Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

Majlis Raikan Cinta Penyatuan Dua Jiwa

$
0
0


BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR. 


Baru-baru ini berlangsung majlis meraikan cinta anakanda kepada Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh di Dewan 1, IDCC Shah Alam. Bertuah dalam masa yang sama teruja sangat sebab dapat melibatkan diri dalam majlis meraikan cinta penyatuan dua jiwa ini. Majlis yang penuh bermakna dan barakah berlangsung dalam suasana gilang gemilang. Moga mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke syurga Allah paling tertinggi. Amiin Ya Rabb. 


Saja nak kongsi dan simpan beberapa gambar sekitar masjlis perkahwinan yang berlangsung meriah dan gemilang ni dalam blog sebagai kenangan.


Pengantin lama menumpang barakah pengantin baru. Semoga cinta yang bertaut dijulang hingga ke syurga 💕


He is the one who will make my akhirah beautiful. In sha Allah *love*


Haruslah tidak melepaskan peluang bergambar dengan wanita humble berjubah hitam Puan Hajah Fauziah Ghous yang popular lagi cantik menawan ni. Terpegun sis! Wanita elegan dan anggun sebelah kanan, cik puan pengacara majlis. 




Suami pula tak lepaskan peluang berfoto kenangan bersama Dato' Nash, legend penyanyi Malaysia. Asalnya satu lagu tapi kalau dah otai memang tak cukup dengan nyanyi satu lagu. Satu lagu baru nak panas suara kan. Lagu 'Ku Di Halaman Rindu' betul-betul mengubat rindu para tetamu yang excited mendengar nyanyiannya. Suaranya masih berbisa di halwa telinga. Selain Dato' Nash, ada kumpulan Hijjaz yang turut membuat persembahan. Sebelum tu kena tadah telinga dulu dengar tazkirah daripada Dato' Haji Fadzilah Kamsah.


Tuan Suami bergandingan bersama Cik Puan Muna Izzah Dato Fadzil menerajui majlis resepsi meriah, gemilang dan penuh barakah ini di Dewan 1 IDCC Shah Alam


Terima kasih Dato' Ustaz Mohd Zawawi atas kepercayaan yang diberi kepada kekanda suami. Buat suami, tahniah kerana suskses menggalas tanggungjawab yang diberi 💖


Bergambar kenangan bersama ibu dan bapa pengantin 


Saling memahami kunci bahagia
Tolak ansur pula mesti dijaga
Role model terbaik ayah dan bonda
Barulah rumahtangga aman sentosa


Buat pengantin baru...wishing both of you all the happiness in the world to sail the new marriage life💖

Selamat Pengantin Baru!
6 Oktober, 2018



Akhirnya Dapat Kunci Kondo!

$
0
0


6 Julai 2018
Setelah 3 tahun menanti, akhirnya dapat kunci kondo!













Vacant possession is a term to describe the usual basis on which a seller must deliver a property to a buyer on completion. 

Appointment dibuat seminggu awal terlebih dahulu. Pada hari penyerahan kunci kami diberi satu fail yang mengandungi voucher perabot, curtain, barangan elektrik dan yang paling best diberi percuma sebiji dryer. Selain itu diberi thumb drive yang dalamnya mengandungi condo rules & regulations. So balik kena baca & hadam. 

Kemudian dibawa oleh concierge untuk pusing-pusing sekitar condo sebelum masuk ke unit sendiri. Jangan lupa bawa masking tape untuk tanda mana-mana defect pada unit kediaman. Alhamdulillah setelah kami check major defect hanya a few sahaja seperti sliding door tak boleh tutup, lantai kayu crack, aircond tak sejuk (developer dah siap-siap pasang 3 biji). Yang lain minor sahaja. Lebih kurang 40 defect kami mark dan terus whatsapp concierge untuk beliau record masuk dalam sistem untuk tindakan selanjutnya. Oh jangan lupa juga check paip bilik air, flush toilet, buka shower untuk make sure tak bocor dan semua dalam keadaan baik. Check juga telefon yang direct dengan pak guard, butang kecemasan, setiap kunci boleh berfungsi dengan baik dll yang difikirkan perlu.

Setelah major & minor defect dibetulkan....Bolehla mula renovation!

Hasilnya? Tungguuuuuuuu...



Watermelon Cake @ Naj & Belle Subang

$
0
0


#flashback1 May 2018. Satu Malaysia cuti sempena Hari Buruh  

Suami decide nak bawa kita dating or coffee-coffee di Naj & Belle Subang. Kata suami dia pernah datang makan sini dengan officemate. Jadi kali ini nak bawak wifey pulak datang makan dan rasa food di sini. 


Di mana Naj & Belle? Buka pukul berapa? Nah, info di bawah ni.


Naj & Belle Café
Hours: 10am-10pm, daily
Address: G-03A, Ground Floor, Courtyard Mall, SS15/4G
Subang Jaya (beside Harajucube)



Naj & Belle sangat terkenal dengan signature cake mereka ; Watermelon Cake. Sepotong kek tembikai ini berharga RM17.90. Suapan pertama...ohhh sejuk dan sedapnya! Tembikai kot yang ada di tengah-tengah lapisan kek dan cream tu. Kreatif bila Naj & Belle perkenalkan watermelon cake ni. At least sesuatu yang baru! 




Saya penggemar pasta. Dalam seminggu mesti sekali akan masak pasta. Muak jugak asik makan nasi. Suka cedok idea-idea dari cafe hipster untuk masak pasta di rumah. So di Naj & Belle teringin nak rasa Fettucine Smoked Salmon. Harga RM29. Wow heavy dengan napoli sauce. Makan panas-panas memang onz sangat!




Suami pula order The Belle Breakfast. Harga RM28.50. Roti pita yang biasa buat kebab tu digabungkan dengan Atlantic salmon dimasak sempurna juicy di dalam crunchy di luar dimakan bersama poached egg. Dihiasi dengan roasted cherry tomatoes & chilli labneh. Nyums! So creative la this menu! Memang sedap! 




Sekian review ringkas untuk beberapa menu di Naj & Belle. Kalau nak kan kelainan bolehla try makan-makan di Naj & Belle :) Tapi cuba elak peak hour sebab meja terhad. Naj & Belle memang sentiasa full house!




Review Philips Perfect Care Aqua | Steam Iron

$
0
0


Saya dibesarkan oleh seorang abah yang rajin gosok bajunya sendiri. Dari kecil tengok abah cuci baju sendiri, gosok baju sendiri, jemur baju sendiri dan banyak benda lagi kerja-kerja rumah yang abah boleh buat sendiri. Cayalah abah! Bertuah ibu!


