Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all 468 articles
Browse latest View live

Berjalan dengan Harga Tiket Kapal Terbang Murah

$
0
0

Assalamualaikum. Menongkah arus kesibukan hidup di kota memang meletihkan minda, jiwa dan emosi. Cara kurangkan stress pergi travel. Bunyi macam banyak duit je hehe. Tapi sebenarnya kan tak perlu banyak duit kalau nak travel. Banyak sangat info traveler kongsi di media sosial macam mana nak jadi smart traveler. Contohnya: “Kembara Teluk Balkan dengan modal 3K” Fuh. Dahsyat kan!

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab Allah beri peluang dan ruang pada Azie dan suami untuk travel. Benar kata orang bila travel bukan sahaja luas pemandangan tetapi juga luas pemikiran. Setiap perjalanan mampu memberi input kepada diri khususnya mengenal karakter diri dan pasangan, lebih menghargai alam sekeliling, mempelajari sesuatu budaya dengan lebih global. Gitu.

Kalau berkongsi gambar travel di Facebook atau Instagram mesti ada yang bertanya, travel sendiri / DIY (Do It Yourself) atau menggunakan khidmat Travel Agent. Kami berdua suka travel urus sendiri. Bila travel urus sendiri memang keluar dari zon selesa dan cabar diri sendiri kerana semua keperluan travel buat sendiri dari beli tiket flight, buat visa, sampailah penginapan, tempat makanan halal, waktu solat, tempat shopping, tempat menarik yang perlu dikunjungi, harga tiket masuk taman tema, waktu operasi kedai makan semuanya melalui research sendiri.


Lepas buat keputusan destinasi travel, pertama yang kami research ialah tiket kapal terbang. Kalau dulu orang kaya sahaja naik kapal terbang, zaman sekarang semua orang boleh terbang macam slogan Air Asia. Bukan orang travel sahaja guna kapal terbang, orang yang ada urusan kerja, urusan perniagaan malah menjadi pengangkutan utama pelajar yang mahu balik kampung cuti semester. Tidak dinafikan ada masa tiket kapal terbang sekarang lebih murah berbanding tiket bas. Baik naik kapal terbang kan, lebih jimat masa dan tidak meletihkan. Buka mata je dah sampai destinasi dituju :D

Soalannya macam mana cara untuk dapatkan tiket kapal terbang murah? Masa tengah research untuk kembara seterusnya, Azie ada jumpa satu website yang menawarkan tiket kapal terbang murah. Korang pernah dengar TRAVELOKA? Rupanya website Traveloka berkonsepkan travel. Jadi ada kemudahan book hotel dan book tiket kapal terbang. Boleh guna Traveloka untuk mendapat cheap flight tickets


Ciri-ciri yang Azie suka dengan Traveloka ni, masukkan tarikh travel, destinasi kita nak pergi, bila search flight, Traveloka terus bandingkan harga tiket kapal terbang antara syarikat-syarikat penerbangan lain sekaligus mudah kerja kita nak cari the cheapest flight tickets.

Paling penting, Traveloka dah declare tiada caj tersembunyi, dan dapat book untuk seluruh Asia Tenggara dan ke benua yang lain. Urusan jual beli di Traveloka dijamin selamat. Lepas ni urusan beli tiket kapal terbang dah boleh buat sendiri. Tak perlu nak guna khidmat orang lain / travel agent. Zaman sekarang ni ramai scammer. Scammer jual tiket flight makin menjadi-jadi sebab ramai yang nak travel. Ada kes dapat tiket pergi sahaja. Tiket flight pulang ke Malaysia tidak diberi. Banyak dah kes traveler terkandas di airport. Kalau korang selalu travel mesti pernah dengar kes macam ni kan. Selalu viral di group travel Facebook. Jadi perlu berhati-hati. 

Azie tengok Traveloka ni platform untuk mudahkan kita bandingkan harga. Boleh book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza. Boleh dikatakan one stop travel planning la kan. Patutlah makin menjadi sebutan ramai. Azie dah buat research, ada apps Traveloka. Boleh download di Google Play atau Apps Store. Khidmat pelanggan di Traveloka 24 jam, 7 hari seminggu. Jika ada masalah atau pertanyaan berkenaan booking boleh terus hubungi Traveloka tak kira masa. Ada tab “Promotion”. I like promo nih. Lagi murah, lagi bagus. Hehe.


Kini plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia di hujung jari, dan pada masa ini, tidak perlu pergi ke banyak website, cuma perlu browse di website Traveloka. Tak rugi untuk mencuba Traveloka, sangat terjamin, mudah, jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute. Tidak perlu lagi untuk mengisi minyak, pergi ke ofis travel agency atau airport untuk mencari dan booking flight ticket. Yayyy! Terima kasih Traveloka sebab dah mudahkan kerja saya untuk berjalan dengan harga tiket kapal terbang murah!

Siapa dah pernah guna Traveloka?🙋


#4 Tips Persediaan Ke Jepun

$
0
0

Assalamualaikum Konnichiwa!



Azie memang zero knowledge tentang Jepun. Sejenis yang tak baca manga. Alhamdulillah berjaya survived 16 hari musafir di sana. Hehe. Jadi Azie nak kongsi tips persediaan sebelum travel ke Jepun. Namun begitu, pengetahuan kami masih terhad, so kalau ada info yang korang nak sharing sama boleh share dalam ruang komen oke. Moga bermanfaat kepada pengembara yang akan kembara ke Jepun dalam masa terdekat :D

Lapangan Terbang di Jepun

Sebelum beli flight ticket buat keputusan dulu berapa lama nak pergi dan nak pergi kawasan mana. Bukak dan tengok map negara Jepun.

Ada 3 lapangan terbang utama;

i. Haneda International Airport (berdekatan Tokyo)
ii. Narita International Airport (sedikit jauh dari Tokyo terletak di Chiba)
ii. Kansai Airport (berdekatan dengan bandar besar Osaka, Kyoto, Nara, Kobe)

Itu yang kami decide pergi 16 hari (14 hari full day + 2 travelling day) untuk rasa pengalaman di Tokyo (Wilayah Kanto) dan Osaka (Wilayah Kansai). Jadi kami mendarat di Tokyo dahulu kemudian pulang dari Osaka. Perjalanan sehala tak perlu patah balik. Jimat masa & kos. Jarak Tokyo ke Osaka lebih kurang 500km ++ . Perjalanan dari Tokyo ke Osaka memakan masa 7 jam jika menaiki bas, lebih 2 jam jika naik keretapi laju/bullet train (Shinkansen). Boleh juga naik domestic flight Peach Airline.

Jepun ada 4 musim

Musim bunga(bulan Mac hingga Mei)
Musim panas(bulan Jun hingga Ogos)
Musim luruh(bulan September hingga November)
Musim sejuk(bulan Disember hingga Februari)

Sebelum beli tiket kapal terbang, kami pilih untuk travel musim bunga sebab SAKURA :D Check cherry blossom forecast. Tentukan berapa lama nak travel di Jepun. Bila air asia buat promo free seat terus pilih tarikh yang kita dah decide. Harga terpaksa redha & pasrah kerana cherry blossom PEAK season di Jepun. Nak cari tiket betul-betul murah ke Jepun, pergi musim summer. Kata orang panas di Jepun lebih panas membahang dari Malaysia. Hehe.


3 bulan sebelum berangkat pengetahuan masih zero tentang Jepun. Panik! 

Bermulalah research tentang train/subway Jepun dan pass di Jepun. Train/subway Jepun sangat complicated dan pening pada awalnya. Ada banyak giler jenis pass yang boleh digunakan di Jepun. Setiap kawasan ada pass tersendiri yang boleh dimanfaatkan. Makin banyak info tentang line/subway makin serabut. Makin berselirat. Makin konfius. Tapi makin thrill, adventurous & excited. Tempat-tempat yang korang nak pergi jadi makin banyak, makin bertambah pastu jadi tamak macam semua tempat nak cover. Haha. ecide dulu kawasan mana nak pergi & baru pertimbangkan pass pengangkutan yang perlu. Pass pengangkutan tak cover semua area, jadi kena teliti laluan train mana yang cover. Pastikan pass yang kita beli cover keseluruhan destinasi perjalanan kita. Baru jimat dan berbaloi. Boleh je tak guna pass yang disediakan. Tetap sampai destinasi. Tapi dari segi kos mungkin berganda-ganda lebih mahal. Sebab tu penting research tentang pass pengangkutan. Yang mana boleh jimat, kita jimat kan. Hihi.

Dah ada pass baru cari tempat penginapan. Kalau boleh cari tempat penginapan dekat dengan station. Bila korang dah faham semua memang mudah! Good luck :D

Sangat bagus untuk beginner 👍 : http://www.japan-guide.com/

Train / subway apps

Sebelum pergi Jepun guna Hyperdia web dan Google Maps untuk check waktu train, estimate kos dan train apa yang ada untuk pergi ke destinasi. Setiap kali hujung minggu kami berdua study detail tentang Jepun. Bukan apa sebab takut sesat dan tak boleh nak imagine langsung tentang Jepun. Kami pulak pertama kali baru nak pergi pastu nak jalan dari Tokyo - Fuji - Kyoto - Nara - Kobe. Memang perlu banyak effort. Kami faham di sana ada language barrier. 

Masa pergi MATTA FAIR baru ni, ada booth Japanese suruh kami guna apps ni utk DIY travel. Bab-bab train/subway ni Azie serah kat suami. Selama di Jepun suami hanya guna 2 apps sahaja untuk cari destinasi. Apps;

i. NAVITIME for Japan Travel (ikon gunung fuji)
ii. Google Maps

Tak perlu install banyak2 apps. Hyperdia web tu memang kami tak gunakan langsung selama di sana. Alhamdulillah sekali pun tak silap naik train. Naik di platform yang betul. Tukar train dengan betul. Naik gerabak yang betul. Kalau train reserved seat dapat cari gerabak dengan betul dan tempat duduk dengan betul. Kredit kat suami *clap* *clap* Cekap dan cepat adapt walaupun pertama kali sampai Jepun. Suami memang the best tourist guide i've ever had. Kagum giler. Tiada pengalaman kena halau keluar train/ gerabak. Alhamdulillah. Tiada extra kos di sini. 


Penginapan

Persediaan saat akhir. Lagi 3 bulan baru kami cari penginapan. Tengok Booking.com mostly sold out kecuali hotel yang bintang berkelipan. Tak mampu nak bayau. Nangis! Alternatif lain tempah bilik menggunakan airbnb. Airbnb ni kebanyakkan nya share house. Sebiji rumah ada banyak bilik. Jadi kongsi ramai-ramai. Bilik mandi juga berkongsi. Begitu juga tandas. Azie bawa kaftan lengan panjang a.k.a baju kelawar dan tudung sarung (saya ni shawl person hehe) untuk pakai pergi toilet. Senang. Pastu dinding antara bilik memang nipis. Cakap dengan suami pun bisik-bisik. Kebanyakkan orang Jepun tidur awal macam di Kyoto/Osaka. Host kami siap ada rule pukul 10 ke atas mesti SENYAP. Jadi balik rumah masuk bilik kami jalan jengket-jengket. Takut terjaga pulak house mate :D


Kadar Mata Wang Yen /Currency di Jepun

RM1 = 40 yen
RM4 = 100 yen
RM40 = 1,000 yen


Sebelum pergi tukar sikit-sikit kepada Yen. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rate paling murah dapat tukar RM38.90 = 1,000Y

Bekalan Makanan

Tidak perlu visa masuk Jepun. Cuma dalam flight pramugari akan beri 2 borang;

iarrival form
ii. customs declaration form


Form tu perlu isi lengkap dengan sempurna macam biasa ada nama, alamat kita stay di Jepun..flight details..bla..bla...Customs declaration form untuk declare makanan yang kita bawak. Borang ni jangan ambil mudah tau. Silap isi borang ni boleh jadi soal siasat panjang lebar di imigresen. Di Jepun ada certain-certain makanan yang kalau bawa kena declare macam daging, beras, sosej dll. Macam Brahims tu ok je boleh bawak sebab nasi instant. Beras kena declare sebab takut kita bawak bubuk katanya. Kalau tak declare terlepas, Alhamdulillah. Kalau terkantoi kena rampas tu rezeki la. Jangan kena hantar pulang semula ke Malaysia sudah. Tak merasa kembara Jepun nanti :D

Customs declaration form & arrival form


Persediaan Pakaian

Selalu ada masalah dengan pakaian kalau naik air asia hahah sebab kedekut nak beli luggage. Macam kami aritu banyak bawa pakaian pakai buang. Terpaksalah buang sebab nak jimat space dan luggage. Nak isi barang shopping pulak :P Pakaian tak perlu bawa banyak dari Malaysia. Kat sana pi la shopping Uniqlo & H&M besar giler okey! Kalau SALE 1,000 yen haih rambang mata. Pergi musim winter/autumn/spring boleh check weather forecast sebelum berangkat. Macam kami walaupun pergi Spring tetap bawa baju tebal sebab ada hari yang 6 degrees. Ada hari yang 2 degrees. Malam lagi sejuk. Ada hari angin sejuk bertiup sampai ke tulang sum-sum. Tips: Beli baju tebal kat bundle uptown. Berapa hinggit je kan. Tak rasa bersalah sangat nak tinggal jika terpaksa. Tak pun bawa baju tshirt lama-lama untuk pakai bahagian dalam. Kemudian boleh tinggal. Bolehla ruang bagasi tu diisi dengan hasil melontar.

Travel Insurance

Sediakan payung sebelum hujan. Ajal maut di tangan Tuhan. Bila travel jauh memang kami ambil travel insurance. Lagipun kos perubatan di Jepun SANGAT tinggi. Risau bila dengar cerita, walaupun kes kecemasan belum tentu hospital sana nak terima kita sebagai pesakit. 

