Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

Berani Masuk Louis Vuitton KLCC Selepas Lebih 30 Tahun

$
0
0


AWAS. Entry ini agak materialistik dan berbaur duniawi. 


Louis Vuitton (read: loo-wee vwee-tahn). Kata Sales Advisor di KLCC, kalau Vuitton ni tak jalan kaki dari kampung halaman selama dua tahun baru sampai Paris, maka tak wujud lah brand ini pada hari ini. Today, Louis Vuitton (LV) is one of the world most leading international fashion houses. Kemain bunyinya. 


Walaupun bersepah LV yang bukan original dijual di luar sana secara atas talian, namun LV sangat istimewa pada saya sebabnya my first designer bag adalah dari Louis Vuitton.  Reward diri sendiri beli designer bag hasil jualan biskut raya tahunan. My first purchase of Louis Vuitton tahun 2009 *9 tahun lepas* di Louis Vuitton Honolulu Hilton Village Waikiki, United States. Ops.... bukan saya yang pi sana. Kalau saya pi sana silap-silap beli satu lagi. Bahaya! Kirim pada abah yang kebetulan ke sana atas urusan kerja. Beli handbag Speedy 30  Damier Ebene sebab dah lama mengidam. Btw korang alert tak yang sekarang Malaysia Airlines (MAS) tengah promo sempena cuti sekolah. Up to 50% off fares. Tiket ke Hawaii dalam RM2k😱




Dulu harga Speedy 30 675.39USD. Wow hari ini di official store Louis Vuitton harganya 1,020USD. Fuh dengan currency sekarang mesti lagi mahal. Walaupun dah agak lama, design sebijik sejebon macam ini masih lagi dijual pada tahun 2018, diperagakan malah harganya makin meningkat dari tahun ke tahun! If jual preloved Insya-Allah dapat pulangan wang 100% nih. Pretty good investment! :D 


Speedy 30 tu kalau nak lebih kacak boleh letak speedy 30 organizer. Selain jaga bentuk handbag, boleh retrieve items in seconds! No need digging around :D


Baru-baru ni teringat semula kekasih lama 👻 *read: LV*

Akhirnya..setelah sekian lama. 


Kali ini mencari SLG (Small Leather Goods). Sebelum beli, survey dulu harga dan pilih SLG yang paling sesuai dan praktikal dengan diri kita. Sebabnya beli bukan untuk simpan. Beli untuk pakai selama mana boleh pakai.  Biarlah alah membeli memang memakai. Gitu kekdahnya. Perempuan kalau dah nak tu, macam-macam alasan dia nak bagi jadi. Begitulah uniknya perempuan :D 


Usia lebih 30 tahun baru berani masuk Butik Louis Vuitton KLCC. Selama ni takut-takut. Malu-malu tinjau dari luar. Sales Advisor di KLCC yang entertain pulak Ya Allah Ya Rabb baiknya alahai. Sebelum ini selalu dimomok momokkan dengan SA butik-butik mahal kalau kita rakyat marhaen masuk dipandang dengan muka ketat je. Ya...betul! SA di The Garden! Takpelah sekian terima kasih...tak jadi beli..... Tapi SA di KLCC MasyaAllah baik betul. Sangat profesional. Gigih melayan setiap soalan saya yang bertubi-tubi. Pastu siap hidang air. Dapat free gift lagi. Of courselah full mark macam ni. HAPPY to the max!


Kali ni reward diri sendiri sempena tahun ke-5 sebagai blogger dan hasil collaboration selama 5 tahun ni bolehla beli LV barang seketul dua buat kenangan di masa hadapan. Walaupun sendu (orang lain lagi kencang) tapi Alhamdulillah. 



Macam nih barulah bersemangat waja!




Look at the kotak oren kegembiraan just waiting for me! Lagi 2 kotak on the way👻 Eh betul-betul lepas geram nih!


Unboxing & reveal? Nantilahhhh.....stay tuned okeh.



P/S: Jika mampu, invest beli property sebab harga tanah makin lama makin ridiculous tak masuk akal. Boleh juga invest beli gold. Gold yang beli zaman dulu-dulu baru nampak hasilnya. Tak suka gold belilah LV :p Oh kalau nak beli dengan PS pilih trusted PS. Jangan main semborono je order. Ramai suka scam sekarang ni. Dulu invest beli duckscarves untung. Sekarang beli duckscarves rugi...erkkk #duckrehab



Beli iPhone 6 sekarang dengan harga PROMO

$
0
0

Assalamualaikum dan hai semua. Ni saja nak bagitahu pengumuman. Tak sure korang perasan ke tidak. Sekarang iPhone 6 tengah promo di Lazada sehingga 31st March 2018 sahaja (3 hari sahaja lagi).


Experience iOS for just RM1349 only!



Inilah masanya untuk memiliki iPhone! 
Original from APPLE MALAYSIA with one year official Apple warranty!


Product details of Apple iPhone 6 32GB Gold 

4.7-inch Retina display, 8MP Camera
A7 chip with M7 motion coprocessor
Resolution 640x1136 pixels
Apple iOS 8
Processor 1.3GHz, RAM 1GB
8MP iSight / 1.2MP FaceTime Camera
32GB HDD / 1GB RAM
Touch ID fingerprint sensor


Biasanya, kalau beli product Apple, tuan suami suka beli di Machines Suria KLCC / Machine One Utama juga Apple authorised relleser. Jom kita buat perbandingan harga.









Harga iPhone 6 di Machines mahal lagi. Korang jimat lagi RM150! Kalau ada plan nak bagi hadiah phone pada seseorang, bolehlah pertimbangkan iPhone 6 nih :D


Sekarang pakai iPhone 6 Plus. Hadiah dari Tuan Suami. Dia bagi yang besar senang tengok skrin katanya. Masa tu mata rabun jauh. Haha. La ni tak rabun dah. Rasa besar la pulak. 


My review : Kalau nak beli iPhone paling penting beli dari Apple Authorised Reseller. Jika masih under warranty dan ada problem boleh terus hantar repair. In my case hantar direct ke Machines.  Tak boleh repair dapat ganti baru. Haritu bateri problem so Machines bagi unit baru terus sebab still under warranty, dapat warranty extension 6 months 😀uols! Suka pakai iPhone sebab security wise. Tak risau nak buat online transaction. Kebetulan pakai MacBook & iPad juga. Jadi data boleh centralized letak di icloud dah mudah untuk akses. Contohnya kita buat listing di notepad iPhone, automatik akan terus ada dalam notepad MacBook & iPad. Gambar pun cantik! Senang bila travel gambar2 just ambil guna iPhone sahaja. Tapi tidak gambar selfie. Agak kelaut sikit kalau compare dengan brand phone yang lain. Hahaha. 



Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama ia disambar orang! Grab promo price NOW.



6 Tempat Sarapan Sedap Di Puncak Alam

$
0
0

Lama tak kongsi episod jalan-jalan cari makan. Kali ini kita nak share 6 tempat cadangan sarapan atau breakfast sedap di Puncak Alam. Banyak projek-projek baru sedang giat membangun di kawasan Puncak Alam ni atau dikenali dengan Shah Alam 2. Projek ECOWORLD Puncak Alam juga ada di sini. So kalau anda jalan-jalan ke Puncak Alam nak tengok atau mencari rumah baru bolehla try makan pagi di tempat-tempat berikut :D


Sarapan pagi di Puncak Alam


1. Mamak SignatureKami suka order roti canai / roti telur / roti bawang. Bila makan roti canai suka makan dengan kuah kari. Mamak signature ini provide kuah kari, kuah dal beserta sambal. Bila digabungkan ketiganya ermmmm lazat. Kuah dan sambal nya sedap berbanding kedai mamak lain yang ada di Puncak Alam. Lokasi Mamak Signature bersebelahan Tesco Puncak Alam. Corner lot deretan kedai berhadapan Masjid Puncak Alam. Penduduk di sini memaklumkan bahawa Nasi Kandar di sini sedap. Kami tak pernah try lagiiiii. Uu sedapnya nasi kandar! Lama tak ke Penang.




