Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

#38 Osaka Day 3 : Keindahan Osaka Castle Muzium Ketika Sakura di Jepun

$
0
0


Assalamualaikum

Orang kata kena pergi untuk nikmati keindahan Osaka Castle Muzium ketika sakura di Jepun . Osaka Castle adalah ikon Osaka. Masa zero knlowledge pasal Japan, selalu konfius Osaka Castle dengan Himeji Castle. Rupa sekali pandang macam nak sama. Tapi lepas dah buat research sikit-sikit rupanya memang ada beza. Osaka Castle Muzium struktur binaannya ada warna kehijauan. Lokasi pun berbeza antara keduanya. Jarak lokasi antara satu sama lain juga jauh. 


Maka kita pergi Osaka Castle Muzium semata-mata nak tengok cherry blossoms. 




Subahanallah. Indah sungguh walaupun dari jauh




Boleh lihat deretan pokok sakura di sepanjang Okawa River. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Tapi tak mematahkan semangat untuk kaki terus melangkah









Selalu nampak pokok plastik dijual masa Gong Xi Fa Cai. Alhamdulillah dapat belek the real pokok ciptaan Allah SWT. Ini bukan sakura rasanya.




Pokok sama tapi warna putih. Bunga-bungaan keluar dari dahan-dahan kayu :D & tidak berdaun. Semua mungaaaaaa.






Beberapa hari sebelum fly ke Japan jumpa pokok palsu depan duckstore dalam Pavilion. Tak sangka jumpa yang real punya di sini :D

Setelah menapak beberapa kilometer akhirnya nampak Osaka Castle. Rupanya jalan yang kiteorang lalu tu long route. 







Selfie sikit dengan Osaka Castle :D



Nak masuk Castle Tower

Waktu operasi : 9:00 to 17:00 (entrance until 16:30)

Tutup: 28 December 28 - 1 January

Harga Tiket: 600 yen



#39 Osaka Day 3 : Buffet Halal di Tempozan Market Place | Restoren Bab-Ul Hayat

$
0
0


Pagi ke Osaka Castle Muzium. Tengahari ke area Tempozan untuk pergi ke Tempozan Market Place. Hari ke-3 di Osaka kami aktifkan Osaka Amazing Pass. Harga tiket Osaka Amazing Pass: 3,000Y (RM120) per pax. Berguna kalau pandai utilize. Osaka Amazing Pass ada yang dah include free entrance untuk sesetengah tempat (contohnya: osaka castle, tempozan feeris wheel, santa maria cruise)


Sejuk-sejuk cepat je perut rasa lapar. Alhamdulillah ada buffet halal dalam Tempozan Market Place. Turkish buffet restoren Bab-ul Hayat. Tiada menu ala carte. Buffet sahaja. Buffet pun buffet lah. Yang penting perut perlu diisi segera. Lagipun dalam envelope 'FOOD' masih ada yen lagi :D


Harga buffet 1,380 yen seorang. Harga weekdays. Kalau convert ikut currency terkini (1JPY=RM0.0356) lebih kurang RM49 seorang. Harga hujung minggu 1,680 yen. Lebih kurang RM60. Pastu jangan ingat buffet di Japan macam di Malaysia boleh stay lama-lama ikut suka-suka hati. Buffet di Japan ni boleh makan selama 70 minit sahaja. Lepas tu SILA KELUAR!



Turkish Buffet Restaurant Bab-ul Hayat dalam Tempozan Market Place, Aras 3



Dari luar dah nampak ciri-ciri Turkish




Pilihan makanan yang agak terhad. Lebih kurang 20 menu. Ada 2 jenis nasi (nasi putih & nasi putih + brown rice). Roti naan, tortilla chips, hummus, kebab meat, variety of vegetable salads & soup. Kiteorang cuba try semua sikit-sikit ikut kapasiti perut. Yang pastinya ada menu yang tidak menepati citarasa. Makanan turki memang takda rasa ke. Tawar, hambar. Tapi tak boleh nak demand sangat. Ini dah sangat bersyukur dari makan onigiri dari Lawson! Bersyukur ada makanan halal. Dekat 2 minggu tak larat dah nak makan onigiri weh. Balik Malaysia sampai sekarang iols tak mampu dan tiada selera nak makan onigiri dah. Huhu. 


Yang menepati selera memang menambah-nambah kiteorang makan. Terutama roti naan :) Selagi ada 70 minit tu makan jangan tak makan. Dapat minum pulak coffee panas dalam kesejukan hujan tu, memang nikmat yang tak terungkap dengan kata-kata. 


 Dessert di sini ada chocolate fountain dan turkish ice-cream (kena tambah 150 yen). Overall makanan di sini ok. Berbaloi sebab boleh tambah dan ada pilihan menu. Boleh makan sampai kenyang tapi JANGAN MEMBAZIR. Ambil sikit-sikit dulu ikut kapasiti perut. Tak cukup baru tambah. Pastu sesekali jangan ada niat nak tapau or cilok roti naan letak dalam backpack. Dia tak nampak tapi Allah nampak. Jangan buat malu status Muslim yeh. 


Ruang restoren sangat luas. Memang sesuai kalau datang bawa group yang besar. Masa kami sampai hanya ada kami dan pasangan Jepun serta anak kecil sedang makan. Suami solat di sini. 



Kalau duduk di meja tepi tingkap boleh nampak Kaiyukan Aquarium. Nampak tak segerombolan budak sekolah sedang beratur nak masuk Kaiyukan Aquarium. Alahai diorang ni, time ni jugaklah sekolah nak buat rombongan sambil belajar!




Why? Why? Why?


Dapat ke sis tengok ikan macam ni?


#40 Osaka Day 3 : Osaka Aquarium Kaiyukan & Tempozan Giant Ferris Wheel

$
0
0


Bila travel ke sesebuah negara..selain suka masuk taman tema, jika ada peluang kami suka masuk aquarium untuk menyelusuri hidupan dasar laut. Tak sedar boleh habiskan masa berjam tengok binatang-binatang dasar laut. Memang ada makhluk yang kita tak tahu wujud pun. Patutlah ramai manusia di dunia ni sanggup ambil lesen scuba untuk berenang sampai ke dasar laut. Takut! Yang ku mampu buat adalah masuk dalam aquarium yang disediakan untuk tatapan umum. Jika melancong dengan anak-anak dan keluarga memang dicadangkan datang ke sini. Osaka Aquarium Kaiyukan dikatakan antara aquarium terbesar di dunia. 


✅Underwaterworld Langkawi : 4000+ hidupan laut. Aquarium terbesar di Malaysia.
Aquaria KLCC : 250 spesies, 5,000 binatang
✅Grand Aquarium Hong Kong : lebih 5,000 ikan daripada 400 spesies
Sea Life Bangkok Ocean World : lebih 400 spesies dan lebih 30,000 jenis ikan. Aquarium terbesar di Asia Tenggara.
Osaka Aquarium Kaiyukan : lebih 300,000 hidupan laut yang berhabitat dalam Lautan Pacifik


Osaka Aquarium Kaiyukan terletak di Minato, Tempozan Harbor Village di Teluk Osaka atau Osaka Bay. Bangunan 8 tingkat aquarium ni menempatkan lebih 300,000 hidupan laut dari Lautan pasifik antaranya ikan lumba-lumba, ketam raksasa, ikan paus, memerang, ikan jerung, ikan pari, anjing laut dll. Uniknya reka bentuk akuarium ini berkonsepkan Lingkaran Api (Ring of Fire) dan Lingkaran Kehidupan (Ring of Life). Kita akan start tour dari tingkat 8 dan turun ke bawah. Maknanya aquarium ni ada beberapa zon dan setiap zon akan ikut kedalaman laut yang berbeza. Excited nak dive ke dasar lautan pasifik paling dalam. Awesome!


Let's go dive in Kaiyukan! Kiteorang plan snap a few pictures untuk kenangan dan untuk blog. Selebihnya just enjoykan mata hati dan fikiran menikmati keindahan hidupan dasar laut. Orang pun ramai. Gelap pulak tu. 



Harga tiket masuk Kaiyukan Aquarium 2,300 yen per pax. Tunjuk Osaka Amazing Pass dapat diskaun 100 yen sorang.



Pandai ikan ni camouflage



Burung penguin yang hidup dalam persekitaran artificial. Tengok cara jalan pun dah comel. Terkedek-kedek. Apetah lagi tengok aksi mereka ramai-ramai ni. Ada yang terjun dalam air. Bila dalam air laju betul penguin berenang.



Ketam gergasi lautan Pasifik yang hidup di kedalaman 100 hingga 200 meter di dasar laut. Ada size lagi besar daripada yang ini. Kagum tengok ketam gergasi ni berjalan. Huuu.



Dunia jellyfish yang sangat menakjubkan. Pelbagai rupa bentuk. Ini salah satu. Yang halus-halus tu amazingnya tak berpintal pun antara satu sama lain. 



Sempat tengok persembahan sekawan dolphin. Ikan dolphin sangat comel. Pengunjung memang excited habis tengok dolphin beraksi siap tepuk-tepuk tangan kegembiraan. Dapat juga menyelit sampai depan. Maka bolehla ambil gambar ni. 



Makhluk terbang dasar laut. Yang ni ke yang buat asam pedas tu?



Eh...eh..macam Destiny dalam Finding Dory. Seronok tengok ikan-ikan berenang bebas. Bebas masalah :D



Finally, dapat juga tengok ikan jerung paus (whale shark), spesies ikan terbesar dunia. Nama dia Yu-Chan. Subhanallah, serious besar sangat! Tangki yang menempatkan Yu-Chan ini juga besar giler. Bayangkan tingginya 8 tingkat bangunan. Rupanya whale shark hanya makan organisma seni laut seperti plankton. Syukurlah!




Destiny whale shark merupakan tarikan utama orang masuk Kaiyukan Aquarium. Julai ni Kaiyukan nak tambah satu lagi whale shark. Kawan Yu-Chan



Bathynomus Giganteus. Muka macam Predator. Sejenis anti social. Dia ni menghabiskan waktu di dasar laut yang sejuk dan gelap gelita sampai kedalaman 1800 meter. Dia makan bangkai ikan-ikan mati.



Ada kolam kecil untuk pengunjung beramah mesra dengan ikan-ikan. Kanak-kanak paling teruja aktiviti sini. Mujurlah kanak-kanak tak reti apa. Yang dewasa mampu tengok, tunjuk-tunjuk bagi arahan suruh anak pegang. Seram weh nak pegang ikan pari. Yang penting jangan pegang ekor ikan pari. Dalam kepala ni terbayang macam-macam. Kemungkinan tak ekor dia tiba-tiba jadi tusukan beracun. 



Gigi jerung. Punya luas macam ni nganga senang-senang je boleh telan separuh badan manusia. 




Masuk kul 2.30pm. Keluar jam 4.58petang. Tak sedar dah 2 jam berlalu! Phew!




Ingat nak naik Cruise Santa Maria. Ala...ala...dah tutup. Rupanya tutup jam 4 petang. Kalau korang nak pergi better naik cruise dulu kemudian baru masuk Kaiyukan



Cancel Cruise Santa Maria, proceed Tempozan Giant Ferris Wheel. Tempozan Ferris Wheel next to Osaka Kaiyukan Aquarium. It is the world first "skyrocket fireworks" lighting pattern with illuminations of 100 meters in diameter. It also boasts the world first transmission of weather information by 100-meter-diameter illumination. Power!



Harga tiket tempozan 800 yen seorang. Tunjuk Osaka Amazing Pass dapat free naik Tempozan Giant Ferris Wheel! Yay. Kami pilih see thru cabin. Dapat naik berdua sahaja dengan suami. Nampak tak...tak lepas pegang tiang! 



