Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

Checkin Palm Seremban Hotel | Palm Mall

$
0
0

Assalamualaikum wahai penghuni syurga. Siapa pernah pergi Seremban? Pernah dengar tak Palm Mall? Palm Mall ini terletak di Jalan Sungai Ujong atau Jalan Toman 1. Bersebelahan dengan KPJ Seremban, Kemayan Square. Dari PLUS Highway, hanya 500 meter lepas keluar tol SEREMBAN. 

Sebelum bertukar jadi Palm Mall, bangunan ini lebih 10 tahun terbiar. Awal-awal Palm Mall ini siap kecoh sekejap di kalangan penduduk tempatan yang mengatakan shopping mall di berhantu. Isk isk isk. Kebenarannya wallahua'lam. Tahun berganti tahun, hantu yang ada pun mungkin dah lari. Hehe. Kini Palm Mall dah jadi shopping mall terbesar di Seremban. Ada lebih 180 kedai di dalamnya seperti Daiso, Pandora, Hush Puppies, Obermain, Chatime, Reject Shop, Padini, Giant Supermarket, F.O.S dan beberapa lagi kedai. Pelbagai F&B outlet juga ada di Palm Mall seperti Burger King, Pizza Hut, KFC, Manhattan Fish Market, Seoul Garden, Nandos, Sushi King, The Chicken Rice Shop dll. Di sini juga ada GSC. Bosan-bosan boleh tengok wayang!




Last week 5 hari 4 malam checkin di Palm Seremban Hotel bersebelahan Palm Mall. Padahal rumah bonda 20 minit sahaja dari Palm Mall. Sebenarnya suami outstation di Senawang. Jadi dapatlah peluang menginap di Hotel 'Lifestyle' pertama di Seremban. Oklah boleh tukar suasana. Boleh honeymoon sweet sweet dengan suami. Hiks.

Jadi azie nak share/review Palm Seremban Hotel. Palm Seremban Hotel mula beroperasi Jun 2014. Yang best hotel ini bersambung dengan Palm Mall yang Azie cerita di atas tadi. So kalau suami ada business meeting, isteri dan anak-anak taklah mereput dalam bilik. Boleh beli belah atau cuci mata di Palm Mall. 

Parking kereta bertingkat ada di Palm Mall. Jika anda menginap di Palm Seremban Hotel, boleh letak kereta di Tingkat 5 atau 6 kerana dua aras ini mempunyai lif yang bersambung terus ke hotel. Tak perlu bayar parking. Sebelum keluar just validate parking tiket di lobi hotel Level UG. Kemudian re-validate parking ticket di Auto-Pay yang terletak di Tingkat 5. Ulang step di atas jika anda kerap keluar masuk hotel.


Bilik kami di aras 12. Rom 1216. Lets check it out!


DELUXE ROOM. Bilik yang luas, cantik, kemas, selesa! I like. Punyai 2 katil bersaiz Queen. Wah malam ni tidur dapat katil satu sorang. Selain itu, ada 40 inci LED HD Smart TV dengan siaran TV dari Unifi (Hypp TV Channels). Ada disediakan kettle. Eloklah malam-malam suami suka minum air panas. Selain itu ada peti sejuk mini, safe box dan paling penting FREE WiFi. Laju pulak tu sebab router depan bilik. Arah kiblat ada ditunjukkan. Surat khabar diberi setiap pagi.


Lantai bilik sebenarnya tiles yang menyerupai kayu. Tiles memang sejuk dan tajam pada kaki. Jangan risau selipar ada disediakan. Macam biasa soap, bath gel, losyen, sikat, shower cap & sewing kit disediakan. Berus gigi by default tidak disediakan pihak hotel. Tapi kalau memerlukan berus gigi boleh call Housekeeping. Dial No.1. Bilik air juga selesa dengan jenis pancuran air hujan. 

Seronoknya bila nampak iron dan iron board. Senang kerja gosok menggosok. 

Pemandangan dari tingkap bilik kami.

Kalau Lapar tengah malam jangan risau angkat phone dial je untuk order menu yang disediakan.


Inclusive breakfast for 2 person. Setiap pagi boleh sarapan pagi di Sago Coffee House yang terdapat terletak di tingkat 6 di Palm Seremban Hotel. Menu sarapan pagi yang pelbagai dan sangat enak. Menu setiap hari bertukar ganti. Jadi tidakla boring selama 4 hari breakfast di sini. Antara menu menarik ialah roti canai, waffle, bread & butter pudding. Sago Coffee House mendapat pengiktirafan halal JAKIM. So tak perlu risau dan was-was :D

Seawal 7am kami dah turun breakfast. Perut dah berkeroncong lagu zapin.

Kegemaran suami lah ni.

Selama 5 hari 4 malam kami di sini, dapat tidur malam dengan selesa dan nyenyak tanpa gangguan hantu :P dan perut sentiasa kenyang! (Pagi breakfast di hotel, lunch dan dinner makan rumah Bonda). Oh indahnya donia. Sangat recommend untuk business travellers👍

Kalau anda sejenis kaki spa, no worries ada VENUS The Spa & Wellness Center di Tingkat 5. Setiap bilik massage ada private jacuzzi uols!

Berikut merupakan harga bilik / rates Palm Seremban Hotel;
Standard room (1 Queen Bed) – RM198.00 nett
Deluxe room (2 Queen Beds) – RM218.00 nett
Premier room (1 King Bed) – RM258.00 nett
2-Bedroom Suite (1 King + 2 Queen Beds) – RM518.00 nett

*rates inclusive of breakfast for up to 2 persons for Standard, Deluxe & Premier Rooms and up to 4 persons for 2-Bedroom Suite

Palm Seremban Hotel
Add: Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: +606-768 0088
Fax: +606-768 0099
Email: reservations@palmseremban.my
Web: www.palmseremban.my


Kalau ke Seremban jangan lupa menginap di Palm Seremban Hotel kerana ia antara hotel yang BEST di Seremban. Thanks for reading! Press the "Like" button and share with your friend okay?


Broga Hill Semenyih

$
0
0

Rindu Broga Hill! Pertama kali panjat Bukit Broga pada tahun 2008. Dah alang-alang ada di Seremban, jomlah panjat Broga Hill atau popular dengan Bukit Lalang untuk kali kedua. Teringat Broga Hill ni sebab tular dalam media sosial berkenaan budak sekolah tahfiz yang hilang  beberapa hari disorok Bunian. Alhamdulillah berkat usaha ustaz dan dengan izin Allah, budak berkenaan dijumpai semula. Seram hakak. Jadi kita ambil keputusan panjat pada hari Thaipusam lepas Subuh untuk tengok matahari terbit.

Dulu panjat tak sempat nak tengok sunrise. Kali ni alhamdulillah dapat tengok matahari terbit dari ufuk timur dengan cantik sekali. Subhanallah. Berbaloi-baloi pemanjatan kali ini :D

Sebelum Subuh dalam jam 5.30 am gigih bangun mandi bersiap bagai untuk aktiviti memanjat. Aktiviti sihat turut disertai suami dan 2 orang adik perempuan kesayangan. Dr Aifaa Liah dan bakal doktor juga Dr Asyraf Liah (surirumah paling cemerlang yang pernah kujumpa setakat ni sementara tengah tunggu panggilan Housemanship). Hehehe. Alhamdulillah Dr Aifaa kini bertugas di Department Anaesthethic jadi dapatlah dia cuti Sabtu, Ahad & public holiday macam orang lain. Semua dah tepu dengan aktiviti padat masing-masing rasa nak masuk hutan. Hirup udara segar dan lihat kejadian alam mengingatkan kita kebesaran Allah.

Kami gerak dari rumah jam 6.15 pagi. Jarak dari rumah (Seremban) ke Broga Hill (Semenyih) lebih kurang 36.9km dengan pemanduan selama 35 minit. Berhenti Solat Subuh di masjid tepi jalan tak jauh dari Broga Hill. Jam 7.15 sampailah di Jalan Broga lokasi terletaknya Broga Hill.

Broga Hill ni dalam kawasan ladang kelapa sawit. Parking dalam ladang kelapa sawit dikenakan caj RM3 per entry. Kalau nak parking tepi2 jalan pun boleh je. Suami prefer parking dalam ladang kelapa sawit sebab starting point pun dalam ladang ni. Tempat parking dah penuh dengan kereta. Fuhh ramai betul yang dah sampai lebih awal dari kami.

Takde warming up/stretching terus je naik. Bukit Broga ni sempoi je track dia. Boleh naik santai-santai. Budak-budak pun boleh panjat. Tapi perlu pengawasan teliti dari ibubapa. Kalau naik lepas Subuh track memang gelap. Lampu suluh kami tak bawak. Masing-masing just suluh guna apps lampu suluh dari Iphone je. Cukup terang dan jelas dah.

Bukit Broga atau Bukit Lalang ni antara bukit paling popular di Malaysia. Memang orang berbondong-bondong pergi manjat untuk tengok sunrise. Dari zaman kami naik 2008 lagi orang dah crowded. Zaman 2017 ni lagilah crowded. Jangan terkejut lepas Subuh track memanjat agak sesak dengan orang. Korang just follow the flow dan jalanlah ikut giliran.

Nanti lalu track yang ada pintu gerbang ni. Laluan ini FREE.

Kalau korang lalu satu lagi jalan (track belah kiri) macam uncle jersey hitam tu, korang akan dikenakan tol RM1 oleh aunty yang ada gerai jual air. Gerai aunty seperti gambar di atas terletak di tengah-tengah antara track yang bertol dan track yang FREE (yang ada pintu gerbang). Erk paham ke tak nih. Begitu juga laluan turun. Turun semula ikut track pintu gerbang. Kalau lalu ikut track aunty tu kena lagi caj RM1. Pilihan di tangan korang. Kiteorang dah tentulah pilih yang FREE. Cuma aunty tu caj sebab korang lalu atas tanah dia agaknya yang dulunya ada pintu gerbang RHB. Sebenarnya bukan RHB punya. Kini pintu gerbang RHB telah dirobohkan oleh pihak RHB sebab salah guna nama yang tidak berkaitan. Sekian melaporkan.

Lebih kurang 40 minit kami sampai ke puncak hill top yang pertama. Semua dah berlengas dan malas untuk naik hill top ke-2, ke-3 dan ke-4. InshaAllah lain kali. Misi hari ini nak tengok matahari terbit pun dah tercapai. Oleh itu, marilah kita pulang. Nak makan nasi lemak dan minum air kelapa pulak.

Minum air kelapa dan makan nasi lemak 'Pak Lebai Coconut Shake'. Lokasi ini betul-betul depan pintu gerbang.

Soft ice-cream untuk sejukkan badan RM3

Tempat letak kereta di sini dikenakan caj RM3 (dalam ladang kelapa sawit) 

Bukit Broga 1.7km dengan ketinggian 400m dari paras laut. Kalau anda lebih sukakan cabaran boleh mendaki Gunung Tok Wan pula 4.8km. Kami ni macam tak larat dah nak panjat gunung. Sendi lutut dah longgar disebabkan faktor usia. Kali terakhir panjat gunung ialah Gunung Hallasan di Jeju. Walaupun umur dan fizikal makin menua, tapi hati tetap rasa muda. Huhu.

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Madinah (Part 7)

$
0
0
Assalamualaikum. 

Pertamanya ampun dan maaf sebab tertangguh. Mudah-mudahan dapat habiskan umrah travelog ini dalam masa terdekat.  Entry sebelum ini mengenai pendakian Jabal Nur menuju ke Gua Hira' bertujuan menyelusuri pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. Jika anda berkesempatan menunaikan umrah pada umur yang masih muda dan ada kudrat agak rugi jika tak mendaki ke Gua Hira'. Pergilah. Pergilah lihat tempat di mana Qalam Allah pertama diturunkan. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhamammad SAW oleh Allah melalui Jibril. Pergilah melihat tempat Rasulullah beruzlah memencilkan diri. Pergilah. Pasti terkesan di hati.

Cukup mengenai Gua Hira'. Selesai expedisi Gua Hira' maknanya esok kami akan melakukan Tawaf Wida dan menuju ke Madinah. Sebelum meningggalkan Masjidil Haram kami berkesempatan lakukan tawaf sunat, solat Zohor berjemaah, ambil gambar sepuasnya dan akhir sekali baru lakukan Tawaf Wida'.

MashaAllah perasaan paling sedih dan sayu sekali masa buat Tawaf Wida'. Menangis tersesak-esak tak mampu nak berhenti. Sampai suami pun turut sedih sebab tengok Azie menangis. Sedih yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang mengetahui rasa hati. Pilu teramat sangat nak meninggalkan Masjidil Haram. Tak pasti bila pulak ada peluang kembali ke sini. Mudah-mudahan panjang umur dan sihat fizikal untuk kembali ke sini. Mudah-mudahan Allah jemput lagi menjadi tetamuNya.

Selesai Tawaf Wida' kena cepat-cepat tinggalkan Masjidil Haram balik ke hotel. Balik ke hotel makan tengahari dan bersiap-siap tunggu bas menuju ke Madinah. Perjalanan ke Madinah selama 8 jam. Selama 8 jam dalam bas bermulalah episod mual, loya, rasa nak muntah, badan masuk angin yang tidak berkesudahan. 8 jam yang sangat menyeksakan. Benar-benar menguji kesabaran. 

Dalam perjalanan singgah RNR untuk berhenti makan. Rnr mereka di padang pasir tau. Sehabis ringkas. Bukan macam rnr kita di Malaysia. Berbeza macam langit dan bumi. 

