
#AzieSacredJourney
Berbulan-bulan sebelum berangkat selalulah bertahajud memohon taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Bangun setiap malam berdoa, bermunajat memohon kepada Allah SWT. Selesai solat fardhu selalulah berdoa;
1. Memohon keampunan, mohon rahmat dari Allah.
2. Memohon agar Allah terima kita sebagai tetamu yang paling-paling-paling istimewa.
3. Memohon agar Allah tidak palingkan niat dan tujuan asal kita ke sana iaitu untuk beribadah semata-mata kerana Allah SWT.
4. Memohon agar Allah tidak uji kita dalam hubungan suami isteri (jika pergi suami isteri) sepanjang berada di sana.
5. Mohon pada Allah berikan perasaan kasih sayang, cinta mencintai, tidak bergaduh dengan pasangan.
6. Mohon pada Allah agar kita tidak dipisahkan dengan pasangan kita sepanjang berada di sana.
5. Mohon pada Allah berikan perasaan kasih sayang, cinta mencintai, tidak bergaduh dengan pasangan.
6. Mohon pada Allah agar kita tidak dipisahkan dengan pasangan kita sepanjang berada di sana.
7. Memohon agar tempat tinggal berdekatan dengan Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
8. Mohon Allah permudahkanlah makan minum kita sepanjang di sana.
9. Mohon Allah berikan kesihatan yang baik sepanjang di Mekah & Madinah.
10. Mohon Allah hadirkan rasa kasih, cinta dan sayang pada Masjidil Haram & Masjid Nabawi dalam diri kita.
11. Mohon Allah jangan uji kita dengan rasa malas untuk beribadah.
12. Mohon Allah jangan uji kita dengan lalai membeli belah sepanjang di sana.
13. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan daripada mereka yang suka bersembang, membazir waktu bercakap perkara yang tidak beri faedah.
14. Mohon pada Allah lindungi kita dan pasangan sehingga kita dapat berjumpa semula dengan keluarga di tanah air.
15. Mohon pada Allah agar kita dapat cukupkan semua waktu bersolat berjemaah dan dapat berada di saf pertama di Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
16. Mohon pada Allah agar gerakkan hati kita untuk banyak lakukan solat-solat sunat. Gerakkan hati kita untuk banyak lakukan tawaf sunat. Berikan kita ilham untuk beribadah dengan terbaik semata-mata kerana Allah SWT.
16. Mohon pada Allah agar gerakkan hati kita untuk banyak lakukan solat-solat sunat. Gerakkan hati kita untuk banyak lakukan tawaf sunat. Berikan kita ilham untuk beribadah dengan terbaik semata-mata kerana Allah SWT.
17. Mohon pada Allah agar kita diberi peluang dan ruang bersolat/berdoa di tempat-tempat mustajab di dalam Masjidil Haram & Masjid Nabawi.
Apa yang kita mahu. Kita minta pada Allah SWT. Allah Maha Mendengar. Kita manusia kerdil. Tiada daya upaya untuk memastikan semuanya sempurna. Oleh itu, kebergantungan kita hanya pada Allah SWT.
13 Nov 2016
Malam tu jenuh nak lelapkan mata. Hati dah mula bergetar, jantung dah mula berdegup pantas. Dah macam-macam rasa dalam tubuh badan ni. Mohon doa pada Allah agar Allah tenteramkan hati dan perasaan, tenangkan fikiran dan lapangkan dada. Mohon doa lagi supaya kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pagi tu bangun kerat kuku, tanggalkan segala bulu-bulu yang boleh tanggal :p Ustaz cakap sunat. Sunat dapat pahala. Pastu mandi sunat ihram. Kemudian solat sunat ihram. Solat sunat musafir. Baca doa bermusafir. Flight petang jadi kami solat Jama' Qasar Zohor dan Asar dalam perjalanan ke KLIA.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang datang dari jauh jumpa kami dan adik-adik yang gigih datang menghantar dan tunggu sampai waktu boarding. Kaklong/Kak Azie & Abglong/Abg Asya sayang uols ketat-ketat kunci rapat-rapat dalam hati. Yang tak dapat hantar takpe, dengan doa yang ikhlas sudah memadai.