Bila naik Tempozan Giant Ferris Wheel baru boleh nampak Osaka Bay dengan jelas. Osaka Kaiyukan Aquarium terletak betul-betul tepi laut



Tempozan Ferris Wheel ambil masa 30 minit untuk lengkap satu pusingan. The night view with illumination is so romantic. Famous as a date spot. Patutla tiba-tiba suami feeling romantik pulak. Keluar bicara hati :D



Pemandangan yang luar biasa dari ketinggian paling tinggi Tempozan Ferris Wheel. Ketinggian Tempozan Giant Ferris Wheel 112.5 meter. Cantik betul pemandangan malam di Osaka Bay. Tiba-tiba ada sedikit cuak. Gayatlah weh. 




Kesimpulannya di Osaka Bay di ada tiga (3) tempat menarik yang korang boleh lawati. Antaranya Osaka Aquarium Kaiyukan, Tempozan Giant Ferris Wheel dan Cruise Santa Maria. Makanan halal boleh try buffet di Turkish Restaurant aras 3 dalam Tempozan Market Place.



#41 Osaka Day 4 : Halal Ramen Honolu Osaka & Naik Cruise Santa Maria

$
0
0


Assalamualaikum 

Hai semua. Gigih menghabiskan penceritaan perjalanan biasa-biasa kami di Jepun. Gambatte kudasai💪 Semalam kecewa tak dapat merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria di Osaka Bay, makanya hari ni kita repeat ke sana lagi. Tapi sebelum tu kita makan dulu! 



Halal Ramen di Osaka. Restoren Ramen Honolu. Lokasinya agak jauh. Lebih kurang 10 minit berjalan dari Station Namba. Gigih kami menapak sebab TETAP nak rasa the one and the only halal ramen in Osaka. Katanya sedap.



Sambil menapak sambil memerhati keadaan sekeliling. Jepun memang banyak tempat letak basikal. Secara visual parking basikal nampak lebih banyak berbanding parking kereta. Parking basikal mereka juga bertingkat. Yang penting BERBAYAR. Paling kami kagum walaupun di tempat terpencil bawah jambatan macam ni tetap bersih dan bebas sampah. Tong sampah pula tak kelihatan dimana-mana. Bab kebersihan, kerajaan Jepun berjaya mendidik rakyat mereka sebaiknya. Minda first class!



Setiap basikal di Jepun perlu daftar di balai polis untuk dapatkan unik plat number (macam kereta). Kata Huda (kawan azie yang buat Phd di Jepun) susah nak 'hidup' kalau tak memiliki basikal di Jepun. Tiada kereta 'takde hal lah' tetap masih boleh kembara satu Jepun. Subway & shinkansen kan ada :D



Jumpa juga Restoren Ramen Honolu. Tak sabarnya nak makan ramen & karaage. Sini bukan tempat tumpuan pelancong. Kebanyakkannya pelancong Malaysia dan Indonesia sahaja yang datang makan di sini. Jadi sepanjang jalan sunyi. Tengoklah depan kedai pun sunyi sepi. Yang penting depan kedai bersih jelita.



Walaupun luar kedai nampak biasa-biasa tetapi order dan bayar makanan guna vending machine. I'm so impress! Power. Kami order Spicy Ramen & Spicy Fried Chicken (karaage)



Spicy Fried Chicken Ramen 1,180 yen x 2.
Dalam bowl tu rupanya dah ada fried chicken yang dipotong-potong

Japanese Fried Chicken atau Karaage 1,080 yen.
Masya-Allah rasanya memang sedap! 🌟🌟🌟🌟🌟


Cruise Santa Maria

Perut dah kenyang kita terus ke Tempozan Harbor Village sekali lagi untuk merasa pengalaman naik Cruise Santa Maria. 



Kapal Santa Maria berlabuh di Platform Kaiyukan Aquarium West Wharf. Ia berlayar menyusuri Teluk Osaka dari Tempozan Harbor Village. Kapal ni merupakan replika kapal pelayaran Christopher Columbus ahli sejarah yang belayar mengelilingi dunia dan yang jumpa Amerika. Kapal replika ini 2 kali lebih besar daripada size kapal Santa Maria sebenar. 



Ada 2 waktu pelayaran Santa Maria. 

1. Day Cruise : 11am - 4pm 
Tempoh pelayaran: 40 minit 
Harga tiket: ¥1,600 (dewasa) atau ¥700 (kanak-kanak)

2. Twilight Cruise : 7pm (perlu buat reservation) 
Tempoh pelayaran: 90 minit
Harga tiket: ¥2,650 (dewasa)

Kalau ada Osaka Amazing Pass, tunjuk sahaja bila nak naik. Perlu beratur tapi tak perlu pergi kaunter untuk dapatkan tiket. 



Kapal Santa Maria ada 3 tingkat! 



Memadai di Tingkat 2. Ada tempat duduk disediakan. Kalau tak dapat tempat duduk pun jangan risaulah. Gerak je Santa Maria, semua berasak tinggal tempat duduk untuk ambil gambar & video :D



Jangan risau tentang mabuk laut. Insya-Allah ok sebab kapal ini belayar dengan sangat stabil. Cumanya angin yang bertiup Masya-Allah KUAT! Confirm tak boleh survived 40 minit macam ni.



Yang macam jambatan Putrajaya tu namanya Tempozan Bridge. Hanshin Expressway.



Primary deck & upper deck Santa Maria



Pemandangan dari atas Kapal Santa Maria



Kebetulan ada kapal persiaran sedang berlabuh. MS Asuka II (飛鳥II) dimiliki dan diuruskan oleh Nippon Yusen Kaisha. Dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries di Nagasaki, Japan. Ikut wiki pernah menjadi kapal cruise terbesar di Jepun. Asuka II mempunyai 2 kolam renang, 8 bar, kasino dan fitness centre. Asuka 11 juga ada teater dengan 277 tempat duduk. Ada 461 kabin, 260 mempunyai balkoni peribadi. No wonder ia sangat besar!



Balik Jepun kulit jadi tanned. Nasib baik sekata :D



Jambatan merah Minato Ohashi Bridge. Yang oren dari jauh nampak macam zirafah tu Nanko container. Ikea Tsuruhama terletak di tepi laut. Universal Studios Japan juga ada berdekatan. 



Menarik ke naik cruise Santa Maria? Awal-awal memang nampak menarik bukan. Teruja. Tapi tak lama okeh. Sebab angin laut memang kuat. Makin belayar ke tengah makin kuat anginnya. Buktinya tengoklah tudungku. Suami dah gelak-gelak tak tahan. Cittt! Dahla suasana sejuk. Tambah lagi dengan angin laut. Perhhhh! Memang sejuk kaw kaw. Menggigil. Akhirnya ramai yang turun ke aras bawah tempat bertutup. Berlindung kat dalam tu. Sampai tak cukup seat. Bawah tu ada cafe. Nasib baiklah naik Santa Maria Cruise percuma dengan Osaka Amazing Pass. Kalau berbayar? Hmmm tak payahlahhh susah-susah naik...huhu



KL ke Singapura, Mudahnya

$
0
0

Hai. Anda tahu tak yang rakyat Malaysia yang turun ke Singapore dan orang Singapore yang bercuti di Malaysia memang ramai. Sebabkan kita negara berjiran so destinasi untuk holiday tu mudah. KL ke Singapore, mudahnya. Mudah apa sebenarnya? Mengadap jammed di jambatan? Hehe kat sini Azie nak kongsi yang mudahnya tu adalah mudah nak book flight from Kuala Lumpur to Singapore. You know why? Because we have Traveloka!!! Ok thanks to Traveloka.
Apa dia Traveloka tu? Mesti semua pernah dengar Traveloka kan. Mesti ramai yang pernah guna perkhidmatan Traveloka. Tapi masih ada segelintir yang berkira-kira atau terlupa dengan kewujudan Traveloka. Meh Azie nak tolong cerita sikit. Traveloka ni adalah sebuah website yang boleh membantu anda untuk book flight ticket. Azie tahu ramai orang di Malaysia nak ke Singapore dalam waktu terdekat kerana minggu depan boleh cuti direct kan, Rabu (Thaipusam), Khamis (Hari Wilayah), Jumaat (MC 😝) sambung terus Sabtu Ahad kan. Ataupun orang Singapore nak bercuti di Malaysia dan malas nak drive kan? So di Traveloka anda boleh tengok availability flight yang ada untuk kebanyakan airline. Bagaimana?

Mula-mula sekali buka website Traveloka dan tekan di tab Flight bahagian atas. So korang search flight from Kuala Lumpur to Singapore. Then decide nak beli untuk one way atau pergi balik. Kemudian pilih tarikh yang korang nak pergi, selepas tu Traveloka akan listkan flight yang ada dari airline yang berbeza dengan rate yang berbeza. So kat sini korang boleh buat perbandingan harga dengan mudah. Korang tak perlu lagi cek airline by airline nak tengok flight murah. Traveloka kan ada.




Selepas korang dah decide nak pilih yang mana, sila tekan button ‘Choose’ tu dan ikutlah arah seterusnya sehingga ke payment dan sehingga dapat e-ticket. So kat sini Azie nak tekankan yang keselamatan anda dijaga dalam urusan jual beli ini. So korang takdelah tertipu kerana Traveloka ini sudah famous dan boleh direct ke customer servis Traveloka kalau ada masalah semasa book ticket tu.

Pastu, kat Traveloka pun ada beritahu detail waktu penerbangan, jangkamasa ketibaan dan sebagaiannya. Korang boleh juga pilih airline yang ada di airport pilihan korang samada di KLIA atau Airport Sultan Abdul Aziz Shah. Kiranya Traveloka ni jadi tempat one stop untuk uruskan korang punya travelling matters. Dari Flight ticket hinggalah tempat penginapan nanti. Azie suggestkan book sekali hotel yang korang nak stay di Singapore nanti. So takdelah korang nanti nak kena amek masa untuk surf hotel mana yang murah kat sana sebab Traveloka boleh buatkan untuk korang. See, mudahkan. Hanya dengan satu website terus book flight + hotel.

Selain tu, boleh juga tengok bulan depan punya flight dan bulan-bulan seterusnya untuk korang plan travel in future. Traveloka ni betul betul memahami korang yang kadang-kadang tu susah untuk cari info dari segi travel ni kan. So mudahnya nak book flight ticket sekarang ni. Mudah juga untuk plan, mudah untuk cari info tentang hotel dan mudah untuk planning percutian korang dengan Traveloka.

Harga pula korang boleh buat perbandingan terus, dan dapat cari best price ever. Easy to understand, easy to book and easy to do anything at Traveloka. Step 1, find out pasal flight availability, accommodation availability, pergi dan balik, buat payment dan settle semuanya. No more headache. Zaman kini bilangan manusia makin ramai, bilangan rakyat Malaysia ramai, bilangan rakyat Singapore pun ramai so korang just bayangkan kat sempadan orang yang drive jammed macam mana. Dengan keadaan sekarang ramai juga orang Malaysia yang bekerja kat Singapore setiap hari so traffic boleh tahan. So sebab tu la dah tiba masanya kita sentiasa naik kapal terbang, walaupun bunyi macam mahal tapi kalau kita plan awal-awal pasti dapat best deal dan rasa berbaloi.


So guys, Azie nak sangat laa korang ni hidup senang dan manage senang so Traveloka is the answer for your travel planning problem. Azie suka Traveloka sebab informative, secured, fun, and user friendly. Travel with Traveloka.


#42 Osaka Day 4 : Jalan-jalan di Dotonbori, Shinsaibashi & Namba

$
0
0


Sebut sahaja perkataan Osaka, jika pernah sampai pasti akan terbayang dalam kepala 3 tempat menarik di Osaka iaitu Dotonbori yang crowded waktu malam, Shinsaibashi shopping street yang sentiasa penuh dengan manusia (shopping heaven) dan Namba yang penuh dengan billboard besar-besar warna warni. Jadi, aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan dan cuci mata sekitar kawasan Dotonbori, Shinsaibashi dan Namba.