Pelik. Salah makan kah? Suami ok je. Apa yang Azie makan suami pun makan.  Minyak angin pi letak dalam luggage besar. Bijak betul. Sudahnya terpaksa tanya kat ustaz mutawwif dan bonda-bonda dalam bas. Kebetulan pulak minyak angin mereka pun dalam beg bawah bas nuh. Mujurlah ada bonda yang baik hati ni ada minyak roll on jenis berangin. Bolehla buat hilang loya dan mual. Biasa kalau Azie kena macam ni tandanya nak cirit birit. Orang yang paling runsing dah tentu lah suami. Sepanjang jalan mengurut 😭  Time azie lena sat, dia lena jugak. Tapi Azie jaga loya loya dia pun jaga jugak. Duk picit tengkuk, belakang, kaki, tangan. AllahuAkbar. Terharu sangat. Sedih pun ada. Dahla selama di Mekah tidur pun tak cukup, Ingatkan dalam bas bolehlah tidur lena tapi tak dapat juga lelap😭  
Hadapi ujian ini dengan sabar. Ujian tanda Allah sayang. InshaAllah.

Di Madinah kami menginap di Hotel Waddah Al Waha.  Sampai hotel, suami ajak makan. Dinner. Alas perut. Sebab tak larat nak turun dewan makan, pinggan suami angkut sampai ke bilik. Mujurlah kami duk tingkat 1 je. Seperti yang dijangka memang cirit birit. Semalaman tak dapat tidur. Berjaga dalam tandas. Rasa nak menangis pun ada. Sebabnya esok pagi-pagi ustazah nak bawa pergi Raudhah 😭  

Sampai pagi masih lagi berulang alik ke tandas. Tak mampu nak breakfast. Tubuh pun dah lembik. Tubuh tak tehidrat sangat asbab ada air zam zam. Sambil minum tu, sambil mohon doa pada Allah SWT. Mudah-mudahan berkat air zam zam dengan izin Allah, sakit perut ini berhenti. Ubat cirit birit azie memang tak bawa dari Malaysia. Salah sendiri tak bawa ubat. Andalusia dah pesan minta jemaah bawa ubat-ubatan sendiri. Ketika ini, hanya mampu doa pada Allah moga Allah beri kekuatan. Suami suruh stay di bilik je berehat. Azie ni degil. Nak juga ikut rombongan pergi Raudhah. Rugi nya kalau tak pergi pagi ni, camne nak tau nak pergi lain kali. Yakin je Allah akan bantu. InshaAllah Allah permudahkan.

Kami siap-siap turun ke lobi untuk pergi ke Raudhah. Jemaah wanita akan ikut ustazah. Jemaah lelaki akan ikut ustaz. Jadi di sini akan terpisah suami isteri. Sebab risau, suami ikhtiar pergi tanya ustaz kotla ustaz ada ubat cirit birit. Takda jugak. Ustaz pun advise Azie stay di bilik. Risau melarat. Ustaz cakap ada farmasi tak jauh dari hotel. Boleh cari ubat di situ. Gigih suami pi farmasi pulak.

Dalam pada tu, Azie tunggu bersama jemaah lain di sofa lobi. Datang sorang wanita muda, mungkin sebaya ataupun mungkin lebih muda dalam lingkungan awal 30-an duduk sebelah Azie. Cam wajahnya sebab kami sama flight cuma berbeza bas sahaja. Dia tanya dah breakfast ke belum. Jadi azie pun ceritalah yang terpaksa skip breakfast sebab sakit perut cirit birit dari semalam.

Allahuakbar, rupanya dia seorang doktor 😭  kebetulan kan. Lepas dia consult dan check azie, dia minta Azie tunggu, dia naik bilik ambil ubat untuk cirit birit. Suami pun sampai dengan wajah yang amat risau. Dia cakap farmasi tutup. Bila Azie update situasi pagi tu, barulah wajah dia lega. Kami janji akan jumpa kat bilik tengahari nanti.

Alhamdulillah lepas makan ubat dengan air zam zam perut rasa okey. Sepanjang pagi tu, dengan izin Allah perut sangat okey dan tiada masalah langsung. Tak rasa nak membuang. Tak rasa sakit. Sampai satu tahap terlupa sekejap sakit perut. Berterima kasih sangat pada doktor muda tu. Lupa dah namanya MashaAllah (short term memory loss). Dengan izin Allah dapatlah fokuskan ibadah pagi tu dan berpeluang masuk ke dalam taman-taman syurga antara tempat mustajab doa. Pengalaman manis yang akan terukir di memori sampai bila-bila.

Sampai je di bilik tengahari tu, perut Azie cirit birit semula. AllahuAkbar. Masa tu rasa lega sangat sebab dah sampai bilik. Tak kisah lah berapa kali nak ulang pi tandas pun. Redha. Seharian tak makan sampai malam. Esoknya baru perut kembali pulih. Bila fikir semula, rupanya Allah Maha Mendengar. Azie ada berdoa di Mekah supaya Allah bersihkan usus dari segala kekotoran dari makanan yang Azie makan selama ini. Memang lepas cirit birit perut rasa kempis, badan rasa ringan. Alhamdulillah. 

Next entry, Azie cerita pengalaman masuk ke Raudah. InshaAllah.

#10 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Pegalaman Di Raudhah (Part 8)

$
0
0

Assalamualaikum

Sebagaimana Rasulullah bersabda:
"Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga (HR. Al Bukhari & Muslim)

Taman-taman syurga ini merupakan tempat di mana Rasulullah SAW beribadah, mengimamkan solat, menerima wahyu, berehat dan beribadah bersama Para Sahabat.

Raudhah berada di dalam Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Raudhah bermaksud taman syurga. Dahulu Raudhah Nabi ini adalah ruang di antara mimbar dan kamar Rasulullah di dalam Masjid Nabawi.


Nampak tak kubah hijau? Kubah hijau itulah terletaknya Makam Nabi yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad SAW. Di bawah kubah hijau itulah terletaknya Raudhah. Taman syurga di dunia yang menjadi keinginan muslimin dan muslimat pelusuk dunia untuk masuk memberi salam kepada Rasulullah dan ingin melakukan solat sunat serta berdoa di situ. Kali pertama menjejakkan kaki di dalam Raudhah, sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata. Anda yang dah pernah sampai pasti rasai apa yang saya rasaikan? Melihat pada gambar yang diambil suami ini, rindu yang TERamat-amat-amat sangat pada suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Nabawi. Lupa hal perihal duniawi seketika. Waktu ini menunggu matahari terbenam masuk waktu Maghrib di Masjid Nabawi.

Sebelum itu, inilah ubat cirit birit yang Azie cerita dalam entry sebelum ini. Anda jangan tiru macam saya. Penting bawa ubat-ubatan ketika menunaikan umrah. Kalau dah sakit diri sendiri yang susah.

Mohonlah doa. Mohonlah kekuatan pada Allah. InshaAllah Allah Maha Mendengar. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Ajaib. Hilang cirit birit selama waktu ke Raudhah. Dipendekkan cerita syukur Alhamdulillah Allah permudahkan niat dan azam kuat saya yang ingin bersolat dan berdoa di dalam Raudhah walaupun hadapi masalah cirit birit.


Sebelum bertolak menuju Raudhah tempat wanita dalam Masjid Nabawi, ada taklimat diberi kepada kaum wanita di lobi hotel. Taklimat disampaikan Ustazah bervest biru. Taklimat merangkumi gambaran awal suasana di dalam Raudhah, apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas masuk Raudhah, bagaimana cara memberi salam yang betul kepada Rasulullah dan para sahabat. Bagaimana cara ingin jamakkan salam dari kaum keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan yang mengirim salam pada Rasulullah. Ustazah ajar bagaimana cara berdoa yang betul di dalam Raudhah. Dan banyak ilmu-ilmu yang disampaikan ustazah. Lagi sekali from my humble experience ilmu itu paling penting sebelum pergi umrah.


Dari hotel tempat kami menginap Hotel Mawwadah Al Waha, masuk Masjid Nabawi melalui pintu 15. Kemudian jalan lurus sampai ke pintu 25 (pintu wanita paling hujung) untuk masuk ke Raudhah. Sebenarnya agak jauh hendak berjalan. Yang muda mudi tiada masalah. Warga emas yang sakit lutut atau tak kuat berjalan mungkin ada sedikit masalah. Jadi kalau anda ke Madinah boleh cari hotel yang berdekatan dengan pintu/Gate 25. Bangunan yang anda nampak di sebelah kiri tu adalah hotel. Di bawahnya terdapat lot-lot kedai untuk shopping. 

Tiba sahaja depan Masjid Nabawi, MashaAllah...terpesona dengan keindahan dan ketenangan Masjid Nabawi. Warna putih. Dataran masjid yang sangat besar dan luas sehingga boleh menempatkan 1 juta jemaah terutama ketika musim haji. Dapat melihat payung gergasi di depan mata sendiri. Dapat melihat Kubah Hijau, makam Rasulullah perasaan dalam diri bercampur baur. Sebak sangat. Alhamdulillah impian, cita-cita, keinginan nak menunaikan umrah yang berkobar-kobar selama ini tercapai ketika usia 35 tahun. Usia yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu berusia. Syukur. 

Ketika kami lalu menuju ke pintu/Gate 25, nampak beberapa jemaah Malaysia tengah ambil wuduk di tempat terbuka tetapi cara sembunyi2. Walaupun begitu, semua yang lalu lalang boleh nampak. Ustazah pesan, jangan ambil wuduk di tempat terbuka. Terdedah aurat kita secara tak sengaja. Datang ke sini untuk diampunkan dosa, mengumpul pahala bukan untuk buat dosa. Huhu. Ambilah wuduk di tempat tertutup yang dikhaskan untuk WANITA. Sebenarnya jemaah Malaysia ni bukan sengaja nak wuduk kat situ. Mungkin 1) Tandas & tempat wuduk wanita jauh 2) Tak jumpa cari. Nak cepat punya pasal tempat wuduk lelaki pun jadi. Jadi, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri. InshaAllah.

Ini merupakan tempat masuk Raudhah atau pun ruang menunggu giliran masuk di bahagian wanita. Sebelum sampai ke sini, ustazah bawa kami ke suatu tempat lapang dalam masjid untuk lakukan solat-solat sunat. Antaranya Tahiyatul Masjid, Dhuha, Mutlak (2 rakaat), Taubat, Hajat. Lama kami di sini, ada yang sempat mengaji Al Quran lagi. Sekian lama menunggu baru kami di bawa ke sini. Di sini kami menunggu lagi. Ketika kami sampai nampak kumpulan dari Reyhar dah sedia menunggu giliran untuk masuk.

Kata ustazah, Malaysia merupakan kumpulan atau jemaah terakhir yang akan masuk dalam Raudhah. Lepas pada kain putih inilah Raudhah (taman-taman syurga). Macam mana nak kenal kawasan Raudhah? Ditandai melalui karpetnya. Karpet hijau merupakan kawasan Raudhah. Membentang dari rumah Rasulullah SAW (yang kini menjadi makam beliau) hingga ke mimbar. Sekitar 26 x 15 meter. Bahagian wanita hanya dapat sedikit sahaja dari keluasan asal Raudhah. 

Kalau karpet merah belum lagi tau. 

Pertama kali masuk di Raudhah, Allah SWT beri peluang istimewa sampai ke saf pertama😭  Betul-betul mengadap penghadang putih tu berdekatan dengan tiang belah kanan. Allahu Akbar. Pengalaman ini teramat manis dan akan diingati sampai mati.


Heaven on earth. Bila ustazah bagi signal masuk, berpusu-pusu jemaah Malaysia bangun dan masuk dalam Raudhah. Jemaah Malaysia merupakan jemaah terakhir. Bermakna pintu masuk Raudhah dah ditutup. Saya antara yang duduk depan-depan jadi antara paling awal juga yang masuk dalam Raudhah. Dalam Raudhah memang penuh dengan muslimat. Cuma keadaannya tidaklah bertolak-tolakan. Masing-masing sabar menanti giliran. Mula-mula tu memang tak nampak warna karpet. Nak solat apetah lagi. Asal ada ruang je, orang terus ambil peluang solat. Masa ini memang buku panduan ke buku gantung ke tak dapat nak rujuk dah. Apetah lagi nak belek-belek. Memang tak sempat. 

Nampak je karpet hijau, kelopak mata dah basah. Air mata dah mula mengalir. Mula-mula bagi salam dulu pada Rasulullah dan Para Sahabat Abu Bakar As Shiddiq dan Umar bin Khattab. Lepas tu sampaikan salam daripada keluarga dan kawan-kawan yang kirim salam. 

Selesai itu baru mula berdoa mohon Allah izin , beri dan mudahkan peluang untuk solat di dalam Raudhah. Allah SWT beri ganjaran 1,000 pahala untuk mereka yang bersolat di dalam Raudhah. Kemudian nampak sedikit ruang untuk solat. Azie ambil peluang solat di situ, sekali nak sujud, ada pulak orang masuk dan solat betul betul di tempat sujud. Tindakan reflek ketika tu, terus sujud tapi senget sikit mencari ruang mana kosong yang boleh sujud. Kebetulan pulak ustazah Andalusia yang bawa kami tu ada tak jauh dari situ tengah jaga dan perhati ruang kosong. Dia tegur Azie. Dia cakap tak sah solat sunat tu sebab dah lari arah kiblat. Dia suruh azie solat semula. Sujud kena ikut arah kiblat. MashaAllah. AllahuAkbar. Mujurlah ustazah nampak dan tegur Azie. Sungguh jahil. Takda ilmu macam tu lah. Huhu. Jadi walaupun dalam Raudhah tu sesak atau penuh mohon bersabar. Kalau tiada ruang untuk sujud, jangan sujud. Teruskan berdoa.