Pasakkan niat di hati nak pergi ziarah Kaabah & Masjid Nabawi ni, terbang sejauh 8,000km semata-mata kerana Allah SWT. Semata-mata kerana mencari redha Allah SWT. Kerana bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Jemaah Andalusia diminta berkumpul di Tingkat 5 jam 4 petang untuk sesi taklimat dan sebagainya. Alhamdulillah urusan di KLIA takda apa masalah. Drop bag, diberi tag dan paperbag Andalusia (ada surah Yassin & jajan untuk kudap2). Selebihnya tunggu dipanggil untuk taklimat sebelum boarding.

Taklimat oleh Ketua Rombongan (agaknya) a.k.a Mutawwif kami Ustaz Ahmad Nazmie

IC sepanjang di Mekah & Madinah kerana passport disimpan oleh pihak Andalusia sepanjang berada di sana. Kami bas No.3 dengan Mutawwif Ustaz Ahmad Nazmie. Bas paling best!
Boarding Pass

Boarding

First time kami berdua naik SAUDIA

SAUDIA In flight entertainment memang awesome. Biasalah #villagepeople. Setiap seat dilengkapi dengan personal video screens controlled through fully integrated handsets or by touch. Ada 20 ke 40 channels. Selain tu, ada juga bacaan Al-Quran untuk 30 juzuk. Paling best ada 3D map yang real time update flight progress. Ada juga front camera, landscape cameras yang kita boleh tengok pemandangan ketika aircraft take-offs dan landings.

Seat kami baris 67A & 67B. Tak jauh dari surau kecil yang dimaksudkan. Allah makbulkan doaku nak tengok surau dan solat dalam surau SAUDIA. Heeee.
Boarding: 5.26PM
Estimate Time Arrival: 8.40PM
Masa Perjalanan: 8 jam 14 minit

Boeing 777. Setiap baris ada 9 tempat duduk. Memang lapang dan selesa. Setiap penumpang diberi comfort kit (bantal kecil, selimut dan travel kit (ada berus gigi, sleeping mask dll)

2x makan dalam SAUDIA. Setiap kali makan ada menu pilihan. Ini menu pertama pilihanku Nasi Briyani Ayam

Menu kedua pilihanku. Macaroni & Cheese
Kami pergi Mekah dulu selesaikan umrah wajib dan kemudian baru ke Madinah. Bila pergi Mekah dulu semua tetamu Allah diminta siap-siap dengan berpakaian ihram sebab niat ihram dalam kapal terbang di Miqat Qarnul Manazil. Lokasi Miqat Qarnul Manazil lebih kurang sejam sebelum tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz International Airport di Jeddah. Ustaz cakap jangan niat ihram siap-siap dari rumah atau di KLIA. Nanti lama duduk dalam ihram. Bila dalam ihram wajib menjaga 13 pantang larang dalam ihram.

Lagi 15 minit nak sampai miqat dah boleh ready siap-siap untuk berniat. Jangan lambat-lambat. Kalau terlepas nanti kena bayar dam. Macam Andalusia ada ketua rombongan yang alertkan setiap penumpang bagitahu untuk niat ihram. Even dalam kapal terbang SAUDIA pun ada maklumkan. Buat pengumuman lagi bagitahu kena niat ihram sebab dah nak sampai miqat. Jadi tak perlu risau. Untuk perempuan ustaz galakkan niat ihram bersyarat. Takut belum selesai umrah nanti uzur pulak. Kalau niat biasa dan uzur sebelum selesai bertahallul...kita kena bertahallul ihsar dengan bergunting dan sembelih sekor kambing pulak. Alhamdulillah selama 12 hari 10 malam Allah makbulkan doa Azie dan izinkan Azie bersolat di dalam MasjidilHaram dan Masjid Nabawi. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Azie habis uzur beberapa hari sebelum berangkat. Alhamdulillah syukur sangat! Lepas niat jangan lupa bertalbiah sendirian berhad. Bertalbiah tu, ustaz cakap kita sambut panggilan Allah, panggilan Nabi untuk jadi tetamuNya.

Lebih kurang jam 8.30PM kami sampai di Lapangan Terbang King Abdulaziz International Airport di Jeddah. Turun kapal terbang kena naik bas sampai di ruang menunggu Imigresen. Sampai sana ketua rombongan minta berkumpul dulu dan tunggu pegawai Imigresen panggil.