Jambatan Ebisu-Bashi. Jambatan ni memang ramai manusia sebab ada billboard Glico Running Man di sini. Ia yang menjadi ikon osaka juga. Orang kata pergi Osaka wajib bergambar depan Glico Man ni.




Bunyi muzik  di sana sini dengan limpahan cahaya neon, menyebabkan Namba sangat hidup di waktu malam.




Running Man 


Shinsaibashi (心 斎 橋)

Shinsaibashi shopping street atau Shinsaibashi suji merupakan jantung osaka kerana ia sangat popular di Osaka. Panjangnya lebih 2km agaknya. Jenuh berjalan tak habis-habis rasanya. Syurga beli belah. Di sini ada Uniqlo, H & M, Disney, Fossil, Bershka dll. Sesuai sangat untuk para shopaholic dan fashionista. Suami sempat shopping di Uniqlo. Entahla tak sure mahal ke murah. Sebab target market untuk orang Jepun lainlah designnya. Orang Malaysia lain pulak designnya. Sesuai dengan cuaca. Samalah dengan H&M. Balik Malaysia try cari juga untuk compare harga tapi tak jumpa pun design yang beli di Jepun tu. So kalau dah berkenan beli je okeh. 






Dotonbori (道 頓 堀)

Kawasan pelancongan yang paling popular di Osaka. Tempat membeli-belah seribu satu macam jenis barang. Ada banyak street food seperti takoyaki, okonomiyaki dan ramen. restoren, pusat hiburan dll. Sangat hapenning pada waktu malam.





Dotonbori waktu malam



Street food yang kami cuba burger Lobster. Tak berani nak letak sos yang disediakan. Just roti, lobster & pepper. Harga > 1,000 yen. Rasa? Tak sedap pun!👻 sebab takda butter, takda mayonis, takda sos (sos mcd bawa dari Malaysia dah habis). Rasa plain lah. Isi lobster pun sejuk! Hehe. Next time bawak sos sendiri. 




Memang sakan kami berjalan tiga tempat ni. Rasa macam nak tercabut tapak kaki! 


Tiga-tiga tempat ni berhantu. Rasa macam nak repeat lagi.


#43 Himeji Castle Dipenuhi Sakura

$
0
0


Assalamualaikum


Nak pusing Osaka, dah expired Osaka Amazing Pass. Esok hari berangkat pulang ke Malaysia.  Hari ini ada extra satu hari, maka kita explore apa yang menarik di Himeji & Kobe. Ayuh! Ada orang ambil Kansai Thru Pass untuk cover Osaka, Kyoto, Himeji & Kobe. Kansai Thru Pass ada 2 hari & 3 hari. Kami tak ambil pun.  Sebabnya Kyoto sahaja dah stay 2 malam, Osaka dah 3 malam, pastu baru nak ke Himeji & Kobe. Terlebih hari dah tu. Memadai touch guna Suica Card/ IOCOCA.




Gorgeous! Subhanallah! Istana kebanggaan Jepun di mata dunia. Himeji terletak di Kota Himeji dalam Hyogo Prefecture. Himeji Castle ini tidak pernah terbakar, selamat dari peperangan dan tidak pernah dipanah petir. Himeji Castle yang azie tengok sekarang ni masih sama dengan Himeji Castle yang dibina lebih 400 ratus tahun dahulu. Pada tahun 1993 Himeji Castle telah didaftarkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.



Airbnb di Osaka di Shin-Imamiya Station
Cara pergi ke Himeji Castle dari Shin-Imamiya Station
Kos perjalanan : 1,660 yen x 2



Menapak terus ke hadapan sampai Himeji. Lebih 20 ke 30 minit menapak okeh. Kawasan sekitar Himeji sangat cantik. Nampak teratur dan tersusun. Tengok barisan pokok di belakang tu teringat Pulau Nami di Korea.



Tak larat menapak, boleh sewa basikal yang disediakan :D



Tak larat nak kayuh basikal, boleh naik Himeji Castle Loop Bus. Tambang 100 yen seorang. Kekerapan 15 ke 30 minit.



Masya-Allah cantik view di sini. Lebih-lebih waktu sakura. Nampak warna pink sekeliling tasik. Pembiasan pokok-pokok sakura dalam tasik ni membuatkan ia nampak lagi gorgeous! 



Melalui pintu gerbang atau tori Hanshi untuk masuk ke dalam Istana Himeji



Group tour bergambar berlatar belakangkan Himeji Castle yang dipenuhi sakura. Memang cantik!



Cantik! Cantik!



Kami pun nak group photo juga :D


Sedap sungguh mata memandang :D


Tadi dah menapak. Amboi nak kena menapak dua kali keluasan padang bola lagi untuk sampai ke Himeji Castle. Fuh! Mencabar fizikal gua nih. Pemandangan sakura yang jelita ni membuatkan kami terlupa dah jauh kaki berjalan rupanya.



Ya Allah, bila angin bertiup lembut, boleh nampak kelopak sakura berguguran. Ya Allah, takkan boleh lupa moment ni :D



Jepun benar-benar bertuah kerana ada pokok Sakura yang indah ni :D Rasa berbaloi-baloi habiskan wang beribu-ribu lemon untuk sampai ke Jepun musim bunga. Huhu.



Percayalah..menikmati pemandangan di luar Himeji Castle je dah memakan masa berjam-jam. Camne nak masuk dalam pulak nih?







#44 Masjid Kobe Masjid Pertama di Jepun & Naan Inn

$
0
0





Dari Himeji kita ke Kobe. Kobe bermaksud 'Gate of God'. Suami bercadang nak bersolat di Masjid Kobe, Jepun. Masjid Kobe sangat istimewa dan unik. Memang kiteorang teringin sangat nak jejakkan kaki di dalam Masjid Kobe. 


Cara pergi Kobe dari Himeji

Station Himeji ke Station Kobe Sannomiya
Tambang 970 yen seorang

10 minit jalan kaki dari Yamate exit, Sannomiya Station ke Masjid Kobe



Jika kita baca sejarah, Jawatankuasa Islam Kobe mula kumpul derma untuk bina masjid di Kobe dari tahun 1928 daripada komuniti Islam Kobe ketika itu yang terdiri daripada India, Tartar dan Turki. Akhirnya pada tahun 1935, Kobe Muslim Mosque berjaya dibina dan merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid Kobe pernah dirampas oleh Tentera Imperial Jepun tahun 1943. Ketika Perang Dunia ke-2 meletus, Jepun telah menyerang Pearl Habour di Amerika Syarikat. Rentetan daripada itu, dua biji bom atom telah dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ketika itu, Kobe juga terima kesannya. Tanah Kobe jadi rata kecuali Masjib Kobe ini tetap teguh berdiri. Lebih istimewa Masjid Kobe dilindungi Allah SWT daripada bencana gempa bumi The Great Hanshin yang amat dahsyat pada tahun 1995 yang telah mengorbankan 6433 nyawa yang sebahagian besarnya penduduk di Kobe. Tanda kebesaran Allah SWT untuk manusia berfikir.



Sebahagian besar penduduk yang tinggal berdekatan Masjid Kobe beragama Islam. Ketika kami sampai di sini, Azie berjumpa dengan Japanese Muslimah yang pakai tudung labuh dan berjubah bawa anak-anak dan masuk solat dalam masjid. Mula-mula agak terkebil-kebil juga tengok. Dia tersenyum manis je. Tiba-tiba datang rasa segan sebab kita berseluar. Mujurlah jugak pakai kemeja labuh paras lutut. Ada juga wanita Jepun yang tidak bertudung. Rupanya seorang Islam bila dia masuk dan solat dalam masjid. 



Ruang solat lelaki yang sangat indah. Lampu chandelier yang sangat besar, karpet merah sangat menyerlahkan suasana dalam masjid. Tingkap masjid ni menyebabkan cahaya matahari yang masuk jadi warna jingga sebegini. Arkitektur masjid ini ada ciri-ciri tradisional turki. Teringat Masjid Tokyo Camii di Tokyo. Juga bercirikan masjid di Turki. 




Menuju ke ruang solat perempuan. Mata tak lepas memandang pohon sakura yang sedang berkembang mekar tepi masjid :D




Kobe Muslim Mosque. Jika ke Kobe luangkan masa datang solat di sini okeh. Masjid Kobe ni dah berusia lebih kurang 89 tahun.



Pada awalnya tak perasan tempat ni tempat pengumpulan sampah. Selamba je lalu tepi dan berdiri lama-lama sebelum nak melintas jalan. Sebab takda bau langsung. Kenapa? Cara pengasingan sampah rakyat Jepun memang tip top. Sampah diasingkan ikut kategori, yang kotor dibersihkan dan dikeringkan dulu. Kalau tengok tiada lendiran atau cecair yang keluar dari plastik sampah. Setiap plastik diikat kemas. 


Teringat tempat pengumpulan sampah berdekatan rumah azie ni. Jauh panggang dari api! Sekilometer dah bau sampah dengan lalat berterbangan💆 Tak payah tengok tempat pengumpulan sampah. Tengok jiran-jiran berdekatan sudah. Tong sampah masing-masing. Ya Rabbi. Tak tau lah macam mana diorang ni ikat sampah.



Menyelusuri jalan-jalan di Kobe. Jarang-jarang berselisih dengan manusia. Apatah lagi kenderaan. Sunyi sepi kawasan ni. Tapi tak perlu risau sebab Jepun bebas penyamun, tiada mat rempit dan tiada warga asing. Huhu.



Selesai solat kami makan di Restoren Halal di Kobe. Naan Inn. Menu India Pakistan. Restoren ni dekat dan berhadapan masjid. Tempat duduk tepi tingkap boleh nampak Masjid Kobe ni. Kebetulan pulak tiada menu ala carte hari kami datang. Mereka open untuk buffet sahaja sebab dapat tempahan dari beberapa buah bas untuk makan. Sebab kami berdua je, maka kami diterima. Alhamdulillah rezeki. Hahha. Bayar harga buffet (tak ingat harga) dan makan sampai lebam. Naan memang sedap. Rasanya itulah yang kami ulang dua tiga pat kali makan. Dia pulak masak panas-panas hantar ke meja. Air kami diberi sebotol air coke. Bukan peminat air sejuk dan bikarbonat. Jadi minumlah separuh gelas je. Lagi sedap kalau dapat air panas.



Thank you note daripada pelancong-pelancong yang kebanyakkannya Malaysia. Tiba-tiba nampak nama Zizan Razak.



Wajib makan nasi seround dulu. Perut lapo. Lepas ni nak menapak lagi.



Roti Naan cicah kuah tak pasti nama. Yang pasti sedap yakmat! Kami berdua je yang ada dalam restoren. Segan pulak nak ulang banyak kali ambil makanan. Huhu.


Kobe kan terkenal dengan Kobe beef. Tapi tak nampak satu pun kedai Kobe beef halal. Kecewa betul. Pergi Kobe makan makanan Pakistan. Sis redha. Area masjid ni ada kedai runcit halal. Boleh singgah untuk beli barang sebelum pulang :D




#45 Shin Kobe Ropeway : Nunobiki Herbs Garden

$
0
0


Assalamualaikum. Gerak dari Masjid Kobe terus kita ke Kobe Nunobiki Herb Gardens & Ropeway. Kami naik subway dari Sannomiya Station ke Shin Kobe Station. Tambang 210 yen. Kobe Nunobiki Herb Garden merupakan salah satu herb garden yang terbesar di Jepun. Di sini ada lebih kurang 75, 000 jenis pokok herba dan 200 jenis bunga yang berkembang mengikut musim. Ada 12 jenis garden katanya yang mengikut tema berbeza. 



