrah juga. Call Klinik Kesihatan Senawang, mereka cakap memang kita tak buat. Call Klinik Kesihatan Jeram kata memang kat sini takda. Setakat yang jumpa Klinik Kesihatan di Kelana Jaya. Itupun katanya kena tunggu habis musim haji. Kalau ada lebih boleh datang. Jadi macam kena kerap call tanya status. Klinik swasta pulak tak semua yang ada. Jadi sebelum pergi kami call beberapa klinik swasta di sekitar Senawang. Ini harga yang kami dapat;

Klinik Tawakkal Senawang - RM170
Klinik Ibnu Sinar Senawang - RM150
Klinik Karisma di Lavender Height - RM130
Andalusia - RM140

Andalusia cawangan Senawang juga ada sediakan perkhidmatan suntikan umrah ni juga. Daftar untuk temujanji suntikan. Suntikan umrah dibuat pada hari Sabtu. Ada doktor yang datang.

Cop pengesahan untuk salinan sijil nikah tu kami dapatkan di JAIS Shah Alam. Suami je yang pergi. Kita tak ikut takpa. Makna di sini boleh wakil yang pergi copkan. Sama juga di Wisma Putra Putrajaya.

Errr paham kan?


PERSEDIAAN ROHANI/ILMU


Aku manusia tiada ilmu pengetahuan. Tertanya-tanya apa itu UMRAH? Selalu dengar dalam TV Al Hijrah..Umrah ialah penyucian jiwa yang merubah sempadan iman. Ikut buku "UMRAH ialah qasad mengunjungi Baitullahil-Haram dalam kedaan beribadah dengan mengerjakan TAWAF, SA'I & BERTAHALUL (bergunting/bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji. " - Buku Panduan Umrah & Ziarah Madinah & Makkah Andalusia Travel & Tours.

Pendapat jumhur ulama - umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Jika diulangi menjadi sunat (yang buat/pergi kali kedua, ketiga, keempat) dan memperolehi pahala yang banyak. Jadi macam kami ni tak pernah pergi Mekah maka jadilah ia umrah wajib. Kenapa kena pergi Mekah? Kerana Allah panggil jadi tetamuNya. Kerana Nabi panggil. Untuk apa? Untuk diampunkan segala dosa, untuk diberi ganjaran pahala yang banyak. Kata ustaz Luqman lagi umrah ialah Ziarah Kaabah.

Benar kita pernah belajar bab umrah dan haji masa sekolah zaman dulu. Tapi semua seolah-olah hilang dari ingatan *sayalah tu*. Jadi bila nak pergi umrah memang WAJIB belajar, pergi kelas, kena ada ilmu dan ambil tahu pasal umrah. Rugi jika terbang 7,000 km bayar beribu-ribu tapi tiada ilmu tentang umrah & ziarah. Bergantung semata-mata pada Mutawwif. Jika kita berilmu pasti kemanisan ibadah itu lebih dirasai dan dinikmati sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Menuju ke Makkah al-Mukarramah merupakan rehlah imaniyah. Jika berilmu pastinya menambahkan keimanan dan ketakwaan dalam mentaati perintah Allah SWT. 

BACA BUKU PANDUAN UMRAH


Di Andalusia, selesai mendaftar kita diberi buku "PANDUAN UMRAH & ZIARAH MADINAH & MAKKAH" setebal 195 m.s. Relax! Usah panik dan berpeluh. Azie pun awal-awal risau jugak. Tebalnya buku nih. Kena hafal ke? Camne nak hadam semua ni? Kena baca sampai habis ke?

Terpulang. Azie banyak masa. Hiks. Jadi baca sampai habis untuk dapatkan overview. Bila dah habis baca buku panduan ni baru paham serba sedikir berkenaan apa yang kita perlu buat masa umrah & ziarah. Tapi masih tak dapat gambaran visual. Masih lagi blur-blur. Buku panduan umrah macam baca buku text. Semua fakta yang penuh dengan ayat-ayat dan terjemahan. Bagi Azie, tak cukup dengan khatam baca buku panduan je. Mesti nak kena pergi kelas. Belajar dengan ustaz.