Ustazah cari ruang kosong dan beri ruang Azie solat, barulah ada peluang dan ruang untuk sujud. Peluang yang singkat tu, Azie usaha solat sunat sesempat dan sebanyak yang boleh. Selesai solat, ustazah suruh maju ke depan. Tempat Azie solat tadi ustazah nak beri pada orang lain pulak. Maknanya dalam erti kata lain tak payah keluar Raudhah lagi. Azie maju ke depan. Ada ruang dan peluang solat sunat lagi. Kemudian maju lagi ke depan sampailah dapat masuk ke saf pertama betul-betul depan penghadang putih tu. MashaAllah sampai ke sini Allah beri peluang dan ruang pada Azie. Masa ni air mata keluar dah hujan lebat. Banjir kelopak mata. Peluang ni Azie manfaatkan solat sunat lagi Taubat & Hajat terutamanya. Mohon doa sebanyak yang mungkin. Semestinya doa untuk suami, ibu bapa, adik beradik, untuk keluarga dan kawan2. Masa ini lah peluang untuk meminta-minta dengan Allah SWT. Moga Allah dengar dan makbul suatu hari nanti. Tak sedar sampai menangis teresak-esak. Syahdu dan betul-betul emosi waktu ini.

Selesai solat, beri peluang untuk orang lain solat di saf pertama pulak. Eh baru perasan dalam Raudhah dah lengang. Nampak banyak ruang karpet hijau. Eh boleh solat lagi ni selagi takda orang halau. Sebabnya pintu Raudhah dah tutup. Tiada lagi yang boleh masuk. Azie ambil lagi peluang ni untuk solat sunat dan berdoa lagi di saf belakang pulak. Selesai solat, terpinga-pinga nak keluar ke tak ni. Macam rugi je keluar sebab suasana dah lengang. Azie ambil peluang snap beberapa gambar sebagai kenangan di dalam Raudhah. Sempat pulak acik sorang ni snapkan gambar untuk Azie. Maka terhasillah gambar di atas :D Selesai ambil gambar, Azie ambil sedikit moment perhatikan keliling dan suasana dalam Raudhah tu. Perhati sebab nak ingat moment ni sampai bila-bila. Jiwa rasa tenang dan lapang selapangnya. 

Tak lama lepas tu barulah dengar suara petugas wanita yang berjubah dan berpurdah hitam arahkan semua muslimat yang tinggal untuk keluar dari area Raudhah. Sebab area tu nak buka untuk lelaki. Dengan berat hati langkah keluar sorang diri.

Tengok keliling aaaa sudah. Mana pergi semua jemaah Andalusia ni. Tak nampak pun jemaah Malaysia. Jalan keluar dari Raudhah menuju pintu masuk tadi sunyi tak macam awal-awal pagi tadi. Sesak dan penuh dengan muslimat yang sedang menunggu giliran.


Setelah keluar dari Raudhah tengok keliling baru nampak Kubah Hijau ni. Snap gambar kejap untuk kenangan. Yang di atas ni..merupakan pintu keluar dari Raudhah. Sampai luar baru nampak jemaah Malaysia dah tengah baca doa dah hujung-hujung untuk penghuni-penghuni di perkuburan Baqi'. Selesai itu, barulah bersurai. 

Pekuburan Baqi, terkenal dengan nama Jannah al-Baqī’ (kebun atau taman Surga) dan juga Baqī’ al-Gharqad (taman pepohonan kecil) merupakan tempat persemadian keluarga, isteri, anak, dan lebih 10,000 para sahabat Nabi Muhammad SAW dan penduduk Kota Madinah. Jemaah Haji dan Umrah yang meninggal di Madinah juga akan bersemadi di sini. Bertuah sangat! Berdoa untuk mati di Madinah juga.

Rasulullah bersabda: “Aku adalah orang pertama yang akan dikeluarkan dari bumi pada hari kiamat, dan aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan. Aku, Abu Bakar ra. dan Umar ra. keluar menuju pemakaman Baqi`, kemudian mereka semua dibangkitkan, lalu penduduk Mekah. Kemudian semuanya berkumpul memenuhi antara Dua Tanah Haram, Madinah dan Mekah).” 
Abdullah bin Umar menceritakan, bahwa Rasulullah telah bersabda, “Barang siapa yang mati di Kota Madinah hendaklah dia mati, sesungguhnya aku memberikan syafa`at bagi yang mati di dalamnya.” Ada lagi sabda Rasulullah yang mengatakan: “Barang siapa yang mati di salah satu dua kota suci (mekah dan Madinah) maka kelak dia akan dibangkitkan dalam keadaan aman pada hari Kiamat.” - Qureta.com

Azie share juga gambar dari phone suami ketika beliau menuju ke Raudhah.

Dalam Raudhah di bahagian lelaki


Makam Rasulullah, Abu Bakar As Shiddiq dan Umar bin Khattab.


Pintu As Salam di Masjid Nabawi. Jemaah lelaki disarankan masuk Masjid Nabawi melalui pintu ini. Ada bacaan dan doa nya.


Pengalaman manis pertama kali masuk ke Raudhah akan terpahat di hati selamanya. Moga ada peluang lagi pergi ke sini. Moga anda semua dan saya juga dijemput Allah lagi ke sini :D

#11 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Masjid Quba & Bukit Uhud (Part 9)

$
0
0
Assalamualaikum

Salah satu aktiviti di Madinah ini; kami dibawa ke Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam berdasarkan takwa dan iman yang utuh.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasullulah SAW selalu pergi ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari Sabtu samada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasullulah SAW pergi pada hari Isnin dan Khamis. (Hadis Sahih Al-Bukhari No.1193). 

Sebelum kami di bawa ke sini, ustaz mutawwir minta semua jemaah siap-siap ambil wuduk di hotel.

Rasullulah saw juga bersabda : "Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah (Sunan Ibnu Majah no.1412.Lihat : Fadhail Madinah 542, sahih al-jami' as-soghir no.6154 (sahih).

Masjid Quba ini merupakan masjid pertama yang dibina Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah ke Madinah


Masjid Quba boleh menampung sehingga 20 ribu jemaah

Ruang solat lelaki

Kenal tak siapa ini? Legend ni. Rashid Sidek😁

Peniaga yang berniaga di depan Masjid Quba. Selesai solat cuci mata di sini. Meriah betul. Buah kurma fresh pun ada dijual di sini.

Masjid Quba berwarna putih dan memiliki empat menara yang tinggi

Berpusu-pusu jemaah umrah datang menunaikan solat d Masjid Quba. Sempat ambil gambar untuk kenangan. 


Selesai solat di Masjid Quba, kami ke Jabal Uhud. Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. MashaAllah. Jika kita ingin melihat bukit yang akan ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga"(H.R. Bukhari)


Turun dari bas, keadaan di sini agak panas dan debu berterbangan. Kena menapak sikit untuk pergi ke Makam Para Syuhada

Uhud terbentuk dari batu granit warna merah yang memanjang dari tenggara ke barat laut dengan panjang terletak kira-kira 7 km dari Madinah dan lebar hampir 3 kilometer. Ia tidak bersambungan dengan gunung-gunung lain, nama Uhud bermaksud tersendiri. Bukit Uhud merupakan bukit terbesar dan tertinggi di Madinah. Di kaki bukit terdapat makam para syuhada, salah satunya adalah Sayyidina Hamzah bin Abdul-Muththalib pakcik Nabi Muhammad SAW. Dikatakan, jasad Sayyidina Hamzah yang dimakamkan di sini tetap utuh, abadi dan tidak hancur dimakan tanah.

Ada pasar juga di kaki bukit Uhud. Pelbagai jenis kurma ada di sini.

Di belakang ini merupakan Jabal Rumat, yang bererti bukit/gunung para pemanah. Ketika perang Uhud, Nabi menempatkan beberapa orang pemanah di atas gunung Uhud. Dalam perang tersebut umat Islam mendapat kemenangan. Pasukan Quraisy lari meninggalkan harta benda yang melimpah. Pemanah tadi turun bukit untuk melihat dan mengumpul harta rampasan perang sehingga mereka lalai terhadap arahan Rasulullah. Rasulullah telah berpesan jangan tinggalkan posisi perang. Ketika inilah tentera berkuda Quraisy menyerang semula sehingga umat Islam mengalami kekalahan dan seramai 70 orang sahabat gugur sebagai Syuhada'


Perkuburan Uhud kini dikelilingi tembok. Antara 70 orang Syuhada' tersebut termasuklah pakcik Nabi, Hamzah bin Abdul Muththalib, yang digelari Asa­Dullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush'ab bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin. Nabi Muhammad SAW sendiri dalam peperangan tersebut mendapat luka-luka. Dan sahabat-sahabatnya yang menjadi perisai untuk Rasul gugur karena badannya dipenuhi anak panah.

Sempat bergambar kenangan bersama jemaah bas yang sama dan ustaz mutawwir berltar belakang Jabal Rumat

Alhamdulillah, baru dapat gambaran visual berkenaan sirah atau sejarah perang zaman Nabi yang kita belajar masa sekolah-sekolah dulu.

#12 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Kebun Kurma, Pasar Kurma & The Holy Quran Exhibition (Part 10)

$
0
0


Assalamualaikum

Di Madinah antara tempat ziarah yang paling ditunggu para jemaah adalah ladang kurma dan pasar kurma. Heeeee...Masa inilah untuk habiskan sisa-sisa Riyal. Esok lusanya sudah nak balik Malaysia. Alhamdulillah umrah dah selesai, yang wajib semua dah selesai, now boleh fikir pasal shopping tanpa rasa berdosa. Hiks.

Kami di bawa ke ladang kurma. Ladang tak berapa besar, tempat shoppingnya yang besar. Mungkin banyak ladang-ladang di sekitar Madinah ni. Kami dibawa ke ladang ini (tak tahu nama). Kami sampai je dah berpuluh buah bas sedia parking di tempat parking yang sangat luas. 

Tidak melepaskan peluang haruslah turun cuci mata dan bergambar. Bulan November mungkin bukan musim buah kurma. Jadi yang ada hanyalah pokok kurma. Tiada buah kurma berjuntaian seperti yang dibayangkan. Hehe. Sekali tengok pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit. 

Captured by our Ustaz Mutawwir (out official photographer :p) Syukran Ya Ustaz.

Ladang kurma di Madinah. Selain penjualan buah kurma macam-macam jenis barang ada di jual di ladang ni. Kami tak pi belek pun. Rugi pulak tak tinjau barang apa.

Buah kurma frozen fresh yang manis dan sedap. MashaAllah! So tempting. Harga 10 Riyal tapi tak ingat untuk sekilo atau setengah kilo atau 100g. 


Rangup & sangat juicy. Ada aunty tu pesan, basuh dulu sebelum makan. Jangan makan tanpa di basuh. Khuatir buah tidak bersih dan mungkin ada chemicals pada buah. Wallahu a'lam.


Inilah tempat beli belah di ladang kurma. MashaAllah penuh dengan jemaah shopping. Rata-rata jemaah Malaysia. Macam-macam kurma, jenis manisan dan kekacang ada di sini. Rambang mata. Mula-mula ambil jugak bakul isi-isi barang-barang nak beli. Bila tengok beratur yang panjang terus cancel. Hehehe. Ustaz hanya bagi masa 20 minit di sini. Risau pulak tertinggal bas. Sudahnya makcik pakcik tu sakan shopping sampai 45 minit jugak lah kami di sini. Huhu. 


Kurma ajwa pelbagai gred di Madinah ni. Harga antara 40 - 60 Riyal. Di sini jangan risau boleh rasa semua kurma. Jangan sauk buh dalam poket jubah sudahla. Tak baik tau. Mereka bagi kita rasa di sini sahaja. Hatta banyak mana pun nak rasa. Dengan suasana begini akhirnya kami hanya beli kurma frozen tadi sahaja.

Seterusnya kami di bawa ke pasar kurma. Kata ustaz, bas Andalusia memang bawa jemaah Andalusia ke kedai ini. Kedai no 25 kalau tak silap. Mokcik pokcik yang borong sakan di ladang tadi tak turun dah. Heheh. So ini masa kami pulak. Apa lagi memang borong sakan la kat sini. Aneka kekacang, kurma dan coklat juga di sini. Harga jauhhhhh lebih murah di sini berbanding di ladang kurma. Kalau banding dengan harga di Malaysia lagilah kan. Malaysia mahal tau harga kurma lagi-lagi kurma Ajwa atau dikenali dengan kurma Nabi. Kami beli 2 kg Kurma Ajwa untuk kudap-kudap kat rumah nanti dan buah tangan untuk keluarga. Tengok ustaz andalusia pun borong di sini. Ternyatalah murah kan. Ada juga jemaah yang sudah kehabisan Riyal, punyalah baik hatinya mereka...mereka terima juga duit RM. Contohnya kalau harga 15 Riyal. Mereka ambil RM15. Untung jemaah Malaysia. Hihi. Masa ni tular (viral) di Malaysia yang kononnya duit Malaysia tak laku di sini. Kurma ajwa di sini 30 Riyal sekilo. Sedap dan rupa kurma pun elok sangat. Kekacang ada yang 10-15 Riyal untuk 500g & 1kg tengok jenis.


Di waktu senggang yang lain ketika di Masjid Nabawi sementara menunggu Asar dan Maghrib kami ambil kesempatan ziarah Muzium Al Quran / The Holy Quran Exhibition yang sedang berlangsung di pintu 5 Masjid Nabawi. MashaAllah di sini berpeluang tengok naskah Al Quran yang dah berusia beratus malah beribu tahun tetapi tetap terpelihara dan di jaga dengan baik. Uniknya ia merupakan tulisan tangan.