2. Warung PotNik Alam Jaya - Menghidangkan menu pantai timur. Memang tokei kedai kecek Klate. Pekerja kedai juga semuanya kecek Klate. Terasa seolah-olah sarapan pagi di Kota Bharu :D Menu menarik di Warung PotNik; nasi kerabu golok, nasi dagang, nasi berlauk, gulai serati (itik) kelantan, mee celup, nasi goreng, maggi goreng, kuih muih seperti cek mek molek (saya sangat suka!), pulut ikan masin dll. Roti titab pun ada :D Kalau orang Kelantan yang rindu masakan pantai timur boleh cuba di sini. Lokasi Warung PotNik di Jalan Ppaj 2/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. Restoren corner lot berdekatan dengan sekolah SRI INTEGRASI AL-HIKMAH (ALAM JAYA).




3. Kedai Pok Mat - Menyediakan menu pantai timur juga! Sini ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, yang istimewanya ada laksam. Aneka kuih muih ada di sini. Lokasi restoren cornet lot (kerusi merah kuning banyak-banyak tu yerlah tu) di dereta kedai bersebelahan Tesco. Tak jauh dari Mamak Signature. 




4. Nasi Kerabu Abg Tepi Tasik - Nasi kerabu lagi! Nampak nau memang peminat nasi kerabu :P Uniknya nasi kerabu abang ni pair dengan daging goreng kunyit. Kreatif :D Selain nasi kerabu ada, bihun, nasi lemak, kuih muih. Gerai abang di ada bersama deretan gerai-gerai lain di tepi tasik Alam Suria 5A1. Abang ni suka pakai topi memancing :D Kalau beli nasi kerabu abang ni saya suka minta extra pedas. Baru kick. 




5. Cakoi / roti kacang - Jangan tak tahu ada yang jual cakoi dan roti kacang sedap di Puncak Alam ni. Lokasi di fasa 2 depan kedai mamak Mydin. Cakoi ni sambalnya ada 2. Sambal manis dan sambal pedas. Uuuuuiii sedap tau makan hangat-hangat sambil cicah sos manis bergabung meletup dengan sambal pedas. Jawa style nih! Mesti cuba! Gambar i'll upload later ya. Aritu lupa nak snap.


6.  Nasi Air Dingin - Baru-baru ada yang jual Nasi Air Dingin purely and fresh dari Kota Bharu! Tak perlu tunggu balik KB baru dapat makan. Dahsyat orang sekarang berbisnes. Masak di Kota Bharu, tapi hasil masakan tetap sampai awal pagi di Puncak Alam. Penjualnya guna kereta myvi (kalau tak silap). Nampak banner tepi jalan tu yerlah tu :D


Jika ada cadangan tempat sarapan sedap di Puncak Alam yang saya tak tahu kewujudannya let me know ya! Tinggalkan di ruangan komen di bawah. Sharing si caring :D Teringin nak cuba tempat-tempat lain juga. Terima kasih semua :D



Cubaan DIY Rak Besi IKEA

$
0
0





Sebelum pergi IKEA, kena rajin browse website IKEA dan tengok dulu apa-apa yang menarik untuk masuk list. Kebetulan ternampak IKEA Hyllis shelving unit tengah ada promo bulan April. Harga berpatutan sebab ia rak besi galvanised. Kemudian ada plastik di kaki untuk protect lantai dari calar balar. So oklah kan.




SEBELUM
(macam rak besi industri kat kilang)




SELEPAS
(nampak lebih glam!)


Cara DIY Rak Besi IKEA kepada Gold

Barang yang diperlukan:

2 unit Hyllis shelving unit

4 unit Gold spray paint (goncang rata sebelum guna)

Screwdriver



TIPS: Spray dulu siap-siap untuk kemasan yang lebih cantik, rata dan tidak bercapuk. Lepas kering baru pasang siap rak. Sebab kedua-dua rak di atas dah siap pasang baru spray. Spray kaki senang tapi agak mencabar part nak spray rak yang melebar tu. Belum part bertarung dengan angin. Tuan suami spray tempat lapang luar pagar rumah. Bersiap sedia untuk cramp tangan. Masa spray jangan lupa pakai mask. Lebih kurang sejam cat dah kering.


Gold spray paint tak banyak pilihan di Malaysia. Jenuh nak mencari dan memilih. Setakat ini kami jumpa di Ace Hardware Ikano Damansara. Brand Rust-Oleum. Harga RM50 lebih sebotol! Kenapa mahal sangat nih! *pengsan* Tolong bagi cadangan kat ruangan komen kat mana nak beli spray paint yang murah. Sedang mencari lagi warna metallic gold dan metallic rose gold (copper). Thank you uols :D





Realitinya:

Harga 2 unit Hyllis shelving unit - RM49.90 x 2 = RM99.80
Harga 4 unit Gold spray paint - RM56 x 4 = RM224

jadi seketul rak yang berwarna gold ni harganya RM162. Berbaloi ke tidak?

Next plan: tukar langsir, cat semula kaki meja, beli carpet, beli kerusi office, tambah pokok lagi biar jadi hutan :D



Pembersih Hampagas Electrolux

$
0
0

Pembersih hampagas kat rumah ni memang sangat heavy duty. Sentiasa bekerja keras menyedut habuk dan kotoran-kotoran dalam rumah. Lebih-lebih lagi setahun kebelakangan ni construction site berdekatan dengan rumah. Pokok di kawasan sekitar tak sempat membesar jadi filter, construction site dah rancak kiri kanan. Maka terpaksalah tutup segala tingkap dan pintu untuk elakkan habuk bertebaran masuk dalam rumah.


TETAPI, rupanya makin kita tutup tingkap dan pintu, habuk makin banyak dan termendap dalam rumah akibat udara tidak bergerak. Lagi banyak harmful particles terperangkap dalam rumah. Maka udara dalam rumah pun jadi tidak sihat. Meyebabkan penghuni dalam rumah mula batuk, mata merah, asthma makin menjadi dll. Makin kritikal waktu jerebu di Malaysia. Perlu beli air purifier pulak.


Perasan tak, sebab tu bila balik kampung tok nenek kita bukak tingkap dan pintu seluas alam supaya udara sentiasa bergerak. Hehe. Pastu sentiasa ada bulu ayam untuk kibas-kibas habuk. Nyahhh keluar ko habuk dari rumah! 



Pembersih hampagas sedia ada tak mampu berkhidmat lagi. Hampir 10 tahun berkhidmat. May u rest in peace :')


Ikut nafsu nak beli Dyson V8 absolute! *wishlist*
Pasrah bila tengok harga di official store Dyson. Mahalnya untuk beli sebuah vacum!





Dah try Dyson kat store. Memang mudah sangat yang ni. Cordless. Tak berat sangat. Senang nak angkut sekeliling rumah. Suction kuat. Bunyi tak kuat sangat. Memang mudah kalau rumah dua tingkat. Esp part tangga. Tanpa perlu struggle dengan wayar. Orang kata ukur baju di badan sendiri kan. Hehe. Bila dah ukur, tengok yang ni je yang sesuai rupanya :D




Electrolux Vacuum Cleaner Z1230 (1500W) Bagless DustPro Nozzle


Ciri-ciri

Bagless
310W Suction Power
DustPro nozzle for effective dust pick up
Light-weight & compact for easy storage
Hygiene HEPA filter that helps you enjoy a healthier home -94% dust filtration
Bagless convenience with easy-empty 1L dustbin



Order dari LAZADA GD-EStore November 2017. Delivery hanya ambil masa 3 hari tanpa sebarang masalah.