KURSUS PANDUAN UMRAH


Jadi setiap hari Sabtu dari jam 9am - 1pm, 2 bulan sebelum berangkat Azie dan suami dah masuk kelas Panduan Umrah & Ziarah Makkah dan Madinah di Andalusia Cawangan Senawang ni. Sedut ilmu dari pelbagai ustaz (setiap minggu ustaz berbeza-beza) dan hadam selumatnya. Walaupun isi slide seolah-olah nampak sama tapi cara penyampaian dan ilmu setiap ustaz adalah berbeza. Jadi rugi sangat kalau tak pergi sehari! Paling best kelas Ustaz Lukmanul Hakim bin Haji Hanafi yang merupakan salah seorang pembimbing haji dari Tabung Haji. Bila dengar ceramah umrah dia..semangat datang berkobar-kobar rasa macam tang tang tu nak terbang pergi ziarah Kaabah. Bergema dewan A dan dewan B bila Ustaz Lukmanul Hakim yang beri ceramah. 

Macam Azie bila masuk kelas sekali tak paham lagi. Dah masuk kelas berkali-kali barulah paham dan jelas tentang umrah & ziarah. Masuk kelas berkali-kali secara tak langsung lekat dalam kepala tanpa perlu nak hafal. Pada Azie persediaan ilmu yang paling penting sebelum pergi umrah ni. Samalah macam bila bos arah kita buat paperwork atau presentation pada client kan. Bersungguh tak tidur malam komited, dedicated nak menyiapkannya. Nak hasil yang tip top. Samalah bila kita pergi umrah. Lagilah nak pergi beribadah kerana Allah SWT. Pencipta kita. Pergi untuk diampunkan segala dosa. Mestilah perlu lebih tip top.

Selain tu boleh juga tengok di Youtube. Banyak ustaz yang kongsi & share taklimat, ilmu berkenaan umrah di Makkah & Madinah ni. Selagi belum pergi, gali ilmu dengan lebih mendalam lagi. Persiapkan diri dengan ilmu.

PENYUCIAN JIWA

Bila nak pergi Mekah, ustaz cakap eloklah terlebih dahulu membersihkan jiwa daripada segala dosa dan bercita-cita mahu berhenti daripada segala sifat mazmumah. Pra syarat yang membolehkan kita mencapai umrah yang mabrur (iaitu perjalanan umrah yang diberkati dan seluruh dosa diampunkan Allah).

Praktis banyakkan buat solat Taubat, Solat Hajat, Solat Tahajjud, Solat Dhuha, Solat Sunat Mutlak, Solat Sunat Rawatib. Praktis dari rumah. Ustaz cakap kalau kita tak mula praktis dari rumah, nescaya sampai sana kita pun tak buat atau jarang-jarang buat semua solat sunat di atas.



Untuk solat boleh refer Buku Ensiklopedia Solat. Harga RM100. 

Selain itu;
-Banyakkan bersedekah
-Banyakkan berzikir
-Banyakkan berdoa

Kenapa kita perlu buat semua di atas? Kerana ada banyak cabaran ketika mengerjakan umrah. Antara cabarannya ialah cuaca, mudah marah dan tidak sabar, dugaan Allah SWT, melawan nafsu, tiada tolak ansur, ditimpa sakit atau keuzuran. Syaitan tetap ada juga di Mekah & Madinah :p Ustaz Luqman selalu pesan jangan jadi macam 10 budak hitam yang last-last tinggal seorang. Samalah bila 200 jemaah yang pergi..moga-moga 200 jemaah mendapat umrah yang mabrur. Jadi kekuatan jiwa itu perlu. Sepanjang kita berada di sana kebergantungan kita hanya pada Allah SWT.