Al-Quran paling besar dalam Muzium ini. Salah satu Al Quran tulisan tangan dengan berat 154kg. Size 143x80cm. Ditulis tangan pada 197 tahun yang lalu.


Mempunyai salutan emas di muka surat Al Quran ini


Ada satu lagi muzium yang yang berdekatan Masjid Nabawi iaitu Muzium Asmaul Husna Nabawi. Maaf tiada gambar sebab terlalu menikmati dan menghayati bahan-bahan pameran dalam galeri Asmaul Husna. 99 nama-nama Allah dipamerkan. Setiap satu dikupas dan diberi maksud secara terperinci dan jelas. Nak khatam 99 nama semua memang ambil masa yang lama. Bahan bacaan dalam bahasa English dan Arabic. Subhanallah bukan itu sahaja, diperjelaskan lagi dalam bentuk skrin besar dengan kualiti HDR. Gambar-gambar yang unik dari seluruh dunia menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Pelbagai kejadian alam direkod dan dipamerkan. Subhanallah. Agak ternganga kami di sini. Sungguh Allah Maha Besar. Maha Agung.  Silalah pergi. Highly recommended. 

Sebelum terlupa suami dan jemaah lelaki yang lain ada bayar extra Riyal untuk lawatan ke Kilang Al Quran terbesar di Madinah. Sayangnya sesampai di sana tidak dibuka dan tak boleh masuk. Tiada rezeki. Tapi suami ambil kesempatan beli naskah Al Quran untuk kenangan. Untuk umrah ni kami beli 3 naskah Al Quran. Satu bersaiz besar, senang nak baca dah tua nanti dan 2 naskah bersaiz sedang. Harga Al Quran ni MashaAllah tersangatlah murah. Size sedang hanya 17 Riyal. Al Quran saiz besar dah beli siap-siap kat Mekah. Harga 100 Riyal. Di kilang Al Quran harga nya hanya 32 Riyal 😭 Jadi kalau nak beli Al Quran beli di Kilang Al Quran di Madinah. Okeh.

#13 Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Masjid Nabawi (Part 11)

$
0
0

Assalamualaikum. Korang teringin tak pergi Masjid Nabawi? Ustazah cakap jika kita di Masjid Nabawi, kita beri salam kepada Rasulullah, salam kita sampai terus kepada Rasulullah. Selain dari Masjid Nabawi, salam kita akan dibawa dan disampaikan oleh malaikat kepada Rasulullah.

Masjid Nabawi merupakan antara masjid tercantik di Madinah. Masjid ini dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW. Juga merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekah. Masjid Nabawi memang sangat besar dan luas. Oleh sebab itu ia mempunyai banyak pintu. Ada 24 pintu masuk kesemuanya.

Rindu pada azan Masjid Nabawi. Kalau nak tahu lepas azan dan nak tunggu iqamat sangat-sangat-sangat lama. Seronok rasanya dapat peluang solat berjemaah dan berimamkan Imam Masjid Nabawi. Bacaan yang merdu dan sedap untuk halwa telinga. Lepas solat fardu tiada bacaan doa. Terus ada solat jenazah. Solat jenazah sentiasa ada. Mostly setiap waktu. 

Sempat merasai pengalaman berbuka puasa pada hari Isnin bersama jemaah wanita di Masjid Nabawi. Sebenarnya hari tu tak puasa sunat pun. Kebetulan lepas Asar memang plan tak nak balik hotel dan mahu stay sampai Maghrib. Masa ini lah diajak berbuka puasa oleh wanita arab bersama-sama jemaah wanita lain daripada pelbagai negara untuk berbuka puasa bersama-sama. Satu group wanita tempatan ini bentang saprah plastik, agih2 kan makanan iaitu kurma lubana(kurma khusus untuk wanita), air mineral, roti bulat arab yang besar, rempah arab dan yougurt masam. Simple & berkhasiat hidangan berbuka orang Arab. Berbeza dengan cara berbuka orang kita di Malaysia.

Selain itu, dapat saksikan kubah Masjid Nabawi bergerak dan terbuka. Awalnya Azie pun tak perasan sebab senyap dan tiada bunyi langsung. Wanita arab sebelah Azie yang tunjukkan. Teruja betul dapat tengok kubah cantik yang indah dan besar tu bergerak. Udara luar yang sejuk terus menerpa masuk. MashaAllah suasana tu priceless.

Azie juga sempat melihat payung gergasi yang dikatakan setiap satu berharga 1.5 juta ini tertutup. Amahzing! 

Kalau nak beli souvenirs, 'Gift Shop Madinah' ada di pintu 1. Boleh beli sejadah yang corak seakan-akan corak karpet Masjid Nabawi (merah) dan Raudhah (hijau). Harga berpatutan. Hanya 260 Riyal. Kami tak beli sejadah di sini sebab dah borong banyak sangat sejadah di Mekah. Pastu beli sejadah muka pulak sebagai cenderamata untuk keluarga dan kawan-kawan. Berat sejadah tu sahaja MashaAllah berkilo-kilo.

Indahnya sunset / matahari terbenam / Maghrib di Masjid Nabawi


Malam yang penuh dengan lampu-lampu indah menerangi suasana Masjid Nabawi. Masjid Nabawi sentiasa istimewa di hati :D




Cantiknya payung gergasi ini. Kalau pergi Madinah bolehla menyaksikan pemandangan ini dengan mata sendiri. Payung gergasi ini setinggi 20 meter. Teruja dapat rekod video payung tertutup dari awal sampai habis. Prosesnya lebih kurang 3 minit. Payung ini terbuka dan tertutup secara automatik. Terbuka sebelum Subuh dan tertutup sebelum Maghrib.





Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.

Terdapat banyak kubah dan kubah hijau itulah terletaknya makam Nabi Muhammad SAW

Berlatarbelakang Kubah Hijau Masjid Nabawi


Terdapat 27 buah kubah di Masjid Nabawi yang biasanya dibuka setelah selesai solat subuh dan solat asar bagi memberi pencahayaan semulajadi di dalam masjid dan untuk peredaraan udara. Kubah ini terbuka secara automatik.

Kekanda saya pun berpeluang berbuka puasa bersama jemaah di dalam Masjid Nabawi


Azie dapat mineral water, kurma lubana (kurma wanita). First time makan. MashaAllah keras macam batu! Tapi surprisingly habis makan. Hihi. Yougurt masam dan rempah arab untuk dibancuh dengan air panas. Tapi Azie makan dengan roti. I like. Sedapp. Juadah berbuka puasa.

Pintu masuk masjid untuk wanita

Sesiapa yang dah pernah sampai, pasti ada rasa rindu. Moga kita semua berpeluang lagi pergi ke sini



5 Tahun Lebih Muda dengan SK-11 Magic Ring!

$
0
0

Sabtu lepas suka suka pergi kaunter SK-11 untuk cuba Magic Ring. Jeng jeng jeng...

Nak tahu tak apa hasilnya? Mari kita zoom in sikit.

My skin's age is 5 years younger than my actual age😱 !
Hehe. Bestnya perasaan bila ferfeeling 5 tahun lebih muda 💅

Texture refinement : 19 tahun gitu seolah-olah kulit masih suci. Hewhew.
Firmness power : Keanjalan kulit dah macam umur 32 tahun. Hmm oklah tahu dah tak berapa anjal.
Wrinkle resilience: Kedutan dah macam umur 32 tahun juga. Masa untuk invest beli skin care set penjagaan lengkap!
Spot control: 36 tahun? Cis! ini tak sepatutnya. Boleh percaya ke Magic Ring ni?
Radiance enhancement: Aik glowing ke tidak kulit seseorang boleh juga diukur ya mengikut tahap umur?

Overall you skin age: 30 tahun!



Tips nak kulit awet muda;

1. Minum air putih secukupnya 💦
2. Makan ulam selalu 😅
3. Makan budu😜
4. Pakai SK-11 😂
5. Ambil supplement (Shaklee of course!)😙


The World Map Duck

$
0
0


Assalamualaikum jiwa-jiwa yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Malam yang sunyi baru berpeluang update blog. Moga hari ini hari yang penuh dengan caj-caj positif. Sentiasa berkasih sayang sesama insan. Fikir yang baik-baik. Cakap yang baik-baik. InshaAllah kita akan sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik. Yang negatif flush masuk dalam toilet!

Tengok tajuk dah tahu kan ^_^. Ada yang tanya tentang hijab / shawl yang Azie selalu pakai (dari gambar-gambar di IG), di blog dan bila jumpa kawan-kawan ada yang bertanya macam mana dapat beli? Macam mana berjaya beli? Dahsyat tau penangan jenama ini. Ke mana-mana orang bertanya. Meh nak reveal the brand. --> dUCk

Sebenarnya pernah share pasal hijab ni dalam post tahun 2015. Ketika itu brand ni masih baru dan tidak sepopular sekarang. Sekarang ni makin popular sampai nak beli online pun punyalah susah-susah-susah sangat.

Brand Hijab / shawl tidak dinafikan memang melimpah ruah dalam pasaran Malaysia. Banyak pilihan uols. Bermula dengan Arzu, kemudian Ariani, Sugarscarf, Bookita, Neelofa Hijab antara shawl yang pernah beli (mostly dah selamat jual preloved :p) Azie memang jenis susah nak loyal pada sesuatu brand dan jenis yang susah nak beli shawl yang tak tentu pasal. Tapi tidak dengan duckscarves. Sedar tak sedar dah dua tahun loyal dengan duckscarves ni :p 

Koleksi duckscarves ku hanya beli yang Limited Edition (LE) sahaja. Macam mana boleh beli? Battle secara online. Tapi tak berjaya pun collect semua warna & design. Ada rezeki dapat. Tiada rezeki lupakan sahaja. Move on. Tunggu next LE. Kenapa suka dengan LE? Anda cuba dapatkan satu LE Duckscarves dan anda tahu jawapannya :) 

Koleksi plain (Premium Basics) pernah beli dari range Peachskin (pun dah selamat jual preloved). Harga untuk sehelai tudung kosong dan tidak bercorak sangat mahal tau. Untuk tudung plain banyak option lain...boleh beli di pasaran dengan harga yang munasabah. Walaupun plain, The Duck Group pandai pilih warna-warna meletops. Material pun cantik dan sangat comfy. The drapes always on point. Sebab tu jenama ini ada pengikut setia. Koleksi dUCk mereka sehingga ke hari ini dah boleh bayar sebuah kereta Axia! Iols surrender. Memang tak mampu nak beli penuhkan satu almari! 

Koleksi Limited Edition dUCk terbaru dan terpanas di pasaran ketika ini ialah The World Map Duck. The Duck Group keluarkan empat warna untuk koleksi ini. Azie baru dapat 2 warna sahaja. 

Tengok packaging sahaja hati terus jatuh cinta berkali-kali. Sebelum duckscarves tak pernah lagi brand shawl/hijab di Malaysia yang buat packaging hijab exclusive begini. Kuddos to @theduckgroup team! Sekarang ni barulah banyak brand hijab di Malaysia buat packaging cantik2 macam ni. 

Banyak brand hijab sekarang ni keluarkan world map edition untuk traveler. Tapi itulah setelah dilihat-lihat dibelek-belek, duckscarves juga yang jadi pilihan di hati. Detailing sangat superb & exquisite. Siap ada nama untuk setiap negara walaupun ada sedikit spelling error. The material...memang the best! I like it very very very much!

Jatuh hati sangat pada material. Material satin silk, tapi tidak terlalu licin, tidak terlalu berkilat dan mudah dibentuk. Sangat selesa  untuk dipakai.

Pink Color. Kalau taknak pakai boleh gantung buat deco-deco kat rumah :p


The World Map Duck in Pink (omaigoddd besarnya gambar ni😷  Nampak blackhead i okey. Muka naked face sangat)

 The World Map Duck In Lilac
Kredit IG: @theduckgroup


The World Map Duck In Vintage
Kredit IG: @theduckgroup

Cantik kan?

 Mana lagi cantik? Lilac or Vintage or both? 😓💆

Kaum Adam / para suami...kalau dah takda idea sangat nak beli hadiah birthday or anniversary or pregnancy, hadiahkan je duckscarves ni pada isteri anda. Pasti mereka suka & menangis kegembiraan :) . Sebab memang susah to the max nak beli LE duckscarves ini unless korang beli dengan reseller dan PS. Reseller memang mahal. Konfirm berpeluh tapak tangan korang nak bayar. Kalau servis PS RM50 inc postage (untuk LE) tu dah consider murah tau. 

Pria yang bakal berkahwin boleh letak kotak2 yang cantik tu di atas dulang hantaran. Pasti bakal isteri tersenyum lebar tak tidur malam. Ahaks.

Kalau dah tiba masa #duckrehab dan ingin let go koleksi duckscarves anda, preloved duckscarves sekarang ni mencecah RM700-RM1k+ 😱  (terutama untuk koleksi LE Blur Lines, Pink Kaleidoskop & Blooming Series). Haih. Kenapa jadi macam ni? Sebab ada permintaan dan mereka sendiri yang offer diri nak bayar harga tu *dunia makin pelik*

Tahniah Vivy kerana berjaya jadikan jenama dUCk High Street Fashion ala-ala Louis Vuitton & Hermes. Kalau anda pakai duck seolah-olah ANDA pakai Birkin atas kepala! Gitu sekali pengkelasannya.