Pembersih Hampagas Electrolux Cyclonic Compactgo


Yang ada dalam box: 

1 X Z1230 Bagless Vacuum Cleaner 1
Dust Pro Floor Nozzle 1
Combi Crevice with Brush 1
Upholstery Nozzle


Lebih kurang 5 bulan guna vacum ni. So far so good. Tak berat sangat. Small & compact. Mudah nak bawa naik turun tangga. Tahan lasak sebab beberapa kali jatuh tergolek di atas tangga (wayar tak cukup panjang). Bunyi boleh tahan bising / kuat. Memang jiran sebelah boleh dengar kalau kita vacum. Small tapi powerful suction dengan syarat setiap kali selesai vacum satu rumah perlu buang habuk dan basuh filter tu. Jemur & keringkan. Pernah try kalau tak buang habuk dan bersihkan filter dapat 2 kali vacum satu rumah (tingkat atas & bawah) built-up 1,710sq. ft dengan lancar. Masuk kali ke-3 vacum jadi cepat panas. Tak cukup power dan mati sendiri. Sangat ok untuk rumah apartment atau kondo yang keluasan 800 -1000 sq. ft. Electrolux ni bagless dan easy to empty. Jadi tiada masalah untuk bersihkan setiap kali lepas vacuum. Vacuum pun tahan lebih lama. Jadi overall saya memang puas hati dengan vacuum electrolux warna kuning ni :D


Terima kasih sebab sudi baca review berkenaan pembersih hampagas electrolux! Pengguna Dyson kalau ada review nak kongsi much appreciated. Sebab Dyson masih dalam *wishlist*

Resepi Spaghetti Telur Masin

$
0
0


Cubaan pertama masak pasta telur masin untuk potluck Aidilfitri 2017 di rumah Mekwa. Misi berjaya!  My spaghetti telur asin sedap :D 9 bulan kemudian yakni hari ini baru berpeluang berkongsi resepi. Serious memang mudah, simple dan pantas! Memang sesuai sangat untuk majlis-majlis potluck.


Bahan-Bahan

Sebungkus spaghetti
1 tin susu sejat Ideal
Beberapa sudu buttercup
2 biji telur masin yang sudah direbus
2 kiub ayam
Cili hijau
Cili merah
Bawang putih
Daun kari
Seafood seperti udang dan sotong




In the making of 'pasta with salty egg sauce'




Bahan-bahan siap disediakan. Tinggal nak masak! Cili hijau petik je dari pokok. Daun kari pun gunting dari pokok. Purely fresh from garden :D


Cara masak spaghetti telur asin sedap


1. Rebus spaghetti (al dente)

Cara rebus spaghetti al dente: Panaskan air dalam pot. Letak sedikit garam. Letak sedikit olive oil (untuk elakkan spaghetti melekat). Air mendidih masukkan spaghetti. Lebih kurang 6-7 minit tengok dan rasa (firm di luar lembut di dalam). Kemudian angkat dan tapis air. Taburkan sedikit garam, sedikit olive oil dan sedikit black pepper. Gaul rata. Siap & letak tepi!


2.  Masukkan sedikit buttercup. Biar cair. Masukkan udang. Udang masak terus angkat. Jangan biar lama nanti hilang juicy. Kemudian masukkan sotong pulak. Pun jangan lama. Nanti liat. Bertukar rupa je terus angkat. Letak tepi!


3. Tambah sedikit lagi buttercup. Bila cair terus masukkan bawang putih. Naik bau masukkan daun kari, 2 kiub ayam, cili. Kemudian masukkan telur masin yang dihancurkan. Gaul rata.


4. Masukkan 1 tin susu sejat. Gaul rata. Kemudian masukkan spaghetti. Dah naik wap sikit boleh masuk udang dan sotong tadi. Tabur chilli flakes. Gaul rata. Tutup api. SIAP!




Bon appetite!

Beli Tarte, Fenty Beauty, Pixi, Farsali Dari Sephora Online Malaysia

$
0
0

Rejim Cantik


Apakah produk penjagaan kulit yang anda pakai sekarang?
SK11 *lambatnya nak habis*😩


Satu alat solek yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
Gincu. Jatuh cinta sejak mula pakai Huda Beauty Liquid Matte Lipstick. Warna kegemaran: Girlfriend. Kecewa Huda Beauty tiada di Sephora Malaysia.


Satu produk solekan yang pasti dibawa ke mana sahaja anda pergi?
Lipbalm jenama vaseline. Bibir cepat kering. Setakat ini lipbalm vaseline paling berkesan!


Pernah dengar jenama Tarte?
Pernah! Selalu nampak di instagram. Teringin nak cuba tarte lip wardrobe duo volume set dari Sephora di bawah :D Macam menarik! Review pun bagus.






Anda bersolek bila naik kapal terbang?
Tak bersolek. Cukup sekadar apply pelembap bebas minyak dan lipbalm. Kulit jenis cepat kering dan terhidrat. Lebih-lebih lagi waktu travel. Teringin nak cuba farsali. Boleh pulak tak tahu farsali ada dijual di Sephora Malaysia. Bila baca review di website lagilah membuak rasa nak cuba. Ada yang pernah cuba tak. Boleh kongsi feedback?




Apa signature solekan anda?
Saya tidak terlalu menitikberatkan solekan. Selesa dengan solekan tipis supaya kulit tak nampak kusam. Natural look.


Pernah dengar Fenty Beauty dan produk apa yang teringin cuba dari rangkaian Fenty Beauty?
Pernah. Rangkaian kosmetik milik penyanyi Rihanna kan. Suka Fenty Beauty sebab Rihanna create supaya sesuai dengan semua tona kulit dan jantina. Terima kasih Sephora sebab bawa Fenty Beauty ke Malaysia. Mudah nak beli. Suka nak cuba Fenty Beauty Lip Luminizer di bawah. 





Boleh kongsi rutin penjagaan kulit di malam hari?
Malam sebelum tidur mesti pakai cleanser, toner dan essence. Last step overnight serum. Sekarang pakai Vitamin E Serum dari Body Shop. Memang best dan sangat berkesan untuk kulit kering. Tapi serum ni dah nak habis. Teringin nak cuba pixi overnight glow serum ni dari Sephora. Nak tengok apa hasilnya :D

Pixi Overnight Glow Serum


Laaa...baru perasan rupanya banyak beauty item boleh beli dari Sephora Malaysia :D Dapat free sample with every purchase dan 10% untuk first timer. Free shipping jika beli RM60 ke atas. Baiklah sila masukkan kesemua di atas dalam wishlist.



10 Tempat Menarik di Kyoto Japan

$
0
0


Hello こんにちは

Susahnya nak move on! Balik dari Japan banyak dapat pengalaman baru, penerokaan dan ilmu yang tidak terlihat di dalam buku. Semua sudah saya kongsi dalam travelog Japan sebelum ini. Beberapa bulan awal merencana percutian kerana lebih banyak wang dapat dijimatkan, lebih banyak tempat dapat dituju. Dari Tokyo ke Gala Yuzawa di Niigata kemudian beberapa hari menginap di Kyoto sebelum ke Osaka langsung ke Nara, Kobe dan Himeji sebelum pulang semula ke Malaysia! 


Ke mana pun anda pergi pastikan anda travel with style knowledge! Kami berpeluang jalan-jalan di Kyoto. Tahu tak apa yang menarik di Kyoto? Jom baca 10 tempat menarik di Kyoto Japan.


1. Fushimi Inari

Journey through a thaousand gates! Cubaan bergambar kali ke-52 baru dapat gambar elok ni. Fuh! Gigih. Juga dikenali dengan panggilan Tori Gates. Laluan Fushimi Inari ni dalam 4km. Total eksplorasi lebih kurang 2 jam sampai ke puncak dan turun balik. Dimana-mana kulihat warna oren! Warna oren benar-benar memiliki aura warna yang luar biasa. Sangat aktif dan bertenaga bila lihat banyak warna oren! Hahah. Oren melambangkan keceriaan & bersemangat!



2. Kimono Forest

The Kimono Forest terletak di Randen Arashiyama Station. Apa yang menarik di Kimono Forest? Di sini ada koleksi tiang setinggi 2 meter berbentuk silinder yang di dalamnya ada kimono pelbagai design yang cantik dan menarik. Katanya di sini ada 600 tiang Kimono dengan 32 corak yang berbeza. Idea ni agak brilliant dan sangat unik. Letak Kimono di stesen tram lama untuk menyuntik suasana baru dan nak attract lebih ramai pelancong datang ke sini. Datang malam ada lampu LED!