Dah buat research sikit akhirnya kiteorang ambil Etiqa Travel Insurance. Plan name: World Traveller Care Takaful - Platinum.Alhamdulillah yang ini syariah compliance. Kami beli tak guna mana-mana ejen. Terus pergi website Etiqa, pilih pakej dan beli online. Nanti Etiqa akan reply dan attach Travel Plan yang kita ambil tu. Mudah dan cepat prosesnya!

Kami bawa juga ubat-ubatan (ubat demam, batuk, selesema, allergic, pain killer dan ubat sakit perut) . Alhamdulillah sihat walafiat sepanjang di sana. Makanan kesihatan (SHAKLEE) pun bawa jugak terutama NUTRIFERON untuk imunisasi. 

International Adapter

Makin lama makin banyak pulak bawak gajet pergi travel. Bawak ajelah extension cord yang 4 socket! Senang. Selesai masalah. Sekali caj boleh caj phone, gopro, camera, pocket wifi. 


Pocket WIFI

Macam mana kekal online 24/7? Inilah rahsianya! Pocket wifi kami sewa dari @travelrecommends memang terbaik 👍 pakai 16 hari selama di Jepun akses memang terbaik (kecuali masa naik shinkansen lalu bawah tanah terputus sekejap). Sepatutnya harga RM15 sehari. Tapi sebab masukkan PROMO KOD dapatlah sewa RM11 SAHAJA sehari. Total untuk 16 hari hanya RM176. Bahagi 2 baru RM88 ringgit sorang. Kalau pergi berlima lagilah jimat. Murah sangat dah tu. Phone tak perlu roaming. Kecohkan pergi oversea roaming tak sedar bayar ribu riban. Inilah jalan penyelesaiannya. In Sha Allah terbaik. Azie sempat whatsapp call ke Malaysia. Katanya bateri tahan 6 jam jika pengguna maksimum 5 orang. Macam kami berdua sahaja guna dari pagi sampai malam tak abis-abis bateri. Penat saja bawa powerbank kehulu kehilir. Kami berdua memang puas hati.

Ada tak FREE WIFI di Jepun?
Ya memang ada di sekitar Tokyo terutama di tren/subway. Osaka pun ada. Tapi tak berani nak bergantung pada yang FREE semata :D macam kami all the time perlukan internet untuk google maps.



Nak check makanan halal di Jepun?

Kami guna apps;

i. Halal Media Japan
ii. Halal Gourmet
iii. Halal Navi
iii. Halalworld.jp
iv. Google Translate

Bagus ada halal apps ni. Sangat membantu orang Islam. Nak cerita masa di Jepun kami ada bersembang dengan MUSLIM tourist dari negara Thailand. Dia pernah datang Malaysia pergi Pulau Pinang. Katanya, Pinang sangat susah nak cari makanan halal. Eh macam banyak je! Berhuhu lah nak jawab :p Kita ada halal apps macam ni tak untuk tourist? Huhu.

Jangan lupa print 'MUSLIM SUPPORT CARD' untuk tunjuk apa yang kita MUSLIM tak boleh makan. Dengan bantuan support card ni, kami dapat hidangan halal dari Disneysea. Pengalaman yang kami tak kan lupa!


Menu halal yang disediakan oleh Disneysea. Alhamdulillah Allah permudahkan. Cerita detail tunggu entry Disneysea oke.

Boleh tunjuk ini di 7E/Family Mart/Lawson



Kena tahu serba sedikit adab dan budaya orang Jepun

Cthnya;

Pengkelasan sampah
Dalam train phone kena 'silent mode'
Etika makan di public dining area
Merokok di 'public smoking area' yang disediakan

Tempat solat/Prayer Room

Mudah nak solat di masjid atau prayer room sebab ada banyak di sekitar Tokyo, Osaka, Kyoto berbanding negara bukan Islam yang lain. 

Di Haneda Aiport
Prayer Room (International Terminal Departure Lobby, 3rd Floor)

Di Kansai Airport

Prayer Room Terminal 1, 3rd Floor (3F) bersebelahan the Korean Air Lounge
Prayer Room North Wing International Departure Gate
Prayer Room South Wing International Departure Gate

Disneysea

Pergi ke kaunter Guest Relations. Bagi tahu nak solat. Nanti crew Disneysea yang baik hati bagi bilik untuk solat.

Tokyo
Masjid Tokyo Camii masjid terbesar di Jepun. Berdekatan Shibuya. Turun di Station Yoyogi-Uehara. Jalan kaki lebih kurang 5 minit.

Masjid As Salam (Okacimachi Mosque) berdekatan Ueno. Tak jauh dengan halal ramen AYAM-YA. Lepas solat boleh terus makan.

Mana-mana LAOX Department Store 
Mereka siapkan tempat ni bila kita request nak solat. Sejadah & selipar pink untuk wudhu mereka sediakan. Oh terharunya!

Osaka
Namba City Shopping Mall
JR Osaka Station

Kyoto
Masjid Kyoto (Islamic Cultural Center) - 1st floor

Kobe
Masjid Kobe

Tempat makan halal di Jepun / restoren halal di Jepun

Halal Restaurant Haneda Airport
Mrs Istanbul Cafe & Restaurant - Domestic Terminal 2, 3rd Floor
Awarded the "Halal Certification" by the Nippon Asia Halal Association - March 2015

Muslim Friendly Restaurant Kansai Airport
The U-don

Restoren Halal di Tokyo
Sumiyakiya Nishiazabu
Ayam-Ya Okichimachi
Naritaya Ramen Asakusa
Sojibou DiverCity Tokyo Plaza
Sushiken Asakusa - The First Halal Sushi Restaurant In Japan

Menu Halal di Kawaguchi
ALLADIN India Restaurant

Makanan Halal di Osaka
Babul Hayat
Ali's Halal Kitchen
HALAL Ramen Honolu (Please try Spicy Fried Chicken. Sedap sangat sampai teringat-teringat)

Halal Kyoto
Naritaya Ramen Gion - 100% Halal ramen restaurant. The first restaurant has acquired Halal certification by JAKIM in Malaysia.
Halal Yakiniku Naritaya - 100% HALAL Japanese Style BBQ Restaurant NARITAYA. Offer only Wagyu beef to enjoy the pure taste of Japanese meat. They do not provide any alcohol drinks. Bila lagi nak rasa WAGYU beef! YUmmeeehhh.

Halal Kobe

Halal Restaurant Naan Inn - berdekatan dengan Kobe Mosque

Di atas merupakan antara restaurant yang sempat kami jalan-jalan cari makan di Jepun :D Nanti Azie buat review setiap satu. Setuju tak Japan makin muslim friendly? Pada Azie memang mudah sangat nak makan menu halal tanpa was-was dan nak solat di Jepun berbanding negara bukan Islam yang lain seperti Korea, Hong Kong. Boleh nampak ketara usaha Japanese sediakan keperluan muslim demi nak menggalakkan pelancong muslim datang ke Jepun. Usaha yang bagus! Terharu :D

Pass Pengangkutan Awam di Jepun

Paling popular Japan Railway Pass. Kami tak ambil JR Pass. JR Pass ni spesifik untuk pelancong yang travel Jepun. Tengoklah preference korang pergi mana. Pass yang kami guna;

i. SUICA CARD (Macam Touch & GO)

ii.TWP Tokyo Wide Pass sebab nak pergi Gala Yuzawa (Niigata Prefecture) untuk rasa salji. I is jakun sangat nak tengok salji. Gala Yuzawa ski resort yang paling senang untuk diakses dari Tokyo dengan jarak 184km dari Tokyo. Resort ini dibuka dari bulan Disember hingga penghujung April sahaja. Kos ke sana naik Joetsu Shinkansen (bullet train) lebih kurang 6,780Y sehala. Pergi Balik dah 13k yen. Lebih jimat guna Tokyo Wide Pass yang harga 10,000Y seorang tapi boleh guna selama 3 hari. Jadi kami guna TWP untuk pergi;

1. Gala Yuzawa
2. Kawaguchi
3. Fuji Q Highland
(kami bermalam di Tokyo sahaja sebab tak larat nak pindah randah kerana ada bagasi yang membebankan)

Tokyo Wide pass cover area central tokyo juga. Boleh naik JR line secara percuma seperi Ueno/Harajuku/Shibuya/Shinjuku dll. Tokyo Wide Pass hanya boleh beli di Jepun sahaja. Kami beli di Haneda Airport. Masa beli di kaunter perlu bagitahu tarikh guna TWP. TWP boleh reserved seat.


Reserved seat ticket untuk naik Shinkansen


Joetsu Shinkansen Max Tanagawa ke Gala Yuzawa, Niigata 

iii. 2-Days Osaka Amazing Pass untuk jalan-jalan sekitar Osaka SAHAJA - 3,000Y *sebelum beli decide dulu nak gi mana area Osaka* 

Pass ni jimat kalau pandai  memaksimumkan tempat jalan-jalan dan tempat lawatan area Osaka. Ada 1 Day & 2 Days Pass. Harga beza dan kegunaan pass berbeza. Ada yang termasuk pass masuk pintu lawatan.

1 Day Pass termasuk Osaka city subway, New Tram, Bus Hankyu: Umeda~Kanzakigawa, Mikuni, Aikawa, Shimo-shinjo~Tenjinbashisuji 6-chome
Kintetsu: Osaka-Namba~Imazato, Osaka-Abenobashi~Yata

Keihan: Yodoyabashi~Sembayashi, Nakanoshima~Temmabashi

Hanshin: Umeda~Amagasaki, Osaka-Namba~Amagasaki

Nankai:Namba~Sakai, Namba~Nakamozu, Shiomibashi~Kishinosato-tamade

2 Day Pass termasuk city subway, New Tram dan bas sahaja.  Tak termasuk JR

iv. KYOTO Pass Bass - 5,00Y sehari untuk pusing Kyoto

Lain-lain pass

Ada Kansai Thru Pass untuk tren, subway yang merentasi kawasan dalam Kansai seperti dari Osaka ke Kyoto ke Nara ke Kobe ke Wakayama. Pass ini tidak termasuk pass pintu masuk lawatan. Kami tak beli pass ni sebab dah buat kira-kira pakai SUICA lagi jimat dengan perjalanan yang kami rancang. Sebab perjalanan sehala.

Dari TOKYO ke KYOTO/OSAKA

Naik Shinkansen Nozomi lebih 2 jam perjalanan harga RM500 lebih. Sebab dah merasa naik Shinkansen ke Gala Yuzawa dan nak jimat, kami naik WILLER Bas (sleeper bas). Willer Bas beli online dari Malaysia. Selalu check website WILLER. Sebulan dari tarikh perjalanan baru available untuk beli online. Macam kami open je terus beli. Dapat seat depan sekali (belakang driver) Hihi. Willer bas ada banyak jenis seat. Harga berbeza-beza bergantung kepada naik dari station mana, turun station mana serta pilihan seat. Harga dari RM100 - RM300.

Kami naik dari STATION DISNEYSEA turun di STATION KYOTO. Twin seat. Harga dalam RM210.50 seorang. Ambil malam sebab nak jimat duit check-in. 

Memang selesa sangat. Ruang tempat letak kaki yang besar. Seat adjustable. Disediakan lapik kepala dan selimut. Ada tabir hitam yang tutup keliling dalam bas sampai driver pun tak nampak. Jadi tak perlu risau silau. Ada tutup kepala macam stroller baby tu. Hahah confirm tidur nenyak. Bayar mahal kan.  



Pass Masuk Theme Park

i. Fuji-Q Highland 

Turun di Fujikyu Highland Station. Kami beratur beli tiket masuk. Orang ramai tapi beratur takda masalah sebab laju. Tak terasa sangat. Kalau beli Day Pass tak perlu beratur boleh terus masuk Fuji-Q.

Ada 2 pilihan tiket;

a) Entrance ticket sahaja - 1,500Y lebih kurang RM60 sorang (nak main rides kena bayar)
b) Entrance ticket + Free Pass (1 Day Pass) - 5,700Y = RM228 (boleh beli online di website Fuji Q)

*Fass past kena bayar lagi (memang terus potong Q yang amats panjannnnggggg)
*Kami bayar entrance ticket, bayar rides dan ambil Fast Pass untuk rides yang terpilih (jimat masa)

ii. Universal Studio Japan - 7,400Y per person lebih kurang RM296 sorang

Tiket USJ memang tidak dijual secara online. Nak tak nak memang anda kena beli dengan agent. Kami beli di HIS Travel masa MATTA FAIR (terlupa nak beli Express Pass kat sini)

Pergi USJ dicadangkan sekali beli USJ Express Pass supaya tak perlu beratur. Beratur memang buang masa. Beratur makan masa sejam ke 2 jam untuk setiap rides.

USJ Express Pass banyak pakej. Boleh tengok di website Universal Studio Japan. Kami beli Express Pass Standard 4 dengan KLOOK. Bayar dalam USD. Harga dah sama macam tiket masuk USJ 😑 

Standard 4 ada 4 tempat boleh guna Express Lane. Tak puas hati dengan KLOOK ni sebab bagi express pass untuk rides yang dah TUTUP! Kami beli dengan KLOOK bukan awal tahun tapi beberapa hari sebelum fly pergi Jepun. Kecewa sangat bila 1 daripada 4 tadi ada yang TUTUP. Pastu kami tak dapat ganti yang lain. Rugi sebab bayar untuk 4 tapi dapat guna Express Lane untuk 3 sahaja 👎

iii.Disneysea - 7,400Y per person ( 1 Day Pass)
Boleh beli online di website Disneysea. Nanti dapat emel e-ticket.

* sebelum beli semak tiket jenis open date atau fixed date. Harga berbeza. Open date tak kisah bila-bila tarikh boleh pergi. Fixed date mesti pergi tarikh tersebut. Boleh check crowd forecast jugak. Kalau dah merah tu better tukar tarikh lain. 