Dari online ke offline. Tahniah juga untuk Vivy sebab dah buka dUCk fizikal store di Pavillion.

AMARAN: Ada surat khabar melabelkan kan dUCk sebagai 'The Most Powerful LOCAL Brand in 2016' . Yang baru nak terjebak, sila jangan terjebak pleaseee... Once you get ducked you'll quack for life!

Jangan cakap i tak warning ya.


Harga Delima India

$
0
0



Jalan-jalan shopping groceries di TESCO Mutiara Damansara dan tiba-tiba ternampak buah bulat-bulat yang isinya warna merah. Dah lama mencari dan terliur nak makan buah delima. Akhirnya jumpa berlonggok-longgok dalam kotak buah TESCO. Harganya delima india ini hanya RM3.29 sebiji. 

Rupa delima pada pokoknya seperti kantung- kantung kecil yang segar. Bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya nipis. Biji buahnya merah menyala. MashaAllah cantik warnanya. Kedudukan biji-biji delima ini tersusun rapi seakan disusun oleh manusia. Antara buah ciptaan Tuhan yang paling sempurna. Biji delima yang juicy ini dibalut dengan kulit nipis seperti tenunan yang halus. Akhir sekali dibalut dengan kulit tebal mengelilingi buah delima tersebut. Buah eksotik lagi menakjubkan ini Allah SWT datangkan dari syurga! Ada disebut dalam Al-Quran.

Surat Al-An'aam 6 : 99 dan 141 Surat Ar-Rahman 55 : 66-68

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam keduanya buah-buahan dan kurma serta delima. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

DELIMA UNTUK JUICING

Kita juicing buah ini, 3 biji dapat lebih 200ml. Rasanya masam manis. Airnya warna pink lavender. Pastu menyesal...ala kenapalah beli 3 biji je. Rasa nak tepuk pipi sendiri. Delima ni ada musim. Dah habis musim memang susah nak dapat. Harga boleh jadi terlajak mahal. 

CARA MUDAH BUKA BUAH DELIMA

Nak kopek buah delima kena tahu teknik. Supaya mudah dibuka. Mula-mula potong sedikit bahagian kepala. Kopek dan buang kulit di bahagian kepala. Kemudian hiris kulitnya dari atas ke bawah pada empat atau lima bahagian. Baru kopek kulitnya dan buka. Tadaaa rupanya akan jadi seperti di atas. Yang macam kelopak bunga tu. Silalah mulakan aktiviti mengeluarkan isi buahnya ke dalam mangkuk. Siap sedia dengan percikan jusnya yang warna merah tu. 

FAKTA DELIMA

Dikatakan negara asal delima Iran. India sekarang menjadi salah sebuah negara pengeluar terbesar buah delima di dunia. ‎India & Kashmir antara travel wishlist!

Nama botani delima : Punica granatum.

Setiap negara berbeza panggilan pada buah bulat merah-merah ni. Malaysia & Indonesia kita panggil DELIMA.

Arab ⇒ Ar-rumman
Barat/Inggeris ⇒ Pomegranate, Punica
Sepanyol ⇒ Granada
Perancis ⇒ Grenade, Pomme Granate
Belanda ⇒ Granatepped
Itali ⇒ Rodi, Rodia
India ⇒ Anaar
Canada ⇒ Dalimba
Jepun ⇒ Zakuro
Korea ⇒ Sokryu
Laos ⇒ Kok Mak Pi La
Filipina ⇒ Granada, delima
Thailand ⇒ Thap thim

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah Delima memang banyak khasiat. Antara penemuan paling menarik;

Vanderbilt University Medical Center buat research dan hasil kajiannya jika orang yang minum jus 3 kali atau lebih dalam seminggu, dapat kurangkan risiko kena penyakit alzheimer hingga 76% dibandingkan orang yang tidak minum jus langsung.

Khasiat lain;

1. Menghilangkan Radikal Bebas
2. Melindungi Kesihatan Jantung
3. Melawan Kanser
4. Membantu Sistem Penghadaman
5. Meningkatkan Selera Makan.
6. Menyembuhkan Anemia
7. Mengurangkan Inflamasi
8. Membantu Peredaran Darah
9. Membantu Mengurangkan Berat Badan
10. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.
11. Mengawal Tekanan Darah
12. Menghalang Perbentukan Plak

BUAH DELIMA UNTUK CANTIK

Memulihkan Kulit Yang Kering
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat
Menghilangkan Parut Jerawat

Caranya: Sapukan perahan air buah delima pada permukaan kulit yang terjejas. 

PETUA KULIT CANTIK DENGAN BUAH DELIMA
Caranya: Ambil kulit buah delima jemur hingga kulitnya kecut. Kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat sehingga jadi serbuk. Simpan dalam bekas. Bila nak guna campur sedikit perahan limau nipis dan sapu pada wajah. Biar hingga kering dan kemudian basuhkan muka.

BUAH DELIMA SEBAGAI FACE MASK
Caranya: Campurkan 1 sudu teh serbuk green papaya, minyak biji anggur dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

DELIMA MERAWAT RAMBUT GUGUR
Caranya: Selalu minum jus delima kerana ia menguatkan akar rambut. Rambut jadi sihat bersinar.

TIPS MEMILIH BUAH DELIMA

Pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela.
Cari yang betul-betul segar dan kulit tidak merekah
Buah delima boleh bertahan sehingga 6 bulan jika simpan dalam peti ais

Cepatlah musim delima datang kembali! 

Hampas Juicing Bertukar Jadi Lempeng dan Cekodok

$
0
0

Assalamualaikum. Hai semua.

Malam-malam yang sepi ni terpanggil nak update belog pasal hampas juicing. Sapa suka juicing?🙋

Perasaan excited yang tak tahu macam mana nak cakap bila suami bawa balik gajet dapur yang sangat magic ke rumah. Dahla gajet tu warna merah. Kalau boleh dari blender, mixer, food processor, oven, microwave..periuk belanga semua nak seragam warna merah. Oke over.

Pastu gajet magik ni boleh masuk sebiji epal, perah-perah keluar air warna cream yang banyak, masuk celery perah-perah keluar air, masuk bayam keluar air hijau, masuk carrot keluar air warna oren. Wah siapakah pencipta gajet ini? Memang terbaik.

Hurom Slow Juicer

Tapi perasan tak? Hampas dan serat yang dah kering tapi sebenarnya masih basah dan lembik-lembik tu banyak. So kita nak buat apa? Bila tengok masuk begitu sahaja dalam tong sampah rasa sayu dan bersalah lah pulak. Membazirnya! Membazir tak elok jadi kawan Syaiton nir rajim. Nanti lama-lama jadi alah tegal biasa. Tiada rasa bersalah membazir dan membuang makanan sesuka hati. Kalau Bonda nampak ni mesti dia tak suka.

Bila show off dengan bonda, benda yang paling ditakuti selama ini benar-benar terjadi. Bonda tak setuju sama sekali 🙅  Apa guna ada juicer ambik air tapi serat dibuang. Katanya serat tu yang berkhasiat.  Dahla mahal...belajar membazir pulak tu dan nampaknya macam banyak keburukan dari kebaikan ada slow juicer ni. Memang iols kena bahan. 

Akhirnya datangla idea kreatif lagi inovatif bonda nak recyle semula hampas buah-buahan dan sayur-sayuran ni. Mangsa pertama apple. Semua serat-serat apple selamat dicekodokkan. Maka, wujudlah cekodok apple. Lepas digoreng memang crunchy!

Lately banyak guna carrot sebagai bahan utama untuk juicing. Satu plastik carrot australia harganya RM3.40 macam tu. Carrot ni banyak airnya. Rasa pun sedap. Idea bonda seterusnya melempeng carrot. Tak sangka hampas carrot tu elok dan sedap buat lempeng. Tapi kalau asal hampas carrot jadi lempeng, hari-hari pulak kiteorang minum petang makan lempeng. Isk isk isk boring la pulak.

Cubaan berikutnya buat cekodok carrot pulak. Cubaan pertama memang terbaik. Garing, rangup dan menjadi rebutan seisi rumah. Makan panas-panas dengan air kopi memang terangkat.

Resepi Cekodok Carrot

Hampas Carrot
Tepung gandum
Telur
Bawang
Bilis
Cili
Garam
Sedikit air untuk bancuh

Hampas carrot yang diperah keluar oleh En Hurom. Kering dan seolah-olah ia carrot yang diparut!


Jangan masuk peti ais esok lusa baru nak bancuh. Nanti tak sedap & tak fresh. Terus transfer dalam bekas bancuhan. Campur tepung gandum, letak banyak-banyak bawang besar & cili, letak juga ikan bilis. Akhir sekali sedikit garam. Bancuh dengan air.

Goreng kan dia

Makan panas-panas. Mula-mula minum jus dulu masa perut kosong. Kemudian barulah makan cekodok carrot ni. Kat rumah ni sekejap je dah licin sepinggan. 

Lepas ni jangan dibuang begitu sahaja. Recyle la semula. Buat lempeng ke cekodok je. Takda idea sangat buat scrub di tubuh badan atau scrub muka. Ataupun terror giler jadikan face mask ke. Apa-apalah asalkan tidak ke tong sampah begitu sahaja. 

Sharelah korang buat apa dengan hampas-hampas tu semua? Ala sharelah. Nak tiruuuuuuu...


Resepi Sebuku Roti | Buat Roti Dengan Noxxa Breadmaker

$
0
0

Bye bye Roti Gardenia


*semalam cekodok. Hari ini roti pulak*

The Loaf fresh from the oven!

Potong roti tu perlahan-lahan ya macam mana perlahan-lahan awak masuk ke dalam hati saya 😏

Hero of the day : Noxxa Breadmaker

Orang yang tidak pro memasak harus terima hakikat perlukan bantuan gajet. Heheh. 

Noxxa breadmaker ni memang lama dah bertapa di dapur rumah Bonda. Kalau tak silap Noxxa Breadmaker yang ada di pasaran sekarang macam jenis microwave. Pintu kat depan. Betul ke?

Sebab ramai orang kat rumah Bonda, maka Bonda buat roti. Teramat dan tersangatlah senang buat roti dengan Noxxa Breadmaker. Hanya masukkan bahan-bahan roti dalam breadmaker dan biarkan Noxxa Breadmaker yang bekerja. Set kan sahaja setting yang diperlukan. Gajet putih ini yang akan bekerja keras menguli doh. Tempoh masa siap sebuku roti ialah 3 jam uols! Begitu lama. Jadi boleh plan. Kami biasa makan dengan mushroom soup atau cicah sambal sardin mahupun sambal ikan bilis pun sodap. 

Minum petang makan roti panas-panas fresh from the oven dan cicah mushroom soup dengan secangkir kopi panas. Sambil menikmati suasana hijau pepohon di mini garden rumah Bonda dengan angin petang sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut di pipi tak berapa gebu. Fuh terangkat mood santai petang anda! Masa inilah kami ambil peluang bersembang dan berborak dengan adik beradik dan ibu bapa. Family bonding gitu. 

Inilah resepi sebuku roti nya;

Resepi Loaf Bread Dengan Noxxa Breadmaker

Water 3/4cups
Olive oil 2 tbs
Sugar 6 1/4 tbs
Salt 1 tb
Egg yolk 2
Bread flour 3 cups
Dry milk powder 2 tbs
Active dry yeast 2 tbs

Masuk bahan-bahan ikut turutan di atas. Selesai!


Curi-curi ambil gambar. Harap-harap roti tak terkejut dengan flash camera yang tiba-tiba muncul. Sila tunggu 3 jam untuk siap.

Nak buat aneka roti lain pun boleh juga. Nak buat pizza base pun boleh. Ikut je resepi yang diberi dalam buku. Senang, mudah & ringkaskan!


Lazada Surprise Box of Joy | Happy 5th Birthday

$
0
0

Look what Lazada Malaysia has sent me. The Surprise Box of Joy🎉🎉🎉


22-24 March 2017 merupakan LAZADA 5th Anniversary. HAPPY BIRTHDAY LAZADA. Eh? Dah tu kenapa me yang dapat hadiah pulak? Inilah dinamakan valet birthday alah macam valet doa, valet holiday trend masa kini. Orang lain punya birthday, orang lain dapat hadiah. Hiks. 


Muka terkejut bila terima #LazadaSurpri5e


Wajah kegembiran begitu terserlah. Oh siapa yang tidak teruja kan. Terasa diri ini begitu berharga.


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Jom kita Unboxing SURPRISE BOX OF JOY dari LAZADA yang pemurah ini. Khabarnya kotak kegembiraan ini bernilai RM900. Haruslah I teruja mengwar-war kan isi kandungannya ke seantaro alam. Supaya kita semua dapat manfaat dan kebaikan bersama :D

Dengan perasaan penuh debar kubuka kotak misteri yang penuh kegembiraan ini seolah-seolah menunggu keluar result SPM dengan tangan penuh gementar *eh tiba-tiba ada parkinson*

Begitulah perasaan orang yang sekali-sekala dapat hadiah ni

Tadaaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.



Surprise! Surprise! Surprise! Memang surprise!
Ada 11 barang kesemuanya termasuk sepasang kasut jenama Carlo Rino.

MashaAllah terujanya. MANA NAK START DULU?! MANA NAK START DULU?! Ok kita start dengan kit mencantikkan diri dulu. Perempuan mana tak suka bercantik-cantik? I tak sabar nak Feeling Natural Beauty dah ni.