1,400 yen (round trip and admission to herb garden) 
900 yen (one way and admission to herb garden) 
800 yen (round trip after 17:00)
Garden tutup jam 5pm.




Jika pilih one-way trip, dari atas ke bawah kena turun jalan kaki. Jalan kaki ke bawah ambil masa lebih kurang 2 jam. Kena hiking la pulak. Tak larat dah. Jadi kami pilih round trip. Kos 1,400 yen x 2 . Pemandangan dari ropeway memang gorgeous. Anda nampak bandar Kobe dengan jelas! Nampak gunung dan nampak laut.



Shin-Kobe Ropeway dibuka tahun 1991. Route laluan dari Station Ropeway menuju ke Nunobiki Herb Garden yang berada di puncak gunung Maya. 



Glass kabin yang sangat selesa, nyaman dengan aircondnya dan yang penting privasi. Disajikan dengan pemandangan gunung, laut, nampak Kobe port, dari kejauhan juga nampak Osaka, nampak empangan, nampak glasshouse, nampak waterfall



Makin lama naik makin tinggi :D



Garden Terrace Glasshouse & Four Season Garden
April - Mountain cherry blossoms
May - Chamomile
June to July - Lavender
August - Lillies
October to November - Rose
November to December - Autumn colors



Nunobiki Gohanmatsu Dam the first concrete gravity dam in Japan -  'KOBE WATER'



Berlatarbelakang 'View Rest House'. Dalam tu ada restoren dan boleh shopping pelbagai produk yang diperbuat daripada herbs. Aroma of herbs sangat soothing and relaxing.



Sakura yang berkembang!


Rose Symphony Garden. Tempat lepak dan berehat minum coffee :D



Dari sini boleh nampak pemandangan Osaka Port, Osaka dan Rokko Island



Breathtaking view! Alhamdulillah.



Ini Fragrance Museum. Laluan ke fragrance museum kami nampak hall yang penuh dengan manusia. A wooden hall with great acoustics is a popular venue for concerts and recitals. Masa kami di sini ada pertunjukkan ballet.



Essential oils (EO). Macam-macam bau. Kami sempat bau a few eo. Maklumlah sekarang semua sibuk dengan diffuser dan essential oil. Bila pergi Bangkok kami jumpa banyak lagi pilihan EO yang harga lebih munasabah. Rupanya di Jepun juga ada. Yang ni Bergamot. 



Aroma Diffuser Woody Ball Mini. Klasik sangat bentuknya. Macam kepala Doraemon. 



Fragrance Museum ni ada cerita serba sedikit sejarah perfume. Rupanya bau miss dior dah dicipta dari tahun 1947. Joy Jean Patau dari tahun 1930. Phew lama dah tu. Channel pun ada. Alangkah bagus kalau ada penerangan in English juga.



Tak banyak aktiviti boleh buat kat atas ni. Unless kita turun bawah dengan menapak. Banyak lagi pemandangan alam semulajadi cantik boleh tengok. Masa ni penat rasanya nak menapak ke Garden Terrace Glasshouse. Kejap je chill chill atas ni. Pastu turun bawah semula. Sebelum turun kiteorang upload gambar dan tag Nunobiki Herbs Garden. Dapatlah percuma 2 paket bodybath chamomile untuk kenangan :D


Kita teruskan lagi jalan-jalan di Kobe. Kobe banyak tempat menarik. Next kita ke Kobe Harborland!



#46 Menikmati Pemandangan Petang di Kobe Harborland

$
0
0


Orang kata Kobe Harborland cantik pada waktu malam kerana dilimpahi cahaya lampu. Lepas gempa bumi Hanshin tahun 1995, kerajaan Itali mendermakan 200, 000 lampu dicat dengan tangan kepada bandar Kobe kerana penduduk Kobe hidup dalam kegelapan selepas gempa bumi tanpa bekalan elektrik, bahan api atau air. Tak dapat nak bayangkan situasi tu. Memasang lampu menjadi simbol harapan, pemulihan dan pembaikan. Sebab tu ada Festival Lampu Luminarie Kobe yang disambut pada setiap December menarik jutaan pelancong datang ke Kobe. 



Tak boleh nak tunggu sampai malam sebab malam nanti nak packing untuk balik Malaysia. Takpelah. Siang pun dah memadai. Puas hati dah berjalan sampai Kobe Port. Kobe Tower tinggi 108 meter. Dari puncak tower boleh lihat pemandangan 360 darjah Kobe sebab lantainya berpusing. Boleh nampak Kobe Port, Osaka Bay, Kobe City dll.  Harga tiket lebih kurang 700 yen seorang. Tapi kami tak naik pun. Sebab dah naik Shin Kobe Ropeway tadi. 




Kami menapak mencari Kobe Port ni. Kobe pun ada sakura :D Menyelusuri jalan-jalan kecil yang berbukit di sekitar Kobe. Dari pagi tadi jalan-jalan Himeji. Kemudian ke Masjid Kobe. Seterusnya ke Shin Kobe Ropeway dan ni menapak lagi mencari Kobe Haborland. Huiii memang rasa nak pecah tapak kaki. 



Rupa paras penutup longkang di Kobe



Sannomiya Centre Street



Kobe Tower simbol Kobe Harborland



Mosaic tempat beli belah dan hiburan yang terletak berhadapan dengan Kobe Port



Kobe Tower dan Muzium Maritim Kobe di waktu siang




Kami lepak sat di sini, minum kopi, makan jajan sambil tengok orang tempatan bawa anjing mereka bersiar-siar menghirup udara di dermaga. Best-best anjing duduk dalam stroller. Gitu. Pastu kiteorang kena kacau dengan merpati. Jinak betul! Lapar la tu nak makan jajan kiteorang. Siang-siang buta ni tak ramai sangat orang. Cuaca nampak panas, tapi suhu sejuk sebab tepi laut. Mujurlah dah sapu vaseline kat bibir.


Selesai menikmati pemandangan petang di Kobe Harborland. Dekat-dekat nak senja kiteorang pun menapak pulang. Masa ni tak tahu nak describe perasaan macam mana. Kejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je jejakkan kaki di Tokyo. Suami kata InsyaAllah ada rezeki kita repeat lagi Jepun. Azie pun bersyukur sebab suami dapat cuti lama. Dari awal tahun dah block cuti. Ikutkan kerja sampai bila pun tak habis. Bertambah lagi ada. Huhu. Tahun 2018 ke mana pulak?


Insya-Allah tahun 2018 senyap-senyap dalam Malaysia je :D sambil-sambil menabung pergi Europe! 


#47 Pengalaman di Kansai International Airport

$
0
0


30 March 2017 selamat mendarat di Haneda Airport. 14 April 2017 berangkat pulang ke Malaysia dari Kansai International Airport. Flight ke Malaysia jam 4.40 petang waktu Jepun dan tiba di Malaysia jam 10.25 malam.


 Dah alang-alang sampai Jepun rugi pulak kalau tak shopping sikit-sikit *cliche punya alasan*  Next post insya-Allah azie akan share apa yang kami shopping di Jepun :D Malamnya dah siap berkemas. Beli luggage 25kg nampaknya tak cukup. Huhu. Kalau bawa semua naik kabin memang lebih 14 kg untuk 2 orang. Jadi suami bertindak bijak dan rasional dengan beli extra kilo.


Awal pagi check-out dari guesthouse di Shin-Imamiya terus ke Kansai Airport (Nankai Airport Express). Harga tiket train 920 yen seorang. Sampai di airport kami cari locker dulu dan simpan beg. Next kita isi perut dulu dengan makan Udon. Alhamdulillah ada U-don halal di Kansai International Airport. Tak susah pun nak cari.  The U-don berada di Terminal 1, 2F.




Restoren ini menyajikan sanuki udon. Halal-authorized by Malaysian Halal Consultation & Training




Mula beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 10 malam. Semua nampak sedap bila perut lapar!




Sanuki Udon Shikokuya. Restoren U-don self service atau layan diri. Pilih apa yang kita nak, sampai hujung baru bayar




Selesai makan, sila return dishes di tempat yang disediakan. Jangan tinggal selambak atas meja. Takde sapa nak tolong kemaskan. 




Dapat jugak makan Udon halal kat Japan. Heran betul semua benda rasa sedap kat Jepun ni. Salmon rice ball tu pun sama. Padehal nasi kosong dengan salmon je. Nikmat dapat makan nasi, Ya Allah hanya tuhan je yang tahu. Nak tunggu makan nasi lemak pak nassir lambat lagi.



Jam baru kul 10.30 am. Maka kita cuci mata dulu di Rinku Premium Outlet. Ada shuttle bas direct ke sana. Kiteorang ni terlewat sikit sebab bas dah berlepas ke sana. Kena tunggu next bus. Rupanya ramai yang habiskan duit di Rinku Premium Outlet sebab barisan makin lama makin panjang berlingkar-lingkar. Pheww! Mujur cepat sikit. Dapatlah duduk dalam bas.




Di sini TERRRRRbeli 2 biji handbag :P

Maka boleh pulang ke Malaysia dengan hati gumbira :D


TAPI


Pengalaman di Kansai International Airport memang tidak boleh dilupakan. Dari Rinku Outlet balik ke KIX airport lebih kurang jam 1 petang. Rupanya jam 1 petang tu orang ramai gila tengah beratur untuk check in luggage. Beratur berlingkar-lingkar, rapat-rapat dan suasana sangat sesak. Masa ni tengah kecoh-kecoh air asia announce polisi 7kg maknanya timbang semua termasuk hand luggage. Dan itulah yang berlaku pada kami.


Setiap penumpang di periksa dengan detail. Yang terlebih 7 kg hand luggage terpaksa beli kilo di kaunter. Size hand luggage diukur ikut spesifikasi yang betul. Pastu masing-masing tak boleh bawak lebih 2 beg untuk naik kabin. Jadi masa ini lah baru masing-masing berpeluh nak buka beg buat adjustment dan macam-macam. Abis semua orang nampak apa dalam luggage ko. Keadaan ni memang sangat MELAMBATKAN KEADAAN dan MENYESAKKAN SUASANA. Kebanyakkan penumpang nampak resah & gelisah.






Adui memang pengsan dan sakit kepala nak tunggu turn sendiri. Alhamdulillah kiteorang sejenis yang ikut peraturan bila travel sebab suami memang jenis particular. Me bawa backpack pink dan 1 paperbag shopping tadi. Husband bawa backpack juga. Kami dua orang tak lebih 14 kg (dah tambah kg kan malam tadi. Boleh kata backpack kosong konon-konon reserve untuk shopping di Rinku). 



Boleh bayang tak kalau suami jenis sambil lewa, tak kisah, pastu kedekut taknak tambah kg sebab nak jimat tak bertempat? Sah-sahla kiteorang pun kena sama buat adjustment dan tambah kg di kaunter. Sebenarnya memudahkan ramai orang bila ikut peraturan. Cepat selesai. Tapi berapa ramai yang ambil berat bab-bab macam ni. Kebanyakkannya ambil mudah & selfish! Jadi bila airlines buat detail check-in macam ni memang jadi SANGAT LAMBAT dan meletihkan!


Rasanya lebih 2 jam beratur untuk check in (kiteorang dah check in online cuma nak drop luggages je, sebab kaunter sama jadi pasrah lah beratur sama). Selesai check in beratur lagi untuk imigresen dll. Sudahnya ngam-ngam sampai waktu boarding. Rasa macam tak bernafas sebab terkejar-kejar. Masa tu rasa letih yang amat sangat. Lega bila dapat duduk dalam flight!


Masa tu terfikir, kalaulah shopping sakan kat Rinku sampai tak sedar masa berlalu dan sampai lewat di airport agaknya apa yang berlaku?