3. Arashiyama Bamboo Forest

Arashiyama Bamboo Groove, one of the world prettiest grooves. Sapa nak #ootd dan swafoto di Kyoto Japan wajib mai sini. Sekeliling kulihat hijau. Mohon datang sini awal pagi ataupun lewat petang. Avoid weekend completely terutama waktu peak season seperti Spring dan Autumn. Weekday pun orang cakap crowded yang amat. Weekend apatah lagi.



4. Kinkakuji

Kinkakuji atau Golden Pavilion. Temple warna emas. Kuil emas Kinkakuji antara binaan paling popular di Japan. Bila kaki melangkah masuk ke dalam terus mata dijamu dengan pemandangan pepohon menghijau, tasik yang menenangkan dan sejuk mata memandang. Dari kejauhan agak terpukau dengan binaan warna keemasan berdiri megah di tengah tasik yang teramat cantik landskapnya. Sekejap je perasaan gitu timbul. Mohon bertabah kerana pelancong teramat ramai di sini :D



5. The Philosopher's Walk

Kalau pergi Kyoto time SAKURA di Jepun, mohon pergi The Philosopher's Walk. Sana sini hanya SAKURA. Keterujaan terus naik ke tahap tertinggi! Terima kasih tuan suami bawak kita tengok munge. Bunga dan wanita berpisah tiada :D



6. Nishiki Market

'The kitchen of Kyoto! Aktiviti di sini ialah Tabe-aruki in Japanese (walking and eating). Kami tak try pun makanan dalam ni. Just tengok-tengok apa yang ada. Tak survey langsung apa makanan yang boleh dimakan. So pasrah je la tengok orang lain makan :)



7. Gion

Gion tempat geisha dan maiko lalu lalang. Tak jumpa geisha mahupun maiko. Yang kami jumpa lagi menarik dari itu. Tidak lain dan tidak bukan mazesoba ramen noodle. Masha-Allah! Masha-Allah! Slurrp! Dapat makan semangkuk terus terlupa nak usha geisha :D



8. Yasaka Pagoda

Yasaka Pagoda (five story pagoda). Klasik betul area sini. Tak sangka boleh tengok view macam ni di Japan. Ingatkan nampak bangunan tinggi pencakar langit je kiri kanan macam Tokyo. Rupanya Kyoto punya view lagi charming!



9. Sakura di Maruyama Park

Maruyama Park taman tertua di Kyoto. Ada pokok cherry senior di sini sebab umurnya dah lebih 80 tahun! Ramai rakyat Jepun berhanami di sini. Street food pun banyak. Tapi kita tengok aje lah.



10. Sagano Romantic Train

Sedih sebab tak beli awal-awal tiket train. Jadi tak sempat naik Sagano Train ni. Sobs. Berbaloi naik ketika musim bunga dan musim luruh. Boleh book tiket SINI.

Credit: Google image


Boleh check SINI untuk travel pass di Kyoto, bus transfer, kimono rental, ICOCA Card dll. 


I WANT TO GO BACK!



Duckscarves Monogram RM1000

$
0
0

Wow, hari ini The Duck Group launching koleksi baru Luxe Basics dengan harga RM1000. Pengsan kejap sis. This range is really for high class duckies. Luckily i’m not obsessed in brands. Saya memang sukakan duckscarves. Mula terjebak sejak tahun 2014 dan sehingga kini ada la simpan beberapa koleksi duckscarves dalam almari. Mostly limited edition punya print. Koleksi plain saya memang cari brand lain. Tak berbaloi nak collect setiap warna dengan harga RM130 sehelai. Lagipun kecewa sebab Ducknam bersepah dan merata di pasaran.



Duck Monogram Silk Scarves. Made from 100% silk



Luxe Basics - dUCk’s finest and latest luxury scarves range



Box macam Hermes sangat!


Credit pics: @theduckgroup instagram




Duck Monogram Silk Scarves ni memang gorgeous to the max! 11 warna yang ditawarkan kesemuanya warna pastel, mudah untuk mix dan match, warna yang luxury dan elegant. Walaupun harga sedemikian 2 warna telah SOLD OUT di fashionvaletonline


Bersyukur mereka keluarkan square. Shawl tak pasti akan ada later atau tidak. Square yang kecil ni pun harga RM1000, shawl pasti lebih mahal sebab lebih banyak '100% silk' yang digunakan dan lebih masa diperuntukkan untuk setiap scarf kerana Duck Monogram Silk Scarves ini menggunakan teknik 'hand roll hemming'


"....Made from 100% high quality silk like the ones used by international luxury brands, this dUCk is in its own league"......


Kalau mampu boleh beli. Tak mampu macam saya ni kita raikan yang mampu memakainya :D 


Kalau anda ada RM1000 anda nak beli apa?


#41 Osaka Day 4 : Halal Ramen Honolu Osaka & Naik Cruise Santa Maria

$
0
0


Assalamualaikum 

Hai semua. Gigih menghabiskan penceritaan perjalanan biasa-biasa kami di Jepun. Gambatte kudasai💪 Semalam kecewa tak dapat merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria di Osaka Bay, makanya hari ni kita repeat ke sana lagi. Tapi sebelum tu kita makan dulu! 



Halal Ramen di Osaka. Restoren Ramen Honolu. Lokasinya agak jauh. Lebih kurang 10 minit berjalan dari Station Namba. Gigih kami menapak sebab TETAP nak rasa the one and the only halal ramen in Osaka. Katanya sedap.



Sambil menapak sambil memerhati keadaan sekeliling. Jepun memang banyak tempat letak basikal. Secara visual parking basikal nampak lebih banyak berbanding parking kereta. Parking basikal mereka juga bertingkat. Yang penting BERBAYAR. Paling kami kagum walaupun di tempat terpencil bawah jambatan macam ni tetap bersih dan bebas sampah. Tong sampah pula tak kelihatan dimana-mana. Bab kebersihan, kerajaan Jepun berjaya mendidik rakyat mereka sebaiknya. Minda first class!



Setiap basikal di Jepun perlu daftar di balai polis untuk dapatkan unik plat number (macam kereta). Kata Huda (kawan azie yang buat Phd di Jepun) susah nak 'hidup' kalau tak memiliki basikal di Jepun. Tiada kereta 'takde hal lah' tetap masih boleh kembara satu Jepun. Subway & shinkansen kan ada :D



Jumpa juga Restoren Ramen Honolu. Tak sabarnya nak makan ramen & karaage. Sini bukan tempat tumpuan pelancong. Kebanyakkannya pelancong Malaysia dan Indonesia sahaja yang datang makan di sini. Jadi sepanjang jalan sunyi. Tengoklah depan kedai pun sunyi sepi. Yang penting depan kedai bersih jelita.



Walaupun luar kedai nampak biasa-biasa tetapi order dan bayar makanan guna vending machine. I'm so impressed! Power. Kami order Spicy Ramen & Spicy Fried Chicken (karaage)



Spicy Fried Chicken Ramen 1,180 yen x 2.
Dalam bowl tu rupanya dah ada fried chicken yang dipotong-potong

Japanese Fried Chicken atau Karaage 1,080 yen.
Masya-Allah rasanya memang sedap! 🌟🌟🌟🌟🌟


Cruise Santa Maria

Perut dah kenyang kita terus ke Tempozan Harbor Village sekali lagi untuk merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria. 




Kapal Santa Maria berlabuh di Platform Kaiyukan Aquarium West Wharf. Ia berlayar menyusuri Teluk Osaka dari Tempozan Harbor Village. Kapal ni merupakan replika kapal pelayaran Christopher Columbus ahli sejarah yang belayar mengelilingi dunia dan yang jumpa Amerika. Kapal replika ini 2 kali lebih besar daripada size kapal Santa Maria sebenar. 




Ada 2 waktu pelayaran Santa Maria. 