Baiklah first up







This Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist is for instant refreshment, moisture, softness and protection. Lepas spray-spray kat muka, muka jadi sejuk dan berangin seolah-olah berada di Fujisan. Siap ada Ume extract a.k.a Japanese Apricot untuk melembapkan kulit, firming & lifting dan anti yellowing. Lagi satu, Azie suka Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist ni sebab ia bau sedapppp! Jika bau sedap ni suka nak spray-spray selalu to make sure kulit kita lembap dan segar selalu. Tips nak tahu kulit cukup lembap atau tidak? Garu dengan kuku pada kulit. Kalau ada kesan calar putih tu, silalah ambil langkah segera. Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist is a must in every women handbag! Azie rate ini 4/5. 




# 03 Natural

Azie tak suka makeup tebal. I suka nampak natural beauty. Tapi itu tidak bermakna keluar rumah langsung tak berbedak. Sep sikit kalau kita sama. Tak payah pening kepala nak layer-layer sangat kat muka, layangkan sahaja Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte di pipimu yang mulus dan tulus itu. Kulit terus nampak sempurna tiada tandingan. Pertama kali Maybelline keluarkan cecair BB Cushion with mattifying minerals. Kulit Azie jenis combination /oily skin. Lepas beberapa jam keluar wajah mula nampak berminyak terutama di T-zone area. Tapi bila pakai Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte  kulit tidak nampak berminyak. Seronoknya. Cushion ajaib ini mampu samakan warna tona kulit dan meningkatkan keseluruhan tekstur kulit! I love it very much. Hehehe. Tak payah nak jeles. Beli di  Lazada siap dapat free Maybelline Express Miracle Water. Pastu boleh engrave nama lagi. Jomlah kita ferfeeling natural beauty bersama-sama Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte  :D

Tips: Sekiranya anda berkulit kuning langsat pilih warna #03 Natural untuk menuetralkan wajah anda :D




#01 Medium To Dark


Pssstttt..kalau uols nak tahu, ini merupakan senjata rahsia untuk dapatkan kening yang cantik menawan. Kit kening ini menjanjikan ketahanan selama 12 jam. Begitu lama kan. Ia datang dalam dua gabungan nuansa warna. Di atas ni merupakan kod 01 Medium to Dark. Bila guna L'Oreal Paris Brow Artist Genius Kit terus fefeling kening Elfira Loy! L'Oreal Brow Artist Genius Kit, which to date is one of the best brow kits I've ever tried. Nak bawa travel pun senang disebabkan saiznya yang kecil, kiut dan kompak. Selit-selit dalam kocek seluar pun boleh.






First time dalam hidup ada brow contour! Terima kasih Lazada kerana perkenalkan NYX Sculpt & Highlight Brow Contour.  It’s a dual-ended pencil with a brow filler on one end and a highlighter on the other. No wonder gadis remaja masa kini sangat tergilakan jenama NYX ni. Apa yang azie suka dengan NYX Sculpt & Highlight Brow Contour warna nya Brunette (Cream). Warna sangat natural dan sesuai dipakai setiap hari ke mana-mana sahaja. Pastu bila pakai kemas dan nampak natural! Oh saya suka :D




Warna dan tona kulit berada dalam top priority list of concerns Azie kerana saya ni sejenis suka berjalan. Last trip pergi umrah dan baru-baru ini ke Thailand sebagai personal shopper memerlukan Azie aktif kehulu kehilir memenuhi permintaan clients. Hasilnya kulit ku sungguh kelihatan Hawaii. Kulit mula menjadi gelap dan kehitaman. Cerah sikit je dari abang yang ambik order tosei Restoren Faez. Oleh itu, marilah beli Enchanteur Paris Hand and Body Lotion. Nak losyen badan dengan 5x kuasa pencerahan! Enchanteur Paris Hand and Body Lotion Belle Amour Triple Whitening yang mengandungi B3, Sakura dan ekstrak Liquorice ini datang tepat pada masanya (sekarang ini hanya pakai losyen ihsan dari hotel yang menginap) Surprisingly, lepas bukak SURPRISE BOX suami yang teruja cuba dulu. Penggemar losyen rupanya. Sapukan losyen meliputi tiap inci kulit. Paling Azie suka, bau losyen ni wangi sampai ke malam. Geram nak terkam suami sebab sentiasa mewangi. Meoww!

Dah mencantikkan diri dengan makeup, dapat slingbag hitam menawan dari Kitschen complete dengan purse Bonia Dudu The Panda ditambah pulak dengan kasut buatan Carlo Rino. Ohhh i really felt today is my birthday! Dimanja-manjakan head to toe seperti permaisuri gitu.

Sekali pandang memang tertawan. Tidak berpaling ku melihatmu wahai sling bag Kitschen . Sling bag Kitschen kecil dan kiut. Sesuai digayakan ketika dating bersama suami di hujung minggu atau berlibur dengan kawan-kawan. Just masukkan purse, kunci kereta dan makeup kit. Warna hitam memang menawan sebab senang nak matching-matching dengan outfit. Dah siap bergaya, amik gambar pastu #ootd di Instagram. Hikhik. Jom intai-intai apa lagi yang hangat dari Kitschen di tahun baru ini. Oh sila klik perkataan yang biru-biru ni ya untuk tahu dengan lebih lanjut.


Bonia Dudu The Panda MashaAllah kiutnya dia. Semua kad keahlian shopping seperti MBO, Parkson, kad minyak Petron dll Azie masukkan dalam purse Bonia Dudu The Panda . Senang nak cari. Baru tahu rupanya ada Bonia online store di Lazada. Azie dah check di Lazada. Banyak koleksi terkini ada di sana. Adik beradik Bonia Dudu The Panda pun ada. Geram je tengok. 


Nampak tak kasut pun nak hitam jugak. Barulah matching dengan Kitschen Slingbag. Kasut yang MashaAllah super comfy to the max ni dari jenama Carlo Rino. Azie, memang susah nak beli kasut. Kalau dah beli sesuatu kasut memang loyal pada yang satu. Pakai sampai kusam. Walaupun rupanya macam kasut pengawas, hep! tapi SANGAT BEST. Trust me. Azie dah pakai seharian berjalan-jalan dalam AEON Mall Shah Alam. Tak makan kaki pun. Kaki masih dalam keadaan elok! Walaupun material nya kulit tapi sangat nipis dan selesa dipakai. Tapak pulak memang lebar, selesa bila berdiri dan berjalan lama-lama. Tiada rasa sakit belakang. Azie percaya kasut yang hebat, pakai lama mana pun tetap selesa dan tidak sakit belakang. Wahhh, tepuk tangan lah untuk Carlo Rino. Azie rate kasut ni 5/5!  


Zaman kolej dan uni mula berkenalan dengan LEVI'S tak kenal maka tak cinta. Dah kenal jatuh cinta berkali-kali. Seluar yang sangat tahan lasak dan pakai sebulan seminggu basuh sekali. Hahaha. Disebabkan ketahanan dan kelasakan materialnya, abah sanggup perhabiskan duit beli seluar jeans ni untuk kami adik beradik. Senang, invest pada satu seluar, lenjanlah sampai koyak! Kini LEVI'S dah ada online store dalam Lazada. Ada sale up to 50% ! Yezza. Oh, LEVI'S decorating kit ini sangat awesome! Azie nak patch pada seluar suami nanti. Balik outstation mesti dia terkejut tengok seluar LEVI'S  nya bertukar rupa menjadi ranggi. Hihi.


Bila sebut NESTUM, dah terbayang kenyang sampai ke malam. Oke over. Rupanya NESTUM sudah ada perisa baru bernama NESTUM Grains & More Banana Caramel. Korang dah rasa ke? La belum ke? Tak bosan ke asik perisa yang sama? Balik MATTA Fair semalam rasa penat dan stress sangat. Dengan minum segelas sahaja NESTUM Grains & More Banana Caramelterus rasa kuat dan bertenaga nak berjaga update belog sepanjang malam. Ya, Azie dah cuba perisa baru ni. Pergh, tatkala minum bergetar anak tekak ku. Sedap. Yummy. Yummy. Suami pun ambik beberapa paket nak bawa pergi Filipina. Bila minum Nestum fefeling Malaysia katanya. Kalau korang nak order jugak nah klik sini NESTUM Grains & More Banana Caramel


Lazada Transparent A6 Notebook Style Portable Kettle ni memang nampak stylo kan? Dah lama cari dan mengidam nak botol air macam tu. Akhirnya tercapai :D Hujung minggu ni nak ala-ala sporty sikit dengan tema 'Grey'. Dah pilih hijab kegemaran, masukkan camera dalam bag, jam tangan yang sporty dan PALING PENTING jangan lupa bawa botol air dalam handbag untuk diminum. Cuaca sekarang memang panas kan. Untuk elakkan dehidrasi bawa mineral water secukupnya. Azie suka A6 Notebook Style Portable Kettle ni sebab nipis dan tak bulky. Senang masuk dalam bag. Warna Dark Grey pilihan yang tepat!

Gempak tak #LazadaSurpri5e box? Memang truly Box Of Joy. Terima kasih Lazada Malaysia sebab sudi kongsi kegembiraan dengan Azie. Sekarang masa terbaik untuk anda klik-klik shopping di Lazada sempena Lazada Birthday Sale. Kerana mereka sangat pemurah sempena hari jadi yang ke-5. Ingat 22 - 24 March sahaja. Terima kasih Lazada kerana wujudkan website yang menyenangkan pengguna (juga penjual) KAMI KAKI SHOPPING ONLINE TEGAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAUN KELADI. Hehehe.

Lazada Birthday Surprise Bermula Hari ini 22-24 March 2017

$
0
0

Hai semua orang, korang semua sedar atau tidak bahawa semua wanita dan jejaka di pejabat sedang membicarakan tentang LAZADA SURPRISE SALE! Ya. Ia telah bermula hari ini. Elok sangat lah sebab sekarang time 'gaji' kan?! 

Tak payah nak kalut google sangat, just click link di bawah (i dah tolong sediakan siap-siap ;p)

Are you ready for Lazada Birthday Surprise? 💪💪💪

CLICK ME!!

Perasan tak ada sesuatu?!

 LAZADA FLASH SALE!

 Lazada Birthday Sale Flash Deal

Horey! Ini antara FLASH SALE yang sedang berlangsung dari jam 2.00pm - 3.59pm tadi

Azie dah pilih 3 item yang menarik untuk LAZADA SURPRISE SALEni!



 Click Me!
Before RM 69.90,
You save 50%

Amacam? Murah ke tidak? Ada 12 shades semuanya hanya untuk RM34 sahaja. Pastu boleh enjoy Free Shipping jika order melebihi RM50 untuk barangan Maybelline.



Click Me To Purchase!
Before RM 11.50,
You save 22%


Murah kan. Rasa dia yummy sedap tak rasa kuat sangat pun pisang tu. Just nice. Sedap diminum panas-panas. And bila minum nak lagi dan lagi. Kalau beli banyak contohnya untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim atau nak hantar sekotak dua untuk anak di overseas, sila guna voucher code : NESTLE35 untuk lebih diskaun :D



Before RM 183.60,
You save 57%

Yassss ada sesuatu yang istimewa untuk mak-mak yang ramai babies. Selang dua tahun beranak sekali. Mesti perlukan pampers yang banyak kan. Ini masanya nak stock up pampers untuk 6 bulan. Seronok tak?

Kepada jiwa yang meronta-ronta tu...

Selamat bershopping hari ini, esok dan lusa!

Landskap Halaman Rumah | Dekorasi Laman

$
0
0
Assalamualaikum :D

Selamat berhujung minggu semua orang. Hari ni nak cerita pasal diy dekorasi laman sebab antara hobi orang pencen kat rumah ni. Dari zaman kecik lagi ayahbonda suka bercucuk tanam. Zaman dulu ketika tinggal di rumah sewa, tanah yang sekangkang kera ditanam ubi kayu. Memang penuh keliling rumah. Jadi selalu makan pucuk ubi kayu dan ubi kayu rebus. Pucuk ubi kayu tu cicah budu alahaiii sedapnya :D

Fast forward ke tahun 2017. Inilah laman rumah atau dekorasi laman atau mini garden atau apa-apalah panggilan yang sesuai. Dari tanah gersang masa awal-awal pindah dulu akhirnya lepas lima tahun bertukar menjadi mini garden yang indah. Indah di mata kami sekeluarga.


Makin semak makin indah. Hahaha. 


Batu-batu sungai dan bangku kayu benar-benar memeriahkan laman


Rimbunnya lahai. Rimbun macam ni, more privacy. Orang tak nampak kita lepak-lepak tak pakai tudung. Ewaaah. Oh, mesti korang curios kan tembok tinggi macam tembok besar tu macam taknak kawan dengan jiran sebelah je. Eh tidak. Sebelah tu padang kosong. Takde rumah. Untuk keselamatan & privacy memang developer bina tembok tinggi siap-siap macam tu. Hence padang tu pun lebih tinggi kedudukannya. 
Anak-anak dah besar belaka. Sekarang nak bela pokok-pokok pulak. InsyaAllah pokok-pokok ini makhluk Allah. Mereka juga turut berzikir sama. Asal mereka bahagia, anak-anak pun bahagia sama :D *me tukang sapu daun kering*

Pokok ni beli di ikea. Harga belasan ringgit. Misi memindahkan dari polibag ke dalam pasu. Mudah-mudahan besar dan suburlah kamu. InshaAllah. Suka tengok daun-daun yang lebar begini

 Meraikan kedatangan ahli baru. Selamat datang pokok cili!

Yang ni pulak ahli tidak diundang. Sedap belalang hijau ni meratah daun hijau. Sampai gemuk tak larat nak terbang.

Hydrangea. Bunga yang selalu menjadi sebutan dan rebutan.