Bila bertemu jodoh pula dengan suami yang jenis suka gosok baju sendiri juga😇Kita pulak jenis yang paling tak suka menggosok. Melipat baju tu okey lagi bab menggosok. Masha Allah! Hmmm...syukurlah dapat suami perihatin. Julai 2017 dia bawa pulang steam iron Philips Perfect Care Aqua. Rasa terharu bila suami bawak balik steam iron Philips Perfect Care Aqua kat rumah. Ku rasa romantik habis. Perasaan gembiranya macam dapat cincin 1 carat! 


Review: La ni lebih kurang setahun lebih dah guna iron philips...em..em..macam mana nak cakap ya...iron ni memang best sungguh! Patutla selalu viral iron ajaib ni dulu-dulu kat facebook. Effortless sangat kerja-kerja mengiron baju. Terutama material silk, cotton, linen, seluar khakis...fuh iron yang biasa tu memang agak bertungkus lumus jugakla kalau nak hilangkan kedutan. Selain itu, kena sentiasa berjaga-jaga bab mengawal suhu kepanasan iron. Kang terlebih panas terbakar pulak. Paling seram bab nak iron tudung duck. Kalau terbakar memang menangis!


Philips PerfectCare Aqua - the best iron in the world! Kalau tertinggal lama atas iron board, tudung duck anda masih selamat! Tidak terbakar sebab menggunakan OptimalTemp Tech. No temperature and steam setting needed.


Sebab suami romantik belikan steam iron Philips, maka kita balas keromantikan beliau dengan volunteer menggosok semua baju-baju beliau. Belikan iron mahal untuk isteri consider romantik & perihatin tau. Oh-oh! Sesuai sangat dijadikan hadiah besday or anniversary untuk isteri :D


Philips Steam Iron GC8600 series


Kena selalu buat decalc supaya iron sentiasa dalam keadaan tip top & excellent condition! Biasanya sebelum menggosok saya akan buat decalc dulu. Tak perlu tunggu lampu merah decalc nyala baru nak buat. Proses decalc buat bila iron dalam keadaan sejuk/normal/suhu bilik. Jangan buat ketika iron masih dalam keadaan panas. Air yang keluar agak menyembur dan panas! Please unplugged for at least 2 hours baru decalc.


Tadah bekas kecil dan pulas kunci easy de-calc di atas untuk keluarkan air kotor @ keladak. Setelah air berhenti keluar masukkan semula kunci dan pulas dengan kemas. Biasanya pulas kunci beberapa kali baru kemas. Kalau sekali dua pulas dah kemas tu maknanya kunci tak dimasukkan dengan betul. Akibatnya bila on iron, air akan keluar meleleh di tepi kunci.


Dah setahun lebih guna. Serious memang berbaloi-baloi! Jadi rajin pulak menggosok. Tudung, blouse, baju husband, jeans pun siap gosok. *over*



Cara jaga / tips penjagaan iron Philips Perfect Care Aqua

1. Mesti guna air tapis. Air paip biasa ada klorin. Jika penggunaan kerap lama-lama steam iron boleh tersumbat. Oh pastu jangan masukkan perfume, starch, ironing aids or other chemicals ya. No-no-no.

2. Untuk long lasting performance jangan biar air lama-lama dalam tank. Macam saya agak-agak isi tank tak penuh sangat. Sekali iron ambil masa sejam ke 2 jam. Air dah hampir paras minimum baru berhenti gosok. 

3. Guna suis / plug direct

4. Kerap lakukan proses De-calc


Apa nak buat kalau sedang tengah iron tapi tak keluar steam / wap?
Unplugged for at least 2 hours then decalc. 


Boleh usha sini untuk jenis dan harga kalau berminat nak beli satu :D





azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder

$
0
0


5.12.2018. Today is my birthday! Sempena birthday tahun ni sis nak jemput ramai-ramai anda semua menyertai giveaway 2018 ini. Kebetulan Disember adalah festive season, maka kita nak bagi hadiah istimewa sempena giveaway kali ini. Tidak lain dan tidak bukan....



Drumroll
.
.
.
.
.
.


Duck Card Holder worth RM150 x 1 winner

  • Customized metal hardware
  • Magnetized closure
  • Comes with a D ring to hang your favourite keychain
  • Material: Cross-hatched leather

Suka tak? Suka tak?



Syarat penyertaan

1. Follow blog  Azyyati Liah bagi yang belum follow

2. Follow Google +Azyyati Liah  di Google Badge

3. Follow Instagram azyyatiliah

4. Buat entry khas bertajuk "azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder"& letakkan sekali banner di atas dan backlink ke entry giveaway ini.

5. Sila masukkan link penyertaan anda di ruangan komen di bawah

Itu sahaja! Simple. Giveaway berlangsung sehingga 31 Januari 2019.


Credit pic: The Duckgroup



Terima kasih di atas kesudian anda semua untuk menyertai "azyyatiliah.com Giveaway 2018 | Win Duck Card Holder"



TIPS: Entry khas mestilah menarik. Korang perlu juga aktif komen di mana-mana blog post atau di instagram. Sis sendiri akan pilih pemenang. Jadi haruslah menonjolkan diri okeh!




10 Youtuber Jana Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia 2018

$
0
0


Hi guys! Welcome to my channel! Eh.... *youtuber mode*


Dua hari lepas keluar 10 senarai youtuber paling kaya yang menjana pendapatan paling tinggi di dunia untuk tahun 2018. Anda tahu kan, makin banyak subscriber dan makin banyak view, maka makin banyak jugakla pendapatan yang anda perolehi. Dah ramai Blogger bertukar jadi Vlogger. 


Saya pun penggemar Youtube. Beli chromecast bolehla tengok channel Youtube di TV. Almaklumlah tv lama tak berapa nak smart.  Antara channel Youtuber Malaysia yang saya suka tengok Vivy Yusof, Asma Nasa, Aida Azlin (highly recommended!). Ramai jugak BBBNU punya channel. Tapi tak sesuai dengan jiwa dan usiaku yang sudah makin meningkat nih. Huhu. Ikutlah preference masing-masing. Selain tu, kalau nak dengar ceramah Ustaz Abdul Somad (highly recommended!), Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Dato Dr Izhar...sinilah jugak tempatnya. Tak tidur malam weh kalau dengar ceramah 'Malam Pertama di Alam Barzakh'. Insof. Channel lain yang saya suka tengok Kara and Nate untuk travelog. Inspiring sangat! Target mereka nak pi 100 negara pada tahun 2020. Suka tengok sebab sangat profesional edit! Macam tengok dokumentari. Kara and Nate juga pernah check-in di Soneva Jani...Maldives most luxurious resort. Tempat yang sama Hanis Zalikha pergi dulu. Channel House & Home tempat inspirasi untuk deco & renovate rumah. Mel In Melbourne because i'm crazy about handbag! Ok dahla..


