Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Azie Azif Umrah Makkah Madinah Nov 2016 : Hijir Ismail, Pancur Emas, Kiswah Kaabah, Maqam Ibrahim (Part 2)

$
0
0



Terfikir-fikir bagaimana ibu bapa yang bawa anak kecil bersama. Pasti lebih hebat dan besar cabarannya. InshaAllah Allah SWT permudahkan. Bertuah anak-anak kecil yang dibawa ibu bapa ni, masih kecil dah berpeluang ziarah Kaabah. Mata memang mengantuk tak boleh nak menahan. Badan pun memang penat sangat sejak tiba semalam tak sempat lagi nak berehat. Bisikan syaitan kuat je suruh berehat dan tidur di bilik. Banyak kali rasa mata terkatup terbuka balik. Tapi bila teringat kata-kata Ustaz Luqman, syaitan tetap ada di Mekah dan Madinah...kemudian fikir semua nya kerana Allah SWT. Rasa jiwa dan rohani lebih semangat. Jam 2 petang kembali semula ke masjid.

Hotel Andalusia Malak Ajyad di Mekah

Kenderaan di sini banyak dari Chevrolet & GMC - General Motor Company

Orang tengah buat jalan. Pakai kurta dan kopiah gitu


Pemandangan jalan kaki dari Hotel Malak Ajyad ke Masjidil Haram yang jaraknya lebih kurang 450m


Merpati sangat banyak di Makkah Al-Mukarramah


Ustaz cakap kalau lalu bawah merpati yang terbang-terbang tu, jangalah fikir yang bukan2 macam tak kena ke taik burung jatuh ni. Nanti betul2 jatuh atas telekung!


Hotel Hilton Makkah

Intercontinental Dar Al Tawhid Makkah

The Holy Mosque - The Grand Mosque - The Great Mosque - The First Mosque - The Largest Mosque of Islam - Masjid Al-Haram

King Fahad Gate

Kalau pegang sahaja Al-Quran Masjid tapi tak baca, nanti ada petugas yang datang mintak semula Al-Quran tu. Maknanya kena baca Al-Quran bukan untuk dipegang sahaja.

Azie dan suami mengaji bersama di dataran Kaabah tiba-tiba datang pekerja masjid letak air zam-zam betul-betul depan kami. Rupanya lintasan hati sang suami. Alhamdulillah syukur. Buat penghilang dahaga. 

Rupanya malam tu Allah SWT nak hadiahkan kami peluang dan ruang Solat Sunat Tawaf (selesai tawaf sunat) betul-betul di bawah pancur emas dalam Kaabah (Hijir Ismail). AllahuAkbar. Selesai tawaf dari jauh kami nampak polis berjaga dan penuh dalam Hijir Ismail. Tapi kemudian masa nak pergi belakang Maqam Ibrahim nampak polis takda pulak. Pergi mana taktahula. Nampak ada ruang kosong betul-betul bawah pancur emas. Macam ruang tersedia untuk ku bersolat di situ. Tak tunggu lama terus masuk ke ruang kosong dan solat. Suami pun masuk sama solat. Masa solat dan berdoa tu memang hujan lebat lah dalam diri sendiri. Bercucuran air mata keluar. Menangis teresak-esak dengan peluang dan ruang yang Allah beri pada kami. Alhamdulillah syukur sangat. Berbaloi badan penat rasa nak tersungkur tapi ganjarannya MashaAllah. Takda siapa pun yang jaga atau kepung masa solat. Hanya Allah yang jaga. Tiada siapa pun yang menyakiti dan disakiti. Dapat solat dengan tenang aman damai. Doa dalam sujud lama-lama. Alhamdulillah syukur. Selesai solat dan berdoa tiba-tiba dalam Hijir Ismail bersesak-sesak dan bertolak-tolak. Azie tak dapat nak keluar sebab berpusu-pusu orang masuk.

Bawah pancur emas Kaabah Baitullah

Dalam Kaabah (dalam Hijir Ismail)

Lepas Keluar Hijir Ismail rasa macam dekat sangat dengan Kaabah Baitullah. Minta tolong suami pegangkan beg. Alhamdulillah, Allah SWT beri pulak peluang pegang kiswah Kaabah walaupun sebelah tangan macam sampai tak sampai. Sentuh hujung pun dah menangis berjuraian air mata dah.

Tiba-tiba ada wanita Arab (agaknyalah sebab berniqab) tak nampak wajahnya yang baru selesai berdoa beri peluang pada Azie. Dia pegang tangan Azie suruh ambil tempatnya. Berdoa pada Allah. Allahu Rabbi. Nikmat apa lagi yang hendak kudustakan. Dapatlah peluangku melekap diri di dinding Kaabah. Bila letak muka dan pipi lekatkan diri pada Kaabah terus menangis lagi. Susah nak ungkapkan hati dan perasaan ketika ini. Bersyukur sangat Allah beri peluang dan ruang apabila kita memerlukan. Doa tahajud malam-malam sebelum berangkat terasa Allah SWT dah makbulkan. Masa ini, memang tak lepaskan peluang berdoa seolah-olah bercakap dekat pada Allah. Terasa begitu dekat sekali dengan Allah SWT. Kata ustaz berdoalah setiap kali berada di tempat-tempat mustajab hatta di mana-mana pun di Makkah Al Mukarramah. Doa berkali-kali sebab kita tak tahu di tempat dan masa mana doa kita dimakbulkan Allah SWT. 