Port kegemaran kami anak beranak

Untung rumah ada laman. Boleh manfaatkan sepenuhnya. Boleh buat dekorasi laman. Boleh buat landskap laman. Zaman sekarang ni susah nak cari rumah yang ada laman dengan harga munasabah. Kalau rumah yang bertingkat pun dah ratusan ribu ringgit, camnelah nak beli rumah yang berlaman pulak. Harga rumah ada tanah di taman perumahan je dah tak munasabah sekarang ni. Untung orang zaman dulu, simpan property banyak2. Masa harga tanah mampu milik. 

Jadi, alhamdulillah sesekali balik rumah bonda teringat suasana macam di kampung. Banyak pokok-pokok. Sejuk suasana rumah sebenarnya bila dikelilingi pokok-pokok hijau. Pokok pun turut berzikir sama pada tuan rumah. Tapi kalau anda suka menanam sayur-sayuran malar segar lagi menguntungkan. Tak payah beli sayur di pasar. Kutip dari laman sendiri. Ohhh, seronoknya begitu!

Sebenarnya bila tengok halaman ini memberi inspirasi untuk punyai halaman rumah sebegini juga. Moga-moga beri inspirasi untuk anda juga :D

Tips Dekorasi Laman

1. Jika ada space, boleh letak meja dan bangku bercorak kayu di halaman rumah

2. Letak batu-batuan sungai dari pelbagai warna. Terus halaman rumah nampak menyerlah!

3. Pilih tanaman yang sesuai. Ada pokok perlu tempat teduh, ada pokok memerlukan cahaya matahari selalu.

4. Guna pasu-pasu yang besar supaya nampak menyerlah di situ.




Shopping Di The Duck Store

$
0
0

Assalamualaikum. Salam 1 Rejab 1438H untuk semua.

Tajuk 'Shopping di The Duck Store' tu sebenarnya nak bolot search keywords kat google :p 

Mesti ramai yang tengok Love, Vivy 2 di Astro Ria kan. Ini lah The Duck Store yang menjual tudung duck yang digayakan Vivy dalam TV tu. Sejak masuk dalam TV ni makin glamour tudung duck. Dah lama duckscarves buka offline store di Pavilion, baru hari ini berkesempatan nak jenguk. Walaupun jarak dari rumah 50km lebih nak ke Pavilion, tapi pergi Pavilion lima tahun sekali. Ini tempat bermain orang ada-ada ni. Tempat kita AEON Mall Shah Alam aje. 

Selalu tengok di Instagram kan. Hari ni boleh letak dalam blog!

Duck Limited Edition (LE) Collection

Dekorasi The Duck Store bertemakan warna putih. Nampak luas. Hari ni butik kosong dan lengang. Cuba kalau New LE Launching, mahu beratur berlingkar-lingkar. 

Koleksi warna Georgette. Banyak pilihan warna. Duckscarves memang banyak bermain dengan warna. Nak raya nanti bawak baju raya boleh terus matching kat sini. Itu pun kalau banyak stok. Harga sehelai tudung kosong (size standard shawl) ni RM130. Kalau saya tak beli lah. Opt tudung plain yang lebih murah. Hahah. Ok bye! 

The Swarovski KL Duck. Ada 200 biji swarovski di tudung ni. Harga RM800 ya. Ok Bye!

Style style Vivy le ni ambik gambar belakang2, tepi tepi. 


Alamat: Lot 6.29 Level 6 Pavilion. Kalau nampak Tokyo Street ni ya lah tu. Kalau nak tengok dan rasa sendiri tudung duck bolehla ke sini.

Ok ingat tau sekali TERbeli 'DUCK' selamanya terjebak dengan 'DUCK'. So, lari jauh-jauh! Saya pulak tengah duck rehab. Moga terus kebal!

#AzieAzifJejakJepun Giveaway

$
0
0

Masa untuk packing!



We are going to Japan. Yes, you heard me...Japan. Dulu Jepun dah menjelajah Tanah Melayu kan, kali ini kiteorang pulak nak menjelajah Jepun. Hihi.

Oleh itu, mari kita buat giveaway...blogger bertuah akan dapat souvenirs from Japan. Hoorey!

Korang nak tak? Nak tak?

Caranya senang sahaja. Ikut je langkah-langkah di bawah :D

1. Follow blog  Azyyati Liah (senaraikan di bloglist anda)
2. Add To Circle Google +Azyyati Liah  
3. Follow Instagram IG: azyyatiliah
4. Klik button G+1 
5. Buat entry bertajuk "#AzieAzifJejakJepun Giveaway", copy banner dan backlink ke entry ni
6. Pastu, tinggalkan URL dan komen apa-apalah berkaitan belog "azyyati liah"

Itu sahaja!

Giveaway akan bermula SEKARANG sehingga kami balik dari Japan! (lebih kurang 2 minggu). Selagi tiada nama pemenang dipaparkan di sini, maknanya masih ada peluang. So jangan lepaskan peluang oke?

Pemenang akan dipilih Azie sendiri berdasarkan komen yang paling membina, berinspirasi atau kreatif!

* Kalau nak tengok live update dan tips jalan-jalan di Japan nanti boleh check out di instagram. Search #azieftravelogue ATAU #AzieAzifJejakJepun 

Terima kasih semua.

#1 Teaser Sakura Japan 2017

$
0
0

Assalamualaikum. Ohayō gozaimasu おはようございます Malaysia!

Sayonara Japan. Alhamdulillah, selamat sampai Malaysia. Pengalaman 16 hari (lebih kurang 2 minggu) di Japan sangat manis untuk dikenang. Dulu Japan jajah Tanah Melayu, kini masa kiteorang pulak menjajah Jepun. Hihi. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik selama di sana :D

Japan ni sangat luas tau. From my humble experience, sebelum pergi Jepun buatlah research. Plan la kawasan mana nak pergi dengan bajet yang ada. Please jangan pakai redah. 

Sebelum Azie membebel panjang lebar, nah teaser sakura Japan 2017 :D untuk korang semua. Mata terasa sejuk memandang, hati dan minda terasa segar dan lapang melihat Kebesaran Yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, kami dapat merasai the bloom of cherry blossom in Japan! Sakura full bloom semasa kami tiba Osaka, Kyoto, Nara & Kobe. Tokyo hanya tempat-tempat tertentu sahaja kami berhanami.

Hanami 'The Joy of Japanese Flower Viewing' 🌸🌸🌸  Bunga sakura mampu bertahan 2 minggu sebelum kelopaknya berguguran dan berterbangan. Siap ada 'springbreak' di Jepun untuk mereka beristirehat dan menikmati pemandangan sakura yang kembang mekar. Selalunya mereka ber'hanami' bersama keluarga dan kawan-kawan di bawah pohon cherry. Hana bermakna bunga dan mi bermaksud lihat. Hanami tu pesta melihat bunga :)

Jemputlah Hanami 🌸🌸🌸 bersama walaupun secara maya :D


Tokyo, 1 April 2017

Odaiba Tokyo, 2 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Nara, 9 April 2017


Osaka, 11 April 2017


Himeji, 13 April 2017


Himeji, 13 April 2017


Himeji, 13 April 2017

Kobe, 13 April 2017







Bunga sakura berkembang berbeza-beza mengikut daerah di Jepun. Dapat diperhatikan bunga Sakura ini mempunyai pengaruh yang besar dalam falsafah kehidupan rakyat Jepun sampaikan duit syiling 100 yen pun bercorak sakura! Kalau nak tahu, selama kami di sana coin 100 yen inilah yang paling banyak kegunaan. Locker memang nak duit 100 yen sahaja. Naik bas pun nak duit 100 yen sahaja. Daiso semua barang 100 yen tak termasuk tax. Ada kedai spesifik nama 100 yen. Satay halal sedap yummeh di Okubo pun harga 100 yen secucuk. Nampak tak duit 100 yen = RM4 sangat banyak digunakan di Jepun.

Teringat cerita Huda, orang Jepun memilih April sebagai permulaan persekolahan. Company pun buat majlis dan ambil staff baru pun pada bulan April. Seolah-olah April, bermulanya episod baru dalam diari kehidupan mereka. Nak tahu siapa Huda? Jeng..jeng kena tunggu! 

Ada yang bertanya, Azie pergi pakej ke DIY. Kami DIY sahaja. The freedom of doing what you want and where you want, is the true meaning of travelling! 

Selamat bermusafir kepada yang akan bermusafir dalam masa terdekat.

Sekian dulu. Wassalam.

#2 16 Hari Pergi Jepun | Japan Travelogue 2017

$
0
0

Salam. Plan nak kembara @ musafir ke Jepun ni bermula lepas balik dari Korea. Kata suami dari kecik teringin nak jalan-jalan Japan. Peminat tegar anime. Si isteri pulak teringin nak melihat dan merasai sendiri Sakura @ cherry blossom di Jepun. Maka gigih si isteri memburu tiket kapal terbang murah :p 

Excited nak tahu betulkah Tokyo, world safest cities?! Betulkah ketepatan masa di Jepun seperti yang di war-warkan?! Betulkah Jepun sangat bersih tiada sampah? Betulkah longkang-longkangnya sangat bersih sampai ikan sudi berenang-renang di tepian longkang tak macam longkang kita berkeladak dengan sampah? Masha Allah tak sabar!

Alhamdulillah April 2017 bermula pengembaraan Nobita & Shizuka Malaysia selama 16 hari ke Jepun negara matahari terbit. Dengan izin Allah timing kami tepat. Tak sia-sia buat research cherry blossom forecast. Semuanya berbaloi-baloi. Sakura tengah berkembang indah bak kayangan di Japan semasa kami berada di sana. Allah SWT mencipta keindahan yang luar biasa melalui sakura yang berkembang serentak. Betul lah kata orang Japan antara destinasi tercantik untuk melihat cherry blossom. 

Waktu Jepun 1 jam lebih cepat dari waktu Malaysia. Terasa seperti di Sabah, jam 4 lebih dah mula Subuh. Jam 5.30 matahari dah mula munculkan diri.  


Currency di Jepun ketika kami pergi ni;
RM1 = 40 yen
RM4 = 100 yen
RM40 = 1,000 yen

1,000 yen tu nilainya macam RM10 di Malaysia. Arghh bertapa teruknya currency kita. Semangkuk ramen pun harga 1,000 yen. Jadi selama di sana terpaksa kiteorang buat-buat tak ingat nak convert terutama bila bab makan-makan. Tak makan memang boleh kebulur. Walaupun satu beg makanan bawa dari Malaysia memadai untuk breakfast 2 orang sahaja. Lagipun rugi kalau tak menikmati citarasa Jepun. Pada hemat Azie Japan lebih muslim friendly berbanding Korea. Tak sangka banyak restaurant halal dan prayer room yang kami jumpa di Tokyo! Masha Allah Japanese food semuanya sedap sedap belaka. Tak boleh nak menahan tau.

Tips from our little experience kita share kemudian. Sekarang ni nak share dulu some of our pics from Japan with love :))


Day 2, 31.04.2017, Harajuku Station, Tokyo


Day 2, 31.04.2017, Yoyogi Park, Tokyo


Day 2, 31.04.2017, Takeshita Dori (Takeshita Street), Tokyo


Day 2, 31.04.2017, Masjid Tokyo Camii, Tokyo


Day 2, 31.04.2017, Omotesando Tokyo


Day 3, 01.04.2017, Ueno Park, Tokyo


Day 3, 01.04.2017, Masjid As-Salaam (Okachi-machi Mosque), Tokyo


Day 3, 01.04.2017, Akihabara Electric Town, Tokyo


Day 3, 01.04.2017, Sensoji Temple, Asakusa Tokyo


Day 3, 01.04.2017, Sumida Park, Tokyo


Day 4, 02.04.2017, Odaiba Tokyo


Day 4, 02.04.2017, Ginza Tokyo


Day 5, 03.04.2017, Lake Kawaguchiko Tokyo


Day 6, 04.04.2017, Fuji Q Highland Theme Park


Day 7, 05.04.2017, Gala Yuzawa Japan *rasa nak menangis tengok salji*


Day 8, 06.04.2017, Disneysea Tokyo

Day 9, 07.04.2017, Fushimi Inari Shrine, Kyoto


Day 9, 07.04.2017, Kinkaku-ji Temple (Golden Pavillion), Kyoto


Day 9, 07.04.2017, Philosopher's Walk, Kyoto


Day 10, 08.04.2017, Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto


Day 10, 08.04.2017, Kimono Forest, Kyoto


Day 10, 08.04.2017, To-ji Temple (Five Story Pagoda) Kyoto


Day 11, 09.04.2016, Nara Park Japan 


Day 12, 10.04.2017 Universal Studio Japan


Day 13, 11.04.2017, Kaiyukan Aquarium, Osaka Japan


Day 14, 12.04.2017 Tempozan Ferris Wheel Osaka Japan


Day 14, 12.04.2017 Glico-man, Osaka


Day 15, 13.04.2017 Himeji Castle Japan


Day 15, 13.04.2017, Kobe Ropeway Japan


Day 16, 14.04.2017, Rinku Premium Outlets, Rinku Town Kansai

Masha Allah Jepun sangat indah dengan persekitaran, budaya dan tatacara hidup mereka. Tak sabar nak berkongsi. Tunggu Japan Travelogue 2017 okey!

Sekian, wassalam.


#3 30 Perkara Menarik Yang Kami Temui Selama Kembara 16 Hari di Jepun

$
0
0

Assalamualaikum. Ohayō gozaimasu おはようございます Malaysia! 