1. Day Cruise : 11am - 4pm 
Tempoh pelayaran: 40 minit 
Harga tiket: ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak)

2. Twilight Cruise : 7pm (perlu buat reservation) 
Tempoh pelayaran: 90 minit
Harga tiket: ¥2,650 (dewasa)

Kalau ada Osaka Amazing Pass, tunjuk sahaja bila nak naik. Perlu beratur tapi tak perlu pergi kaunter untuk dapatkan tiket. 



Kapal Santa Maria ada 3 tingkat! 



Memadai di Tingkat 2. Ada tempat duduk disediakan. Kalau tak dapat tempat duduk pun jangan risaulah. Gerak je Santa Maria, semua berasak tinggal tempat duduk untuk ambil gambar & video :D



Jangan risau tentang mabuk laut. Insya-Allah ok sebab kapal ini belayar dengan sangat stabil. Cumanya angin yang bertiup Masya-Allah KUAT! Confirm tak boleh survived 40 minit macam ni.



Yang macam jambatan Putrajaya tu namanya Tempozan Bridge. Hanshin Expressway.



Primary deck & upper deck Santa Maria




Pemandangan dari atas Kapal Santa Maria



Kebetulan ada kapal persiaran sedang berlabuh. MS Asuka II (飛鳥II) dimiliki dan diuruskan oleh Nippon Yusen Kaisha. Dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries di Nagasaki, Japan. Ikut wiki pernah menjadi kapal cruise terbesar di Jepun. Asuka II mempunyai 2 kolam renang, 8 bar, kasino dan fitness centre. Asuka 11 juga ada teater dengan 277 tempat duduk. Ada 461 kabin, 260 mempunyai balkoni peribadi. No wonder ia sangat besar!



Balik Jepun kulit jadi tanned. Nasib baik sekata :D



Jambatan merah Minato Ohashi Bridge. Yang oren dari jauh nampak macam zirafah tu Nanko container. Ikea Tsuruhama terletak di tepi laut. Universal Studios Japan juga ada berdekatan. 




Menarik ke naik cruise Santa Maria? Awal-awal memang nampak menarik bukan. Teruja. Tapi tak lama okeh. Sebab angin laut memang kuat. Makin belayar ke tengah makin kuat anginnya. Buktinya tengoklah tudungku. Suami dah gelak-gelak tak tahan. Cittt! Dahla suasana sejuk. Tambah lagi dengan angin laut. Perhhhh! Memang sejuk kaw kaw. Menggigil. Akhirnya ramai yang turun ke aras bawah tempat bertutup. Berlindung kat dalam tu. Sampai tak cukup seat. Bawah tu ada cafe. Nasib baiklah naik Santa Maria Cruise percuma dengan Osaka Amazing Pass. Kalau berbayar? Hmmm tak payahlahhh susah-susah naik...huhu



Nesh Outdoor Water Filter

$
0
0

Assalamulaikum & Hai semua. Hari ini terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang outdoor water filter atau penapis air di luar rumah. Mana tahu maklumat ini berguna buat anda yang sedang tercari-cari info tentang penapis air. Penapis air luar rumah boleh kata 'wajib' pasang di Selangor. Sebab incoming water dari SYABAS warna kuning. Kalau musim takde air lagi scary. Air karat yang keluar. Kita pulak banyak guna air dalam kehidupan seharian. So nak tak nak kena invest juga untuk penapis air luar rumah. 


Suami tak gemar penapis air monthly service. Tak kiralah penapis air luar rumah mahupun dalam rumah. Kebergantungan kepada agen terlalu tinggi. High maintenance. Sesuai untuk orang-orang berkelas premium. Orang biasa-biasa macam kami tak sesuai.  Kami nak cari filter yang boleh tukar sendiri atau pun tukar setahun sekali. 


Masa jalan-jalan di Homedec PWTCtahun 2011 , kami berkenalan dengan brand Nesh Outdoor Water Filter. Untuk penapis air luar rumah mereka cadang Nesh Super Membran Pre-Filter EM3000. Secara ringkasnya ada 6 kelebihan yang saya suka sangat! 

1. Water Purity of up to 99.99%
2. Filtration Density of 0.01 Microns
3. Self-Cleaning Backwash and Flushing Function
4. Time and Money Saver - Self Cleaning means Low Maintenance
5. Space Friendly - Horizontal or Vertical Installation
6. Anti-Rust with Stainless Steel Casing


Bila dah suka terus booked satu untuk pasang di luar rumah. Ketika itu harga untuk model EM3000 RM2,780 termasuk installation. Sempena Homedec kami dapat rebate RM400. Total bayar RM2,180 termasuk pemasangan. Filter Nesh ni perlu ditukar 5 tahun sekali sahaja. Wah, ini memang berita baik! Jadi memang berbaloi-baloi sangat. Ketika itu, tahun 2011, Nesh ada Concept Store di Sunway Pyramid & Tropicana City Mall. Tahun 2018 ni dah tutup barangkali. Boleh refer website Nesh.


Resit booking tu tersimpan selama 3 tahun! Adeh. Ini bukan cerita rekaan tau. Semua info ni saya refer pada invoice dan resit. Memang buat satu folder khusus untuk maintenance rumah. Senang nak keep track. Install Nesh Water Filter sekitar Januari 2014. Lama betul ambil masa nak install  kan :) 


Ogos 2018 lebih kurang 56 bulan (4 tahun 6 bulan) pakai Nesh Water Filter dah mula rasa air macam tak bersih sangat. Jujurnya suami tak berapa consistant buat backwash cleaning. Request suami call Nesh Careline dan arrange untuk service (tukar filter). Rupanya 90% membran filter dah tersumbat. Sampai masa untuk tukar filter. 56 bulan tu cost per wear lebih kurang RM40 sebulan. OKLAH kan! Cost tukar filter agak MAHAL. RM698. Berazam untuk lebih regular buat backwash cleaning. Then kita tengok sampai atau tidak 5 tahun.


4 tahun guna Nesh penapis air luar rumah ni memang kami puas hati sangat. Benar-benar low maintenance. Ada masa bila jiran-jiran complaint air karat, kami pulak dapat air putih bersih. Alhamdulillah. Lega sangat. Jadi kalau ada yang tercari-cari water filter luar rumah boleh pertimbangkan Nesh. Air bersih suatu kemestian. Dah invest lebih untuk outdoor water filter, dalam rumah kami pakai brand murah je. Tukar beberapa tahun sekali. Sebab filter luarnya masih bersih. Lambat nau nak bertukar coklat. Huhu. Nanti saya share kemudian.


Ada tak yang pakai Nesh Water Filter juga?

Jika anda ada cadangan outdoor water filter yang lain jom kongsi! Nak tahu jugak. Sebab kat Malaysia ni macam limited je brand outdoor water filter. Tak banyak option. Maybe juga pengetahuan saya yang limited. 



Nesh Super Membrane Pre-Filter



Lubang warna kuning maknanya dah tersumbat



Incoming water dari Syabas



Replace filter baru




The Duck Group Sale

$
0
0

Assalamualaikum & hi all!


11.11.2018. Phewww. Sana sini SALE! Pening kepala sis. Kalau nak grab semua boleh habis licin duit simpanan. Jadi kita fokus kepada satu sahaja. Tudung dUCk. FOKUS.

 The dUCk Group sale! 

The best part is SALE extended until 11.59 PM 12/11/2018 (sampai malam ni sahaja)

Kat mana nak shopping brand 'dUCk'?






 Duckscarves


 Fashionvalet


Get 40% OFF when you spend 5 or more items. Don't forget to use code at checkout! 


If you love dUCk like i do, love it in a smart way😉Happy shopping 🛒


p/s: Alhamdulillah, damaged done💸💸💸😜


The Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh | Cuti-cuti Malaysia

$
0
0

Assalamualaikum & Hi semua.