Tempat menarik di Jepun (ikut preference masing)

Tokyo
Shinjuku
Yoyogi Park
Takeshita Street
Masjid Tokyo Camii
Roponggi Hills
Ueno Park
Ameya Yokocho Street
Shibuya Crossing
Hachiko Monument
Assalam Mosque
Akihabara Electric Town
Asakusa
Nakamise Shopping Street
Tokyo Sky Tree
Odaiba
Ginza
Kawaguchiko (Mount Fuji)
Gotemba Premium Outlet
Disneysea

Niigata
Gala Yuzawa

Kyoto
Fushimi Inari Shrine
Kinkaju-ji (Golden Pavilion)
Gion
Arahiyama Bamboo Forest
Nishiki Market

Nara
Nara Park

Osaka
Tempozan Giant Ferris Wheel
Osaka Castle Museum
Kaiyukan Aquarium
Cruise Ship Santa Maria
Floating Garden Observatory
Namba
Shinsaibashi Shopping Street
Dotonbori
Rinku Premium Outlet

Kobe
Kobe Mosque
Kobe Port Tower
Kobe Harbour
Kobe Ropeway (Nunobiki Herb Garden)

Himeji 
Himeji Castle

SAKURA Spot (Spring)

Bagusnya google maps di Japan ni, siap ada mention cherry blossom spot :D


Shopping di Jepun

Pergi Jepun dengan poket tebal memang seronok sebab seriously Japan memang shopping heaven to the max! Banyak sangat benda boleh beli dan rare item / merchandise yang ada di Jepun dan of course jauh lebih murah dari Malaysia. Shopping di Jepun lebih untung guna card credit VISA sebab dengan VISA dapat addtional 5%. Yang pakai Mastercard sila melopong. Huhu.

5,000Y ke atas layak untuk dapat TAX-FREE 8%.

Apa nak shopping di Jepun?

Meh nak bagi idea. Beli beauty products. Pergi Jepun boleh beli SK-11,  Kose & Sheseido. Beauty products made from Japan. Murah ke? Murah berbanding Malaysia. Beauty tools pun banyak dan murah2 di Jepun. Nak yang tradisonal, hi-tech semua ada. Yang rare tak pernah tengok pun ada. Nak yang gelek kat muka ada. Yang sedut blackhead atas hidung pun ada. Tak mampu sis nak describe dengan perkataan bidang kecantikan orang Jepun nih. Sampai sana tengok sendiri. Mesti korang faham apa yang Azie nak sampaikan hahaha.

BIC-Camera/Tokyu Hands/Don Quijote.  Sini nak beli apa? Macam-macam ada. Tak silap ada 7 ke 8 tingkat. Dari barang kosmetik, gajet seperti iphone, camera, lense, head-phone, G-Shock, louis vuitton (new/second) sampailah ke kitchen tools ada di sini. Shopping sini sangat berbaloi kalau ada SALE dan diskaun kupon. Mana dapat kupon. Dari MATTA FAIR. Phew, mujur pergi Matta Fair aritu.

Pisau KYOCERA banyak di Jepun. Tak suka jenis ceramic sebab mudah sopek. Recommend beli Pisau KAI (stainless steel) Ada banyak jenis dan kategori. Ada banyak jenis harga. Pisau made in Japan memang terkenal dengan ketajaman dan ketahanan. Boleh beli bawak balik Malaysia seketul dua. Jangan lupa pengetip kuku KAI sekali. Lepas ni potong kuku dengan harapan tak sopek sana sini. Hehe. 
#pengetipkukupalingmahalseumurhidup 
#pisaupalingpahalseumurhidup

Rugi kalau beli fridge magnet/tshirt i love Japan tu. Sebab yang tu made in China dan harga mahal tak berbaloi. So ikutlah preference masing-masing.

Pergi Disneysea dan Universal Studio lagi lumpuh biji mata tengok merchandise. Kami berdua ni memang suka masuk semua gift shop di Theme Park. Orang sibuk pergi rides, kiteorang pergi gift shop. Hahaha. Mujur sekepala dengan suami. Apa yang suami suka, Azie pun suka. Sebab banyak barang rare dan suka kumpul barang-barang dari theme park. Carilah yang made in Japan. Bab harga bertabahla. Jangan terkejut sebiji mug harga RM60! (urut dada). Kalau bawa anak-anak siap sedialah paknya. Mesti poket tebal. Bekas popcorn je dah cukup comel tak boleh nak handle. Apatah lagi barang-barang lain.

Sogo dan AEON Mall pun ada.

Japan Premium Outlet 


Ada Gotemba Premium Outlet (dari Hakone boleh pergi. Dari Kawaguchi pun boleh pergi (ada bas)

Ada Rinku Premium Outlet. Satu station sebelum sampai Kansai Airport. 

Kalau beli TWP ke Gala Yuzawa, boleh selit pergi Karuizawa Premium Outlet (yang ni kami tak sempat pergi sebab hari 1st pergi Kawaguchi tak nampak Fuji-san. Terpaksa batal plan pergi sekali lagi)

Weather Forecast

Paling penting! Selalu semak weather forecast sehari sebelum berjalan. Ada itinerary kami bertukar lepas tengok weather forecast. Contohnya: Bila check forecast plan asal pergi Disneysea hujan. Tukar dengan hari lain. Jalan-jalan waktu hujan area Tokyo ok lagi, asalkan cuaca elok di Disneysea. Gitulah.

Kalau pergi Fuji-san jangan lupa check Fuji-san forecast sehari sebelum pergi. Kalau humidity tinggi & cloudy memang CONFIRM tak nampak Fuji-san. So better tukar pergi hari lain. 

Sekian, tips yang nampaknya TERpanjang lebar dari saya. Hehe. Moga sedikit sebanyak membantu anda :D

Selamat melancong ke Jepun :D


7 Tips Penting Perlu Buat Sebelum Naik Kapal Terbang

$
0
0

Assalamualaikum

Boleh Azie berkongsi? Khusus untuk individu yang pertama kali travel ke luar negara. 

Azie nak share 7 tips penting perlu buat sebelum naik kapal terbang. Tips yang ringkas :D

1. Semak status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/

2. Ambil gambar dokumen perjalanan simpan sebagai backup dalam phone / simpan gambar ticket, e-ticket, gambar boarding pass, gambar baggage tags yang melekat pada boarding pass. Airline dan insurans perlu original copy jika sesuatu berlaku. Gambar tu nanti sebagai bukti. Sesalinan paspport, my card, travel insuran, bank card dll.

3. Elak letak barang berharga seperti duit cash, barang kemas, dokumen penting, laptop, powerbank dalam check-in baggage. Ambil juga gambar barang-barang kita letak dalam check-in baggage. Nanti kalau lost luggage pihak airline dan insurance mungkin mintak macam-macam. Kita siap sedia dulu. 

4. Ambil gambar beg sebelum travel sebagai rujukan. Bag tag juga. Amat berguna jika bagasi hilang. Letak tag yang ada contact details pada bag dan juga dalam beg (sebagai bukti beg itu milik kita).

5. Call bank untuk activate credit card (jika ada) dan debit card untuk transaksi luar negara. Mudah jika berlaku hal-hal kecemasan yang kita tak duga. 

6. Tidak bawa benda-benda tajam seperti gunting lipat, tweezer, pisau lipat dll. Cecair mesti kurang dari 100ml untuk bag yang dibawa naik ke kabin.

7. Tinggalkan sesalinan itinerary perjalanan kepada ahli keluarga terdekat. Jika ada hal-hal kecemasan mereka tahu tarikh tersebut anda berada di mana. 

8. Hai hai bye bye dengan ahli keluarga (yang ni tak perlu masuk list 😂 )

Itu sahaja travel tips kali ni. Sekian. Wassalam.



#5 Itinerary dan Bajet ke Jepun

$
0
0

Summary 16 HARI di Jepun;

Currency rate : 1,000Y = RM40

Laluan Perjalanan

Tokyo (Haneda Airport) -> Tokyo City -> Kawaguchiko (Mt.Fuji) -> Fuji Q Highland Theme Park -> Gala Yuzawa -> Disneysea -> Kyoto -> Nara -> Universal Studio Japan -> Osaka -> Himeji -> Kobe -> Kansai Airport


Tiket Kapal Terbang Air Asia (peak season)
KLIA2 - Haneda Airport = RM742 (2 pax)
Kansai Airport - KLIA2 = 15,500Y (2 pax)

Penginapan

Tokyo: Lucky Guest House Okubo (JR line; satu station dari Shinjuku Station)

6 malam : RM1,105

Kyoto: Khaosan Guest House (Kawaramachi-Station)
2 malam : RM560

Osaka: Yoccola Island Share House dekat dengan (Subway Dobutsuen-Mae)/(JR Shin-Immamiya) 
6 malam : RM843

Pengangkutan

i. SUICA : 11,500Y (RM460) per pax - area Tokyo, Kyoto -> Nara, Nara -> Osaka, Osaka -> Himeji -> Kobe -> Osaka 

*tak pakai JR Pass sbb dah kira2 macam tak perlu JR Pass*

ii. Tokyo Wide Pass : 10,000Y (RM400) per pax - bullet train Joetsu Shinkansen Max Tanagawa to Gala Yuzawa (ski Resort) - 184km dari Tokyo. Boleh guna free selama 3 hari termasuk JR Lines. Jadi pergi Fuji-Q & Kawaguchi guna TWP.

iii. Willer Bus (Tokyo -> Kyoto; 6 hours; 400++km) : 5,315Y (RM216.60) per pax

iv. Osaka Amazing Pass: 3,000Y (RM120) per pax. Berguna kalau pandai utilize. Inc free entrace sesetengah tempat (cth: osaka castle, tempozan feeris wheel, santa maria cruise)

v. Kyoto Pass Bus : 5,00Y (RM20). Boleh pusing kyoto dari pagi sampai mlm.


Attractions

Disneysea - 7,400Y per person
Universal Studio Japan - 7,400Y per person
Universal Studio Express Pass - 60USD per person
Fuji-Q Highland Theme Park - 1,500Y per person (entrance only)
Gala Yuzawa Entrance -2,000Y (gondola,sled, boots, gloves)
Kaiyukan Aquarium Osaka - 2,200Y per pax
Kobe Ropeway - 1,480Y per pax

Pocket Wifi : Travel Recommend - RM11 per day (PROMO) 

Total 16 hari : RM176 (2 pax)

ETIQA Travel Insurance : RM132

Itinerary

Day 1

KLIA2
Haneda Airport (tidur airport) - pos luggage (1 big size; 1 small size) using Takyubin from airport to guesthouse (3,480Y)

Day 2

Harajuku
Yoyogi Park (cherry blossom spot)
Takeshita Street / Takeshita Dori
Lunch King Kebab
Omotesando
Masjid Tokyo Camii
Shibuya Crossing
Hachiko Momument
Dinner Sumiyakiya Nishiazabu - Roponggi Hills

Day 3

Ueno Park - cherry blossoms spot
Ameya Yokocho Market
Lunch di Ayam-Ya Okachimachi
Masjid As Salam (Okachimachi Mosque)
Akihabara Electric Town
Asakusa Nakamise Dori / Nakamise Street
Sensoji Temple Asakusa
Dinner di Naritaya Ramen Asakusa
Sumida Park (cherry blossom spot)

Day 4

Odaiba City - tengok tulip, tokyo drift, toyota megaweb, replica statue of Liberty
Lunch Sojibou Divercity Tokyo Plaza
Ginza
Shinjuku (shopping)
Dinner di Bintang Bali Okubo

Day 5

Kawaguchiko (Mount Fuji)
Gotemba Premium Outlet (ada prayer room)

Day 6

Fuji Q Highland Theme Park
Lunch ALLADIN India Restaurant
Shinjuku (shopping)
Satay Okubo di NASCO Food Court

Day 7

Gala Yuzawa
Dinner di Asakusa Halal Sushi Ken

Day 8

Disneysea
Willer Bus to Kyoto

Day 9

Fushimi Inari Shrine
Kinkaku-ji
The Philosopher Walk
Lunch di Halal Naritaya Ramen Gion
Check-in Khoasan Guesthouse

Day 10

Arashiyama Bamboo Forest
Lunch di Halal Yakiniku Naritaya
Nishiki Market
Kawaramachi Street (new & old Kyoto)

Day 11

Nara Park
Lunch in Ali's Halal Kitchen Osaka
Namba

Day 12

Universal Studio Japan

Day 13

Osaka Castle
Kaiyukan Aquarium
Lunch Babul Hayat
Tempozan Feeris Wheel

Day 14

Dotonbori
Shinsaibashi
HALAL Ramen Honolu
Santa Maria

Day 15

Himeji Castle
Halal Restaurant Naan Inn
Kobe Mosque
Kobe Ropeway
Kobe Port Tower
Kobe Harbour

Day 16

Rinku Premium Outlet
Lunch The U-Don
Fly balik Malaysia dari Kansai Airport


Itinerary & bajet ke Jepun yang basic sahaja Azie kongsi di sini as reference. Nilai dalam yen tu, nanti convert sendiri ikut currency semasa. Trip ini juga merupakan trip jalan-jalan cari makanan halal di Jepun, jadi peruntukkan untuk makan lebih kurang RM1k seorang selama 16 hari. 

Sekian dulu trip pandang ke timur :D


#6 Japan Cherry Blossom Day 1 : Berlepas dari KLIA2

$
0
0



Kembara pun bermula. Flight AirAsia ke Jepun berlepas dari KLIA2 jam 2.30pm dan dijangka tiba 10.30 mlm di Haneda Airport. Walaupun kapal terbang berlepas petang tapi abam skema saya ni mahu sampai airport seawal pagi. Sampai airport, check in, drop baggage dan ambil pocket wifi di Travel Recommend. Tempat pick-up/ambil/collect pocket wifi Travel Recommend di KLIA2;

Gateway@KLIA2, Arrival Hall Level 2, L2-73A dalam Tune Store (buka 24 jam)


Selesai semua, makan dulu lepak-lepak dengan suami ambik mood nak travel. Lunch di Bumbu Desa KLIA2. Makanan sini so-so je. Ok lah untuk alas perut. 