Jadi sentiasa beringat. Mesti sampai awal di airport! Jangan lengah-lengahkan masa sebab seribu satu macam boleh berlaku di airport! Dan paling penting ikutlah garis panduan yang dah ditetapkan pihak airlines. Nak travel kenalah rajin research dan ambil berat okeh!



#48 Shopping di Jepun

$
0
0


Beli-belah di Jepun sampai rebah terduduk. Aduhai masa pergi ni currency Jepun tengah mahal. Habis licin licau duit bershopping di Jepun. Kalau currency sangat murah macam sekarang ni boleh jadi duit habis beribu-ribu lemon. Walaupun harga barang di Jepun agak mahal tapi alang-alang sudah ke sana belilah serba sedikit bawa balik sebagai kenangan. Apa bende tah yang kiteorang beli. Jom kita tengok balik. Azie kongsi barang-barang yang dibeli di Jepun di sini untuk rujukan diri sendiri sebelum terlupa. Mungkin boleh jadi idea untuk korang juga yang tengah tercari-cari barang menarik untuk dibeli di Jepun dan dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan. 




Bila meningkat usia, makeup dah tolak jauh-jauh. Mula ambil berat penjagaan kulit muka kerana kedutan telah muncul di sekitar mata. Jadi kita beli skincare made in Japan. Tidak lain dan tidak bukan the popular SK11. Top-up mana yang tiada dalam koleksi.  Sebelum pergi Jepun kita dah pergi kaunter SK-11 dan buat skin analysis. Jadi SK-11 consultant cadangkan azie pakai Genoptics & R.N.A. Power (aging). Kat Malaysia mahal sangat nak beli ala carte macam ni. Nak beli set dapat size kecik je. Essence je dapat size besar. Betul2 dalam dilema. Bila gi Jepun terus beli kat sana :D


If dah habis set SK-11 ni siap-siap dah beli set Kose pulak. Buat stok. Kose diasaskan pada tahun 1946. Ini bermakna lama dah Kose berada di pasaran. For sure company ni sudah lakukan banyak R&D untuk set penjagaan kulit wajah. Harga Kose murah di Jepun! Of course excited nak cuba Kose. Beli toner, moisturizer dan serum.  Nampaknya dua ke tiga tahun memang tak beli set skin care. Kene habiskan dulu yang ni :p




Tenugui.  Yang tengah tu memang beli dari shop yang jual Tenugui. Masya-Allah cantik-cantik. Lagi dua yang kiri kanan beli di Daiso je. Material lain sikit. Tuala nipis kapas berbentuk segi empat tepat, kira-kira 90cm panjang. Yang menariknya sebab kain di dicetak dengan pelbagai motif dan corak yang rambang mata dan paling penting made in Japan! Di Jepun Tenugui diikat kat kepala atau untuk bungkus hadiah. So kita di Malaysia boleh guna untuk kain lap pinggan / lap tangan kat dapur. Haha. Takpun jadikan alas meja. Nanti iols fikir nak buat apa dengan kain ni k.



Jepun memang terkenal dengan pelbagai jenis pisau yang tajam dan berkualiti. Dah jadi akak-akak yang setiap hari masak-masak di dapur, maka haruslah bawa pulang pisau dari Jepun. Sebab ia made in Japan! Banyak sangat pilihan dengan pelbagai harga. Antara yang popular ceramic knives (pisau ceramik) yang sangat tajam. Ramai tourist dari Barat luangkan masa belek-belek pisau ceramic ni. Kiteorang tak beli ceramics sebab bimbang pecah. Nanti sumbing pulak. Nak beli satu set macam banyak pulak. Tak cukup duit pun. Haha. So kita beli Chef's Knife (pisau serba guna) & Utility knife sebab dua jenis ni paling banyak fungsi di dapur. Gunting pun nak beli kat Japan💆 




Kai Nail Clipper. Kat Jepun dipanggil Tsume Kiri. Kami beli jenama Kai supaya kuku dibelai dan dipelihara dengan sempurna. Gittu. Yang ni boleh cari di Tokyu Hands. Harga lebih kurang 1,100 yen. Pengetip kuku ni serious tajam giler! 



Pinggan viral made in Japan. Elok je balik dari Jepun, pinggan mangkuk corak begini jadi viral. Tak boleh beli banyak sebab tak muat space. Bab berat tu takpe lagi, bab space tu tak boleh nak tolerate dah. Kalau boleh taknaklah beg weols beranak-pinak. Point penting nak bagi tahu...di Jepun banyak pilihan dan berpinar-pinar mata melihat pinggan mangkuk macam ni. Nak pilih 5 ketul ni pun berjam-jam sebab rasa macam nak beli semua. Huhu. 




Entah macam mana TERbeli STARBUCKS Tumbler TOKYO Original Limited Edition 2017 -  JAPAN New Geography Series.  Malah TERbeli juga yang KYOTO masa stay di Kyoto.  Kyoto flask suami guna kat office. Rupanya berguna sebab selama di Jepun dalam flask ni lah kami bancuh nescafe, milo, kopi dll. Berjaya menghangatkan badan yang kesejukkan. Mug Gryffindor mede in Japan beli di Universal Studios Japan. Detective Conan beli di Tokyo Disneysea.



Suami suka beli vase. Di Jepun banyak jenis vase yang melambangkan identiti negara Jepun. Suami pilih Hanakessho. Flowering crystals. Yang kanan vase dari tanah liat & bercorak bunga sakura. Dua-dua handmade in Japan. Harga tak ingat berapa tapi affordable. Sesuai untuk bawa balik sebagai cenderamata. 



Bag pulak.
Mula-mula nak beli yang ni




Suami cadangkan backpack ni💆



Finally saya pilih 3 ketul ni. 2 ketul Coach ni dah nak sama harga dengan seketul di atas. Baik pilih yang nih💅

Anello dalam AEON harga beratus-ratus ringgit tapi Anello dari Japan beli tak sampai seratus ringgit pun! 

Suami beli juga backpack cuma tiada dalam gambar :p



GShock satu untuk suami (tiada dalam gambar) dan Baby-G untuk isteri. Yang lain melunaskan pesanan orang yang beria-ria kirim siap bagi duit dalam yen. Baiklah saya tolong belikan.



Kasut for hubby and i

Beberapa helai baju suami

20 paket biskut kapal (souvenirs)

fridge magnet yang mahal gilss

& tak ingat sudahhhhhhhh. Apa lagi ek?

Still need more ideas?

Nah 


Sukajan atau Yakuza jacket atau Yakuza sweater. Made in Japan. Material silk or satin. Memang cantik dan rare :D




Payung ajaib. Bila terkena air atau hujan akan keluar motif bunga sakura :D



Pernah dengar orang kata Louis Vuitton sale dan murah di Japan? Yang macam ni memang murah :D 



Everest ke JBL? Setelah test berkali-kali, JBL pilihan hati :D

Oklah that's all for now. Bercerita pasal shopping memang tak akan habis.



#49 Manga Dan Anime Ditemui Ketika Berada di Japan

$
0
0



Sedang mencari-cari barang dalam Donki / Don Quijote di Tokyo terjumpa pulak plush toy dorayaki dan robot kucing jantan dari abad ke-22 yang sentiasa membantu Nobita dalam kesusahan. Tak lain dan tak bukan Doraemon! Siapa yang lahir tahun 80-an dan 90-an pasti tengok kartun Doraemon. Setiap hari Sabtu jam 7 malam terpacak depan TV. Nostalgia betul! Ikut wiki Doraemon salah satu manga terlaris di dunia sebab dah 100 juta salinan terjual! Wow! Mana taknya sampai sekarang Doraemon masih ditayangkan di TV. Haura yang 5 tahun tu pun kenal Doraemon, Nobita & Shizuka. Kalau korang nak tahu ada muzium khas untuk Doraemon di Japan di tempat kelahiran pencipta manga ni. Kalau ada peminat tegar Doraemon bolehla jejaki Fujiko.F.Fujio Museum yang terletak di Kawasaki-city, Kanagawa Prefecture. Yang nak beli plush toy Doraemon sini ada uols. 




Orang kata susah nak jumpa Ultraman di Japan walaupun dalam TV Ultraman muncul besar gedabak di tengah-tengah bandaraya Tokyo. Kami terjumpa pulak Ultraman Shop in Japan! Dulu masa kecik-kecik citer Ultraman, Gaban dan Suria Perkasa Hitam memang hero all time feveret! Citer ni ditayangkan di Malaysia tahun 90-an. Masa tu dah sekolah rendah. Hero paling gempak gils ketika tu. Tak boleh terlepas satu episod weh. Kalau tak.. mau menangis tak berenti. Tidak akan kulupakan hero mata lalat yang ada motor belalang tuh. Masa tu selalu bergaduh dengan adik perempuan no.2 (beza umur 2 tahun). Aku punya pakwe Kesatria Baja Hitam. Ko ambik Gaban. Gitulah kekdahnya zaman tak matang. Haha. Back to Ultraman. Dalam kedai ni macam-macam jenis figurines ultraman dan ultraman merchandise dijual. Ada Ultraman Taro, Ace, Gaia. Itu je yang kutahu. La ni makin ramai dah adik-beradik Ultraman. Ada Ultraman Seven, Jack, Neos, Cosmos, Nexus, Max, Astra, Agul, Scott, Chuck dll. Nama makin pelik! Kami secara tidak sengaja terjumpa Ultraman Shop masa tengah jalan kaki di sekitar Kobe! Kat Malaysia pun banyak toys Ultraman. Check it out here.




Manga (japanese comics) yang selalu kiteorang adik beradik beli masa kecik ialah Doraemon, Sailor Moon, Naruto, Dragon Balls, Detective Conan & Slam Dunk. Dulu ada anime ditayangkan di TV. Semua komik ni tak tahu ke mana dah perginya. Rasanya Bonda dah campak masuk dalam lori paper lama yang selalu hon depan rumah 😭 Ikut wiki; As of 2017, Naruto is the third best-selling manga series in history, selling more than 220 million copies worldwide in 35 countries outside JapanLegend ni semua komik ni. Nak beli balik tak jumpa dah! Naruto figurine boleh cari di sini.




Ini sangat awesome! Pelbagai koleksi Manga yang lama-lama kami jumpa dalam Manga shop di Kyoto, Japan. Semua manga. Buku-buku manga disusun rapi atas rak penuh satu kedai. OMG😱 Nampak One Piece! Sehingga Oktober 2017, One Piece dah terjual sebanyak 430 juta salinan di seluruh dunia. Making it the best-selling manga series in history! Wow! Siapa peminat One Piece?




Suit Figura atau patung aksi. Dulu selalu baca orang kumpul suit figura Kamen Rider, Super Sentai. Pengumpul-pengumpul tegar memang sukalah kan. Oh ini kami terjumpa di Kyoto! Tax free korang :D




Law in One Piece (tak pernah baca manga / tengok anime ni so no idea at all! Haha. Kedai di ada di luar Universal Studios Japan di Osaka.




Tengok tak cerita Detective Conan? Cerita penyiasatan ala-ala Sherlock Homes. Siri Bahasa Inggeris Detective Conan dikenali dengan nama CASE CLOSE. Panggilan di Japan Meitentei Conan = Detective Hebat! (Mei = Hebat ; Tentei = Detective). Seorang budak sekolah menengah jadi kecil akibat racun. Langsung jadi Detective Conan. Kebetulan pi ada Universal Japan Cool 2017 dalam Universal Studios Japan featuring Detective Conan! So ada menu Detective Conan Bread Bowl Soup & Detective Conan Hot Chocolate Drink. Sayangnya tak boleh makan minum pulak. Merchandise Detective Conan pun banyak dalam gift shop di USJ. 


So, korang suka baca manga apa & tengok anime apa? 