#1 Ryan Toys Review youtuber dengan 17 juta pengikut yang menjana pendapatan paling tinggi untuk tahun 2018 bernilai $22 million = RM91.63 juta. Fuhhhhh! Paling tak boleh blah... Ryan baru berusia 7 tahun. Budak kecik lagi. Dia suka review toys macam lego, keretapi, kereta dll. Bertuah makayah Ryan. Tak perlu risau dah tabung pendidikan Ryan. Hihi. Korang pi masuk youtube dan tengok sendiri nah. :D

#2 Jake Paul = $21.5 million

#3 Dude Perfect = $20 million

#4 DanTDM = $18.5 million

#5 Jeffree Star = $18 million (beauty mogul ualls!)

#6 Markiplier = $17.5 million

#7 Vanoss Gaming = $17 million

#8 Jacksepticeye = $16 million

#9 PewDiePie = $15.5 million

#10 Logan Paul = $14.5 million (baru berusia 23 tahun)


Makin berduyun-duyunla kerja sebagai Youtuber. 

Hetian Foldable Mini Travel Steam Iron

$
0
0


Hi kaki travel! Sale 11.11 dah selesai. Kini tiba year end sale pulak 12.12.

Dah survey ke nak beli apa di Lazada atau Shopee?

Saya ada survey beberapa item. 






Produk detail:
- Ringan dan siap boleh lipat dengan size iron yang kecil molek. Mini size iron.
- Siap ada steamer. So ini adalah steam iron.
-Power: 220V ~ 240V
-Rated Power: 700W
-Suhu adjustable dengan 4 gear thermostat
-Sesuai untuk material nylon, silk, wool, cotton, linen, chemical fiber

Ok memang sesuai untuk travel iron nih!

Harga paling murah di ShopeeRM25.90 tidak termasuk postage.  Kat Lazada pun harga RM25.90 tidak termasuk postage. Plug jenis 2-pin China. Oklah harga pun tak sampai 30 ringgit kan. Tak boleh nak demand quality setanding Tefal. Kalau ada budget lebih bolehla beli hat yang mahal sikit. 

Pasnih boleh bawak shawl duck pi travel 👻






LAZADA 12.12 GRAND YEAR END SALE!

$
0
0


LAZADA 12.12 GRAND YEAR END SALE!



Lazada Splash It!


Korang jom sertai Lazada's Super Splash It! untuk berpeluang memenangi kereta baru sempena tahun baru.

Bagaimana caranya:

Step 1: Cari Slash It Page pada 10.12.2018 dan bersedia untuk slash!

Step 2: Slash 1 daripada 20 'car vouchers' dari 10.12.2018 00:01am hingga 11.12.2018 23:59pm

Step 3: 'Car Voucher' akan dimasukkan ke dalam akaun Lazada sekiranya korang dapat slash

Step 4: Orang pertama yang menggunakan voucher tadi untuk beli kereta pada 12.12.2018 jam 12.12pm akan memenangi kereta AXIA di atas!


What?! Lazada sell car at Lazada?
Yes, they do!👻

Ada ke yang beli?


Sale 11.11 itu hari 😎

Jadi tunggu apa lagi? Jemputla jenguk page Lazada. Banyak lagi promo sempena 12.12.2018 ni. Korang boleh collect vouchers di bawah di page lazada.





Harga Kereta Proton X70

$
0
0




Setelah Proton mendapat kira-kira 10 ribu tempahan akhir Oktober lalu (wow!) akhirnya harga kereta Proton X70 telah diumum semalam oleh Tun M masa pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis crossover atau SUV. 70 menggambarkan size atau segmen kelas SUV. Maka jadilah Proton X70. Gitu rupanya.

Berikut adalah senarai harga kereta proton X70 untuk empat (4) varian atas jalan tanpa insurans. Harga kereta sama di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.

Premium 2WD - RM123,800
Warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown & Flame Red
Interior color : Brown Nappa Leather

Executive AWD - RM115,800
Warna: Snow White & Jet Grey
Interior color : Black Leatherette

Executive 2WD - RM109,800
Warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown
Interior color : Black Leatherette

Standard 2WD - RM99,800
Warna: Snow White & Armour Silver
Interior color : Black Fabric

Canggih manggih tau kereta Proton X70 ni. Kerjasama pertama Proton dan Geely. Geely ni jenama antarabangsa dari China dan memiliki Volvo Cars. Pertama kali sentuh, masuk dalam dan duduk atas tempat duduk kulit Nappa coklat Proton X70 masa di Kuala Lumpur International Show 2018 KLIMS baru-baru ni. Paling suka varian Premium 2WD. Warna merah tu mengancam habis! Interior pulak Brown Nappa Leather.

Warna Flame Red istimewa hanya untuk varian Premium 2WD


Kredit: Google
Interior Brown Nappa Leather hanya untuk varian Premium 2WD


Semua varian menerima ciri keselamatan termaju. Spesifikasi X70;

1. Semua varian dipacu enjin 1.8 liter TGDI turbo petrol
2. Kotak gear automatik 6-kelajuan
3. Mampu menjana kuasa 184 PS pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,700 - 4,400rpm)
3. Dilengkapi Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI)
4. Ada 6 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Membrek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Kawalan Cerun (HHA), Kawalan Menurun Curam (HDC) & Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
5. Ada 6 port USB


Setiap pembelian didatangkan bersama pakej:
Pakej Servis Xtra
Kadar Pembiayaan Rendah Xtra
Perlindungan Waranti Xtra
Pakej Data Xtra


Kalau ikut review paultan Proton X70 sebenarnya sebuah SUV segmen C, bermakna lebih besar dari Honda HR-V, Toyota C-HR dan juga Mazda CX-3. Saiz X70 lebih hampir dengan size Tiguan dan Mazda CX-5.


Tonton video kecanggihan X70



Premium 2WD tu menarik kan. Korang ni tak baik tau kata harga Proton X70 harga Yahudi, harga Tel Aviv la. Kita positif okey. Bangga tau kita ada kereta nasional canggih giler dengan harga berpatutan. Spec power dah tu. Kalau ikut harga dalam kelas yang sama lebih kurang harga Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-trail.

Tapi nak dapat kereta secanggih gitu kena beli Volvo, Audi, BMW, Mercedes atau Porche ke...Tak dapat pakai kereta mahal-mahal pakai X70 pun boleh.  Dapat juga feeling luxury. Persoalannya mampu ke tidak? Kalau mampu tengok kita tengok jerla beramai-ramai. Yang mampu beli kita raikan. Hehe.