Masa ni jam dah menunjukkan 10.58PM. Jemaah yang tak solat Jama' Qasar Maghrib Isyak dalam kapal terbang boleh solat di ruang menunggu Imigresen. Di sini kena bertabahlah sebab bilik air terhad. Pastu terpaksa solat di mana2 ruang yang bersesuaian sebab tiada bilik solat. Ustaz cakap bila sampai Mekah dah tak boleh Jama' Qasar lagi. Alhamdulillah, Allah SWT ilhamkan kami suami isteri ambil wudhu dan sempurnakan solat Jama' Qasar di surau dalam flight sebelum niat ihram.
Sekian menunggu di ruang menunggu akhirnya ustaz panggil kami semua turun ke kaunter Imigresen. Kat bawah tu dah ada jemaah tak pasti dari India/Sri Lanka/Pakistan tengah sedia beratur. MashaAllah nak tunggu selesai sorang-sorang memang hazabedah. Lagi-lagi di Imigresen Jeddah ni perlu scan kesemua cap jari dan perlu ambil gambar setiap seorang. Macam-macam kerenah pegawai Imigresen dan jemaah kita boleh tengok di kaunter Imigresen ini. Bersabar dan bertabahlah. Jaga mulut jangan komen yang bukan-bukan. Mau dekat sejam lebih juga beratur depan kaunter Imigresen ni. Bila turn jemaah Malaysia semua laju takda masalah.

12.54AM Azie dan suami antara jemaah yang awal selesai urusan Imigresen. Sebab Azie beratur belakang orang India/Sri Lanka/Pakistan. Selesai urusan Imigresen ambil bag untuk dibawa keluar. Masa ni ramailah pekerja yang tolong hulurkan trolley offer untuk tolakkan trolley bag sampai ke luar. Perkhidmatan itu berbayar ya. Jadi kalau taknak bayar do it yourself. Setelah keluar, perlulah sabar dan bertabah menunggu di ruang menunggu bas ini sampai kesemua 200 lebih jemaah selesai. Mata mengantuk sangat. Mahu tidur mata tak mahu lelap kerana badan terlalu penat. Allah mahu menguji hambaNya.

Akhirnya lebih kurang jam 2 pagi baru dapat naik bas. Itu pun tak semua jemaah dah keluar. Masih ada lagi yang beratur di kaunter Imigresen. Masa ini perlu bersabar dan teringat kata-kata Prof Kamil supaya sentiasa bertalbiah. Labaikallah. Bersangka baik dengan Allah SWT. Perjalanan ambil masa 2 jam dari Jeddah nak sampai ke Tanah Suci Mekah. Ustaz cakap kena sampai sebelum azan pertama. Kalau sampai selepas azan dikhuatiri bas tak dapat masuk dalam kawasan Mekah.

Alhamdulillah semua dipermudahkan. 3 buah bas jemaah Andalusia sampai hotel jam 4.00AM. 2 buah bas lagi pergi ke Hilton. Taklimat umrah jam 4.30AM.

Setelah itu kami diberi nasi lemak untuk makan malam yang tertangguh, kemudian siap-siap untuk solat Subuh dan selesaikan umrah wajib kami diketuai oleh Mutawwif.

Semunya ada 125 jemaah (3 buah bas) yang check-in Hotel Malak Ajyad. Jadi di Andalusia jemaah kena peka & alert dengan info. Biasa mereka tampal di dinding atau bagi update terkini di dewan makan. Tips paling penting: Jadikan Mutawwif best friend anda sepanjang berada di sana! Selalu keep in touch dengan Mutawwif. Makanya walaupun ramai jemaah....Mutawwif akan ingat kita dan cam muka kita. Bila kita takda mesti dia perasan kita takda! =)
![]()
![]()
Pertama kali melihat Kaabah? Allahu Akbar Allah Maha Besar tak terungkap dengan kata-kata. Tiada perkataan boleh nak describe the exact feeling. Hanya Allah lebih Mengetahui. Memang menangis semahu-mahunya dan bercucuran air mata bila kaki mula jejak dalam ruang dataran Kaabah di dalam Masjidil Haram dan Kaabah Baitullah berada di hadapan mata. Sungguh tak percaya. Rasa macam tak percaya. Betulkan aku dah sampai Mekah ni. Betulkan aku berada di hadapan Kaabah ni. Betulkan aku sedang memandang Kaabah dengan mata ku sendiri tanpa perlu ada kaca mata sebagai penghalang. Allahu Akbar! Tak putus-putus dalam hati kupanjatkan rasa bersyukur kepada Allah kerana jemput aku dan suami sebagai tetamuNya. Kulihat suami, berlinangan juga air matanya. Merah mata dan hidungnya. Aku tahu dia juga tak percaya! Selesai solat sunat tawaf kukatakan padanya "Terima kasih kerana bawa dan temanku ke mari". Jawab suamiku "Terima kasih kerana bersungguh-sungguh sehingga ia menjadi kenyataan". Kemudian kami dua-dua orang teresak-esak menangis kesyukuran depan Kaabah Baitullah. Alhamdulillah makbul doa Ramadhan kami. Kami tahu ayahbonda kami juga sentiasa doakan kami. Makbul juga doa mereka.