Selesai makan dan solat dulu sebelum boarding. Perjalanan lebih kurang 6 jam. Kapal terbang AirAsia ke Jepun ni AirAsia X Airbus A330. Memang besar kapal terbangnya. Pergi Melbourne & Korea sebelum ni pun kapal terbang Airbus A330 juga. Kapal terbang yang ada 2 lorong. Macam biasa mesti beli seat pergi balik and fav seat ialah tepi tingkap. Kalau travel duo macam kami dan naik kapal terbang AirBus A330 better ambik seat belakang (2 seat), kawasan lebih luas dan selesa. Senang nak keluar masuk pergi tandas. 


Keperluan yang mesti ada bila travel :D



Pre-order meal. Nasi dagang AirAsia. Nasi Kerabu AirAsia. Rasa not bad, makan saja. Alhamdulillah. AirAsia X banyak menu pilihan. Inilah masanya nak cuba lain-lain menu. 



Sling bag tajaan Kitschen Malaysia sempena Birthday Lazada yang ke-5 baru-baru ini :D

Perjalanan lebih kurang 6 jam. Lepas makan... tidur sat. Kemudian, buat entertainment sendiri. Download bluray siap-siap dari rumah copy masuk dalam iphone. Layan jerla movie 'FANTASTIC BEAST'. Suami pulak tengok 'DR STRANGE'. Tonton movie dalam flight terasa sekejapan masa berlalu dan akhirnya jam 9.30 malam selamat mendarat di Haneda. Wah awal gilsss sampai. Cekap betul pilot memandu.

Melepasi imigresen dan customs dengan lancar. Alhamdulillah. Malam ini tidur di Haneda airport. Port tempat tidur di tingkat 3 berdekatan dengan prayer room. Prayer room in Haneda Airport; International Terminal Departure 3rd Floor. Tak jauh dari situ ada charging area. Selesai solat, Azie pun lena atas kerusi tak jauh dari prayer room. Cari kerusi yang tak mengadap orang. Kerusi di Haneda Airport ni boleh tahan empuk. Hihi. Selesalah nak baring sat.


Prayer room International Terminal Departure 3rd Floor. 


Tempat wudhu. Perasan tak kepala paip tu? Kebanyakkan pili air di Japan memang macam tu.



Ruang solat yang besar dan selesa. Tapi tiada telekung dan sejadah di sediakan. Prayer room ini boleh kongsi dengan semua jenis agama. Campur lelaki dan perempuan. Ketika kami solat ni tiada siapa yang ada di dalam. Jadi dapat solat dengan privacy. Namun begitu hati-hati, jangan sampai terbuka aurat mungkin ada cctv dalam prayer room ni. Selesai solat cepat-cepat keluar. Bagi peluang pada orang lain nak masuk solat pulak. Tidak dibenarkan tidur dalam ni.



Suami pergi charging phone dulu di free charging port yang disediakan. Kemudian baru tidur. 

First time seumur hidup tidur airport weh. Ni bukan ferfeeling backpacker tegar tau. Tapi sebab esoknya nak kena beli Tokyo Wide Pass di sini, nak collect Disneysea ticket, Osaka Amazing Pass Ticket, Suica Card, USJ Ticket di kaunter HIS Travel Japan di sini juga maka bermalam lah kami di airport. Esok pagi-pagi sebelum kaunter bukak dah boleh terus beratur di kaunter. Kalau check in guesthouse, agak leceh, buang masa dan perlu extra kos untuk datang semula ke airport. Ya, tak semestinya collect di airport, banyak tempat /station lain boleh collect. Terpulang pada preference masing-masing.

Yang bestnya ramai pulak yang tidur epot. Paling epic lecturer sempoi dengan 15 orang student uitm pun tidur epot sama :D 

Waktu pagi di Haneda Airport sunyi sepi. Manusia pun berkurangan 100% berbanding siang tadi. 



Tidur dulu. Esok dah mula nak mencari Sakura di Japan. Selamat malam Malaysia. おやすみ Oyasumi Japan!


#7 Japan Cherry Blossom Day 2 : Haneda Airport

$
0
0

コんにちわ Konnichiwa!

Haneda Airport sebelum ini dikenali dengan Tokyo International Airport. Lokasi airport berdekatan dengan bandar Tokyo berbanding Narita International Airport yang sedikit jauh. Kalau tak silap Azie, naik AirAsia akan mendarat di Haneda. Manakala MAS akan mendarat di Narita International Airport. Haneda International Airport merupakan airport tersibuk di Japan dan tersenarai antara 5 airport yang tersibuk di dunia. Check-in Haneda uols!



Tidur lena ke? Tidak.

Kejap-kejap ubah posisi. Pusing kiri sakit pinggang. Pusing kanan sakit leher.  Semua posisi tidur pun tak kena. Sis nak tikar 'Tatami' jugak 😭

Pukul 3 terjaga celik mata tengok akak-akak pakai tudung dari Malaysia tidur bergelimpangan atas semen (ceruk dinding). Isk isk isk tak sejuk ke. Kalau jenis letak kepala tidur lena memang heaven. Kalau macam Azie, lain kali tidur airport kena beli sleeping beg. Baru boleh tidur bergelimpangan atas semen tanpa segan silu sebab menyorok dalam sleeping bag. 



Bagasi yang banyak berkhidmat. 'Large'& 'Small' size. Beli untuk 20kg sahaja. 

Pukul 3.30 pagi siap-siap untuk solat Subuh. Masuk je Subuh zass terus ssolat. Lambat nanti berebut pulak nak guna 'Prayer Room'. Sebelum orang bangun, kita cop dulu. Hehehe.



Korang, ampun! Sebab letak gambar jamban di sini. Bersih kan. Inilah toilet /washlet yang banyak di sekitar Tokyo. Duduk je terasa hangat (ada heater). Ada pemegang atas bawah untuk mudahkan warga emas bangun dan duduk. Button pilihan ada di tepi dinding. I is jakun. First time ku tekan semua butang yang ada. Pastu mulut tu ternganga 'wow'. Tisu memang design untuk flush masuk dalam tandas. Untuk flush lalu kan saja tapak tangan (ada sensor). Macam ni baru hygiene. I like.


Kemudahan yang ada di Haneda Airport. Boleh refill air di water cooler. Air panas pun ada. 



Ada air panas, dapatlah rendam maggi dan buat milo panas. Ini lah sarapan pagi kami di Haneda Airport. Pagi-pagi terpaksa makan maggi. Mujur ada 'SAMBAL GARING CHE NOR' untuk makan dengan roti. Alhamdulillah kenyang. Setiap kali travel mesti bawa mangkuk kaca ajaib yang boleh masuk microwave, sudu garfu dan flask untuk buat air panas. Tinggal pencuci muka atau bedak takpe lagi. Jangan tinggal tiga benda di atas ni. Liquid body wash untuk kerja-kerja mencuci. 



Pagi-pagi mesti nak minum air panas. So vending machine ni kupandang tanpa nafsu. 



Locker room memang banyak di Haneda Airport. 500Y muat untuk simpan beg troli bersaiz kecil. Kunci merah maknanya locker masih kosong.



Kaunter JR masih tutup. Mula beroperasi jam 7.45am. Kita duduk dan tunggu sampai buka.



Jam 7.30am. Barisan dah berlingkar-lingkar sampai belakang. Tepat 7.45am kaunter JR dibuka. Fuh fuh laju gilss servis diorang ni. Kejap je barisan panjang tadi lenyap dari pandangan. Kami beli Tokyo Wide Pass di sini. 


Di Haneda Airport ada perkhidmatan 'Airport Baggage Delivery'. Pucuk dicita ulam mendatang. Lagi bagus sebab boleh hantar bagasi terus ke rumah host. Jadi bolehlah fully utilize Day 2 tanpa perlu bersusah payah heret bagasi dan tanpa perlu tinggal di mana-mana locker. Borang in Japanese. Memang tak tahu nak isi. Mereka akan tolong isikan. Perlu tahu nama sendiri, alamat rumah host dan tel nombor host. Inform host awal-awal supaya dia boleh standby. Bayar dan hai hai bye bye pada bagasi. Fuh lega!

Mula-mula terfikir juga selamat ke guna perkhidmatan ni. Dijamin sampai dengan selamat kah. Tapi bila fikir balik yang sekarang ni kita berada di Japan, antara negara yang kalau hilang barang orang kata In Sha Allah ada peluang dapat balik. Maka kita berdoa dan bertawakkal sahaja agar semua beg selamat sampai. 



Ketika Matta Fair baru-baru ni ada beberapa ticket yang kami beli dari HIS Travel;
i. Suica Card
ii. Universal Studio Japan
iii. Osaka Amazing Pass

Kesemua ni kena collect di HIS Travel Japan dan kaunternya ada di Haneda Airport. Masa ni masalah mula timbul. Jeng..jeng..jeng...

Hulur 3 invoice tapi dapat 2 jenis tiket. Dapat 2 jenis tiket terus gerak. Suami check semula. Dia perasan yang kiteorang tak dapat Osaka Amazing Pass. Patah balik pergi kaunter. Bila tanya, dia mintak semula invoice OAP. Memang takda sebab dah serah awal-awal semua tadi. Dia tak percaya pulak. Masa di MATTA FAIR suami dah minta HIS Travel email semua invoice dalam pdf untuk backup. Alhamdulillah sangat. Tunjuk emel HIS Travel Malaysia kat penjaga kaunter. Pastu dia minta kami tunggu sementara nak call boss dia. Call punya call tak dapat jugak. Orang dah makin beratur panjang di belakang. Bila tak dapat call dia entertain pulak customer lain. 

Fast forward sejam kiteorang terpacak depan kaunter HIS Travel Japan menunggu jawapan apa yang berlaku sebenarnya. Sungguh la masa ni bengang dan SAKIT HATI tak terkata. Hilang terus MOOD nak berjalan. Guna khidmat HIS sebab nak mudahkan kerja...senang settle semua. Tapi sebaliknya..mestilah kecewa. 

Dia pulak tak tau English. Dari gesture dia boleh agak yang dia tak dapat call boss dia. Lama mana pulak kiteorang nak tunggu depan kaunter ni. Pastu dia tanya berapa lama kami di airport, berapa lama ada di Tokyo, lepas Tokyo nak ke mana, bila nak pergi Osaka. Ok SAH ada yang tak kena. Suami suspect takda Osaka Amazing Pass nak bagi kat kami. Tu jadi macam ni. Akhirnya suami decide untuk tinggal nama, bagi alamat rumah host dan no phone rumah host. Mintak HIS kurier ke rumah host bila dah dapat OAPass. Kalau tunggu bos dia angkat phone mahu satu hari terpacak kat depan kaunter HIS ni je. Kita tanya bila nak kurier, dia pun tak dapat jawapan yang pasti. So berdoa dan tawakkal aje lah. Moga Allah permudahkan. Tak mampu dah nak tunggu lebih lama depan kaunter HIS ni. Walaupun cuaca sejuk tak mampu nak meredakan kepanasan hati kami berdua ni. Kemudian suami emel pada HIS Malaysia untuk minta bantuan.

Mujurlah host tempat kami menginap di Tokyo ni cepat respond bila kita mesej. Jadi mudah nak buat keputusan. Spoiled betul pagi-pagi dah buat orang moody. Kena reset balik mood berjalan.



Kita nak kemana lepas ni?

#8 Japan Cherry Blossom Day 2 : Harajuku & Yoyogi Park

$
0
0



Kalau pergi Tokyo wajib pergi tempat-tempat menarik dan terkenal sekitar Tokyo Metropolis seperti Harajuku, Shinjuku, Shibuya, Akihabara, Asakusa. Kalau tak pergi memang rugi. Nanti Azie kongsi satu-satu.

Dari Haneda Airport kite pergi Harajuku dulu naik Hamamatsucho Monorail. Kebetulan ada promo boleh beli flat rate 500Y. Dari Haneda nak ke Harajuku sepatutnya 690Y. Tiket beli sendiri di ticket machine.



Turun di Harajuku Station. Boleh tahan ramai manusia di sini. Harajuku Station mula digunakan pada tahun 1906. Tengoklah senibinanya. Memang tak jumpa ciri-ciri klasik zaman dulu seperti ini pada station lain. Station train lain dah canggih manggih rupanya. 

Dapat juga ambil gambar buat kenangan. Selepas ini Station Harajuku akan dibina semula dengan rupa bentuk station yang lebih futuristik supaya dapat menampung bilangan pengunjung yang akan datang pada tahun 2020 sempena Olimpik di Tokyo nanti. Masa kami pergi ni pun tengah rancak construction sana sini. Pening kepala nak exit. 

Apa yang menarik di Harajuku?

Ada Yoyogi Park (cherry blossom spot) dan Takeshita Dori (Takeshita Street). Ayuh!


Pusing Tokyo City lebih mudah bila guna IC Card. IC Card fungsinya untuk bayar train, subway, bas, teksi, coin locker dll (fungsi macam Touch & Go). Ada 2 jenis yang popular di Japan. Pasmo dan SUICA. Apa beza antara Pasmo dan SUICA?

Nah study kat sini.

i. PASMO
ii. SUICA 

Dah study buatlah pilihan. Kami pilih SUICA Card. Harga kad 2,000Y + Deposit 500Y. Perlu topup untuk tambah nilai. Pertama kali kami topup 3000Y. Memadai untuk pusing Tokyo selama 6 hari. Setiap kali nak naik train/subway pilih laluan yang bertanda IC Card. Touch dan terus masuk. Kalau beli card ni harga lebih murah berbanding beli ticket di ticket machine.