Tiada kaitan -> Kat rumah ni ada kereta proton dah hampir 17 tahun dan masih guna dan berfungsi dengan baik sampai sekarang😅 Dari zaman uni sampai la ni. Fuh! selama 17 tahun ni boleh kata takda alami sebarang masalah. Tahan lasak betul kereta Proton. Kata husband kita tengoklah tahan lama mana. Mana tau ada rezeki diganti dengan Proton X70👻




Senarai Harga Tiket Tempat Popular Di Malaysia Musim Cuti Sekolah

$
0
0


Meriah sungguh bulan Disember kan! Dengan festive season nya. Dengan cuti sekolahnya. 

Now khusus untuk yang tengah mencari tiket Aquaria KLCC, Sunway Lagoon Malaysia, Sunway Lost World of Tambun, Melaka A'Famosa Safari Wonderland, Movie Animation Park Studio Ipoh, Legoland Johor....eh banyak theme park di Malaysia!

Okey kita senarai pendek harga tiket theme park @ tempat popular di Malaysia musim cuti sekolah. Dewasa & kanak-kanak.

Aquaria KLCC *validity: 30 June 2019
Dewasa : RM49 RM33
Kanak-kanak : RM39 RM23

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh *validity 27 May 2019
Dewasa : RM80 RM48
Kanak-kanak : RM80 RM46

Sunway Lagoon Malaysia
Dewasa : RM130 RM110
Kanak-kanak : RM106 RM90

Lost World of Tambun
Dewasa: RM70 RM58
Kanak-kanak: RM62 RM53

Berjaya Times Square Theme Park
Dewasa: RM39 RM35
Kanak-kanak: RM28 RM25

Bangi Wonderland Theme Park
Check SINI

District 21
RM80 RM75 seorang

Farm In The City
Dewasa: RM37 RM35
Kanak-kanak: RM30 RM29

KidZania Kuala Lumpur
Dewasa : RM47 RM42
Kanak-Kanak : RM89 RM75
Combo: Check SINI


Kenapa check SINI. Sebab ada keterangan lanjut yang perlu korang baca dulu. Contohnya package options, what to expect, product information dll. Lebih mudah kalau anda check di Wonderfly Asia sebab di sana ada promo sedang berlangsung ke tempat menarik popular pilihan ibu bapa berkunjung sempena cuti sekolah. Ada banyak pilihan!


 https://www.wonderfly.asia/
 https://www.wonderfly.asia/


Contohnya: 


Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh




Maps Ipoh MAPS Ipoh


Jadi tak payah runsing. Senang beli siap-siap online di Wonderfly. Register dulu sebelum booking. Buat pembayaran guna kredit kad atau internet banking. E-tiket akan dihantar melalui emel. Pastu print. Masa nak masuk tunjuk tiket. Pastinya harga  tiket pun lebih murah dari walk-in. Mudah kan?

So wahai ibu bapa sekalian, sudah fikirkan di mana mahu bawa kanak-kanak cilik bercuti?

TIPS: Follow Facebook : Wonderfly untuk dapatkan promo-promo terkini 2018 & 2019.


Tempah Perkhidmatan Penjaga Kesihatan Peribadi Di Rumah Secara Online

$
0
0


Boleh ke upah orang tolong jaga ibu bapa yang uzur?
Boleh ke upah nurse jaga orang tua di rumah?
Boleh ke upah jaga orang sakit?
Ada ke penjaga orang tua di rumah?
Ada ke perkhidmatan jururawat peribadi part time di rumah?
Ada ke perkhidmatan fisioterapi buat di rumah?

Terutama warga emas terlalu uzur dan tak mampu pergi sendiri ke hospital tanpa bantuan anak-anak. Call kan GRAB pun kena turun jalan kaki sendiri masuk dalam hospital. Kalau hantar tempat private untuk orang tua dikatakan anak derhaka. Tapi orang tua dibiar keseorangan tidak berjaga kerana anak-anak terikat dengan komitmen kerjaya. Anak-anak pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada orang tuanya. 

Jadi alternatif lain ialah menggunakan perkhidmatan penjaga kesihatan peribadi di rumah. Sesuai untuk ibu bapa yang terlalu uzur untuk bergerak. Hanya mampu baring di atas katil sahaja. 

Persoalannya di Malaysia ada ke yang menawarkan perkhidmatan begini? Jawapannya memang ada. Servis ini kurang diketahui umum. 

Contohnya Caregiver Asia platform online yang membenarkan anda tempah perkhidmatan penjaga peribadi ibu bapa secara atas talian atau book home care services via online. Sebelum book online kita boleh lihat dulu resume nurse @ jururawat @ care companion ikut perkhidmatan, harga & preference masing-masing. Hubungi talian hotline 24 jam Caregiver Malaysia di +603 2856 2273 untuk pertanyaan lanjut. Dengan Caregiver Malaysia dapat memastikan orang tersayang anda akan dijaga sebaik-baiknya. 


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
1. penjagaan orang tua @ care companion
2. jururawat peribadi @ nurse jaga di rumah @ home nursing care
3. Fisioterapi
4. Pengasuh @ baby sitter
5. Jaga orang pantang @ confinement lady
6. Jaga orang lepas bersalin @ post-delivery services


 Caregiver Malaysia
Browse Services untuk lihat harga dan servis yang ditawarkan


Caregiver Asia juga platform yang menghubungkan Careseekers dengan professional freelance Caregivers yang menawarkan perkhidmatan 24/7. Jika ada kemahiran dan mempunyai sijil tauliah boleh juga apply untuk jadi freelance Caregiver Malaysia. Contohnya post-delivery services, confinement ladyhome cleaning, personal grooming, speech therapist dll. Perlu daftar @ sign up terlebih dahulu. Dicadangkan anda lihat pada section 'How It Works' untuk pemahaman lanjut.

Bagus sangat jika perkhidmatan sebegini disebar luas di Malaysia. Ramai yang mencari dan memerlukan perkhidmatan begini. Arwah atuk juga dulu ada jururawat lelaki peribadi walaupun tinggal di rumah anak-anak. Sebab atuk memang tersangat uzur.  Sakitnya agak lama dan hanya terlantar di atas katil. Sukar untuk berulang alik ke hospital. Jururawat peribadi ni sangat profesional dan berkemahiran dalam menguruskan warga emas. Kaum keluarga lega atuk dijaga dengan baik sebelum hayatnya berakhir :D

Begitu juga perkhidmatan menjaga ibu berpantang atau lepas bersalin. Kerana ada sesetengah pasangan perlukan bantuan dalam hal penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi. Permintaan ini mendapat permintaan tinggi!