#50 Menjejaki 15 Restoren Halal di Jepun

$
0
0


Assalamualaikum semua. Hari tu dah bebel panjang berjela dalam travelog Japan bab menjejaki restoren halal di Jepun. Sebab panjang sangat travelognya, kesian korang nak cari balik. Jadi hari ini Azie ringkaskan dan padatkan dalam satu post sambil bolot semua keyword penting untuk carian di google. Hiks. Semua tempat di bawah ni, kami dah cuba try test sambil jalan-jalan cari Sakura cari makan sekali. Wise man said "Eating in a foreign country may be the surest, truest way to its soul" Rugi pergi jalan jauh-jauh tak try local food :D


Makanan Halal di Tokyo

1. Sumiyakiya Nishiazabu - Korean Japanese fusion
(Grill/Halal Yakiniku)
Roponggi 5 to 15 min walk from station, depends which exit
11.30am - 3pm - lunch set; ¥2,400
6pm - 11.30pm - dinner set; ¥4,000 - ¥5,600 per set per person


Jol Harajuku Food Court, 2nd Floor
5 min walk from JR Harajuku station -  Takeshita exit, 
3 min walk from Chiyoda line or Fukutoshin line Meiji Jingumae exit no.5
Weekday 10:30am-20:30pm
Saturday, Sunday and Holidays 10:30am-21:30pm


Ramen popular halal di Japan
Ramen price starts from ¥780
2 min walk from Masjid Assalam Okachimachi
Lunch : 11.30am-3.00pm
Dinner: 5pm - 10pm


Asakusa short walk from Sensoji Temple
10 min walk from Asakusa Station
¥200 and above
Mon–Fri 11:00–22:00, Sat/Sun 8:00–20:00


Japanese, Soba in Odaiba
Dalam Diver City Tokyo Plaza, 6th Floor near to Daiso
Soba noodles -  ¥510 -  ¥1,180


Authenthic Indonesia Restaurant
Okubo, Tokyo - 5 min walk from JR Shin-Okubo
Wednesday - Sunday Lunch: 11:00 - 17:00 
Wednesday - Sunday Dinner: 17:00 - 22:00
Ayam Goreng Jawa Set, ¥510


Indian Food in Lake Kawaguchi 
Roti naan besar raket squash!


The first halal sushi restaurant in Japan
Budget: > ¥1,000 
Mon-Sat 11:30-23:30 (L.O.23:00) Lunch 11:30-16:00
Sun, Public Holiday 11:30-22:00 (L.O.21:30) Lunch 11:30-15:00


9. Nasco Food Court Shin Okubo
Indian, Arabian, Mediterranean Cuisine
Monday - Sunday : 12 - 10.30pm


Satay Okubo yang sangat popular! ¥100 secucuk. Serious tak puas makan!😋



Makanan Halal di Kyoto


Ramen & chicken karaage
11am - 10 pm
3 min walk from Hanami Koji Street
Harga set > ¥1000; Ala carte > ¥700


Lokasi sebelah Halal Mentei Naritaya Gion
Set menu ¥1500 ke atas per person
Cuaca sejuk dapat makan daging BBQ
NIKMAT!



Makanan Halal di Osaka


 ¥1380  - harga weekdays
 ¥1680 - harga weekend
konsep makan buffet sampai kenyang ALHAMDULILLAH TETAPI dalam masa 70 minit
Lokasi dalam Tempozan Market Place, 3rd floor. Mall yang between Ferris Wheel dan Osaka Aquarium Kaiyukan


Japan No.1 Biryani,Pakistani & Arabic food for last 8 years
Ready at least ¥1000 - ¥1500 per person
Lokasi near to Shinsaibashi Station
Kedai underground. Turun bawah dengan tangga.



10 min walk from Namba Station
Bayar guna vending machine
Ramen & chicken karaage dia memang lazat nikmat
Ramen set with rice and chicken  ¥1100


Sanuki Udon ala carte
Lokasi di Terminal 1, 2F di Kansai International Airport
Harga dari ¥480


Bahan perasa utama dalam Japanese cuisine biasanya sa-shi-su-se-so. First mesti gula dan diikuti garam, cuka, kicap & miso :D Ada yang kata makanan Jepun tawar. Setelah 16 hari kami di Jepun dengan bajet lebih kurang RM1000 per person untuk jjcm Japan jadi tuan suami dan saya pula SANGAT SUKA makanan Jepun terutama ramen, udon dan  soba kerana cukup rasa! Just nice kerana tidak masin. Ia tidak pedas dan tidak terasa tawar di lidah. Jepun banyak mengekalkan rasa asli bahan yang digunakan. Sebab tu ramai je rakyat Malaysia yang tergila-gilakan makanan Jepun. Agaknya sebab tu AEON food court sangat mendapat sambutan di seluruh Malaysia. Hehe. Tapi makanan bercitarasa Jepun dalam AEON tu tak sama langsung dengan makanan authenthic yang kami makan di Japan. Di Japan rasanya lebih authenthic dan sedap. Apa-apa pun citarasa dan lidah manusia tak sama kan. Jadi kalau ada rezeki lebih cepat-cepat beli tiket ke Jepun. Pergi, rasa dan feel sendiri :D


Kami perasan setiap kali kami masuk restoren kebanyakkannya akan sediakan tuala sejuk (kain basah dibalut plastik). Tujuannya untuk bersihkan tangan SEBELUM makan. Bukannya selepas makan. Katanya biadap kalau guna tuala basah tu untuk lap muka atau mulut atau mana-mana bahagian badan selain tangan :D


Biasanya setiap hidangan automatically entitled to free drinking water. So jimat di sini sebab tak perlu order air :D


Makanan lain yang kami cuba:D


Luke's Lobster



Kirin Milk Tea




Vitamin C 1000mg perisa lemon *untuk kuatkan antibodi kononya*



Strawberry di sini sangat fresh, murah, manis dan sedap! Kami beli berpek-pek strawberry. Di Tokyo boleh kata setiap hari beli :D



Biskut Bourbon Alfort atau famous dengan panggilan biskut kapal Japan. Lupa nak snap gambar walaupun beli dekat 20 paket utk souvenirs. Paham2lah berat dia Ya Rabbi! Pic credit: https://blog.halal-navi.com/


Yang takde rezeki sampai Japan lagi jangan sedih-sedih atau terliur sangat nak rasa sebab semua di atas (kecuali strawberry) dah ada di Family Mart Malaysia! Yahoooo. Cuma hargalah tak sama. Abaikan. Go and grab fast! :D 


"You have to taste a culture to understand it"


Mesin Basuh Bau Busuk | Cara cuci drum mesin basuh

$
0
0


Pindah masuk rumah yang duduki sekarang dah 7 tahun. Maknanya usia mesin basuh juga sudah 7 tahun digunakan tanpa servis. Mesin basuh tu lah yang basuh baju, basuh telekung, basuh langsir, basuh cadar, basuh kain lap kaki, dan segala mala campak dalam mesin basuh. Lately ni macam ada tompok atau habuk kecik2 warna coklat kehijauan lekat pada kain yang dibasuh. Basuh baju tetap wangi lagi 👻


Kebetulan group whatsapp taman yang mana perempuan sahaja ahlinya (senang bila nak tukar mode jadi makcik bawang. LOLS) ada mencadangkan satu jenis sabun yang mencuci drum mesin basuh. Apa lagi hujung minggu terus pi cari di Cosway berhampiran. Kebetulan Bonda ahli Cosway.


Langkah 1:
BELI SABUN Wash Drum Cleaner Power Max di Farmasi Cosway. Harga RM12.50 (non-member). 1 kotak ada 2 paket untuk 2 kali kegunaan. Tak semestinya top load washer sahaja. Sesuai juga untuk front load washer.



Langkah 2:
IKUT ARAHAN di kotak.
1. Tuangkan 1 paket wash drum cleaner dalam mesin basuh (WAJIB guna sepaket!)
2. Mula dengan - WASH (buat complete cycle: wash, rinse, spin)
3.Kepenuhan air dalam mesin basuh mesti paling maksimum
4. Rendam selama 3 - 5 jam (saya rendam dalam 3 jam)


3 jam kemudian
.
.
.
Tadaa
.
.
.


Ewww.Ewww. Gelinya. Keladak yang bertimbun di belakang drum semua keluar. Inilah punca mesin basuh bau busuk bau hapak bau terkepam jika dibiarkan lama. Inilah rupanya tompok atau habuk yang sekali sekala lekat pada baju.


Baru azie sedar yang rupanya mesin basuh juga perlu dicuci atau dibuat maintenance sekali sekala supaya dapat berfungsi dengan lebih baik dan tahan lama.  Especially yang ada baby dan kanak-kanak. Lagilah kena ambil berat bab-bab kebersihan.



Langkah 3:

'RINSE' untuk buang air dan buangkan habuk yang tinggal di dasar mesin basuh. Boleh 'PAUSE' mesin basuh jika perlu.


Langkah 4:
BERSIHKAN PENAPIS mesin basuh.


Langkah 5:
ULANG PROSES di atas sekali lagi atau sehingga benar-benar tiada habuk yang tinggal


Boleh juga jika nak lakukan wash & rinse sahaja. Keseluruhannya saya ulang dalam 3 kali cycle (wash, rinse, spin). Ambil masa 5 jam. Barulah mesin basuh benar-benar bersih. 


Selain Cosway boleh juga guna bahan alternatif lain untuk tube cleaning / tube hygiene:
1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)
2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
3. Jenama CALGON / OXY ( 300gram)

4. Cuka (140gm) dan soda bikarbonat (750ml)



Korang dah pernah cuci drum mesin basuh tak?

Or 

pergi dobi?





Tips Maintain Kurus Cara Azyyatiliah

$
0
0

Assalamualaikum Malaysia.





Di pagi yang hening dan mendamaikan jiwa ni rasa terpanggil untuk berkongsi tips maintain kurus cara Azyyatiliah sendiri. Hiks. Bila Allah sudi pinjamkan usia lebih lama perlu untuk saya lebih teliti bab penjagaan makanan dan apa yang saya makan sebab makin berusia metabolisma saya makin rendah. Zaman remaja saya seorang yang sangat kuat makan. Tapi masih kurus dengan berat 45kg sahaja. Biasalah student kejap-kejap lapor. Makan sikit tak cukup. Makan setimbun nasi putih, dihiasi ayam goreng berempah letak kicap sikit sayur kacang sikit, kentang sambal sikit aduhhh rindu zaman uni. 


Bila usia mencecah awal 30-an masih kuat makan. Sibuk lagi jalan-jalan cari makan dengan suami kehulu-kehilir. Tanpa sedar berat pun makin lama makin naik sampai cecah 55 - 58kg. Orang rendah macam saya ni, dengan berat 58kg terus nampak lebar. Paha dah mula berlaga-laga antara satu sama lain. Bergegor-gegor paha bila berjalan👻Mula rasa rendah diri. Wujud perasaan tak selesa pada diri sendiri. Seluar pun dah ketat kat pinggang, kat paha dan dah rasa susah nak pilih baju. Badan makin melebar. OMG! OMG! Sebelum makin mudarat sampai cecah 60kg baik mulakan langkah mencegah dengan segera!! Sebabnya sekali berat sudah naik susah beb nak turunkan berat badan. Saya tidak mahu digelar 'kenderaan berat'! Tak tunggu lama terus bertindak....


Cara 1: Detox dengan air lemon
Tukar plain water kepada plain water + hirisan lemon. Tupperware 1 liter letak 2 -3 hirisan lemon. Cuba habiskan sebotol. Refill lagi. Letak lagi 2-3 hirisan lemon. Refill kali ke-3 dengan plain water sahaja. Maka cukuplah tubuh saya dapat 3 liter air setiap hari.