Mohon pada Allah agar diampun segala dosa. Tidak dihumban dalam api neraka. Mati dalam Iman dan Islam. Mohon pada Allah agar nyawa diambil dalam keadaan Husnul Khatimah. Mohon kita dapat sebut "LA ILAHA ILALLAH" ketika malaikat nyawa datang mencabut nyawa kita..ketika Sakaratul maut datang. Mohon juga malam pertama di alam barzakh malam yang indah sebab aku teramat takut Ya Allah! Mohon juga dari Allah terlepas dari azab dan himpitan kubur! Yang paling penting mohon pada Allah agar masuk Syurga yang paling tinggi darjatnya iaitu Syurga Firdaus tanpa dihisab. Mohon doa untuk semua seluruh keluarga, muslimin dan muslimat juga. Setelah itu, barulah diikuti dengan doa-doa lain yang kita perlukan.

Alhamdulillah bersyukur untuk semua perkara. Moga Allah permudahkan anda juga sampai ke sini dan rasai apa yang Azie rasai. Moga kami dapat datang ke sini berulang-ulang kali.

Maqam Ibrahim (ukiran bentuk tapak kaki Nabi Ibrahim yakni di mana di atas batu inilah Nabi Ibrahim berdiri untuk membina Kaabah bersama Nabi Ismail. Jejak kaki Nabi Ibrahim di atas batu ini ialah jejak kaki tanpa alas. Lebih lanjut boleh baca sini http://www.kabarmakkah.com/2014/12/apakah-maqam-ibrahim-adalah-kuburannya.html


Waktu-waktu begini seronok jika nak meluangkan masa depan Kaabah. Ustaz cakap hatta kita hanya memandangkan Kaabah sahaja tanpa berbuat apa-apa pun Allah dah beri kita 20 rahmat. Benarlah Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang.

Gembira bila selama ni hanya tengok sahaja dalam TV tapi kini berada di depan mata

Tempat solat wanita. Kosong dan lengang. Ketika ini jam 1AM

Tempat yang sama lepas Asar. Tempat solat wanita di  sini memang cepat penuh kerana dapat lihat Kaabah. 

Perasan tak tiang besar belakang tu? Tepi tangga tepi escalator. Kat situlah Azie dan suami letak selipar (dalam plastik) setiap kali masuk Masjidil Haram. Alhamdulillah tak hilang. Sebut pasal selipar. Ada disediakan plastik berhampiran pintu masuk utama masjid. Tiada plastik disediakan jika masuk dari Mataf. Boleh je bawa plastik extra dalam beg. Dah masuk masjid Azie letak di tepi tiang. Alhamdulillah tak hilang selama berada di Mekah. Boleh je nak bawa letak dalam bag. Cuma ustaz pesan mesti basuh selipar tu sebelum letak dalam plastik. Dikhuatiri kita terpijak najis (terutama yang hotel jauh2 ni) Bila tak basuh kita letak dalam plastik letak dalam beg, pastu pergi tawaf. Memang tak sah tawaf sebab ada najis bersama tanpa kita sedar. Macam Azie memang rasa kurang selesa nak letak selipar/kasut dalam beg dan dibawa bersama ke tempat tawaf & solat. Bila letak dekat tiang, hilang rasa beban selipar ni. Macam-macam.

Masa ni November 2016, di Ground Floor banyak tempat-tempat solat di keliling Masjidil Haram ini ditutup dengan playwood. Jadi tempat lain tak dapat lihat Kaabah. Melainkan keluar dan bersolat di dataran. Tetapi bagi jemaah wanita tak boleh ketika solat fardhu nak bersolat di dataran. Nanti kena halau dengan petugas masjid. Wanita perlu solat di tempat khas wanita. Cari dalam kepungan hijau. Biasa dah nak dekat waktu solat fardhu petugas masjid akan buat kepungan hijau ni untuk beri ruang wanita bersolat di dalamnya. Macam Azie dengan suami, suami akan tinggalkan Azie di tempat solat wanita. Selesai solat fardhu, nanti dia akan datang jemput semula di tempat solat wanita. Hatta di mana-mana dalam kawasan Masjidil Haram pun sebab kami tak beli simcard. Tak boleh nak calling2 kalau hilang.

Bahagian solat lelaki dalam Masjidil Haram

Tempat caj telefon dalam Masjidil Haram

Tempat minum air zam-zam di dataran Masjidil Haram

Allahu rindunya! Rindu dengan suasana Masjidil Haram 😭 😢


Viewing all articles
Browse latest Browse all 468


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>