Nota: Caregiver” means Para Care professionals, Allied Care professional, and certified self-employed caregivers, or any other person or company working for or on behalf of a Care Business and verified by an authorized body in the area of care.



Harmony Zone Cafe Western Puncak Alam

$
0
0


Hujan lebat pun membasahi bumi. Kilat sambung menyambung. Begitulah cuaca setiap petang bulan Disember. Kejap-kejap scroll laju-laju gambar dalam gallery. Banyak betul gambar. Beribu-ribu. Nak delete terasa sayang👻

Puncak Alam ni terkenal dengan UITM Puncak Alam. Maknanya kawasan Puncak Alam ni ramai student. Tidak hairanlah kawasan ini dikatakan food heaven. Harga pun murah-murah. Dari nasi kambing, burger meleleh, satay ikan, goreng pisang cheese banjir coklat, ayam goreng seringgit, nasi lemak seringgit, cakoi, nasi kukus Riz, somtam Mayamin, Aryana pizza cheese meleleh, KFC, McDonalds, Dominos dan banyak pilihan lagi. Ada dalam restoren mahupun tepi jalan. Tepuk dada tanya selera. 

Ni bukan food review tau. Saja nak mencadangkan satu cafe western ni. Wahai warga dan pelajar puncak alam, sis tak pasti uols dah pernah dengar atau try cafe ni. Namanya Harmony Zone Puncak Alam. Tema menu adalah western. Terkenal dengan Harmony Tower Independent & Hormony Tower Flavours.

Hamony Zone Puncak Alam
No 36 Jalan Niaga Bestari 5
Kuala Selangor

Waktu perniagaan
Isnin: TUTUP
Selasa: 2:00 PM to 12:00 AM
Rabu: 2:00 PM to 12:00 AM
Khamis: 2:00 PM to 12:00 AM
Jumaat: 2:00 PM to 12:00 AM
Sabtu: 2:00 PM to 12:00 AM
Ahad: 2:00 PM to 12:00 AM





Fish & Chips RM12
Thai Tea VS Green Tea RM6
Mee Daging. Signature of Harmony RM9.50

Sis nak tanya korang dah pernah sampai ke Puncak Alam? Apa lagi yang menarik di sana?




Birthday Gift!

$
0
0


🙀🙀🙀🙀🙀🙀🙀


OMG! OMG! OMG!

Specialnya hadiah birthday tahun 2018 ni.

Terima kasih en.suami....patutlah dah bertahun-tahun tak dapat hadiah besday!😂


Fresh from Louis Vuitton KLCC


Menggigil-gigil tangan waktu unboxing!
*i am still pinching myself!*


Nak tau ke apa isi dalam?



6 Perkara Penting Sebelum Ubah Suai Dapur

$
0
0


Sebenarnya kalau diikutkan ruang dapurlah ruang paling banyak nak invest berbanding ruang-ruang lain dalam rumah. Sebab dapur adalah jantung sesebuah rumah. Sebelum nak ubah suai dapur kena consider beberapa perkara. Macam saya sukakan dapur yang nampak luas, kemas dan tidak serabut, ada ruang storan yang banyak, praktikal dan mudah untuk diselenggara (cuci).


Sebelum masuk ke rumah baru, selain plaster ceiling, pasang lampu & kipas, saya dan suami akan peruntukan bajet untuk ubah suai dapur dulu. Bajet terhad maka yang lain tolak tepi dulu. Kita siapkan berperingkat. Tambahan pula ubah suai dapur perlukan kos yang agak tinggi dan semestinya sepanjang proses tersebut ruang udara akan berhabuk yang teramat sangat! Prefer siapkan dapur awal-awal sebelum pindah masuk. Ada 6 perkara penting sebelum ubah suai dapur.


1. Peruntukan bajet untuk ubah suai dapur mengikut rekabentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Makin besar keluasan dapur makin tinggi kosnya. Kos juga bergantung kepada material yang kita gunakan. Contohnya untuk pintu kabinet nak guna sama ada spray paint, glass door, glossy door atau aluminium semua harga berbeza. Begitu juga counter top. Paling murah tiles. Kalau ada bajet lebih dan hendakkan dapur kontemporari dengan kemasan yang lebih cantik dan senang maintain boleh guna solid surface, quartz atau granite. Harga setiap satunya berbeza kerana durability berbeza. Begitu juga untuk kemasan pintu. Guna sistem soft close atau tidak (kalau tiada soft close memang gedegang-gedegang la bukak tutup pintu kabinet) Nak tall unit atau tidak. Nak sistem drawer atau tidak. Kalau nak letak pull-out basket tambah lagi duit :D


2. Pilih kontraktor yang bertauliah dan ada reputasi, yang hasil kerjanya elok supaya dapur kita kelak berfungsi dengan elok. Survey dan dapatkan quotation dari dua atau tiga kontraktor.


3. Peruntukan dan pertimbangkan juga untuk ubah dan alih sumber air dan elektrik. Biasanya developer bagi yang basic. 


4. Tentukan ruang storan dan penyimpanan. Macam saya memang memerlukan ruang storan yang banyak. Suka susun dan simpan barang dalam almari. Setidak-tidaknya dalam almari dapat elakkan habuk dari bertenggek. Ada yang suka susun-susun atas rak. Senang nak capai. Jadi ikutlah keselesaan masing-masing.


5. Pastikan pengaliran udara baik dan pencahayaan dapur juga cerah. Saya sukakan dapur yang ada ducting. Jadi bau masakan dan asap akan dialirkan ke luar rumah. Suami balik rumah takla bau isteri macam bau bawang! Hehe.


6. Susun atur dapur yang baik memudahkan pergerakkan kita masa memasak. Peralatan dapur juga harus disusun dengan baik. Susun perlatan dapur mengikut kekerapan yang kita guna. Kuali dan pinggan yang kerap kita guna boleh letak dari aras pinggang ke bawah. 


Saya quote kan balik kata-kata seorang wanita ni "Ada 3 keajaiban bila rumah sedap dan selesa mata memandang. Suami yang selalu keluar rumah akan jarang keluar rumah mencari ketengan di luar, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah."