Cara 2: Stop terus air gas /air bikarbornat
Saya memang TAK SUKA air gas dari zaman remaja sebab ada kesedaran yang air gas mengandungi kandungan gula yang SUPER DUPER TINGGI. Arwah pakcik ada kena kencing manis, potong kaki dan akhirnya meninggal dunia. Jadi saya takut! Ingat kawan-kawan, gula BESTFRIEND kanser. Saya memang avoid terus. Sekarang ni jadi food police dalam rumah. Awas! Nampak je sesiapa yang beli air bikarbornat dalam rumah Bonda memang kena ceramah kesihatan dengan kak long kawasan. LOLS. Saya bersyukur sebab suami pun jenis yang avoid terus air bikarbonat. 


Cara 3: Kurangkan air manis
Saya tak stop terus. Nanti kempunan pulak. Cuma kurangkan dan tukar. Jika dulu setiap pagi mesti bancuh nescafe + susu pekat manis. Tapi sekarang sebelum sarapan, amalkan ambil 1 sudu madu untuk rasa manis dalam mulut. Khasiat madu pun banyak. Kat rumah tiada lagi nescafe & kopi (masaklahhh kalau tetamu datang, haha). Saya tukar kepada green tea organic + stevia + hirisan lemon. Jika makan di restoren saya hanya order plain water. Suami pulak biasanya order limau suam tanpa gula. Sekarang ni minuman kalau dia bancuh sendiri kat office dia tak nak gula. Alahai.  Breakfast kadang-kadang order teh tarik kurang manis. Tapi segelas kongsi berdua. Jadi taklah banyak portion masuk dalam perut :D Untuk masakan saya memang tak gunakan langsung gula putih. Saya tukar kepada brown sugar organik. Kalau suami ada sebelah masa masak, dia akan bebel jika saya letak brown sugar dengan banyak! LOLS. Jadi kalau dia masak memang tawar! Haha. 


Cara 4: Tidak minum minuman berais
Saya sejenis manusia yang sukakan air panas. Jarang sangat minum air sejuk. Jadi memang takda masalah bab ni. Mula-mula kahwin dengan suami dia pelik kenapa takda air sejuk dalam peti ais. Hahah. Memang tak pernah wujud pun air sejuk dalam peti ais sejak kecil. Jadinya bila dah kahwin memang tak buatlah. So lepas 10 tahun berkahwin suami pun kurang minum air sejuk. LOLS. Pergi restoren pun order air panas. Tabiat manusia boleh berubah 😄


Cara 5: Jaga pemakanan
Saya bukan pakar nutrisi, bukan kevin zahari dan tak reti nak kira kalori pun. Hahaha. Apa yang saya buat saya tukar diet pemakanan.

+Beras bertukar kepada brown rice (almost setahun dah kot makan brown rice). Mula-mula pelik rasanya tapi alhamdulillah lama-lama boleh terima. Orang kata alah bisa tegal biasa.

+Breakfast weekdays saya prepare overnight oat (oat organic +avocado/delima+dried cranberries+seeds. Untuk sedapkan oat saya letak madu+date concentrate+serbuk cinnamon

Seeds letak dalam oat

+Saya dan suami memang elakkan roti putih terus. Makan roti putih terus rasa gemuk. Kalau teringin nak makan roti pilih G.I paling rendah.  Lebih rendah nilai GI bermakna lebih lambat makanan tersebut diproses dalam badan (lambat rasa lapar) dan tahap gula rendah. Contohnya Sommerset Cottage keluaran Gardenia di bawah G.I : 52. Paling rendah warna purple Canadian Purple Wheat (100% multigrain) dengan G.I: 46. Glycemic Indeks ada dari skala 1 hingga 100. Ada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 - 55



+Menu harian dalam masakan saya tukar kepada banyakkan menu sayur terutama sayur berdaun dan ikan cencaru, kembung, selar dll. Lebih banyakkan membeli buah daripada membeli ayam daging.

+Jika nak masak menu ayam saya prefer beli ayam kampung. Ayam biasanya disuntik dengan hormon dan antibiotik untuk menggemukkan dan menyihatkan cukuplah saya makan bila makan kat luar :p Kat rumah makan ayam kampung. Telur pun bertukar kepada telur ayam kampung. Sekarang ni mudah nak dapat ayam kampung. Sekor dalam RM13. Telur ayam kampung ada di Mydin Mart. Saya paling benci bahagian dada / isi ayam. Tapi sekarang fav bahagian dada / isi ayam (sis terpaksa!)

+Kena kurangkan makanan laut sebab suami dah kena batu karang! Doktor nasihat untuk avoid terus. Paling risau if kena gout. Lagi susah tak boleh makan langsung. Better mencegah daripada mengubati kan.

+Hari daging sedunia pulak biasanya waktu Aidiladha hari Qurban. Hari tulah baru masak daging dalam setahun :D 

+Susah beb nak stop terus fast food. Kadang-kadang nak jugak cheat day! So makan juga tapi buat konsep sharing is caring. Jadi tak banyak portion masuk dalam tubuh. Haha. Contohnya order 1 set dinner plate (ayam 3 ketul) share 2 orang. 

OPPPPPSS!!

+Dessert & kek memang suka. Tapi tak reti nak makan banyak-banyak. Sekadar cukup rasa. Bonda cakap dulu masa muda-muda dia siap masuk kelas baking untuk buat kek kat kami semua. Tapi kami tak makan sangat pun. Hahah. Last2 sesekali terasa teringin beli je. Jiran sebelah rumah Bonda memang suka hantar kek, brownies, carrot cake, cake buah, red velvet dan macam2. Bila tanya katanya dia beli untuk anaknya alang-alang beli extra bagi kat kami (sweet sangat kan!) Tapi punyalah kami tak makan sangat lepas seminggu pun tak habis-habis lagi dalam peti. Bonda selalu runsing siapa yang nak abiskan. Kena tapau pi tempat kerja budak-budak nih baru habis. Pavlova dikecualikan kerana pavlova mampu bertahan 5 minit. Kemudian licin! Hahahah.

+Kudap-kudap dulu selalu ada dalam rumah. Ada cookies, biskut, kerepek, maruku, kacang2 bergaram bermsg, potato chips, jajan dll. Sekarang pergi mall tak beli semua tu dah. Tukar dengan kudap-kudap betik, nenas, anggur. Masa raya baru cheat day. Hehe.

+Kesimpulannya saya tak pantang pun. Makan semua. Still makan nasi kerabu, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang, roti canai telur, satay, kek, egg tart, fatty crab, sotong celup tepung, udang tempura, mcD, nandos, dominos pizza....phew sedap-sedap makanan di Malaysia ni, hard to resit tapi saya kurangkan kuantiti kebanyakkannya dengan share dengan tuan suami! Haha. Jihad beb melawan hawa nafsu :D


Cara 6: Jogging hujung minggu
Alhamdulillah sekarang ni kami berdua konsisten jogging Sabtu, Ahad. Kalau malas jogging pun just morning walk sampai berpeluh-peluh. Sambil ambil udara segar pagi dan tengok pokok-pokok hijau bagus untuk mata :D


Cara 7: Amalkan puasa sunat Isnin & Khamis
Jika boleh sedaya upaya amalkan puasa sunat Isnin & Khamis. Selain dapatkan extra pahala, puasa sunat juga bagus untuk rehatkan perut sebentar dari aktiviti berat memproses makanan. Almaklumlah Sabtu, Ahad memang makan macam-macam. Lagi-lagi kalau ada aktiviti makan-makan dengan family, balik kampung, pergi kenduri, hari cheat day sedunia dll. Bedal semua tanpa limit. "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)

Bila berpuasa, imunisasi tubuh kita kuat melawan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Ada hadith sahih bab ni. Nabi s.a.w sendiri menyebut "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) . Jadi ustajah pulak iols hari ni.




Jadi alhamdulillah dari 58kg turun ke 52kg. Slowly but surely. Nak turun sampai ke 50kg tu memang susah betul. Pernah dapat 50kg tapi dengan cara makan di atas naik balik jadi 52kg. LOLS. So maintain kan jerlah berat 52kg di hujung-hujung usia 30-an ni. Badan selesa dengan berat 52kg. BMI masih dalam kategori NORMAL walaupun lemak-lemak degil masih banyak dalam tubuh. LOLS. Yang penting boleh makan semua benda dengan kuantiti sederhana tanpa perlu pantang-pantang. Tubuh badan kita ni dipinjamkan Allah SWT buat sementara. Amanah yang perlu dijaga dengan baik. Maka jagalah ia sebaiknya. Kita ikhtiarkan dulu. Jika terkena penyakit juga redha dengan ujian Allah. Allah uji tanda sayang. Insya-Allah :D

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)


Kawan-kawan semua, selamat berjihad melawan hawa nafsu makan! 



BolehCompare now make your life easier!

$
0
0


PLEASE TAKE NOTE AND SPREAD IT

Nampaknya sudah lama saya tidak membuat pemberitahuan akan promosi terkini atau website terbaru. Jadi saya akan ketepikan dulu kisah travelog yang tidak berkesudahan sampai sekarang 😅 bagi memberi laluan dengan menaip pemberitahuan sebuah website terbaru.

Pernah dengar BolehCompare? 


Selalu kita dengar laman web yang buat perbandingan berkenaan info-info travel seperti harga tiket penerbangan, harga bilik dll. Tetapi BolehCompare adalah satu platform yang buat perbandingan harga & produk dalam industri telekomunikasi, bank, telefon pintar & insurans (medical & kenderaan). Finally! i dah lama tunggu platform bijak macam ni. 


Mudah-mudahan dengan wujudnya content yang awesome ini memudahkan pengguna (jimat masa & kos uols) mencari info dan memilih produk yang betul bersesuaian dengan kita kerana kita pengguna ada hak untuk memilih! FYI, BolehCompare juga merupakan salah satu program yang bekerjasama dengan MDEC melalui e-rezeki untuk orang awam menjana pendapatan lebih. So, jom kita support!



Try godek-godek BolehCompare via phone. Nampaknya ia sangat mobile friendly. I nak bertukar kepada telefon termahal abad ini - iPhone X dan nak pakai telco Celcom. Mari kita tengok pakej yang Celcom tawarkan. Menarik ke tidak. Jadi dalam drop down menu di atas i pilih Celcom & Apple. Kemudian klik 'COMPARE NOW'

Tadaaaa
.
.


Oh pengguna telco lain tak perlu susah hati. Selain Celcom ada  Digi, Maxis, UMobile, redONE, webe & YES. Pastu lagi awesome boleh terus klik 'APPLY NOW' tanpa perlu bersusah payah pergi Celcom Centre! 




3 langkah mudah untuk guna portal BolehCompare iaitu buat carian, bandingkan dan terus apply direct from website!


Selain telco, BolehCompare juga tawarkan perkhidmatan fibre broadband seperti;
2. TIME Fibre Broadband Business Plan Promotion
4. Maxis Business Broadband Promotion
7. TM unifi Broadband Promotion seperti di bawah (khusus untuk orang yang masih BERstreamyx)


EXCLUSIVE OFFER!
RM100 Touch 'n Go Card from BolehCompare could be yours when you Sign me up!


Last but not least, memperkenalkan produk yang paling popular di BolehCompare.com 


Renew insuran kereta mudah dan cepat secara online! RENEW HERE

.
.
.
.

TAHU TAK?

U guys pun boleh promote juga portal BolehCompare. Bukan promote percuma tau. Promote berbayar! Caranya seperti di bawah;


Langkah 1
 Isi form




Langkah 2
Setelah terima activation email dari team BolehCompare. Login ke account affiliate BolehCompare.com dan pilih produk yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.



Langkah 3
Klik Promote Now


Langkah 4
Klik Renew Now




Langkah 5
PASTIKAN rakan/ keluarag  isi borang dengan lengkap


Langkah 6
 Anda boleh check status permohonan rakan/keluarga di LEADS SALES, dan lihat status.