'Bertemu' dengan Sakura, Salji dan Fuji antara pengalaman paling manis dalam hidup ku. Bersyukur kerana berpeluang kembara ke Jepun. Kembara melebar perspektif pemikiran. Sebenarnya semua destinasi yang pernah Azie sampai sebelum ini mempunyai nilai tersendiri dalam memori :D

Teruja nak kongsi 30 perkara menarik tentang Jepun yang kami temui selama 16 hari kembara di Jepun (Kanto & Kansai). Tahu ramai yang dah pernah sampai Jepun tapi masih ramai lagi di luar sana yang belum berpeluang sampai. Jadi pengalaman yang sedikit ni moga ada manfaatnya. Bertabahlah membaca sebab huraian sis agak panjang. Hihi. Selamat membaca. 

1. Tandas di Jepun sangat hi-tech! Tempat duduk ada heater. Ahhh lega sangat suasana sejuk bila duduk rasa hangat. Bidet untuk wanita istimewa sebab ada bidet bahagian depan dan belakang tau. 2 'button' berbeza. Istimewa kan. Selesai basuh ada 'button' pengering. Walla weh! Kalau nak privacy buang air besar tekan 'button' privacy maka bunyi air mengalir akan kedengaran. Sis jakun. Lagi hebat, tisu yang mereka design memang untuk di 'flush' masuk dalam tandas. Tak perlu buang dalam tong sampah.


2. Jepun memang bersih. Longkangnya pun bersih sampai ikan koi besar sihat dan gebu sudi berenang-renang dalam longkang. Kolam takungan / tadahan juga bersih. Jepun benar-benar praktikkan 'kebersihan sebahagian daripada iman'. Bukan sebab denda buang sampah mahal tak mampu nak bayar. Memang tak jumpa pun label amaran buang sampah denda sekian-sekian. TIADA. Tapi sebab didikan disiplin yang sangat tinggi / asuhan ibu bapa dan sekolah dari kecil tentang pentingnya kebersihan. Masha Allah. Subhanallah. Adakah kita mampu sebersih begitu?


3. Sukar nak cari tong sampah di Jepun? Benar kami dah alaminya. Susah nak cari tong sampah melainkan di airport, train dan subway. Jadi plastik makanan biasa kami simpan semula dalam beg. Jadi nak pi Japan boleh standby plastik sampah dalam bagpack. 

4. Tong sampah pun bersih? Ya benar. Kami siap makan maggi dan minum kopi beralaskan tong sampah masa kesejukan yang teramat sangat waktu Maghrib di Disneysea. Berlindung tepi dinding yang ada tong sampah sebab angin malam Disneysea memang sejuk tak mampu nak tahan. Disneysea lokasinya betul-betul tepi laut. Memang SUPERB bersihlah tong sampah. Masha Allah! Mampukah Malaysia negara Islam jadi begitu? 

5. Lepas makan angkat pinggan mangkuk sendiri? Ya, pengalaman ni kami alami di food court Takeshita Dori, Disneysea, Universal Studio Japan & di Kansai Airport. Situasi benar-benar buatkan kami terbuka minda. Lepas ni, setiap kali makan di restoren / KFC / MCD / IKEA nak latih diri kemas sampah sarap makanan kita semaksima yang boleh. Kalau tumpah atas meja lap bagi bersih. Tak mau dah tinggal meja restoren sepah-sepah. Dengan anak-anak, boleh latih kanak-kanak dari kecil begitu. Kesian pada tukang lap walaupun mereka dibayar gaji buat begitu. In sha Allah kalau kita mudahkan urusan orang lain, orang lain akan turut mudahkan urusan kita kan. 

6. Jika bercadang untuk menetap di Homestay, kena pastikan kita telah pelajari pengkelasan sampah terlebih dahulu. First time kami travel kemas bersih bilik sendiri sebelum check-out :) Cadar buang sendiri dalam bakul yang disediakan. Selimut lipat elok-elok. Sampah asing ikut pengkelasan. Pastu buang dalam tong sampah besar yang disediakan. Sampai dapat review "room is very clean" dari host kami. Hahaha. Bila travel, kita seolah-olah duta kecil negara Malaysia. Jadi jangan malukan Malaysia okey! 

Erkkk....sinki rumah kita sebersih ini tak? Sinki rumah host tempat kami menginap di Osaka. 

7. Penginapan kami book melalui AirBnb. Kebanyakkan bilik air rumah host di Jepun sangat kecil. Bilik air mereka design sekecil yang boleh. Bilik mandi berasingan dengan tandas. Kalau bilik mandi tu muat sekujur tubuh. Kalau tandas kami pernah dapat lebih kurang luas 3 kaki x 3 kaki. Orang yang agak big size terpaksa berhuhuhu la bila tengok tandas nak buang air besar. Kena adjust kedudukan bagi selesa. Kebanyakan bilik air hotel memang open (shared open bathroom). Selamatlah berbogel ramai-ramai. Hahaha. Jadi kalau nak pergi Jepun, sebelum booking tempat penginapan tengok dulu bilik air jenis macam mana okey! 

8. Masuk rumah kena bukak kasut (sama la dengan Malaysia) tapi semua rumah ada selipar macam hotel tu untuk pakai dalam rumah. Jangan pulak pakai selipar atas tikar Tatami tau (tikar Jepun).

9. Train merupakan kenderaan utama di Jepun. Train di Jepun super duper extra complicated. Line train sahaja BERATUS! Selamat serabutkan diri okey :P Oh nak bagi tahu waktu puncak di Jepun (orang pergi kerja) dalam subway / train sekitar 7 pagi hingga 9 pagi. Mohon elakkan station paling sibuk di Jepun (stesen Shinjuku). Silap-silap muka bertepek kat tepi pintu train. Pengalaman bersesak dalam train yang orang viral kat FB tu kami dah rasa. 

10. Info ni dapat masa dinner dengan Huda-san di Bintang Bali, Okubo Shinjuku. Memang kami perasan semua restoren Jepun kami pergi pasti sediakan tuala lembap sejuk (masa musim spring). Dipanggil Oshibori. Rupanya untuk mengelap tangan SAHAJA. Bukan untuk lap muka okey. Hahaha. 

11. Wahai perokok, kalau nak merokok kena pergi tempat-tempat 'smoking area' yang disediakan di tempat awam. Tak boleh merokok sambil berjalan-jalan di tempat awam tau. Silap hari bulan kene saman. 

12. Buat muka lost sikit, tengok phone cari jalan pasti ada yang datang menolong. Benar! Beberapa kali kami alami situasi begini. Mereka muncul tiba-tiba depan muka. 


13. Dari Tokyo sampai ke Osaka kami perhatikan parking basikal lagi banyak dari parking kereta. Siap ada parking basikal bertingkat. Kena bayar tau parking basikal. Teringat cerita Huda-san , setiap basikal perlu daftar di balai polis dan ada unik plat number (macam kereta). Kata Huda lagi, di Jepun susah nak 'hidup' jika tiada basikal. Tiada kereta ok je masih boleh kembara satu Jepun! 

14. Dari pemandu shinkansen, local train, bas dan teksi semua pakai seragam lengkap , sopan bertali leher dan bertopi macam 'pilot'. Ulang suara, termasuk pemandu teksi dan bas tau. Pemandu shinkansen pun bawa briefcase hitam tau. Argghh smartnya mereka ni! 


15. Shopping di Jepun jangan terkejut bila harga bayar tak sama dengan harga yang kita tengok. Harga yang dipaparkan di 7e, Family Mart, Lawson dan semua store TIDAK TERMASUK Tax. Tax di Jepun 8%. Sebagai tourist pilih kedai berlabel TAX FREE, tunjuk passport di kaunter (mereka akan kepilkan resit dalam passport) untuk pengecualian tax dengan SYARAT jumlah pembelian mestilah lebih 5,000¥ (berbeza ikut kedai). Ada setengah-setengah kedai benarkan tax free dengan syarat tidak digunakan di Jepun seperti barang kosmetik, skin care, strawberry dll. Mereka akan seal rapat2. 

16. Terlampau banyak 'drugstore' di Jepun. Bukan jual dadah ye. Tapi jual kosmetik, skin care dll. Nak cari SK-11, Kose, Shiseido dan macam2 jenama boleh cari di sini. Boleh lumpuh biji mata nak belek satu-satu. Besar dan terlalu banyak!


17. Kalau terjumpa tapak pembinaan mesti akan ada penjaga jalan laluan masuk setiap tapak pembinaan demi memastikan keselamatan orang awam yang lalu lalang depan pintu masuk site. Kami jumpa di Osaka dan Kobe. Uniform mereka sangat bersih dan kemas. Konsep 5S sangat ketara walaupun di tapak pembinaan. Jauhnya lahai beza dengan kita di sini. Yang penting penjaga laluan tapak pembinaan adalah warga tempatan bukan warga asing! 

18. Kalau musim hujan ada sesetengah restoren dan kedai sediakan sarung payung plastik untuk mengelakkan lantai kedai jadi basah. Situasi begini sama seperti di Korea. 

19. Kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas balik sekolah sendiri tanpa pengawasan orang dewasa tau! Kelihatan mereka agak cerdik dan matang dalam mengurus diri. Yang bawah 7 tahun kecik-kecik comel nampak ibu mereka jemput anak-anak balik sekolah naik train/subway :D


20. Pastu perasan tak beg sekolah mereka seragam. Kata Huda-san semua beg perlu sama pattern supaya seragam. Cara nak elak tertukar milik ialah dengan letak nama. Mak-mak perlu letak nama pada semua benda dari jaket sekolah, sapu tangan, beg sekolah, bentou, kasut sekolah dll. 

21. Kanak-kanak preschool cuma bawa bentou, berus gigi dan 2 helai sapu tangan untuk letak di luar tandas dan luar kelas. Buku semua simpan di sekolah sebab ada locker masing-masing. Kebanyakkan aktiviti pelajar sekolah rendah bercucuk tanam, main muzik, outdoor, piano, swimming dll. Buku pelajaran ada masa-masa tertentu sahaja. Mereka terapkan konsep Attitude first than Academic. Terima kasih Huda-san untuk info ini ^_^ 

22. Bas di Jepun ada mesin tukar duit. Masuk duit kertas 1,000¥, keluar duit syiling 100¥. Power tuh. Pastu baru bayar tambang bas dengan duit 100¥. Maksima tukar duit dalam bas 1,000¥ sahaja tau. Kalau korang bawak 10,000¥ alamatnya kene berdirilah dalam bas tu sampai driver bas cukup duit balance. Semua duit masuk mesin. Driver bas tak pegang duit balance. Jadi penting naik bas sediakan duit kecil siap-siap. Sama kes  kalau nak sewa locker. Gambar di bawah ni money changer untuk coin locker. Locker pun nak duit 100¥ sahaja. 


23. Dalam train/subway di Jepun memang senyap sunyi. Tahap senyap tu sampai tiada bunyi phone langsung. Kalau perhatikan ada orang Jepun yang membaca buku atau suratkhabar dalam train. Memang ada adab naik train. Phone memang disuruh setting 'mute' @ silent mode seperti kita dalam bank/hospital. Kalau berkunjung ramai-ramai pergi Japan naik train jangan buat macam train sendiri tau sepelaung dah boleh dengar suara. Malu weh kalau kena viral di Tokyo.

24. Terlalu banyak vending machine bersepah-sepah serata Jepun. Selain minuman, makanan crepe juga boleh beli via vending machine. Begitu juga ais krim. Rokok juga dijual melalui vending machine. Paling best, di Osaka kami order menu makanan halal melalui vending machine!


25. Umur sekadar angka. Dahsyat orang Jepun nih. Dah berusia pun masih bekerja kuat. Mungkin jiwa mereka kosong, sepi dan tiada apa nak buat. Umur warga emas masih jadi penjaga laluan tapak binaan, masih bergerak ke sana ke mari masih jadi penuntut universiti. Di Kyoto, ada satu masa tu penuh dalam bas dengan warga emas rambut putih (wanita) & bertopi jika lelaki. Masih kuat tenaga jalan kaki kehulu kehilir. Nak ke mana je diorang ramai-ramai ni? Tinggal kami dan beberapa orang je tourist dalam bas tu. Konfius kejap! Hahaha. 

26. Di Jepun sekali pun tak jumpa anjing liar berkeliaran merata. Tapi selalu jumpa spits Jepun iaitu anjing teman / peliharaan ( baka anjing saiz kecil hingga sederhana). Alah, anjing ala-ala Paris Hilton tu. Bulu lebat macam teddy bear jalan gedik-gedik dan siap pakai baju. Jangan terkejut, orang Jepun letak anjing dalam stroller untuk bawak pergi siar-siar dalam taman. Selama ni tengok dalam movie kan. Comel pulak bila tengok depan-depan mata. 

27. Penutup lubang longkang di Jepun bewarna dan bercorak! 


28. Ada section muslim friendly (makanan) dalam LAOX Department Store. Oh terharunya.


29. Di Jepun, boleh minum coffee ada muka sendiri. Hebat kan? Isk isk. Jauh ke depan betul Jepun ni. Pemikiran mereka lebih maju dari semua benda. Patutlah zaman dulu ex-PM Tun Mahathir selalu sebut pandang ke Timur. Dah sampai Jepun barulah paham dengan jelas saranan ex-PM kita tu. 


30. Jumpa LV a.k.a Louis Vuitton longgok dalam bakul kat luar kedai. OMG! Ori tau bukan fake. Tapi second (kita panggil preloved)



Wah gigihnya korang baca sampai habis! Terima kasih. So amacam. Teringin tak nak kembara ke negara Jepun? 

Sekian dulu, Wassalam.


Viewing all 468 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>