Pernah dengar The Banjaran Hotsprings Retreat? Kita tak tahu pun ada tempat gorgeous macam ni di Ipoh. Patutlah harga dia boleh tahan mahal. Rupanya one of the luxury spa resort hotel in Malaysia! Alhamdulillah berpeluang merasai pengalaman menginap di sini sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10. Baru 10. Hehe. Jauh lagi perjalanan.


Buat suami-suami yang mati kutu tiada idea nak bawa isteri tersayang bercuti ke mana, boleh pertimbangkan The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh. Tak perlu naik flight jauh-jauh. Duit flight dah jimat, jadi boleh spend lebih sikit pergi resort cantik dikelilingi kehijauan yang mendamaikan, diaksesorikan dengan bunyi bunyian unggas dan paling penting cukup privacy. 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan menginap di The Banjaran. Kanak-kanak cannot. Ia bertujuan memelihara privasi. Sebab kebanyakan tetamu yang daftar masuk The Banjaran adalah pasangan baru berkahwin (oh tak lupa juga pengantin lama) yang bertujuan untuk honeymoon. Jadi suasana harus sunyi sepi mendamaikan.


Jadi memang tidak syak lagi The Banjaran Hotsprings Retreat tempat yang paling sesuai untuk bermanja-manja dengan isteri tersayang! Pasti isteri tersenyum comel sampai ke telinga nanti :) *saya lah tu*




The Banjaran Hotsprings Retreat terletak di Ipoh. Lebih kurang 208km memandu selama 2 jam 30 minit dari Shah Alam melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Kemudian exit 138. 


Lebih kurang 15 minit memandu jika dari Bandar Ipoh. Selepas bertemu dengan signboard The Banjaran seperti di atas, anda akan berjumpa dengan guardhouse yang ada palang. Biasalah soalan yang ditanya, ada book ke penginapan? Kalau ada sila bagi nama. Checked✅Nama ada, boleh terus masuk dan parking di tempat yang disediakan. Parking adalah percuma dan berbumbung gitu. 


Kala itu hujan renyai-renyai. Eh tiba-tiba muncul seorang staf The Banjaran datang dengan senyuman mesra dan payung di tangan menyambut ketibaan kami. Wahhhhh! Sis terkesima.




Bag siap diangkat dan dibawa ke lobi resort. Tatkala berjalan masuk ke lobi kelihatan dua orang budak perempuan (sekolah menengah agaknya) siap berpakaian ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka duk senyum-senyum kat kami sambil main caklempong bertalu-talu. Bersemangat je. Comel. Suami pula diminta pukul gong besar dengan kuat sebanyak 3 kali. Simbolik kedatangan tetamu. Kemudian diberi minuman & manisan seperti di atas. Alahai so sweet lah The Banjaran. Terasa ekslusif layanan yang diberi kepada tetamu. *dapatlah sis merasa*




Sebelum dibawa ke villa, mereka bawa pusing-pusing dulu melawat kawasan sekitar The Banjaran dengan buggy-car. Memang cantik betul persekitaran. Dijaga dengan rapi. 

Ada 3 jenis penginapan di The Banjaran. Garden Villa, Water Villa & Lake Villa. Suami pilih Garden Villa. Setiap kami diberi ala-ala bracelet-room-key. Hala gelang kat pintu terus terbuka. Tak perlu runsing nak simpan mana room key ni. Boleh pakai sepanjang masa sebab waterproof! Terkesima lagi....

Warm welcome note :)


Ok, jom kita tengok apa keistimewaan Garden Villa


Saiz Vila: 261 m². Vila yang luas ini terletak di dalam taman-taman tropika persendirian, serta mempunyai kolam renang peribadi, tab mandi panas geoterma, dan pancuran mandian hujan luaran. Katil bersaiz king mempunyai tilam bulu setebal 4 inci yang selesa. 

Kemudahan Vila:
  • • Minibar
  • • Pancuran mandian
  • • Peti deposit keselamatan
  • • TV
  • • Telefon
  • • Penyaman udara
  • • Pengering rambut
  • • Tab mandi panas
  • • Jubah mandi
  • • Radio
  • • Meja kerja
  • • Kemudahan menyeterika
  • • Ruang duduk
  • • Kelengkapan dandanan diri
  • • Pemain DVD
  • • Pemain CD
  • • Kipas
  • • Tandas
  • • Bilik mandi peribadi
  • • Bilik persalinan
  • • Selipar
  • • Saluran TV satelit
  • • Saluran TV kabel
  • • TV skrin rata
  • • Pintu masuk peribadi
  • • Sofa
  • • Perkhidmatan bangun tidur
  • • Ruang makan
  • • Cerek elektrik
  • • Tuala/linen (bayaran dikenakan)
  • • Kolam renang peribadi
  • • Mesin pengering
  • • Almari
  • • Bidet
  • • Bebas alergi
  • • Mesin kopi
  • • Tuala
  • • Meja makan
  • • Perabot luaran
  • • Outdoor dining area
  • • Seluruh unit terletak di aras bawah
  • • Rak keringkan baju
  • • Tisu tandas
WiFi percuma! *Yassssss!*

Kolam renang peribadi. Bestnye boleh mandi kolam tak perlu pakai tudung! Lagi best boleh acah-acah berenang tanpa ada orang judge 😂Puas hati dapat praktis kuak rama-rama versi Azyyati Liah. Terima kasih coach en suami yang beri kelas renang dengan percuma. Kelakar habis coach ni sepanjang sesi pembelajaran. Haha.


Sink For Her & Sink For Him. Tak payah berebut.


Lengkap dengan facial mist, mouth refresher, insect repellent spray. Terbaik sangat!


Bilik persalinan yang luas!


Jacuzzi with natural geothermal hot springs waters @ The Banjaran Garden Villa. Malam baru dapat berjacuzzi dalam air panas ni. Memang best! Pastu makan McD :D Nasib baik monyet tak kacau!


Villa 1, Garden Villa. Memang luas betul villa ni.


Penjaga Villa 1, Mr Rimau. Sini ada monyet tau. So makanan sila simpan elok2 dalam villa dan tutup pintu. Alhamdulillah takda kena kacau dengan monyet. Bayang monyet pun tak nampak.


Travel buddy with free wifi. Mereka pesan bawak phone ni ke mana sahaja kita pergi. Just in case sesat dalam The Banjaran boleh call :)


Suasana pagi yang mendamaikan dan menenangkan perasaan. Garden Villa @ The Banjaran mengadap batu kapur yang dah berusia jutaan tahun. Rasa tak nak bangun! Rasa tak nak balik!


The Banjaran Hotspring Lake


The Banjaran Hotspring Lake


Geothermal Hotspring Lake @ The Banjaran


Mineral rich geothermal swimming pool. Bila takda budak, memang sunyi sepi je swimming pool. 


Geothermal Naturally Heated Pool


Meditation Cave


Steam Cave


Jeff's Cellar @ The Banjaran Hotspings Retreat has been recently named one of the five most magnificent bars in the world by CNN Greece.


Jeff's Cellar tempat paling unik di dunia terletak dalam sebuah batu kapur Paleozoic yang berusia 260 juta tahun. Kagum bila melihat stalagmit yang indah. Pencahayaan yang romantis dengan air semulajadi yang menuruni batu kapur menyebabkan tempat ini sesuai untuk menikmati fine dining. Restoran ini dibuka pada pukul 6 petang sehingga pukul 11 malam. Kami tak makan pun dalam ni. Makan McD je kat bilik!😜


Kemudian kami dibawa masuk ke satu bilik khas berkunci menempatkan koleksi peribadi. Ada yang dah berusia ratus-ratus tahun. Harga pun cecah ratusan ribu untuk sebotol wine. Makin lama disimpan makin mahal harganya. 


Breakfast @ The Pamelo. Pomelo nama buah yang terkenal di Ipoh. Buah pamelo ni kalau di Japan harga ratus-ratus ringgit nih. Restoran ini beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam dan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.