Takda apps waktu solat? Jangan risau. Andalusia ada tampal/update info waktu solat di dinding hotel. Jangan lupa snap. Senang nak refer kalau tak ingat. Ini waktu solat November 2016.

13 November ketika berlaku Supermoon
Selesai solat sunat tawaf, Mutawwif himpunkan kami semula untuk dibacakan doa. Doa yang dibaca Mutawwif sampai ke halwa telinga ni dengan suara yang sayu meminta-minta pada Allah SWT memang meruntun kalbu. Paling tersentuh;
".....Engkaulah yang menolong kami di dunia dan di akhirat, maka matikanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah diri kami bersama orang yang soleh(baik), ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan, janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkankan Engkau menghilangkan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau tunaikan - memudahkan segala urusan kami dan lapang-lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalam-amalan kami dengan kebaikan, ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana."
Menangis lagi kami. Semua doa-doa yang dibaca Mutawwif ada dalam buku panduan Andalusia. Selesai tawaf, sa'i dan bergunting. Umrah wajib kami selesai lebih kurang jam 10AM. Alhamdulillah bebaslah kami dari 13 pantang larang ihram. Dengan gugurnya rambut, moga-moga gugurlah juga semua dosa-dosa lampau. Dosa besar dan dosa kecil. Dosa yang kami ketahui. Dosa yang kami tidak ketahui. Dosa yang sengaja kami lakukan. Dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Moga Allah ampunkan segala dosa. Moga Allah terima umrah pertama kami dengan umrah yang mabrur dan maqbullah. Selesai umrah kami sujud syukur pada Allah. Terima kasih Ya Allah.
".....Engkaulah yang menolong kami di dunia dan di akhirat, maka matikanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah diri kami bersama orang yang soleh(baik), ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan, janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkankan Engkau menghilangkan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau tunaikan - memudahkan segala urusan kami dan lapang-lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalam-amalan kami dengan kebaikan, ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana."
Menangis lagi kami. Semua doa-doa yang dibaca Mutawwif ada dalam buku panduan Andalusia. Selesai tawaf, sa'i dan bergunting. Umrah wajib kami selesai lebih kurang jam 10AM. Alhamdulillah bebaslah kami dari 13 pantang larang ihram. Dengan gugurnya rambut, moga-moga gugurlah juga semua dosa-dosa lampau. Dosa besar dan dosa kecil. Dosa yang kami ketahui. Dosa yang kami tidak ketahui. Dosa yang sengaja kami lakukan. Dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Moga Allah ampunkan segala dosa. Moga Allah terima umrah pertama kami dengan umrah yang mabrur dan maqbullah. Selesai umrah kami sujud syukur pada Allah. Terima kasih Ya Allah.

Aku bukan ustazah. Aku manusia jahil. Aku manusia tiada ilmu pengetahuan. Aku manusia yang mahu berubah kepada manusia yang lebih baik. InshaAllah. Mudah-mudahan dengan Travelog Mekah & Madinah ni beri sedikit gambaran kepada adik-adikku dan bakal jemaah umrah yang ingin ke Tanah Suci Mekah dulu. Moga menjadi inspirasi untuk anda semua pergi ke sana. Azie doakan anda semua juga akan sampai ke sini suatu hari nanti. Amiin Allahumma Amiin.
Salam dari Bangkok Patio, Thailand!