Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Leeyanarahman x Elrahexclusive Bangi Sentral

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam 26 Ramadhan.

Tinggal 4 hari sahaja lagi bulan MEGASALE pahala. Banyak tak korang shopping pahala. Tapi kita semua biasalah duk sibuk dengan MEGASALE baju jubah tudung kurta untuk dipakai raya kan. Ewah cakap orang lebih..yang menaip ni pun sama.

Mesti dah ramai jenguk Bangi Sentral kan. Ramadhan kali ni kita pi lagi shopping raya di Bangi Sentral untuk jengok butik yang menjadi kegemaran ramai muda-mudi sekarang. Butik apa? Butik Leeyanarahman x Elrahexclusive. Design Letops No.1 di Malaysia. Lokasinya di 1-23, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral (belakang PKNS).


Sempat posing depan butik paling meletup di Malaysia ni. Lebih kurang 10.00am dan terpacak depan ni. G.I.G.I.H. Siap parking tepi butik lagi. Setengah jam kemudian memang penuhhh ya amatsssla dengan manusia!



Percaya tak keluar butik dengan tangan kosong? Design jubah atau baju Leeyanarahman ni betul memang letops sangat. Tapi sesuai untuk age muda mudi remaja riang ria. Kalau remaja belasan tahun, belia 20-an oklah nak bergaya sakan dengan design baju bertingkat-tingkat bunga-bungaan meriah riang ria macam ni. Bila pakai terus boleh fefeling Farahanim atau Mirafilzah. Lagi satu material nya juga kukurang berkenan. Rasa macam kurang sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Lagi-lagi kalau kita balik beraya di kampung, memang belengas. Kalau jenis kuat berpeluh lagi haru. Nak pakai boleh tapi kena pakai inner atas bawah. Kalau tak confirm melekat-lekat tak selesa pada badan. Untuk age macamku ni, terasa kurang sesuai design begini. Azie prefer design yang nampak more matured and more elegant. Design lebih modest. Less is more. Material pulak mencari yang lebih selesa.

Gagal jumpa baju yang sesuai di Leeyanarahman, kita teruskan pencarian di Elrahexclusive. Bersambung kedai dengan Leeyanarahman. Fuhhh, memang betul-betul sesak jiran sebelah ni. Penuh dengan kaum ADAM. Masing-masing mencari jubah dan kurta. Akhirnya suami beli sehelai jubah putih untuk dipakai bulan November nanti =) Bila ramai macam ni jangan harapla ada jurujual yang boleh nak melanyan kerenah anda. Sila bersabar dan bertabah. Lepas 3x mintak dan setengah jam tunggu barulah dapat size jubah yang sepatutnya. Alhamdulillah. 




Kemudian singgah sat di Radiusite, Rina Salleh, MMBasic, Minaz untuk cuci mata. Minaz pun sama jenis design print atas kain. Material pun ala-ala satin. Yang digembar-gembur dalam IG tu tak nampak lagi di butik. Belum ada barangkali. Yang preorder mungkin dah dapat. Oh taklama pun kat sini, akhirnya balik rumah lenggang kangkung tak beli apa-apa. Misi mencari baju raya di Bangi Sentral gagal! Kukecewa. 

Tahun ni kebanyakkan butik guna konsep PRE ORDER. Order, bayar siap-siap kat web atau personal shopper (ps) yang dilantik dan tunggu baju sampai. Konsep macam ni sorrylah tak dapat nak diterima pakai. Kalau shopping baju Azie tetap nak guna kaedah konvensional. Nak rasa material, nak tengok cutting dan cuba di badan sendiri. *kalau baju harga RM50 tak ralat sangat preorder tak kena saiz, kalau baju harga rm200 ke atas, ralatnya lahai bila tak kena saiz, butang satu hilang, zip rosak, lining terkoyak, kelopak bunga terhilang satu. Satu hal pulak nak return*

Kalau tudung ok nak PREORDER ataupun beli ONLINE. Jadi ikut keselesaan masing-masing =)



Saja check statistik Bangi Sentral (Aidilfitri tahun lepas). Mak oiii dah 30,900 view. Bulan Ramadhan...ini tajuk paling hit. Bangi Sentral jadi lubuk paling laris untuk rakyat Malaysia bershopping sakan sempena Aidilfitri.

Oklah sekian sahaja bebelan untuk hari ini. Selamat berbuka puasa semua!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 468


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>