Antara menu for breakfast


Hot Dipping Pot 40c


Reflexology Pool


Menarik di The Banjaran: Dr.Fish, Gym, Hot Dipping Pots, Jungle Walk, Meditation Cave, Reflexology Pool, Spa & Wellness Centre, The Pamelo



Terima kasih suami bawa retreat dalam hutan. Bukan sebarang hutan ni :) Bangga sebagai rakyat Malaysia ada tempat yang sebegini indah untuk diterokai. Mostly guest yang menginap di sini tourist dari pelbagai negara. 

Ketika daftar keluar, tetamu dihadiahkan miniature labu sayung, cookies & voucher photobook percuma untuk abadikan memori manis selama di The Banjaran. Perlu bayar postage sahaja. Oh jangan lupa ambil buah Pamelo (yang disediakan dalam villa) untuk dibawa pulang! Memang tidak syak lagi tempat bercuti paling best di Ipoh semestinya di The Banjaran Hotsprings Retreat. Saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟

Kalau anda ingin bercuti di sini & rasai pengalaman bercuti di resort bertaraf lima bintang boleh check rate di SINI dan SINI

Dah hujung tahun ni. Selamat cuti-cuti Malaysia :D


Celebrate 10th Anniversary @ Don's Diner PJ

$
0
0



 Happiness isn't about getting what you want all the time. It's about loving what you have and being grateful for it. Alhamdulillah. We are officially 10. Time flies so fast lah!



Don's chocolate grenade......Ready to blast on the table



The Mob's Ribs


Salmon Confit


Don's Diner theme inspired by the movie 'The Godfather' 


Don's Diner PJ
OPEN EVERYDAY
Mon-Sun: 12pm - 11pm
Last order: 10.30pm


p/s: 3rd August 2018, Happy anniversary to you my soulmate, my pillar of strength, my husband. Thank you for 10 amazing years. No words can describe how I blessed and thankful i am to have you as my husband. Blessed for everything that HE has borrowed us with. Love u!😘😘😘


Kenapa di Hotel Royal Chulan Penang? | Cuti-Cuti Malaysia

$
0
0







Sungguh lama overdue. Kini dibawakan khas sebagai salah satu memori 2018. Trip ini berlaku pada September 2018. 


Kenapa pilih Hotel Royal Chulan Penang? Mari saya justify. Sebab lokasinya strategik. Terletak di tepi laut dalam kawasan Weld Quay, Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. 


4 minit jalan kaki ke Swettenham Pier Cruise Terminal dan Queen Victoria Clock Tower. Jalan kaki je kalau nak pergi Muzium Pinang Peranakan dan Muzium Wonderfood. Jalan kaki dalam 500m (7 minit) kalau nak ke Hameed Pata Mee Sotong di Padang Kota. Ford Cornwallis pun area yang sama. 


Harus diingat ya.. pergi Penang time cuti-cuti Malaysia mahupun cuti sekolah memang stress boleh buat bergaduh. Walaupun 500m boleh makan sejam perjalanan. Belum lagi nak cari parking. 


Bilik hotel yang bersih & luas. Free Wifi.


Lengkap dengan wainscoting kayu. Macam gaya klasik Eropah.




Free Parking. Parking di bangunan sebelah ya bertentangan dengan Royal Chulan. If banyak barang boleh drop dulu depan lobi. Kemudian baru parking. 


Check-in bermula jam 2pm. Check-out 12 tengahari. Bilik tiada lipas. Harga bilik termasuk breakfast. Breakfast ok. Size kolam renang pula comel je. Memang penuh budak-budak dengan pelampung😂 Takde celah nak join mandi. Untuk rate bilik boleh check di Booking.com dan Agoda


Royal Chulan Penang
No 1 & 2 Pengkalan Weld, George Town, Penang




Hemeed Pata Mee Sotong & Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang

$
0
0


Hameed Pata Mee Sotong Special Padang Kota


Semasa di Penang sempatlah nak merasa Hameed Pata Mee Sotong dan makan di Jawi House Cafe Gallery. Kita ni jarang-jarang ke Penang. Time cuti umum je lah dapat ke sana. Jadi bertabahlah.



Pasembor sebelah kedai Hameed Pata Special Mee Sotong Padang Kota Georgetown Penang. Sebelah Pasembor kedai coconut shake cair. Bolehla kalau nak order.




Mee Sotong Goreng Special Penang Hameed Pata. Kalau nak jenis rebus pun boleh.
Gigih cheq beratur demi nak merasa sepinggan mee goreng special 😭




Kedai Mee Sotong Hameed Pata terletak di Padang Kota. Nak cari parking memang harus ada kesabaran yang tinggi. Parking berbayar. Cabaran pertama berjaya diatasi...sekarang tibalah cabaran kedua. Beratur panjang gila baq hang! Cheq beratuq dari pintu depan. Jauh nun di sana lagi nak sampai depan kedai Hameed Pata Mee Sotong tuh. Cheq tak kira. Dah beratur panjang harus order untuk makan dan tapau sekali bawak balik. Makanlah ko sampai lebam!



1 jam 45 minit beratur baru sampai depan Hameed Pata Special Mee Sotong ni. Kegilaan apakah itu? Awatlah semua pakat nak makan mee pata kejadah nih. Perut dah masuk angin keluar asap. Cabaran seterusnya ialah mencari meja kosong! Akhirnya setelah melilau-lilau jumpa la corner meja. Setakat 2 orang.. duduk ajelah celah mana-mana kan. Cheq tobat dah nak mai makan sini. Cukupla sekali merasa. Keluar dari Padang Kota sis jadi bingung kejap. Huhu.


Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang


Better pergi makan di Jawi House Cafe Gallery di Armenian Street. Berdekatan dengan Penang mural art tourist hot spot. Nak cari parking dah tentu-tentu challenging. Tapi saat jejakkan kaki dalam Jawi House cafe Gellery, jadi tenang dan sejuk balik. Cafe beraircond uols. Tempat makan yang sangat cozy. Suasana macam dalam gallery. Banyak gambar, handcraft lama bersejarah digantung dalam cafe ni. Ikut nafsu memang nak cuba macam-macam. Akhirnya kita order dengan mengukur perut sendiri. 

Peranakan Muslim Heritage Cafe Gallery. Mesti sedap nih. Tengok menu tempting sungguh. Nak order macam-macam!


Order Heritage Rice Nasi Lemuni sebab tak pernah cuba. 'Rice cooked with lemuni leaves, blue telang flowers flavoured with garlic, ginger, lemongrass, onions & coconut milk'. Alamak aiii, sedap betul rasanya. ..........served with chicken curry, cucumber, fried anchovies and sambal or chilli paste. It is a traditional confinement food for Malay women, to improve blood circulation, replenish iron in blood after delivery and increase energy . Lemuni is also an ancient 1,000 year old Ayurvedic alternative medicine for enhancing blood flow, asthma, joint pains and normalising digestive systems. Currently its anti-cancer properties are being extensively researched. Lemuni is featured in W.J.Karim’s book, “Feasts of Penang: Muslim Culinary Heritage”, MPH, 2013) in Chapter 4 on ‘Rice’. Credit: Jawihouse.com


Order Chicken Curry untuk dimakan bersama Nasi Lemuni. Alahai chicken curry peranakan style ni memang sedap. Suka! Minuman kami cuba Arabian Sherbet. Sedap jugak!


Untuk dessert kami cuba Almond Pineapple Coconut Tart. Aduhhh duhhh rasa sekali jatuh cinta berkali-kali. Kenapa sedap sangat ni?


Sangat menepati citarasa. Insya Allah kami pasti datang lagi! Dah tahu kat mana nak makan sedap di Georgetown Penang.




Harga/Price Keseluruhan

Nasi lemuni - RM10
Chicken Curry - RM13
Almond Pineapple Coconut Tart - RM15
Arabian Sherbet - RM12

2 tempat ni ja sempat makan di Georgetown🙆


Menara Condong Teluk Intan | Cuti-cuti Perak

$
0
0



Acekeme baca ni Yob. Dengan tersipu-sipu malu, segan nak habaq..pertama kali kita masuk dalam Menara Condong Teluk Intan nih! Yeah. Yeah *lompat bintang*
Menara ni sudah berusia 133 tahun tetapi masih berdiri kukuh di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Terletak di sudut Jalan Selat. Betul lah kata orang.. dari jauh menara ini 1 darjah lebih condong ke arah barat. Patutlah namanya pun Menara Condong Teluk Intan.