Selain guna Suica Card (macam touch & go card) untuk pusing-pusing area city, korang boleh guna;

Tokyo Subway Ticket (valid untuk 9 Tokyo Metro Lines & 4 Toei Subway Lines)
24 jam - 800Y 
48 jam - 1,200Y
72 jam - 1,500Y
*from the first time the ticket is used

ataupun

Tokyo Metro 24-hour ticket dengan harga 600Y hanya untuk 9 Tokyo Metro Lines

ataupun 

Common One-day Open Ticket for Tokyo Metro dan Toei Subway harga 1,000Y (expired date stated on the ticket)

*harga untuk kanak-kanak sila google :)

Tudiaaa, nak jalan dalam Tokyo City sahaja kemain banyak pilihan pass. Mana yang sesuai tengok balik pada itinerary dan bajet masing-masing. Buat kira-kira sendiri mana yang berbaloi. Pastu boleh decide mana nak ambil. 


Lengkap dan padat. Best Jepun ni sebab kebanyakkan station ada escalator. Kiteorang memang naik escalator dan lif. Mudah untuk ibu bapa yang bawa stroller. Informasi pun diberi selengkapnya. Tidak le turun train je info teruih ada depan mata. Tinjau-tinjaula untuk cari info. Kalau tak sure kami tanya pada penjaga station yang beruniform lengkap. Smart habis. In Sya Allah diorang akan tolong.


Pintu masuk Meiji Jingu Shrine. Perasan tak, Japanese jalan tepi-tepi masuk shrine. Tourist jalan tengah-tengah. Kalau tak silap kita kena jalan tepi-tepi. Tengah tu laluan untuk Tuhan mereka lalu. Teringat uncle-san yang peramah kami jumpa di Kobe station. Katanya Japanese ada banyak-banyak-banyak Tuhan! Semua benda ada Tuhan.


Ayuh tengok Sakura di Yoyogi Park. Ketika ni Tokyo masih belum full bloom. Tengoklah masih ada ranting sahaja. Berdebar nak tengok pemandangan di Yoyogi Park. Harap-harap adalah pokok sakura sepohon dua yang dah berkembang.


Mak-mak pagi-pagi dah tolak stroller bawa anak untuk berhanami. Hana bermakna 'bunga'. Mi bermakna 'lihat' :D

Yoyogi Park belum full bloom.

Akhirnya. Akhirnya. Pertama kali seumur hidup bertemu 2 mata dengan sakura. Bukan sakura plastik macam di Malaysia tu. Ya Allah, terujanya! Dapat sentuh. Dapat belek-belek. Dapat bau (takde bau pun). Yoyogi Park menjadi saksi pertemuan kami dengan sakura. Di sini boleh tengok banyak sangat pohon sakura sedang berbunga mekar indah bak kayangan.

Yoyogi Park terletak antara Meiji Jingu dengan Harajuku. Boleh diakses dari Harajuku atau Shibuya. Yoyogi Park boleh tahan besarnya. Menjadi tumpuan pelancong ketika musim sakura cherry blossom untuk berhanami (pesta melihat bunga sakura).  Alhamdulillah masuk percuma. 

Rujuk pada wiki, ada lebih 305 jenis pokok sakura di Jepun. Perlu dikongsi juga di sini, yang bunga sakura ini untuk dinikmati bersama. Sakura mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan rakyat Jepun. Oleh itu, elakkan aksi-aksi ekstrem seperti panjat pokok untuk ambil gambar, patahkan ranting bawa balik nak tanam di Malaysia, petik bunga bawa balik Malaysia or apa-apa lah. JANGAN!

Salah satu misi ke Jepun nak tengok dan nikmati keindahan sakura (cherry blossom) sudah tercapai. Yay! :D


#9 Japan Cherry Blossom Day 2 : Takeshita Dori & Omotesando

$
0
0

Dari jauh nampak Takeshita Dori (Takeshita Street). Masha Allah penuhnya manusia berpusu-pusu masuk ke lorong ni. Marilah kita masuk sama tengok apa yang menarik dalam ni. Mujurlah cuaca sejuk dingin bawah 10c. Jadi tiada bau-bauan busuk kepam ketiak dll. Kalau cuaca macam Malaysia taubat memang tak masuk dah. Ibu bapa yang bawa stroller? Hmmm bertabahlah. Tengok macam padat kan. Tapi sebenarnya Jalan Tar masa bulan puasa orang shopping raya tu lagi padat yang amats. 




Takeshita Dori laluan pejalan kaki. Sini kami jumpa kedai Daiso. Daiso di Japan semuanya berharga 100Y. Saiznya lebih besar berbanding di Malaysia. Barang pun lebih banyak pilihan. Tapi bertabahlah manusia pun tersangat ramai. Beratur nak membayar pun sekian hal. 



Ada Disney Store juga. Bolehla memborong baju untuk anak-anak. Siapkan duit dengan tebal. Pastikan hutang piutang dalam credit card sudah langsai, jadi boleh tambah hutang yang baru. Hihi. Banyak barang-barang yang comel dan kiut-kiut di sini. 

Takeshita Dori ini menjadi tumpuan remaja untuk berjalan dan bershopping. Ada jual macam-macam dari pakaian, beg, phone case, stokin yang comel, barang kosmetik, makanan, crepe dll tak tersenarai dah dalam kepala. 



Antara drugstore yang terkenal dan banyak cawangan di sekitar Japan. Selain drugstore, ada juga cafe, fast food restaurant, outlets dan butik.



Harajuku Cafe Crepe. Ada macam-macam kedai yang jual crepe. Ada Santa Monica dll. Street food yang popular di Harajuku. Ramai beratur nak beli. Kami tak try pun. Walaupun orang cakap sedap-sedap dalam instagram. Balik Malaysia kami try makan di AEON Shah Alam je. Hahah. Ada kedai crepe baru buka dalam AEON Shah Alam. Yang itu pasti boleh dimakan tanpa was-was.



Baru jalan sejengkal dah berplastik sauk di lengan. Convert jangan tak convert. Masa di Japan aritu, ramai kawan-kawan yang DM/wasap Azie tanya nak kirimlah, request Azie jadi PS lah. Minta maaf banyak-banyak tak dapat nak penuhi permintaan korang. Ada banyak kekangan. Antaranya berat & ruang bagasi yang terhad. Cash di tangan pun limited. Kena beringat juga sebab ada 15 hari lagi nak survive di Jepun. Lagipun Azie stay tak lama setempat selalu bergerak merata-rata. Tak dapat nak tunggu lama untuk sesi tanya & jawab dengan anda anda semua. 



Tengahari alas perut kebab ayam. King Kebab terletak dalam food court di Harajuku. Isk isk food court di Harajuku ni jauh sekali nak sama rupa food court kita di Malaysia. Nak tahu macam mana rupa food court di Japan kenalah masuk dalam ni. Dalam food court kuperati kebanyakkan golongan muda remaja. Diorang ni makan cepat je. Tak melepak lama selepas makan. Siap makan, zasss terus angkat tray buang sampah masuk tong sampah. Terus jalan keluar. Dapatlah orang lain duduk. Begitulah seterusnya. 



Anello lebih murah di Japan berbanding harga dalam AEON Mall. Setiap tempat berbeza harga. Ku tengok Anello ni rupanya Made in China juga. Mihmih. Tapi Anello  di Japan ini semestinya original bukan fake yang orang jual murah-murah lambak di Malaysia dan Thailand. Japan memang tegas bab-bab imitation ni. Cara nak kenal Anello 'ORI' dan 'FAKE', Anello 'ORI' mesti ada tiga tag putih di bag. 



Stokin kiut-miut. Stokin macam ni 3 pasang dalam RM40 tau. Murah ke mahal?



Panjang Takeshita Dori (Takeshita Street) lebih kurang 400m. Lepas shopping sikit-sikit kita keluar dari Takeshita Dori sambung merayap area Omotesando pulak. Kalau Takeshita Dori lebih kepada fashion remaja, Omotesando lebih kepada citarasa fesyen golongan 30s and 40s. Butik pulak lebih stylo dan lebih mahal target untuk orang-orang kaya. Orang kebanyakan macam kita ni mampu pandang dari jauh. 

Orang gelar Omotesanda sebagai Tokyo's Champs-Elysees. Maknanya banyak butik high-street fashion di sini. Ada Louis Vuitton. Butik lain seperti Adidas, Nike, Lush, Mc Garret popcorn dll.



Eh The Gindaco pun ada. Rupa macam takoyaki. Ramai yang beratur. Kita boleh jeling je sebab tak halal kot. Tiada dalam Halal Navi atau Halal Media Japan. Ada yang dah tanya, katanya mayonis nya tidak halal. Wallahu'alam. Terliur punya pasal balik Malaysia terus pergi cari dalam Aeon Mall Shah Alam. Hehe.



Tak jauh pun antara Harajuku dan Omotesando. Datang Jepun elok pakai kasut yang super duper comfy untuk kaki. Banyak berjalan dan banyak guna kekuatan kaki. Untuk trip ke Jepun ni sahaja kami berjalan kaki lebih 140km selama 16 hari (iphone app). Sama macam Korea dulu pun beratus km jugak berjalan. Penting sangat untuk pakai kasut yang selesa bila travel.

Cadangan kasut yang selesa; Ugg Boot (beli masa pergi Aussie dulu). Azie Suka pakai boot bila cuaca sejuk, tak masuk air kalau hujan. Jadi stokin tak basah. Kaki maintain kering. Dalam Ugg ada bulu biri-biri yang super soft. Sebab tu kaki selesa. Kasut macam Sketchers pun ok untuk keselesaan. Memang selesa di kaki tapi kalau hujan tetap masuk air. Selain Sketchers, boleh try Adidas Ultra Boost atau Pure Boost. Ultra 100% Boost. Pure 80% Boost. Sangat selesa untuk long distance walking sebab ringan. Pun sama kalau hujan tetap masuk air. Kiteorang travel agak lama jadi memang bawa 2 pasang kasut. Gilir-gilir pakai ikut weather forecast. Hahah. Macam Azie kasut kegemaran setakat ni memang Ugg Boot & Adidas Pure Boost. Sesuai dan terbaik untuk kaki Azie. Tiada blister. Alhamdulillah. Pesanan khidmat masyarakat, belilah yang original :D




Tokyu Hands di Omotesando. Merata-rata penuh dengan orang. Masa kami sampai ni, Japanese tengah Spring Break sempena cherry blossom. Sekolah cuti, uni cuti, ibu bapa cuti bawa anak-anak keluar jalan-jalan. 



Di Jepun, di mana-mana pun beratur panjang. Ini beratur untuk masuk kedai makan kat tingkat satu tau. Gigih. Sebab tu orang Jepun makan laju. Kejap je makan. Tak buang masa melepak lama-lama tempat makan.



Basikal di Jepun :D Ada seat depan dan seat belakang. Tempat untuk kepit payung pun ada. Setiap basikal di Jepun berdaftar dan mempunyai nombor plat unik. Senang nak trace kalau basikal hilang. Kata Huda jarang ada kes-kes kecurian di Jepun. Jepun kuat mengamalkan konsep 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.



#10 Japan Cherry Blossom Day 2 : Masjid Tokyo Camii & Shibuya

$
0
0



Di Jepun waktu solatnya lebih awal berbanding Malaysia. Tengahari sudah masuk waktu Zohor. Kalau anda berada di Tokyo, rugi tak ambil peluang tunaikan solat di Masjid Tokyo Camii atau dikenali dengan Turkish Culture Center. Ada juga yang panggil Masjid Tokyo. Yang penting Masjid Tokyo Camii merupakan masjid TERBESAR di Japan. 

Macam mana cara pergi Masjid Tokyo Camii?

Lokasinya di Oyama-cho berdekatan Shibuya. Stesen train terdekat ialah Stesen Yoyogi-Uehara. Hanya 5 minit jalan kaki dari stesen. 


North 1 Exit Gate. Keluar gate belok kiri turun tangga ke bawah. Akan jumpa tempat parking basikal bertingkat. Kalau ikut google maps akan lalu kawasan-kawasan rumah klasik seperti di atas. Jalan pun agak sunyi (kami tak ikut jalan utama). Wayar elektrik berlingkar-lingkar di atas kepala. Macam biasa kiri kanan bersih tidak jumpa sampah.

Lebih kurang 5 minit berjalan nampak Masjid Tokyo Camii. Lega sangat. Dari luar rupa masjid seperti masjid di Istanbul. Kelihatan ramai umat Islam sedang menziarahi masjid. Rupanya hari ni hari Jumaat. Penduduk tempatan baru selesai solat Jumaat dan sedang makan minum ringan dalam masjid. Ketika kaki melangkah masuk dalam masjid, jumpa rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei, Arab dll. Terlupa sekejap berada di Jepun.


Terpegun melihat keindahan ruang masjid. Lampu chandelier besar menyinari ruang masjid. Khat dan ukiran warna warni di kubah masjid menyebabkan tak puas mata memandang. Seolah-olah berada di Turki (walaupun tak pernah sampai Turki lagi). In Sha Allah panjang umur murah rezeki kita kembara Turki pulak. 


Tangga ke tingkat atas menuju ruang solat wanita. Tangga berpusing. Sempit je ruangnya.


Selesai solat ambil beberapa keping gambar untuk kenangan. Pemandangan dari ruang solat wanita. Azie perhatikan ada juga yang bukan beragama Islam masuk Masjid Tokyo Camii semata-mata untuk melihat keindahan senibina masjid ini. Mereka berselendang tutup kepala dan duduk di penjuru sambil mulut ternganga dan mata melilau-lilau kiri kanan atas bawah melihat ukiran masjid. Dengan suara perlahan mereka bersembang. Sayangnya tak faham bahasa apa yang diperkatakan.


Kubah Masjid Tokyo Camii yang indah dan warna warni.


Gilir-gilir solat dengan suami sebab jaga barang. Beg yang banyak sebelah Azie tu kepunyaan ibu-ibu dari Indonesia. Mereka dengan yakin tinggal sahaja beg di situ. Heheh. In Sha Allah di Jepun memang selamat. Cuma kami berdua sentiasa lebih berhati-hati. Belakang Azie ni ada tangga turun ke bawah tempat ambil wuduk untuk wanita. 