Azie recommend sangat baca buku-buku tulisan Prof Kamil seperti Travelog Haji, Nota Dari Madinah...Sangat bagus baca sebelum pergi umrah. Tak pun google di Youtube: Prof Muhd Kamil Ibrahim. Plisss dengar. MashaAllah ceramah beliau buat Azie benar-benar terpukul & insaf. Azie menangis tau dengar ceramah-ceramah beliau. Memang benar-benar meresap ke dalam jiwa. Bila berada di sana, kata-kata Ustaz Luqman & Prof Kamil sentiasa bergema dalam telinga dan dalam hati sanubari. Betul-betul beri energy dan semangat yang sangat positif. Pergi Masjidil Haram mesti nak cari saf paling depan dan nampak Kaabah. Di Masjid Nabawi mesti nak cari saf pertama juga dalam masjid. Duduk bawah kubah. Bukan sekadar solat di dataran masjid di bawah payung. Pastu sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Tiada masa untuk bercakap-cakap atau bersembang di dalam masjid. Orang Arab antara azan & iqamah berasak mereka tadah tangan berdoa kerana ia antara waktu mustajab doa. Tapi kita jemaah Malaysia habis solat sunat 2 rakaat, berasak bersembang & bercakap sementara nak tunggu solat Fardhu :(



PERSEDIAAN JASMANI/FIZIKAL


Ya sangat perlu! Ini walking distance kami sepanjang 10 hari di Mekah & Madinah. Azie dengan suami awal-awal dah rancang nak panjat Jabal Nur pergi ke Gua Hira. Jadi persiapan fizikal kami cuma buat morning walk setiap hari sekurang-kurangnya 4km setiap hari. Jogging sikit-sikit supaya fit. Macam tak caya kan sehari berjalan berbelas-belas kilometer di Mekah. Mana datang kudrat & energy?


BARANG-BARANG KEPERLUAN UMRAH

Pemberian dari orang-orang kesayangan. MashaAllah Tabarakallah! Murah rezeki mereka nih.

Sebelum berperang mesti kena sediakan alatan perang dengan sempurna. Begitu juga sebelum pergi umrah perlu sediakan keperluan sebelum menunaikan umrah. Jadi kat sini azie saja nak kongsi checklist umrah wanita & lelaki ketika umrah bulan November.

Kami ambil bilik berdua. Jadi dapat minimize kan bag sebab banyak berkongsi. Contohnya tuala tak perlu bawa. Memadai dengan yang disediakan oleh pihak hotel. Kain basahan share. Ubat-ubatan bawa sendiri (tidak disediakan oleh pihak Andalusia) dan barangan penjagaan diri pun share.

Checklist wanita

-Telekung 5 helai putih
-Telekung 1 helai hitam
-Mini telekung 1 helai putih
-Mini telekung 1 helai hitam
-Khimar Neelofa 1 helai
-Tudung Siti Khadijah 3 helai (Peach, Hitam & Kelabu)
-Jubah 5 helai (tak cukup). Hantar dobi. Beli extra di Mekah & Madinah.
-Kasut 2 pasang (Azie rasa better bawa selipar yang takda selit ibu jari tu untuk ulang alik dari hotel ke masjid. Sepasang kasut untuk ziarah & naik guna Hira)
-Kain Basahan
-Hanger 5/6 pcs
-Inner/anak tudung (5-6helai)
-Inner baju (3-4 helai) - Tak bawa pun takpa. Azie pakai sebab bila berpeluh tak melekat-melekat pada jubah. Inner beli Uniqlo. Memang sangat selesa walaupun cuaca panas!
-Sarung tangan 2 pasang
-Seluar panjang pakai dengan jubah 2 helai
-Tshirt labuh dengan seluar track untuk pergi Gua Hira'
-Baju kelawar lengan panjang 2 helai (untuk tidur. Tak pakai sangat sebab masa kat hotel kejup2 sangat)
-Stokin 4 pasang
-Kasut tawaf 2 pasang (seperti dalam gambar di atas. Di bahagian tapak ada biji2 supaya tak licin)
-Pakaian dalam disposable. Yang pakai buang ni senang jimat space (beli di watson. Ada dari size S-XL. Cari yang paling kualiti untuk keselesaan. Harga dalam RM12 untuk 5 helai)
-Berus gigi
-Botol wudhu spray
-Buku-buku kecil bacaan zikir dan surah-surah ringkas
-Al-Quran (tak bawa pun takpa sebab memang banyak sangat Al-Quran di masjid. Tapi kalau berniat nak khatam Al-Quran boleh bawa dari rumah senang nak tanda).