JIKA BERJAYA, ANDA BOLEH CHECK STATUS DI SALES BAHAWA ANDA DAPAT KOMISEN DAN ANDA AKAN MENERIMA BAYARAN PADA BULAN HADAPAN!



Tips : semakin banyak korang mencadangkan ahli dan kawan-kawan menggunakan servis BolehCompare semakin banyak korang menerima bayaran! Jom jana pendapatan bersama dengan BolehCompare. Sambil-sambil mudahkan urusan orang, kita pun dapat hasilnya :D


Jangan lupa check it out BolehCompare now make your life easier!




When in Bangkok...

$
0
0

Sawadee ka!



Quick update Bangkok trip baru-baru ini. Januari 2018 suami ajak ke Bangkok lagi sebab nak redeem points MAS Enrich Miles yang hampir expired. Maka kita pun fly ke Bangkok 4 hari 3 malam dari 6 - 10 Januari 2018. 



Naik kapal terbang baru dan besar airbus A350. Tiada lagi masalah kaki busuk (throwback naik MAS 2014)



Banyak movie baru dalam flight. IT horror movie 2017. Jangan harap nak tengok movie hantu ni. Iols mampu tengok 'Bisik Pada Langit' je. SOBS. Sedih pulak cerita itu.



Alas perut. Jangan tanya sis menu apa kerana sis pun tak boleh nak cam nama menu.


Sampai Suvarnabhumi International Airport beli Tourist Sim ฿255 = RM37.23

Then beli tiket Airport Rail Link (ARL SACity Line) – turun di stesen Phaya Thai. Masa perjalanan 26 minit. Harga tiket ฿45 seorang. 

Sampai di station Phaya Thai, top-up dulu Rabbit card. Di Phaya Thai, ambil SUKHUMVIT LINE (Line Hijau) berhenti di stop N4 Sanam Pao (Stesen ke-2 dari Phaya Thai) – 4minit – ฿20




BTS Sky Train Bangkok (macam MRT di Malaysia). Perlu ada Rabbit Card untuk naik BTS. Taknak beli pun takpe. Beli tiket.



Sampai hotel - check-in - letak luggage - solat jamak maghrib & isyak - siap2 keluar makan - Restoren Ali Selatan - Petchaburi Soi 7 - makan krapao


Trip sebelum ni kami menginap di Abloom, Patio dan kali ni menginap di Vic3 Bangkok. Ketiga-tiga hotel ini bersebelahan antara satu sama lain. Kenapa hotel ni jadi pilihan?

1. Paling dekat. 160m sahaja jalan kaki ke BTS Sanam Pao (BTS Sky Train public transport paling senang)
2. Cuma 4 station sahaja nak ke Station Mo Chit (Chatuchak weekend market)
3. Cuma 4 station sahaja nak ke Station Siam ( Siam Paragon & MBK)
4. Direct access dari Suvarnabhumi airport (tak perlu naik cab)


Pergi Bangkok tengok preference masing-masing. Ada yang suka stay area Pratunam. Pratunam banyak market dan tempat shopping baju. Boleh beli dengan harga murah-murah. Saya kurang gemar shopping baju sebab tak kena dengan taste 😩Jadi stay di area Sanam Pao sebab dekat dengan tempat-tempat makanan halal yang sedap lagi lazat memikat seperti di station Siam, station Ratchathewi, station Nana (kebab sedap). Paling penting dekat dengan Chatuchak (tempat fav shopping).


Esoknya kita berhajat nak jalan-jalan cuci mata sahaja sebab trip ke Bangkok kali ni lebih kepada jalan-jalan cari makan. Tapi nampaknya telah bertukar kepada shopping sampai lebam 👻 



Gigih sis cari info



Chatuchak. Datang sini pakai pakaian serap peluh sebab memang panas to the max! Kedai tiada aircond ya untuk makluman semua :D Pakai kasut yang selesa dan tidak mencederakan kaki hokeh.



Lunch di Kah Jak. Pernah review dah dalam trip sebelum ni. Pergi je di google dan buat carian : "azyyatiliah Kah Jak"



Sangkaya coconut ice cream versi Bangkok



Shopping baju-baju tak minat. Tuan suami je yang menyopping baju di Bangkok. Itupun dia cari H&M. Kakak-kakak sangat pergi jalan shopping kayu kayan



Bukan setakat kayu-kayan bawa balik. Lampu sekali angkut bawa balik. Bukan satu tetapi dua. Memang hazabedah sangat nak bawak lampu ni balik Malaysia. Azabnya masa kat airport! Kecoh jap sebab bawak lampu check-in kapal terbang😜



Kalau lampu pun boleh tapau. Setakat pasu-pasu macam ni, memang WAJIB dah tapau💁 bawa balik Malaysia. Gorgeous sangat ukiran dia. Made in Thailand. Oh dan beberapa barangan yang lain lagi. Terutama barang-barang dapur seperti paste tomyam, green curry, massaman curry, susu pekat manis teapot dalam tiub. Bangkok cookies dan lain-lain. Helok sangat naik MAS. Boleh bawak luggage 60kg. Weeeee 💃




MBK Shopping Centre. BTS National Stadium.




Teruknya lahai selfie camera Iphone 6s terutama waktu malam yang cahaya malap-malap romantik :p 



Sis saja tengok-tengok. Mana tahu wira aeroback sis boleh upgrade jadi BMW :p



BMW i8 ni memang merecikkkk. Kat mana ek nak charge kereta elektrik ni? Sis tau kat Subang Empire Shopping Centre je ada satu.



Platinum Mall. Dari BTS Sanam Pao nak ke sini memang menapak jauh gile. Kalau stay di area Pratunam dekat lah nak pergi Platinum Mall. Baju-baju di sini murah-murah.



Gaun pengantin lip lap ada kat belakang ni :D Nak belikan untuk adik sis tapi pakej kahwen sekarang ni dah cover semua.



Sawadee ka! Ada yang tanya sis McD sini halal ke tidak. Ermm ermm...nak makan McD kat Malaysia ajelah. Sah dah halal. Ni tumpang bergambar aje :D



Chanel Bangkok. Tengok gambar macam sejuk je suasana. Tetapi sebenarnya....



Fish Basil. Maknanya bukan ayam sahaja boleh digunakan. Ikan, sotong, ketam, udang juga boleh :D Be creative dalam masakan.



Mango Sticky Rice ini cukup sempurna. Melihat rupanya sahaja telah membuatkan mata sis bercahaya. Mangga kuning yang manis itu bila disuapkan dalam mulut terasa keenakan buahnya. Berselang seli dengan rasa pulut yang mampat lagi lembut, kuahnya yang secukup rasa dan kekacang rangup membuatkan diri ini rasa terapung sebentar 



Thai Green Curry. Kegemaran tuan suami. Balik rumah kalau ada lauk ni memang senyum melebar sampai ke telinga. Bila dengar perkataan 'sedap sangat' hilang semua penat jerih bertempur kat dapur :D So para suami, jangan lokek memuji masakan isteri tau.



Squid Basil & Tom Yam putih. Simple sedap dan mengenyangkan. I love thai food very much! Penat tau cari Miang Kham. Tak jumpa :( Ada yang tahu kat mana nak cari yang authenthic di Bangkok?




Tak perlu bersusah-payah berpeluh-peluh ke Lopburi. Rupanya tengah bandar pun ada banyak bunga matahari :D Cuma bunganya masih kecil dan belum membesar sepenuhnya.




Asiatique Bangkok. Nanti kita buat satu entry khas berkenaan Asiatique okeh




Halal Food di Suvarnabhumi Airport



Aneka menu disediakan. Harga standard airport. Tempat duduk terhad. Jadi order cepat, makan cepat bagi peluang pulak orang lain duduk makan.




Pad Thai. Usah dikomplen tentang rasanya. Bersyukur ada juga yang sudi buka kedai makanan halal di Suvarnabhumi Airport ni. Lebih-lebih lagi bila kena situasi flight delay. Jenuh menanti.



Jauh berjalan luas pemandangan :D Take every chance you get in life because some things only happen once. Alhamdulillah untuk semua rezeki Allah bagi pinjam sementara di dunia. 




Obsessed With Rose Gold

$
0
0


I love rose gold! Bila dimelayukan bunyinya warna merah jambu emas yang lembut dan menawan. Warna ini diperkenalkan kali pertama oleh Samsung untuk Samsung Note 3. Kemudian dipopularkan secara global oleh Apple bila guna warna rose gold untuk iPhone dan sekarang ada pilihan warna rose gold untuk iPad dan MacBook. Dah jadi trend. Dari gajet sampailah ke perabot & dekorasi dalam rumah boleh didapati dalam warna rose gold :D



Apple ada Mac Book, Iphone dan Ipad warna rose gold. 




Beats ada headphone rose gold

 Cartier ada Love Bracelet Rose Gold yang harganya puluhan ribu ringgit 💆



Glossip Girl Lip Gloss. Menyerlahkan bibir tatkala pergi ke event :D sebab warnanya tak terlalu garang. Bibir tampak hangat berkilauan. Gittu.


Warna Rose Gold nampak luxury dan glam kan!


Rose Gold Stationery
Let's accessories our table top with beautiful stationery to improve our mood and productivity👻
Yang ini confirm MAMPU milik sebab harganya berpatutan. Jom check it out!







Get them for only RM30











Rose gold stationery di atas sesuai untuk golongan yang obsessed with rose gold! Kalau suka semua di atas boleh beli di SINI. Saya kalau dapat hadiah stationery comel-comel macam ni (yang penting rose gold) pun dah suka :D


Nota: Jika anda tak sure camne nak beli rose gold stationery online. Let me help you guys. Drop comment below or email me okeh :D


Cara Menang Hadiah Jam Tangan Ice Watch

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam 2 Rejab :)


Masuk peraduan menang jam tangan. Fuh! Belum cuba belum tahu. Durian runtuh kalau menang jam tangan yang warna warni, sporty, funky, rekabentuk ciptaannya datang dari Belgium lagi awesome nih . Rupanya.......


Tiba-tiba dapat DM (direct message). Alhamdulillah! Alhamdulillah! Betul berjodoh dengan pertandingan yang offer jam tangan sebagai hadiah :D Sebabnya ini kali keempat dapat hadiah jam tangan secara PERCUMA! YAAAHOoooo *lompat kegembiraan sambil libas tudung* 


Dah alang-alang kepalang kita throwback sikit hadiah jam tangan yang dimenangi sebelum-sebelum ni okeh.


Kali pertama Folli Follie watch dari Cleo Magazine
Kali ke-2 Guess watch dari Cleo Magazine
Kali ke-3 DKNY watch dari Intrend
Kali ke-4 Ice Watch dari ?


Kebetulan semuanya jam tangan untuk wanita. Sampai sekarang masih elok, kukuh, teguh, cantik dan berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini. Bertukar-tukar setiap kali pakai ikut gaya dan mood. Ada yang kulit, stainless steel dan ceramics.  Dan yang terbaru ni sporty *takde can nak beli jam tangan baru👀*


Ini saya saja nak berkongsi cara menang hadiah jam tangan ice watch. Tengah berjalan-jalan tanpa arah tujuan di instagram tiba-tiba nampak peraduan REPOST & MENANG oleh Majalah EH Malaysia. 


Eh...REPOST jerlahkan. Tak perlu caption/slogan dan sebagainya. S.I.M.P.L.E. Tinggal lagi rajin ke tidak nak repost tu.


Nak jadi rezeki. Nama terpilih pulak sebagai one of the winner. Seronoklah melompat-lompat. So next time kalau ada contest repost & menang cuba masuk hokey. Mana tahu rezeki menang hadiah awesome macam ni :D


Apeee bertuah sangat nih. I am feeling fab this March in Ice Sixty Nine Watch in Blue (unisex) *tayang jam tangan baru :p *




Viewing all 468 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>