Dari Masjid Tokyo Camii, kami pergi Shibuya. Turun di Shibuya Station. Sampai Shibuya hujan dah mula renyai-renyai. Shibuya merupakan salah satu daripada 23 bandar utama di Tokyo. Di Shibuya 'Center Gai' tempat pejalan kaki antara yang tersibuk di Japan. Susah nak dapat gambar di Shibuya sebab crowded dan cuaca pulak tak mengizinkan. 

Shibuya dikelilingi bangunan gergasi. Dapat bayangkan waktu malam pasti indah dengan limpahan neon bergemerlapan. Gitu. Orang kata Shibuya juga merupakan tempat yang paling 'colourful' waktu malam di Japan.

So kami naik Starbuck untuk dapatkan view dengan lebih jelas. Masuk Starbuck penuh gils dengan manusia. Menyelit sikit-sikit akhirnya sampaila dapat duduk depan cermin tingkap. Barulah nampak dengan jelas Shibuya Crossing atau Lintasan Shibuya yang sangat terkenal di Japan. Kebetulan cuaca hujan. Semua berpayung jalan laju-laju melintas seolah-olah cendawan warna warni sedang bergerak. Rugi pergi Jepun tak menikmati lintasan Shibuya. 'Shibuya Crossing ranks among the busiest pedestrian crossings on Earth'. 

Sebelum keluar Starbuck kami beli flask Starbuck 'Tokyo' sebagai kenangan. Sebab designnya cantik dan sangat melambangkan Tokyo. Flask sangat praktikal ketika travel. Senang nak buat air panas. Satu sachet sukup untuk penuhkan satu flask. Memang berbaloi-baloi. Dah dapat yang starbuck, flask dari Malaysia kami wakaf kat guesthouse. Huhu. 


Hachiko Memorial Statue dibina untuk memperingati Hachiko yang setia.

Kisah Hachiko begini. Hachiko nama anjing milik seorang profesor di Universiti Tokyo. Setiap hari Hachiko akan tunggu tuannya di Stesen Shibuya sehingga satu hari pada tahun 1925 profesor tersebut tidak pulang-pulang. Tanpa diketahui Hachiko, tuannya telah mengalami pendarahan otak sehingga maut. Hachiko yang tak tahu, tuannya sudah mati tetap tunggu di Station Shibuya hari demi hari sehinggalah 10 tahun lamanya menunggu kepulangan tuannya yang disayangi. Kisah anjing yang tidak kenal putus asa ini akhirnya mendapat perhatian dan tersebar di kalangan penduduk tempatan, nasional dan menyebabkan ramai orang pergi melihat sendiri Hachiko di Shibuya Station. Akhirnya tahun 1935 Hachiko mati di Shibuya Station ketika menunggu tuannya pulang. Kisah tragis ini akhirnya tersebar ke seluruh dunia malah difilemkan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Richard Gere. Filem Japanese version Hachi-ko 1987 orang kata lagi touching to the max. 

Masa kami sampai tempat Hachiko, ramai yang beratur nak ambil gambar. Termasuklah akak-akak dari Malaysia dan Indonesia. Hehe. Lepas snap sekeping gambar Hachiko kami terus gerak pergi Tokyu Hands department store yang terkenal di Jepun. Tokyu Hands tempat best untuk cuci mata. Macam-macam barang yang rare dan unik ada dalam Tokyu Hands. Istighfar banyak-banyak. Mujurlah poket nipis. Akhirnya kami beli Kai nail clipper dan gunting Titanium (yang dapat best design award) di sini. Harga setiap satu dalam RM40-RM60. Masuk bahagian kitchen tools lagi lah heaven. Macam-macam gajet dapur yang kecil comel dan sangat praktikal di dapur yang tiada di Malaysia. Ikutkan hati nak beli semua-semuanya. Mampu nangis bucu dinding jerla tengok. 

Perut dah berkeroncong *usap-usap perut* Lepas ni nak pergi Roppongi cari makanan halal. Ada restoren halal Yakiniku baru buka. Katanya ex-PM kita pun pernah makan di situ. Ayuh kita pergi!


Di mana-mana ceruk Japan pun akan jumpa vending machine sebegini. Walaupun cuaca sejuk dingin mencucuk tulang, Japanese tetap juga nak minum air sejuk dan makan airskrim. Hmmm...

#11 Japan Cherry Blossom Day 2 : Halal Yakiniku Restaurant in Japan | Sumiyakiya Nishiazabu

$
0
0


Hai semua. Penat dah keliling Harajuku & Shibuya seharian. Tiba masa yang ditunggu. Masa untuk isi perut berkeroncong. Malam ni kami nak cuba makan halal yakiniku restaurant in Japan. Yakiniku ni macam grill. Nama restoren ialah Sumiyakiya Nishiazabu yang terletak di Roppongi. 

Dapat tahu tempat ini dari Halal Media Japan. Lokasinya tak jauh dari Shibuya. Kononya nak tengok matahari terbenam di Roppongi Hill. Tapi nampaknya hujan seharian turun membasahi bumi Jepun. Matahari pun langsung tidak munculkan diri. Batal rancangan awal terus pergi makan.

Lebih kurang 6 minit berlari-larian dari Stesen Roppongi kami pun sampai Sumiyakiya Nishiazabu. Hujan makin lebat. Suhu makin sejuk. Kami tiba jam 5 petang macam tu. Di Jepun ni dah masuk waktu senja. Tunggu punya tunggu tak juga buka-buka. 

Akhirnya keluar pekerja kedai bagitahu, yang hari ini merupakan hari pertama mereka operasi setelah tutup sekian lama. Mereka tak dapat open jam 5 petang. Terpaksa anjak ke jam 6 petang. Oklah whatever sebab kami dah pun sampai. Tunggu jela. Hujan masih lebat turun. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi. SEJUK. Wap-wap sejuk dah mula keluar dari mulut. Suhu masa ini sekitar 5C. Memang sejuk. Siap pakai gloves.

Tak tahan kesejukkan kami masuk dalam bangunan apartment tak jauh dari Sumiyakiya. Baru lega sikit sebab dalam bangunan ada heater. Masa ni, kami jumpa dengan 2 perempuan cantik warga Thailand. Seorang berhijab dan seorang lagi tidak. Mereka juga rupanya tunggu restoren Sumiyakiya ini dibuka. Jadi untuk memenuhi masa lapang bersembanglah kami bertukar-tukar cerita pengalaman di Jepun, Malaysia & Thailand. Mereka pernah sampai Malaysia. Pergi Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Kata mereka Georgetown Pulau Pinang susah nak dapat makanan halal. Eh-eh-eh banyak je makanan halal di Pulau Pinang! Mereka cari yang ada halal-certified (sama kes macam kami travel Japan/Korea/Hong Kong pasti cari yang halal-certified). 



Kecil je restaurantnya. Hanya ada 6 meja sahaja. Suasana cozy malap-malap. 

Harga Dinner set - Sumiyakiya Course

4,000Y per pax (tidak termasuk tax)
4,320Y per pax termasuk tax

MAHALNYA WEH!

Ingatnya nak berkongsi hidangan je dengan suami. Tapi tak boleh. Berhuhu la kami. Katanya satu hidangan untuk seorang sahaja. Sama ada ambil 2 set or ambil ala-carte. 

Sambil belek-belek menu, ape ni? Semua gambar-gambar daging dengan pelbagai jenis potongan yang ku sendiri pun tak paham. Kemudian ada Korean menu. Ala-carte memang celah gigilah. Harga pun mahal lagi. Aduh-aduh sakitnya di situ. Tanya suami camne ni. Nak keluar ke atau nak stay? Nak keluar i okey je. Tutup muka dengan duckscarves. Suami kata takpe kita ambil je 2 set. Bila lagi nak cuba menu halal di tempat orang. Kita makan grill di Japan bukannya di Malaysia. Pastinya menu halal lebih mahal dari menu non-halal sebab penyediaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kita pulak bukan makan daging lembu Australia tapi Japanese beef yang halal. Tak salah catat sejarah makan makanan paling mahal seumur hidup. Hehe. Gitu.


Korean style mix vegetable pan cake. Sedap! Hilang rindu nak makan makanan Korea. Terimbas pulak memory makan pan cake sedap di Sujebi, Insadong.


Home made kimchi. Nyummss. Marvellous rasanya. Abis sepinggan makan dengan pan cake.


Menu lain green salad & bean sprout namul.


Untuk grill;

Boneless chicken thighシャモロックモモ肉

Three types of beef plates 牛の焼肉盛り合わせ(3種)

Akhir sekali menu Korea: Ishi yaki bibinba (Korean style rice and assorted vegetables heated in a stone pot) 石焼きビビンバ

Jumlah keseluruhan makan 8,640Y untuk dua orang termasuk tax. Kalau convert kos dinner kami ni berharga RM345.60. Oooomaigad! Very the expensive. Ini first time seumur hidup makan makanan mahal macam ni. RM172.80 seorang. Masha Allah. *rate 1000yen = RM40

Portion begini memang tidak digalakkan untuk orang yang kuat makan. Bagi kami just nice tak terlalu kenyang. Overall Azie bagi tiga bintang dari lima bintang. Menu semua sedap. Cuma harga mahal untuk hidangan yang biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang 'wow' pun. Mahal mungkin sebab dagingnya. Buat yang tak pernah sampai Korea okelah nak cuba makan di sini. Kalau nak makan juga dengan harga yang lebih murah boleh pergi tengahari. Harga menu lunch lebih murah berbanding dinner. 

Oklah perut dah kenyang. Kami mahu pulang check-in Lucky House di Okubo Shinjuku. Hati ni berdebar-debar. Bag yang kami pos dari airport dah sampai ke belum. Tiada apa-apa update dari host. Next entry kita masuk Day 3 pulak. Till then, selamat malam!

SenHeng x Samsung Galaxy S8 Launch

$
0
0

Fuh..Fuh..Fuhh..Samsung dah lancar telefon bimbit baru. Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S+.

Lama tidak menjadi pengguna Android. Nampak dari jauh macam best. Baca review ramai yang menyanjung kehebatan telefon pintar terbaru keluaran Samsung. Betul kah. Apa yang hebat sangat Samsung Galaxy S8. Ayuh kita tengok.




Mula-mula pandang telefon pintar terbaru Samsung, jatuh hati pandang pertama, terdetik dalam hati, oh my fantastiknya design terbaru Samsung Galaxy S8

Bila pegang dan letak di tangan, mudahnya sebab panjang. Rekabentuk baru Samsung Galaxy S8 kesemua bucu phone depan dan belakang yang tepi kiri dan kanan phone mempunyai curve yang sama, jadi apabila pegang ia sangat selesa dan mudah grip walaupun sebelah tangan. Ergonomic Grip.

Jatuh hati pulak dengan kelebaran skrin dan paparan grafik yang sangat cantik dan jelas. Infinity Display katanya. Buat pencinta movies dan pemain game tegar, Samsung Galaxy S8 pasti best dan memberi kepuasan maksima untuk anda. Apa pulak Infinity Display ni? 


Perbandingan Infinify Display antara Samsung Galaxy S8
dengan Samsung Galaxy S7 edge


Tengok screen di atas, display di tepi kiri dan kanan phone ada curve. Jadi screen area lebih luas dan screen display macam tiada penghujung di tepi, itulah maksud inifinity display. Paham ke tidak? 

Siapa suka berswafoto? Mari kita cuba ambil gambar selfie. 


Samsung Galaxy S8 memang terbaik untuk penggemar swafoto. Ku agak terkesima dengan kualiti kamera depan Samsung Galaxy S8*camera selfie yang power* Nampak tak gambar di atas, walaupun suasana agak gelap dan malap tak berapa nak cukup pencahayaan tetapi gambar swafoto ku, tetap terang, jelas dan padu! Kamera depan Samsung Galaxy S8 didatangkan dengan 8MP autofocus dengan f1.7. Maknanya, bila amek gamba tu ader bokeh. 

'Bokeh makes photographs visually appealing, forcing us to focus our attention on a particular area of the image. The word comes from Japanese language, which literally translates as “blur”.' - photographylife.com Contohnya jika ada orang photobomb gambar kita, telefon pintar Samsung Galaxy S8 automatik akan kaburkan wajah yang tidak berkaitan itu. 

Security wise, Samsung Galaxy S8 memang secure. Boleh pilih nak unlock cara traditional guna pin code atau pattern. Yang suka hi-tech, ada ciri baru iaitu unlock phone menggunakan face recognition. Wah, ini sangat cool!

Pada Azie ciri terpaling best iaitu unlock phone guna iris. Peh. Macam dalam movie. Nak masuk bilik kebal scan mata dulu. Azie suka ciri Iris Recognition berbanding fingerprint. Faham-faham lah bila guna fingerprint kadang-kadang berpeluh atau minyak/kotoran, phone sukar untuk detect cap jari kita. Agak ambil masa untuk unlock phone. Leceh di situ. Tapi dengan iris recognition memang mudah. Tayang mata kita sahaja terus unlock. Ha hebat tak hebat?


Gigih sis membelek-belek Samsung Galaxy S8. Mari kita gembar gemburkan lagi kehebatannya. 


Hebat dan gahnya Samsung Galaxy S8 sebab ada Bixby. Siapa pulak Bixby? Bixby ada banyak ciri-ciri hebat tetapi sayang di Malaysia tak semua ciri Bixby diaplikasikan lagi. Ada satu features Bixby iaitu Bixby Vision. Contohnya kita ambil gambar jam G-SHOCK. Bixby akan detect menggunakan kecanggikan teknologinya dan akan mencadangkan shopping online kat mana kita boleh dapatkan G-Shock tersebut, bukan itu sahaja Bixby tolong googlekan skali maklumat berkaitan dengan G-SHOCK tersebut. Ting! Maklumat terpapar di depan skrin. Walaubagaimanapun kebolehsediaan penggunaannya mungkin berbeza setiap negara. Perlu log masuk akaun Samsung dan perlu ada data network connection.