Tiba-tiba rasa nak throwback zaman kanak-kanak dulu. Terima kasih ibu & abah sebab beri pendidikan kepada anak-anak melalui tauladan. InshaAllah kak long dan adik-adik menjadi suri yang baik dalam rumah. FYI kami adik beradik perempuan semua tau. Bila ibu memasak di dapur kesemua kami adik beradik dikerah masuk dapur. Hahha. Bila potongan tak sekata kena tegur, bila masak bersepah kena tegur, lepas masak tinggal senduk kuali tak basuh atas dapur mahupun dalam sinki kena tegur. Think positive ja ya. Hehe. Oh pastu kena basuh pinggan sendiri bila ke rumah tetamu yang jamu makan! Tapi bila fikir-fikir balik bersyukur sebab akhirnya mendidik kita jadi isteri lebih berdisiplin dalam mengurus rumahtangga. Bila dah berkahwin walaupun ibu tak monitor dah terbiasa dengan sendirinya. Love you ibu! Oh sebut pasal basuh pinggan di rumah tamu...jiran ibu saya..datang rumah kami yang buat makan-makan..yang lain tengah rancak sembang, pastu anak bujangnya senyap-senyap tolong basuh pinggan kat dapur lepas makan! Oh MashaAllah. Hebatnya beliau mendidik anak bujangnya. Salute sangat. Bertuah bakal isterinya nanti!


Ok sambung balik. Bila selesai masak dan makan semua mesti bekerjasama kemas dapur sehingga bersih. Masing-masing perlu basuh pinggan masing-masing, dilarang tinggal dalam sinki (*oh sebelum basuh pinggan sisa makanan buang dulu dalam tong sampah. Oh emm gee...ada tau jenis yang tak reti buang sisa makanan. Bersekali sisa makanan letak dalam sinki. Pastu basuh tangan. Pastu ewww geli tengok sisa makanan bertakung air dalam pinggan dalam sinki. Tukar habit please.....memudahkan kerja orang yang rajin tolong basuh pinggan 😹), kuali dan periuk siap dibasuh disimpan di tempat asal, pinggan yang dah dibasuh siap dilap, makanan yang tak habis tidak ditinggalkan di atas meja, simpan dalam bekas dan masuk peti ais, meja siap dilap, kerusi semua disusun rapi di bawah meja, sampah basah mesti diikat rapi dan terus buang dalam tong sampah besar luar rumah (tugas lelaki). Barulah binatang macam cicak, tikus, lipas, semut dll tidak besarang dalam rumah. Diorang boleh kebuluran kalau stay lama-lama dalam rumah👻 Then baru ramai-ramai bergerak keluar ke ruang tamu.  Kata ibu bila ramai-ramai buat cepat siap. Sama-sama boleh tengok tv. Takla sorang je yang penat. Yup, make sense! Pendidikan melalui tauladan. Yang bestnya bila dah kahwin para suami pun terikut sama. Bila makan ramai-ramai, sama-sama bantu kemaskan dapur. Pinggan dan cawan pandai basuh sendiri lepas guna. Pandai lap pinggan. Sampah buang setiap malam. Barulah namanya team work dalam rumahtangga. Isteri makin sayang! I love you and thank you husband!


Oh si kenit Aleesya Haura tu bila datang rumah dia pandai tunjuk pinggan mana untuk tetamu....dah siap-siap basuh tahu pulak mana nak simpan! 😂

Pokok dan bunga tu untuk photoshoot semata-mata ya!😂


Panjang pulak membebel hari ini. Terima kasih sudi baca tips yang tak seberapa ni. Sebab progress kondo terkini dalam proses pengubahsuaian dapur. Masa teringat ni kita update dulu.



You Have Been Phubbed!

$
0
0


Sama ada kita sedar atau tidak, you have been phubbed!


Apa tu? Kerana fenomena ini kerap sangat berlaku, dunia sampai memerlukan perkataan khusus untuk menggelarkannya. Kini perkataan phubbing secara rasmi telah dimasukkan di dalam kamus bahasa Inggeris di pelbagai negara.


Korang pernah dengar tak istilah phubbing? Gabungan perkataan phone dan snubbingPhubbing ialah tingkahlaku tidak mengendahkan orang lain yang ada bersama kita kerana sibuk melihat phone. Meskipun fungsi phone adalah untuk berkomunikasi tapi bukan bererti kita meninggalkan cara berkomunikasi tatap muka face-to-face dan melakukan semuanya dengan phone.

Bosannya kalau camni
Credit: Pinterest

Biasakan kita lihat fenomena begini. Terutama di restoren. Di sebuah meja makan ada 4 beranak sedang tunggu makanan. Ibu ayah sedang khusyuk melihat phone. Baca whatsapp group le tu. Anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan (remaja) termangu-mangu nak berborak dengan ibu ayah. Mereka cuba bercakap dengan ibu ayah. Barangkali ingin berkongsi cerita tapi kesian tidak dilayan. Sesekali ibu bapa menjawab. Mata masih menatap phone!


Pendidikan melalui tauladan. Di sebuah meja yang lain pulak ibu ayah termangu-mangu kebosanan.  Mata anak-anak ralit melekat pada phone dan tangan khusyuk scrolling Facebook & Instagram tanpa mengendahkan persekitaran! Anak kecil yang berusia 3-4 tahun ralit melayan video Upin & Ipin di meja makan. Bila tidak diberi mengamuk di meja makan. Begitulah situasi terkini.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Credit: Beekee.com

Saya juga dulu begini👻 awal-awal kemaruk demam media sosial. Sampailah ditegur oleh ibu kesayangan. Ibu jenis yang tak tengok phone sebab tiada facebook & tiada instagram! Dari abahnya sampailah anak menantu di meja makan (bila makan-makan kat luar) ralit tengok phone sementara menunggu makanan tiba. Di manakah komunikasi sesama keluarga? Terima kasih ibu. Teguran yang kecil namun berimpak tinggi!


Alhamdulillah sejak itu serba-sedikit saya cuba detox phone dalam kehidupan supaya tidak menjadi seorang phubber. Cegah sebelum terlambat! Bila balik luangkan masa bersama family tersayang phone letak dalam bilik. Bila keluar makan bersama keluarga phone maintain dalam handbag. Keluar berdua makan bersama suami hujung minggu, suami dah letakkan syarat no scrolling facebook & instagram. Begitu juga belah malam hari. Lebih banyakkan berbual. Rupanya banyak topik boleh dibincangkan bila detox phone dalam kehidupan. Aleesya juga dari kecil tidak diajar melihat video di phone ketika makan bersama keluarga. Petah berbicara. Jadi penyeri dan pemeriah suasana. 


🙅 jangan jadi camni plis


Azam 2019 untuk teruskan detox media sosial. Stop phubbing bila sedang berhadapan atau sedang dalam pertemuan supaya berinteraksi lebih baik pada keluarga, kawan, saudara mara dan lain-lain. Hargai orang-orang di sekeliling kita. 


InshaaAllah!