** Moisturiser, pelembap bibir bawa tapi tak guna sangat. Hanya guna air zam zam. Letak dalam botol wudhu spray dan sentiasa spray pada wajah dan bibir dengan niat dan doa untuk melembapkan wajah dan untuk melembapkan bibir. Alhamdulillah sangat mujarab!

** Sepanjang berada di sana walaupun suhu tak terlalu panas tapi tetap juga berpeluh terutama ketika tawaf, sa'i atau solat tengah panas depan Kaabah. Ketika ziarah juga. Jadi jubah memang tak selesa nak rotate. Azie hantar dobi. Di Hotel Malak Ajyad Mekah harga dobi hanya 8 Riyal untuk sehelai jubah. Hantar sebelum Subuh hari ni, siap sebelum Subuh esok pagi. Pantas! Tak hantar dobi pun takpa. Ada yang basuh sendiri. Pastu sidai kat tangga hotel. Cepat je kering. Hehe. Ajaibnya kan walaupun berpeluh dan rotate banyak kali tapi baju tak bau langsung! Lagi2 kalau letak perfume. Balik Malaysia baru bertukar bau....hiks.

** Begitu juga telekung. Telekung memang pakai all the time hatta ketika tawaf di Safwah, Zam Zam atau Hilton Tower. Malas nak basuh kat sana sebab tu Azie bawa extra. 

* Lain orang lain keperluan. Boleh sesuaikan ikut keperluan masing-masing

Checklist lelaki

- Kain ihram
- 2 pasang seluar panjang seperti dockers
- 2 helai baju melayu
- 2 helai jubah
- 4 helai inner baju
- 2 helai inner seluar
- Tshirt lengan panjang 2 helai
- Seluar track
- Sweater (pakai masa pergi Gua Hira)
- 1 helai kurta
- Beli extra jubah & kurta di Mekah & Madinah
- 2 pasang selipar (mujur sangat. Sepasang hilang. Sepasang lagi jadi extra)
- Selipar hotel sebab hotel tak sediakan selipar
- Kopiah
- Kain pelikat (bawa tapi suami tak pakai pun)
- Tshirt & seluar untuk tidur
- Berus gigi
- International adapter

Supplements

Alfalfa; Vitamin C Sustained Release; Ostematrix; Omega Guard & Nutriferon (tiada dalam gambar)


Sebelum berangkat, setiap kali bertahajud selalulah berdoa "Peliharalah kesihatan kami, mudah-mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu." 

Kami ikhtiarkan dengan makan supplements (semestinya Shaklee)  di atas konsisten setiap hari minum dengan air zam-zam sebanyak yang boleh. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar. Allah makbulkan doa kami. Syukur sebab kami diberi kesihatan yang baik, sihat dan bertenaga sepanjang berada di Mekah & Madinah. Tidak demam, tidak batuk, tidak selesema. Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

SIMCARD? Tak beli. Bimbang tak dapat kawal hawa nafsu. Bimbang jadi lagha. Bimbang jadi lalai nak pergi masjid. WIFI ada hanya di lobi hotel. Jadi kalau rasa nk update FB /IG atau hantar khabar thru wasap kami singgah jap di lobi on the way nak ke masjid. Biasanya kul 2 atau 3 pagi waktu sana. Baru laju!

Sekian tips dari saya :)
Moga sedikit sebanyak membantu.

Viewing all 468 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>