Bixby Vision uses the camera to analyse on-screen content or product online to display relevant information.

Selain itu, Samsung Galaxy S8 boleh interact dengan


VR videos and games with Gear VR


Pra-Pelancaran 'Unbox Your Phone'Samsung Galaxy S8 telah diadakan di senQ IOI Mall Puchong. 


Harga Samsung Galaxy S8RM3,299 di SenHeng
Harga Samsung Galaxy S8+RM3,699 di SenHeng

Eh-eh rasa macam banyak pulak nak swipe sekaligus, sebab nak beli biskut raya, nak shopping baju raya, nak beli tudung raya, nak pergi short vacay kan tak lama lagi nak puasa. Oh tidak mengapa, di senQ boleh bayar bulan-bulan dengan serendah;

Samsung Galaxy S8 : RM137.46 selama 24 bulan
Samsung Galaxy S8+ : RM154.13 selama 24 bulan

Bonus;

EXTRA 1 year warranty

Promo ends 30th June 2017

For more info click HERE

Jadi dah tahu nak beli phone apa untuk raya nanti?

#12 Japan Cherry Blossom Day 3 : Hanami di Ueno Park

$
0
0

Hari ketiga di Tokyo kami berhanami di Ueno Park. Ueno Park antara park paling popular di Tokyo. Keluasan Ueno Park dalam 300 ekar. Banyak tempat menarik dalam area park. Contohnya ada temple, shrine, Ueno zoo, muzium. Sekolah pun ada dalam kawasan Ueno Park. 

Kami pergi musim bunga, tujuan utama ke sini tentulah untuk Hanami. Sayangnya cuaca pagi ni sejuk dan hari ketiga masih hujan di Tokyo. Ikut forecast, hujan akan turun pagi dan tengahari. Cuaca yang mendung dan tiada matahari menyebabkan kualiti gambar tak ok (salahkan cuaca pulak, padehal setting camera yang tak ok). Hahaha.



Bunga sakura berkembang mekar menjadikan alam sekeliling indah mempesonakan. Sejuk mata memandang. 

Kata Bonda, pernah terfikir tak kenapa negara bukan Islam, Allah jadikan sangat cantik, indah, terpesona mata hati manusia melihat alam kelilingnya. Kerana inilah syurga dunia buat mereka. Manakala negara Islam seperti Syria, Palestine dll Allah uji rakyatnya berjuang berjihad mempertahankan tanah tumpah negara mereka kerana ada syurga kekal abadi menanti mereka. In Sha Allah. Kita? 



Ueno Park




Juntaian sakura. Pokok sakura yang telah berusia.





Suhu ketika ini 6c. Hujan baru berhenti. Sejuk. 

Ueno park memang berbaloi pergi ketika musim cherry blossom. 




Dari Ueno Park kita jalan kaki pergi Ameya-Yokocho Market. Open-air market. Kami sampai ni, market belum buka sepenuhnya. Jalan masih lengang. Waktu biasa memang penuh manusia. Ada jual makanan laut seperti sotong, udang, ikan, ketam, ketam alaska, kepah. Ada juga jual buah, street food. Azie pulak duk mencari-cari beg Anello. Kot la terjumpa yang murah :D Selain tu ada juga jual pakaian tradisional Jepun. 

Masa kami lalu, tiba-tiba ada yang laung "apa khabar"! Hahha. Ok rupanya penjual kebab yang duk laung kat kami ajak kami singgah breakfast. Bukan Jumbo Doner Kebab ni. Kedai kebab lagi satu. Ada dua penjual kebab halal di Ameya-Yokocho Market ni. Di mana-mana pun ada sahaja penjual kebab dari negara Timur Tengah. Sama ada di Jepun, Korea atau Hong Kong.

Azie kurang gemar shopping barang-barang makeup. Lebih prefer invest beli skin care. Jadi di Jepun di Ameya-Yokocho ni, Azie ambil peluang beli skincare made in Japan. Boleh teka tak apa? Mahal tapi amatlah berbaloi pada kulit. 

Shopping sudah. Next, kita pergi cari ramen halal di Ueno pulak!

#13 Japan Cherry Blossom Day 3 : Halal Certified Ramen | Ayam-Ya Okachimachi

$
0
0

Ayam-Ya antara kedai ramen halal yang popular di Japan. Ayam-Ya berasal dari Kyoto. Baru-baru ni telah buka cawangan baru di Tokyo. Yay!

Jika pergi Tokyo atau Kyoto WAJIB cuba ramen halal di Ayam-Ya. Seringkali menjadi sebutan traveler yang pernah jejak Japan. Kali ni, Alhamdulillah kami dapat peluang mencuba sendiri. Tak sabar dah ni. Gosok-gosok perut.

Ayam-Ya Okachimachi Tokyo hanya 2 minit jalan kaki ke Ueno Okachimachi Mosque. Ada yang panggil masjid Okachimachi. Ada juga yang sebut Masjid As Salam. Semua tu merujuk kepada masjid yang sama :D Lepas makan boleh terus ke masjid.

Naik train turun di Station Metro Nakaokachimachi, Hibiya Line. Exit No.3. Lebih dekat jalan kaki berbanding turun di JR Ueno.

Waktu operasi Ayam-Ya di Tokyo setiap hari. Azie perasan restoren atau kedai makan di Jepun ni mereka tak buka sepanjang hari. Ada waktu rehat. Biasa mereka akan buka waktu lunch untuk tempoh tertentu, kemudian rehat dan buka semula menjelang petang untuk waktu dinner.

Operation Hours;

Lunch : 11.30am - 3pm
Dinner : 5pm - 10pm



Pertama kali nak cuba ramen ni. TERUJA!



Boleh makan tanpa was-was. Alhamdulillah :D



Gadis berhijab hulur menu kat kami. Eh-eh muka macam orang Malaysia. Ye, betul! Katanya student uni kerja part time di sini. Lama ye belajar di Jepun :D



Barulah sempat nak check phone. Upload sekeping dua dulu gambar :p Dengan pocket wifi dapat berinternet 24/7. 



Noko Tori Ramen Shio (¥890) & Spicy Tori Ramen Shio (¥850)

Inilah menu tengahari kami. Menu ramen boleh pilih sama ada ‘Shoyu’ (Soy Sauce) atau ‘Shio’ (Salt). Kami pilih Shio (salt) version. 

Kebetulan pulak masa ni, lagu First Love by Utada Hikaru sedang berkumandang. Selalu dengar lagu Utada Hikaru zaman sekolah dulu. Tak pernah terfikir untuk jejak Jepun. Rasa macam tak percaya kami dah sampai Jepun & tengah makan ramen di Jepun! Woot.Woot. 

First slurrrpppp. Ohhhmaigad. Spicy Tori Ramen Shio ni sedap. Yummy! Ketara rasa chicken brooth . Thick & savory. Azie suka daun bawang. Menyedapkan lagi rasa ramen ni. Kemudian cuba Noko Tori Ramen Shio. Lagi sedap.

Ayam-Ya boleh kami katakan antara ramen halal yang sedap di Tokyo. But not the best ramen in Japan. The best ramen in Japan kami makan di Kyoto! Tungguuuuuuu....

Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Kegemaran Berbuka Puasa

$
0
0

Ahalan Wasahlan Ya Ramadhan. 7 hari sahaja lagi Ramadhan bakal menjelang. Para ibu dan suri keluarga sibuk menggali semula resepi-resepi lama. Saya pun sama.

Semua resepi power-power. My resepi simple dan ringkas sahaja. Resepi Ayam Goreng Berempah juadah kegemaran berbuka puasa. 

Bahan-Bahan

Ayam kampung
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Chilli flakes
Daun kari
Kicap manis
Garam

Cara-cara

1. Basuh bersih ayam kampung. Toskan.  Lap sikit dengan tisu penyerap minyak. 

2. Satu sudu besar serbuk kunyit, satu sudu besar serbuk kari. Satu sudu kecil kicap manis & sedikit garam. Taburkan sedikit chilli flakes (ikut kepedasan masing-masing). Akhir sekali tabur daun kari. Gaul rata dan perap sebentar. Daun kari beri bau yang sangat menggiurkan. Azie buat ulam daun kari ni. Cicah budu a.k.a sos bilis. 

3. Hampir waktu berbuka boleh goreng.

Makan panas-panas dengan nasi putih. Simple dan menggunakan bahan-bahan yang mudah je. Anak bujang pun boleh buat :D


Oh no😰 Tengoklah minyak untuk menggoreng. Banyaknya. Satu hal pulak nak sental kuali besi tu.

Nampaknya kena bertukar kepada Diamond High Quality Non-Stick Wok Frying Pan. Frying pan yang bersaiz besar ini cuma RM41.67 sahaja. Kerja membasuh pun jadi mudah.






LAZADA dengan baik hati meraikan kedatangan Ramadhan dengan menawarkan jualan sehingga 90 peratus MARHABAN YA RAMADHAN bermula 19 Mei - 25 Jun. Jangan lupa jenguk-jenguk website LAZADA sebab FLASH SALES jugak tau. Jangan terkesima tengok harga yang ditawarkan Lazada. Hihi.

Happy Cooking & Shopping!

#14 Japan Cherry Blossom Day 3 : Akihabara Electric Town

$
0
0

Akihabara atau Akiba terkenal dengan pelbagai kedai elektronik dan syurga buat penggemar anime dan manga. 

Cara pergi Akihabara dari Okachimachi, naik Tokyo Metro Hibiya Line for NAKA-MEGUIRO (subway). Dari stesen Naka-Okachimachi turun di stesen Akihabara. 

Nampak Megacomplex Yodobashi-Akiba. Agaknya inilah yang orang duk sebut-sebut Yodobashi. Yodobashi Akiba buka setiap hari. Marilah kita masuk dalam tengok apa yang menarik.

Operation hours: 9.30am - 10pm 

Floor Guide. Ada 9 tingkat uols. Kami nak usha aras 3 dan 4. Tapi bila tengok perkataan HANDBAG lajak terus sampai aras 7 #prayforhubby Hehe.

1F Cell Phones, Computers, Tablet Accessories, Memory Counter, Apple Store

2F PC Parts, PC Software, PC Accessories, PC Books, Printers, Fax Machines and Phones, Digital Writing Goods, Suitcases

3F Film Camera, Digital Cameras, Video Cameras, Watches, Brand Goods, Film, Camera Accessories, Cosmetics, Watch Repair, Souvenir Corner, Tourist Corner

4F Audio Visual Goods

5F Heating and Cooling, Kitchen Appliances, Appliances, Emergency Lighting/Goods, Hearing Aids

6F Games, Toys, Instruments, Bicycles, Music, Adult Software

7F Various Shops (Bookstore, Music Store, Glasses, Formal Wear, Handbags, etc)

8F Food Court and Game Corner

9F Golf Store, Driving Range, Batting Café


Isk isk isk. Macam-macam barang dalam nih. Kalau anda cari akesori camera, gopro, laptop, phone mailah sini. 



Tempting betul tengok Louis Vuitton ni. Ada tax free 8% + card credit visa 5 % (memang murah dari Malaysia). Ada duit extra silahlah beli ;D

Kebetulan Japan sedang cuti spring break. Tourist pun mula membanjiri Jepun sempena Sakura. Berduyun-duyun orang masuk Yodobashi menyopping. Azie rasa Yodobashi agak mahal sedikit berbanding BIC Camera. BIC Camera tempat shopping barang elektronik dengan harga berpatutan 👍 

Selain Yodobashi Akiba, anda boleh pergi;

Softmap (used cameras, laptop, CDs and software) 
Laox (specializing in musical instruments)
Yamada Denki (LABI specializes in personal computers, pc accessories and household electronics)


Beratur dan sentiasa beratur. Semua tempat pun beratur. Naik bas, nak masuk kedai makan, nak naik train. Segalanyalah beratur dengan elok tak perlu kalut & kusut


Parking basikal berbayar. Di Jepun memang banyak parking basikal berbanding parking motor dan kereta :D



Kecundang nafsu bila tengok strawberry segar yang merah. Merecik air liur. Harga dalam RM15 sepaket. Tak sure mahal ke murah. Beli dulu. Lepas bayar, terus pi basuh buah tepi jalan dengan air mineral yang kami bawak, pastu masuk dalam mulut. Ngap! Perhhh. Manis. Pastu setiap petang sebelum balik mesti beli strawberry masak ranum ni balik bilik (kopak duit). Tak mampu nak tahan :D


Meluru masuk bila nampak bangunan Don Quijote. Namanya dah disebut-sebut sebelum sampai ke sini lagi. Masuk jap tengok apa yang menarik dalam Don Quijote. Rupanya ada jual penjagaan diri, pakaian, beg anello, trolley bag, makanan, minuman, barang elektrik, peralatan dapur sampailah stokin warna terang benderang cute-cute ni pun ada. Harga 3 helai RM40. Gulp! 


Terjumpa pulak gang gang Japan street go-cart. Geram je tengok mereka naik go-cart pusing Tokyo. Seminggu sebelum tiba di Tokyo kami PM di Facebook diorang ni untuk book slot. Nak naik dari Odaiba waktu malam. Dah terbayang-bayang nak pakai costume Sailormoon. Tapi apakan daya, fully book. Nangis jela ceruk dinding. Salahkan diri sendiri sebab lambat bertindak. Kalau nak try street go-cart sila book awal-awal bagi mengelakkan kekecewaan seperti kami. Duit untuk go-cart kami dah reserve, jadi boleh buat duit SHOPPING! 😈

Oh sebelum terlupa. Perlu ada IDP (International Driving Permit) untuk naik go-cart. Buat siap-siap di JPJ. Next ke mana kita ni......