Kini, menara ini berstatus sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Fuh, bangga negara Malaysia. Katanya Menara Condong Teluk Intan ini asalnya tidakla condong. Banjir besar pada tahun 1985 di Teluk Intan menyebabkan menara ini tenggelam. Kerana bebanan air yang berat, menara mula condong ke arah barat.



History / latar belakang mengenai Menara Condong Teluk Intan. Pada awal abad ke-20, menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan 8,000 penduduk setempat.



Ada 110 anak tangga dibina secara melengkung dan menghubungkan setiap tingkat. Ketinggian menara 25 meter. Dari jauh nampak seperti pagoda 8 tingkat. Tapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat sahaja. Dalam menara ada ditepek gambar-gambar lama menara dan suasana sekitar menara. Banyak perubahan ketara :)



Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu.




✅Menara Condong Teluk Intan dan tiba-tiba jam di menara ini berbunyi dengan kuat....oh berbunyi rupanya jam besar di atas tu. 

P/S: Siapa lagi yang tak pernah sampai? Hehe.
Boleh share tempat makan sedap di Teluk Intan tak....aritu tak tahu nak makan mana



Scrub Muka Paling Best & Murah

$
0
0



All the love for St Ives Fresh Skin Apricot Scrub! 


Kulit rasa bersih dan segar lepas scrub dengan St Ives Fresh Skrin Apricot Scrub. Teksturnya agak kasar. Diperbuat daripada 100% natural walnut shell powder.  Sebab tu lepas scrub habis semua minyak-minyak termendap kat kulit muka terutama hidung habis dikautnya. Hasilnya kulit muka licin selicin satin, lembut seperti kulit bayi & feeling alive! Bau pun sodap. Wangi! Terus kucanangkan ia sebagai scrub muka paling best.


Tapi...harus diingat, hasilnya mungkin berbeza bagi setiap individu. If kulit tiada masalah ok je nak pakai scrub St Ives Apricot Scrub ni. If kulit sensitif sila berjaga-jaga. Takut mendatangkan iritasi. Bagus jugak kalau St Ives ni keluarkan size jenis sample. Bolehla orang try dulu sebelum beli yang full size kan. Full size 170g. Kalau tak sesuai...hmmm...


Harga untuk 170g agak murah. Check sini harga St Ives Fresh Skin Apricot Scrub. Scrub ni boleh beli di Watson & Guardian juga. 


Ni second tiub dah pakai. Suka dengan new look ni. Yang pertama dah guna setahun lalu sampai sekarang tak habis-habis lagi. Sekarang dah jadi scrub badan pulak. Ganti scrub badan yang dah habis😅 



How to use St Ives Fresh Skin Apricot Scrub:


1. Squeeze a dime sized amount of Fresh Skin Apricot Scrub onto your fingertips and massage onto damp skin.

2. Spread in small circular motions, applying gentle pressure to wake your skin’s natural circulation.

3. Work all over, right up to your hairline and onto the sides of your nose.

4. When you’re done, rinse and pat dry with a clean towel.

5. Use 1 to 2 times a week (depending on skin).



Kalau tak silap zaman remaja dolu-dolu... memang pakai scrub St Ives bawak pi asrama. Toilet asrama perempuan dulu..mesti ada baldi-baldi kecik bersusun kat koridor. Kebanyakkannya memang ada St Ives :)


Cara Menang Hadiah Jam Tangan Ice Watch

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam 2 Rejab :)


Masuk peraduan menang jam tangan. Fuh! Belum cuba belum tahu. Durian runtuh kalau menang jam tangan yang warna warni, sporty, funky, rekabentuk ciptaannya datang dari Belgium lagi awesome nih . Rupanya.......


Tiba-tiba dapat DM (direct message). Alhamdulillah! Alhamdulillah! Betul berjodoh dengan pertandingan yang offer jam tangan sebagai hadiah :D Sebabnya ini kali keempat dapat hadiah jam tangan secara PERCUMA! YAAAHOoooo *lompat kegembiraan sambil libas tudung* 


Dah alang-alang kepalang kita throwback sikit hadiah jam tangan yang dimenangi sebelum-sebelum ni okeh.


Kali pertama Folli Follie watch dari Cleo Magazine
Kali ke-2 Guess watch dari Cleo Magazine
Kali ke-3 DKNY watch dari Intrend
Kali ke-4 Ice Watch dari ?


Kebetulan semuanya jam tangan untuk wanita. Sampai sekarang masih elok, kukuh, teguh, cantik dan berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini. Bertukar-tukar setiap kali pakai ikut gaya dan mood. Ada yang kulit, stainless steel dan ceramics.  Dan yang terbaru ni sporty *takde can nak beli jam tangan baru👀*


Ini saya saja nak berkongsi cara menang hadiah jam tangan ice watch. Tengah berjalan-jalan tanpa arah tujuan di instagram tiba-tiba nampak peraduan REPOST & MENANG oleh Majalah EH Malaysia. 


Eh...REPOST jerlahkan. Tak perlu caption/slogan dan sebagainya. S.I.M.P.L.E. Tinggal lagi rajin ke tidak nak repost tu.


Nak jadi rezeki. Nama terpilih pulak sebagai one of the winner. Seronoklah melompat-lompat. So next time kalau ada contest repost & menang cuba masuk hokey. Mana tahu rezeki menang hadiah awesome macam ni :D


Apeee bertuah sangat nih. I am feeling fab this March in Ice Sixty Nine Watch in Blue (unisex) *tayang jam tangan baru :p *




Belai Tubuh Dengan Almond | L'OCCITANE Malaysia

$
0
0




This set includes:

Almond Shower Oil 250ml
Almond Milk Concentrate 50ml
Almond Supple Skin Oil 100ml
L'OCCITANE Slimming Massage
& Lots of samples!


Pertama kali berkenalan dengan L'Occitane 10 tahun sudah. Tuan suami hadiahkan L'Occitane Almond Supple Skin Oil dalam dulang hantaran. Sejak itu mula jatuh cinta dengan L'Occitane. Almond Supple Skin Oil ni pakai lepas mandi. Kulit akan jadi lembut dan anjal. Bau almond sangat best dan menyegarkan. Masalah mula timbul bila suami kita pun jatuh cinta sama💁


10 tahun kemudian, Julai baru-baru ni... suami order online dan hadiahkan semula sebotol L'Occitane Almond Supple Skin Oil. Kali ni bukan solo. Tapi trio...ditemani Almond Shower Oil 250ml & Almond Milk Concentrate 50ml. Alahai so sweet :) Rupanya bukan masalah tapi rezeki. Mohon terus sweet untuk 10 tahun akan datang. oh! oh! Pastu disweetkan lagi oleh L'Occitane Malaysia dengan bagi samples dan packaging yang cantik dan esklusif! Kotak kuning diraja gitu. Unboxing time buat sis terkedu !


Oh btw, makin banyak jenama yang sediakan platform online. Lebih senang nak menyopping *bahaya* Contohnya Sephora Malaysia, Tumi Malaysia, Bonia Malaysia, Cinelle Skin Care Malaysia, Christy Ng Shoes dan banyak lagi.


Oklah taknak buat review panjang-panjang. Bagi sistur belai tubuh dengan almond dulu okey. Just nak bagi tahu Hari Natal bakal menjelang tiba. Memang banyak gift set time-time ni. Bolehla pilih satu atau dua hadiah sebagai reward diri. Dah penat bertungkus-lumus setahun. Tak salah splurge untuk diri sendiri setahun sekali. Kalau dah splurge tiap-tiap bulan, mohon insaf. Marilah kita menabung untuk tahun 2019!


p/s: Psssttt....korang shopping apa masa Black Friday & Cyber Monday?



Viewing all 468 articles
Browse latest View live