P/S: Berapa lama masa korang boleh untuk 'tidak melihat' phone?


Resepi Mudah Cendawan Celup Tepung

$
0
0




Resepi mudah cendawan celup tepung. Gerimis petang-petang begini sedap makan cendawan celup tepung rangup crunchy krup krap panas-panas.....cicah cili sos sambil hirup kopi panas. Menyegarkan!

Bahan-bahan
Cendawan tiram kelabu/putih
Tepung gandum
Tepung jagung
Garam
Lada hitam
Air sejuk yang betul-betul sejuk keluar dari peti sejuk


Cara buat cendawan celup tepung
Alamak sis tiada sukatan. Sebab agak-agak gitu.
Nisbah tepung jagung tu hampir sama dengan tepung gandum (or boleh kurangkan sedikit). Jangan letak tepung jagung sikit sangat. Cth: 1/2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan juga tepung jagung.
Garam & lada hitam
Optional: Nak nampak kekuningan letak sikit serbuk kunyit
Masukkan air sejuk tadi dan kacau dengan whisk sampai sebati.
Konsistensi agak likat. Jangan terlalu cair. 
Cendawan lepas basuh, sejatkan dan keringkan. Kalau basah nanti masa goreng meletup-letup. Pastu tepung yang menyalut cendawan tadi kena tendang dan tertanggal. Maka togellah cendawan tadi. Termendaplah salutan tepung tadi di dasar kuali. Heheh.
Tunggu api cukup panas baru mula goreng cendawan. Api tak cukup panas nanti cendawan jadi soggy. Lembik kena serap dengan minyak.

Ok itu saja. Selamat mencuba! :D




Cara Mudah Buat Onion Ring Rangup

$
0
0


Tiba-tiba suami ajak tengok movie Venom. Alamak! Nak makan apa untuk kudap-kudap nih. Kat wayang bolehla beli popcorn.

Masuk dapur, tengok ada bawang holland, ada tepung gandum, ada tepung jagung. Oklah. Kita buat onion ring rangup.

Hari ni saya kongsi cara mudah buat onion ring yang rangup atau crispy. Kat rumah jarang saya masak guna tepung gandum & tepung jagung (acah-acah gluten free). Sepeket tunggu setahun baru abis agaknya. Sepatutnya onion ring ada salutan breadcrumbs (serbuk roti). Check2 dah expired. Baru guna dua-tiga kali. Aduhhh! Be creative. Kita guna jelah bahan yang sedia ada di dapur. Takpelah tiada breadcrumbs pun. Onion ring rangup tanpa serbuk roti.


Sungguh crispy! 2 biji bawang holland dapat kuantiti banyak ni.


Bahan-Bahan
Bawang Holland 2 biji
Tepung jagung
Tepung gandum
Breadcrumbs @ serbuk roti
Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam
Air sejuk yang keluar dari peti sejuk


Cara mudah buat onion ring

Potong bawang holland 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Seasoning dengan garam & serbuk lada hitam
Tuang sedikit demi sedikit air sejuk dari peti sejuk kacau dengan whisk sampai dapat consistency yang diperlukan. Jangan cair sangat
Celup bawang dalam sebatian tadi kemudian golek dalam breadcrumbs. Kalau tiada, terus masuk dalam frying pan.
Tunggu minyak cukup panas baru mula menggoreng. Minyak tak cukup panas nanti jadi soggy. Lembik kena serap dengan minyak.
Siap sudah onion ring rangup tanpa serbuk roti!


Nak lagi easy-peasy guna sahaja tepung bestari. Beli di tesco. Tinggal bancuh sahaja. Pastu celup dalam breadcrumbs. Then goreng.









Renew Insuran Kereta Paling Murah Secara Online

$
0
0


Alamak insuran kereta sudah expired pulak! Jangan risau. Korang boleh renew insuran kereta paling murah secara online, cepat, mudah, selamat dan secara profesional di SUREPLIFY (Insurance + Simplify).

Sureplify sebuah platform insurans kereta dalam talian yang terkemuka di Malaysia yang membolehkan kita semua membuat perbandingan, penjimatan dan pembelian insurans kereta dan cukai jalan. Kalau baca FAQ mereka ni tidak mewakili mana-mana pembekal insurans. Sureplify adalah platform insurans online secara bebas yang sediakan pelbagai produk insurans daripada pembekal insurans terbaik seperti Etiqa Takaful, Hong Leong Assurance, MSIG, AXA dan lain-lain lagi.



10 perkara penting korang perlu tahu sebelum perbaharui insuran kereta.

1.  Insuran kereta adalah wajib kepada setiap pemilik kenderaan di Malaysia dan tempoh perlindungan adalah setahun


2. Tarif insuran kereta ditentukan oleh setiap syarikat insurans masing-masing bergantung kepada faktor kenderaan seperti usia kereta, saiz enjin, kadar kecurian model kereta, sistem keselamatan yang ada pada kereta dan faktor pemandu seperti pengalaman memandu, pekerjaan, taraf perkahwinan, rekod kesalahan lalu lintas, rekod tuntutan insurans dan lain-lain.


3. Terdapat 3 jenis perlindungan insuran
Pertama: Perlindungan Pihak Ketiga
Kedua: Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran, dan Kecurian,
Ketiga: Perlindungan Komprehensif


4. Semak nilai NCD. Maksimum peratusan NCD adalah 55%.
Apa itu NCD? NCD stand for No Claim Discount atau Diskaun Tanpa Tuntutan adalah diskaun yang diberi semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat kita tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini atau dengan kata lain tidak berlaku kemalangan. Tahun pertama renew insuran, tiada sebarang diskaun diberi, tetapi kita akan dapat diskaun untuk tahun-tahun berikutnya mengikut jadual dibawah. Oleh itu, penting tau semak dulu NCD. Jika peratusan NCD tinggi, maka jumlah bayaran semasa pembaharuan adalah rendah.

Jadual NCD ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)



5. Korang tak perlu khuatir bila jual kereta NCD akan menjadi 0% kerana NCD kereta lama boleh dipindahkan kepada kereta baru.


6. Kawasan yang kerap mengalami banjir, pemilik kenderaan boleh tambah ambil perlindungan peril khas untuk bencana alam. Perlindungan ini dikenakan bayaran sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan Sum Insured.


7. Jumlah Yang Diinsuranskan atau Sum Insured ditentukan oleh:
a) Nilai Yang Dipersetujui Agreed Value – kita dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.
b) Nilai Pasaran Market Value – nilai kereta kita sebelum berlaku kerosakan.
Agreed Value VS Market Value Dalam Insurans Kereta. Apa Beza Dia? Baca SINI.