#15 Japan Cherry Blossom Day 3 : Naritaya Ramen Asakusa ada Sijil Halal Jakim

$
0
0

Hai semua. Hari ketiga lagi 😆 Bertabahla. Sis memang suka menaip. Hehe.

Antara nikmat travel paling best ialah MAKANAN. Selain dapat explore tempat asing, melihat cara dan budaya negara tertentu, kita juga dapat rasa makanan tempatan negara tersebut. Setiap negara ada keistimewaan pada makanan dan citarasanya. Malaysia tentulah berbangga dengan Nasi Lemak & Satay. Negara Jepun pulak sushi & ramen. 

Orang Malaysia makan pedas, makan banyak gula, banyak garam dan banyak msg dalam masakan (untuk sedap). Orang Jepun tak fikir sedap tapi fikirkan kesihatan. Mereka makin tua makin segar. Masih kuat lutut berjalan. Masakan mereka banyak reneh sayur, kentang, cendawan untuk dapatkan rasa asli. Azie perasan generasi muda mudi Jepun tinggi-tinggi belaka. Apa mereka makan? Kita di Malaysia jika mahu tinggi kena makan ubat pelangsing dan peninggi yang selalu kena spam di Instagram. Hihi. Ada sesiapa pernah cuba. Berkesan ke tidak?

Kebanyakan orang Barat pula tidak boleh makan pedas. Teringat ketika makan tengahari di sebuah pulau di Krabi, traveler dari barat mencicip kepedasan umpama tergigit cili padi. Padahal hanya ada setitik sos cili! Begitulah indahnya kejadian Tuhan semesta alam.

Azie suka Jepun. Tak sangka jatuh hati dengan makanan Jepun. Begitu juga suami. Mujurlah kami berdua serasi. Jadi peruntukkan lebih RM2k (2pax; 16 hari) untuk mencuba makanan Jepun. Ada yang tak boleh terima makanan Jepun lebih suka masakan Melayu walaupun travel 5 hari. Takpe tekak dan perut setiap insan berbeza dan istimewa. Boleh bawa stok makanan banyak dari Malaysia :D

Jadi, malam ini kita makan ramen lagi. Kami nak cuba Naritaya Ramen di Asakusa. 'Traditional Old Style Ramen' in Japan. Berdekatan dengan Sensoji-Temple.  Sensoji-Temple merupakan temple tertua di Tokyo dan sudah berusia ratusan tahun.  Satu lagi restoren Naritaya Ramen yang kami sempat cuba di Gion, Kyoto. Antara keduanya, di Gion, Kyoto adalah terbaik. 

Cara pergi :

Akihabara Station -> Asakusa Station (G19)
5 minit jalan kaki dari Asakusa Station Senso-ji Temple (Kaminarimon Gate)
Boleh juga melalui Asakusa Subway Line / Tobu Railways


Restoren Naritaya Ramen Asakusa ada di dalam shopping arcade street. Belah kanan. 


Inilah Naritaya Halal. Pekerjanya orang Indonesia. Sangat ramah bersembang :D


Ada sijil halal JAKIM. Rupanya untuk cawangan di Johor Bharu. 


Melalui research, Azie dapati Naritaya Ramen memang mengekalkan rasa tradisional ramen Jepun. Bahan asas menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ikan, cendawan, rumpai laut, ayam dll. 

Ramen nya dibuat sendiri menggunakan tepung organik berkualiti tinggi tanpa ada bahan pengawet. Patutlah SEDAP!

Sudah lupa nama menu di atas. Harga berpatutan. Dalam semangkuk ramen ada seaweed, ada 7 minit telur rebus (yang popular di Jepun). Rasa sangat enak. Boleh tambah sambal untuk penyedap rasa. Ya betul ada sambal. Kami hanya nampak sambal selepas licin semangkuk ramen 😑

Naritaya halal di Asakusa ada 2 aras. Aras bawah tempat chef masak-memasak. Ada kaunter bar untuk menikmati hidangan di situ. Sesuai untuk orang yang datang solo atau duo macam kami. Aras atas tempat makan keluarga atau ahli rombongan ramai. Hati-hati naik ke atas kerana tangga yang sempit dan bumbung yang rendah. Orang tinggi boleh terhantuk kepala ke bumbung jika tak perasan. 

Masa kami naik aras atas memang penuh meja! Meriah dan padat. Semua rakyat Malaysia. So kami makan di bawah depan tukang masak. Lagi aman damai. Orang kata fried chicken di sini memang sedap. Tiada rezeki nak cuba sebab dah habis.


Keluar restoren, shopping arcade ni dah tutup pun. Kalau di Malaysia ni malam masih muda tau. Orang Jepun sudah tutup kedai balik rumah.

Jangan lupa jika ke Tokyo, wajib singgah Naritaya Ramen Halal di Asakusa. Sangat terkenal di kalangan pengembara Muslim seluruh dunia. Di Naritaya Ramen Halal mereka hanya menyajikan makanan dan minuman 100% halal. Tiada minuman beralkohol dihidangkan. Lagi best ada musolla/surau/prayer room untuk solat.

Jangan lupa singgah ye.

Ayam Kampung Velodrome

$
0
0

Ramadhan Kareem!

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Di kesempatan ini saya nak mohon maaf jika ada khilaf antara kita. Semoga Allah permudahkan ibadah puasa pada tahun ini. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadah di dalamnya. Itu azam saya. In Sha Allah.

Ceria betul hati semalam menyambut kepulangan cinta hati dari perantauan. Sempatlah jalan-jalan cari makan sebelum Ramadhan. Antara tempat kami cuba semalam ialah Ayam Kampung Velodrome! Fuh fuh fuh nama kebabom. Bila dengar perkataan velodrome terus terbayang pusat latihan lumba basikal negara dan juara basikal dunia Azizul Hasni Awang yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocket Man'. 

Apa kaitan velodrome dengan ayam kampung? Haha. 



Hari ni Azie nak review tempat makan Ayam Kampung Velodrome Dpluze Cyberjaya. Jika anda berada di Cybeyjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) silalah pergi makan atau berbuka puasa di Restoren Ayam Kampung Velodrome. 


Lokasi restoren dalam Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. Belah luar Dpulze berdekatan dengan Plan B dan Coffee Bean.


Pilih-pilih menu
Set nasi Ayam Kampung Butter RM19.90
Set nasi Ayam Kampung RM12.90

Harga berpatutan sebab ayam kampung bukan ayam cucuk :D


Semalam kami cuba menu 'AYAM KAMPUNG BUTTER' set. Masha Allah. Rasanya sangat perfecto! Terbaik. Masih terasa keenakannnya di dalam mulut ni. Butter diserasikan dengan telur masin (salted egg). Set terdiri daripada nasi putih, gulai, sambal belacan, ayam butter beserta air.

Selain itu, ada juga menu 'AYAM KAMPUNG" set. Ada ikan bakar dalam menu makan malam. Ada juga satay yang hanya ada selepas jam 3 petang. 

Sepanjang bulan Ramadhan restoren beroperasi dari jam 6petang sampai 3 pagi kalau tidak silap.

Tak puas makan. Nanti kami datang lagi nak try ikan bakar dengan satay pulak. Terima kasih kerana sediakan hidangan yang lazat & berpatutan. Terbaik dan wajib cuba uols.

65eday Global Super Sale | 31 Mei - 5 Jun 2017

$
0
0

Mark your calendar because Global Super Sale is coming to you! Eceh promote.

Perkara yang baik harus disebar-sebarkan supaya semua orang dapat manfaat. Tak kan nak tamak dan simpan sorang-sorang. Pernah dengar eCommerce ezbuy? Saya percaya para pembeli belah tegar atas talian pasti tahu. 


ezbuy (sebelum ini dikenali dengan nama 65Daigou Malaysia). ezbuy Malaysia adalah sebuah perkhidmatan beli belah atas talian yang menjadi orang tengah menjual barangan dari Malaysia, Korea, USA dan Taiwan. Maknanya rakyat Malaysia sudah boleh beli belah di Korea, USA & Taiwan melalui internet. 

Tak semestinya perlu beli secara pukal. Di ezbuy Azie dah check boleh shopping dalam kuantiti kecil dan paling penting MURAH.

Website ezbuy dalam bahasa Melayu atau English. So tiada masalah bahasa di sini. 

Mudah dan murah semestinya! Aneka jenis barang anda boleh rebut dari ezbuy seperti pakaian, mainan, aksesori, produk kecantikan, telefon bimbit dan tablet aksesori, dll.

 Website ezbuy Malaysia
Website ezbuy Malaysia


Apa Yang Menarik pada 31 Mei?

1. Diskaun sehingga  90%

2. Lebih 20 juta barang dijual dengan murah (sale!) : Fashion Specials, Lifestyle Essentials & ezbuy’s Best Sellers

3. Exclusive Flash Deals at Great Discounts, Changed Daily from 31st May, 12 Noon till 5th June

4. Friends Deal, Share & Shop with Love Ones and enjoy Wholesale Prices Over 300 Items together (Updated daily)

5. Deal of the Day Section, Great Daily Deals for Everyone



6. Top Brands with Discounts;

Sony 
Tefal
Canon
Casio
Daniel Wellington
Omron
Western Digital
Samsung
Viewsonic
Pineng
Sonicgear
Kelloggs
Lifebuoy
Dettol
Johnson Baby
Kinohimitsu
Scholl
Avent

Exclusive untuk follower blog ini;

Download ezbuy APP and scan to Get RM15 Free Voucher (QR Code will provide)



ezbuy memang easy buy


#16 Japan Cherry Blossom Day 3 : Sensoji Temple Tertua di Tokyo Dan Menikmati Kemeriahan di Asakusa Nakamise Shopping Street

$
0
0

Ramadhan Kareem. Alhamdulillah Allah beri cuti. Jadi ada lebihan masa terluang. Kita isikan masa dengan update belog. Mari kita sambung cerita Japan. Fuh! Fuh! Bertabahlah. 

Asakusa antara tempat yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik negara Jepun. Di Asakusa ada Sensoji Temple yang merupakan Temple TERTUA di Tokyo. 



Cara nak pergi SENSOJI TEMPLE: 

->Dari Ueno Station, naik train di Ginza Line turun di Asakusa Station (G19) 
->Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari Asakusa Station. Senso-ji Temple di Karminarimon gate (ada signboard)
->Senso-ji Temple boleh juga naik Asakusa Subway Line atau Tobu Railways 
->Berhadapan dengan Kaminarimon gate ni akan nampak Asakusa Nakamise Shopping


Sporting mereka ni :D


Lautan manusia kan! Inilah pintu masuk Sensoji Temple


Dulu mungkin ada pagoda 5 tingkat si sini. Kini telah dirobohkan dan hanya tinggal tugu peringatan sahaja.


Pusing-pusing dalam Sensoji Temple. Belakang tu tempat pembakaran. Kena lempar coin baru boleh berdoa. Kita tumpang tengok sahaja adat dan budaya mereka.


Megah berdiri sebagai mercu tanda Asakusa, Jepun


Menikmati kemeriahan di Nakamise-Dori (Nakamise Shopping Street), jalan panjang yang kiri kanannya semua kedai. Shopping time! Apa boleh beli di sini? Ada fridge magnet yang cantik-cantik tapi harga MEMANG mahal. Selain tu ada yang jual payung kena air hujan akan keluar sakura. Memang unik. Ada Tenugui (Japanese Towel) yang cantik-cantik di sini. Memang rambang mata. 


Sensoji Temple di waktu malam. Di kanan dan kiri pintu gerbang terdapat dua patung dewa pelindung, iaitu Raijin (Dewa Petir) dan Fujin (Dewa Angin). Malam-malam macam ni seram je tengok.


Lepas dinner di Halal Naritaya Ramen Asakusa kami jalan kaki dari Sensoji Temple ke Sumida Park. Nak tengok Sakura waktu malam. 


Meriah Sumida Park di waktu malam


Sumida Park berlatar belakang Tokyo Skytree Tower di seberang sana.


Menikmati suasa malam nan indah :D


Kemudian marilah kita pulang. Asakusa Station.


Asakusa Station nak balik ke Shinjuku. Di Asakusa juga ada restoren sushi halal yang pertama di Tokyo. Kami memang nak cuba tapi tiada kesempatan waktu. In Sha Allah kami datang balik dan nekad nak cari restoren sushi halal. Rugi pulak kalau pergi Jepun tak makan sushi :D

FASHIONVALET ada 30% off!

$
0
0

Salam Ramdhan untuk anda semua :)

Sedar tak sedar dah masuk 20 Ramadhan. Berbaki 10 hari menjelang 1 Syawal. Begitu cepat masa berlalu. Shopping raya dah selesai ke? Azie shopping online sahaja. Di mana? Tentulah di ecommerce terbaik di Malaysia.



FASHIONVALET , check them out for exclusive raya styles. Sebab FASHIONVALETt ada 30% off sehingga 27 June 2017. Antaranya MIMPI KITA, MINAZ, RIZMAN RUZAINI. Yay! Here is your chance to get baju Raya you've always wanted! 

Hurry! Get it before it's too late.

FASHIONVALET by far memang online shopping site yang PALING Azie suka. Sebabnya azie memang dah banyak kali beli belah via FASHIONVALET dan tidak pernah menghampakan.

Kenapa suka? 

1. Servis super laju. Hari ni klik klik depan laptop, esok abang poslaju ting tong loceng depan rumah.
2. Koleksi tudung dan baju-baju memang lawa rambang mata berpinar-pinar dan dan dan 
3. Yang paling best ada POINT. Setiap pembelian ada POINT / REWARD / MATA GANJARAN akan direkodkan, boleh redeem bila-bila masa. 


Cantik tak? Harga pun cantik. Heeeeeeee :)

Duh, tunggu apa lagi. Yang belum register sila register dulu. Happy shopping uols! Fashionvalet.com



Viewing all 468 articles
Browse latest View live