8. Selalu semak tarikh tamat insuran kereta & cukai jalan. Nak senang dan mudah set reminder! Kita boleh perbaharui 60 hari (2 bulan) sebelum tarikh tamat. Jangan buat last minute! Jangan buat lepas tamat tempoh!


9. Boleh pilih renew insuran kereta ikut bajet dan keperluan. Renew insurans kereta terlebih dahulu. Kemudian cukai jalan @ roadtax.

 KLIK UNTUK DAPAT SEBUT HARGA PERCUMA!
Klik untuk dapatkan sebut harga PERCUMA!


10. Boleh renew secara online, di mana sahaja pada bila-bila masa. Pemilik kenderaan yang bijak akan buat perbandingan secara online dulu sebelum renew insuran kan!
Di Sureplify harga pembaharuan insurans kereta PALING MURAH!





Selamat Tahun Baru 2019!

$
0
0


2018 Best Nine


Hello readers! Selamat datang. Ini merupakan post pertama tahun 2019. Terima kasih kepada semua pembaca azyyatiliah.com. Seriously tak tahu siapa yang baca sebenarnya :) Herannya statistik terus berjalan. Ada lelaki, ada perempuan. Tapi takpelah blog ini sekadar suka-suka untuk menaip bila ada kelapangan waktu. Tempat berkongsi rasa dan perasaan. Tempat mencatat apa jua jenis catatan. Tempat merekod certain-certain perjalanan dan moga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca. Moga diberi kekuatan untuk terus konsisten pada tahun 2019!

2018 has been an AMAZING year for me. Syukur Alhamdulillah for everything.  Bagusnya ada blog ni sebab boleh recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2018. 

10th things happened in 2018

1. Blog hit 2 millions views (All thanks to my lovely readers 💖)
2. Vacation with hubby in Bangkok (my 4th visit because i love Bangkok so much! )
6. 10th anniversary celebration @ The Banjaran Hotsprings Retreat
7. Received the ultimate holy grail bag on my birthday!
8. Completed the Qur'aan (Khatm al-Qur’aan)
9. Able to attend jama'ah prayer in the mosque (esp fajr)
10. Financial management: Managed to save more money & able to pay zakat. Yay! Alhamdulillah.


Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua pembaca. Moga tahun 2019 lebih banyak memberi kebahagiaan, keceriaan dan keberkatan dalam kehidupan. Tercatat azam baru, pencapaian baru dan pelbagai inspirasi baru dalam kehidupan anda semua. Semoga yang terbaik untuk anda! Sayang semua :)

Tahun baru masuk umur baru. Alhamdulillah masih bernyawa masih boleh melihat dunia. Moga tahun 2019 lebih cemerlang menjadi blogger yang berjaya. Menjadi muslim yang lebih cemerlang jalani kehidupan dengan hati yang bersih, lebih bertanggungjawab, lebih positif, lebih beriman dan lebih bertaqwa. Semoga doa-doa kita sepanjang tahun dijawab Tuhan dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.


Teka-Teki

$
0
0


Assalamualaikum & selamat pagi! Antara resolusi 2019 ialah setiap hari buat 'To Do List' supaya masa dihabiskan dengan lebih berkualiti dan bermanfaat. Salah satu 'To Do List' untuk hari ni ialah membaca.

Sedang membaca buku Islamik. Asalnya suami pinjam dari rumah Tok dan baca buku ni sejak kecil. Katanya dah khatam 3 kali. September 2008, 11 tahun dulu suami pi semula kedai buku dan cari buku yang sama. Hadiahkan pada saya supaya saya pun baca sama. Guess what?! Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Sadis sungguh! Sekarang ini baru sampai m.s 105. Cerita 27 berkenaan sebuah teka-teki. Terdetik nak berkongsi dengan kalian pulak. 

Saya ringkaskan cerita. 

Ada satu kisah dalam buku ni, diceritakan oleh wali Allah bernama Abu Yazid Al-Bustami r.a. Ketika sedang tidur, beliau mendapat bisikan supaya pergi ke sebuah gereja Sam'an dengan berpakaian seperti seorang pendeta Nasrani. Kerana ketika itu sedang berhimpun 500 orang pendeta Nasrani. Pemimpin Nasrani tiba-tiba jadi gagap ketika nak berucap di hadapan ramai pendeta. Dapat kesan ada seorang Muslim yang menyamar di antara mereka. 

Abu Yazid Al-Bustami tidak dapat mengelak, berdiri dan terus berjalan ke tempat pemimpin tadi. Lisan beliau tak lepas dari bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil. Pemimpin pendeta tu berkata: 'Wahai pengikut Muhammad, saya akan ajukan pertanyaan. Jika dapat jawab dengan betul saya akan ikut agama anda. Jika anda tidak mampu menjawabnya, maka kami akan bunuh anda!

Soalan 1
Terangkan kepada kami tentang satu tak ada duanya, yang dua tak ada tiganya, yang tiga tanpa empatnya, yang empat tidak ada limanya, yang lima tanpa enamnya, yang enamnya tanpa tujuhnya, yang tujuh tanpa delapannya, yang delapan tanpa sembilannya, yang sembilan tanpa sepuluhnya, yang sempurna dari yang sepuluh, yang sebelas, yang dua belas, yang tiga belas dan yang empat belas?

Soalan 2
Siapa dari golongan yang membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka, siapa dari golongan yang mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?

Soalan 3
Di manakah tempat roh di jasad?

Soalan 4
Apa itu Adz-Zariyaati Zarwan, Al-Hamilaati Waqran, Al-Jaariyati Yusran, Al-Muqassimaati Amran?

Soalan 5
Jelaskan kepada kami tentang sesuatu yang bernafas namun tanpa roh?

Soalan 6
Tentang kubur yang berjalan bersama penghuninya?

Soalan 7
Tentang air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi?

Soalan 8
Tentang empat (4) golongan yang tidak tergolong manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal dari pungggung seorang lelaki dan tidak keluar dari perut sang ibu?

Soalan 9
Siapakah seutama-utama kaum wanita, seutama-utama lautan, seutama-utama gunung, seutama-utama binatang, seutama-utama bulan dan semulia-mulia malam?

Soalan 10
Jelaskan sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua di antaranya di matahari sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.



Fuh, soalan tahap tinggi! Apa agaknya jawapan Abu Yazid Al-Bustami. Dapatkah beliau jawab semua soalan? Kalau saya dalam situasi tersebut nampaknya ucap dua kalimah syahadah siap-siap pastu standby kena bunuh! Sungguh cetek ilmu pengetahuanku....huhu...


Ada yang boleh jawab?


........bersambung......





Viewing all 468 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>