Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Azie Si Tukang Jual Sekut Raya

$
0
0

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Korang dah beli Sekut Raya ke belum? Berapa hari lagi ni nak raya. Asal raya mesti biskut raya. Tahun 2016 ni dah lebih 5 tahun berniaga biskut raya. Huhu. Tak taula apesal suka sangat berniaga biskut raya. Sebab happy tengok orang lain happy. Banyak sangat cerita suka duka di sebalik sekut raya nih. 

Nih asal usul meniaga biskut raya. Asalnnya berniat nak tolong jiran seorang ibu tunggal. Walaupun komisyen sikit gila tapi alhamdulillah laku jugak. Sebab apa? Sebab biskutnya memang sedap dan berkualiti. Biskut aunty ni guna Buttercup. Walaupun komisyen sikit, tapi kuantiti jualan banyak. Maka bolehla beli beg sebijik buat kenangan. Hewhew. Masa tu muda remaja belum kahwin. Jadi gila betul dengan handbag. Now aunty tu dah bergelar Datin pun sebab dah kahwin lain. Happily married. Kedai biskut dia pun orang lain ambil alih. Tugas dia jadi konsultant sahaja.

Sejak Azie pindah rumah sendiri memang tak ambik stok dari dia. Sebab jauh. Tapi itulah ada rezeki jugak Allah bagi sambung profession penjual biskut. Orang kata rezeki bulan Ramadhan datang bergolek. Adik ipar sendiri yang suggest jadi ejen Sekut Emjays. Katanya bisnes ni kepunyaan rakan UIA nya. Istimewanya ia menggunakan 100% PURE BUTTER dan homemade.



Mula-mula tak berapa berminat....tapi ahli keluarga bagi semangat. Kita beli je sekotak dulu. Sekotak pun modal dah hampir setengah ribu. Rupanya sekotak tu habis sat je. Start iklan kat FB. Orang pun mula order. Beli sekotak lagi. Habis. Beli lagi sekotak. Habis. Dan sampai hujung Ramadhan 1436H ada dekat 7 kotak terjual. Itupun sebab letak di dua butik vendor berbeza lokasi. Satu butik vendor untung. Satu lagi rugi. Yang rugi tu butik vendor acah-acah famous kat Cheras. Memang tak balik modal langsung. Rugi teruk lagi ada. Sadis betul. Kontrak minima 3 bulan. Promo suam-suam kuku. Tak habis jual sekotak pun dalam masa tiga bulan. Tahun lepas kan orang tengah gila create butik vendor. Takpe itu semua part of learning process. Terima dengan redha. Adatlah bisnes. Walaupun pahit kita maniskan bila dapat salur RM1 sebalang hasil jualan kepada Aman Palestin. Moga-moga tukang buat, tukang jual, tukang beli sama-sama dapat pahala di bulan Ramadhan. Amin.

Tahun ni start broadcast agak lambat. Nekad dah memang tak nak letak mana-mana butik vendor. Walaupun ada yang approach melalui wasap. Kita nekad guna media sosial melalui FB dan Instagram sahaja. Alhamdulillah maklumat tentang "Azie Si Penjual Sekut" dan mesej tentang kesedapan sekut berjaya disampaikan. Sehingga harini berjaya jual lebih 12 kotak ( hampir 300 balang). Lebih manis semua pembelinya HANYA terdiri daripada kawan-kawan suami, saudara-mara, ahli keluarga, sahabat handai dan return customer tahun lepas. PERASAAN ITU MANIS YANG TERAMAT SANGAT. Ada kawan-kawan lama yang dah tak jumpa berpuluh tahun kita jumpa semula kerana SEKUT. I hearts uols. In Sya Allah jika kalian buka rezeki untuk orang lain...orang lain akan buka rezeki untuk kalian juga =) . Jadi Azie hanya mampu doa yang baik-baik untuk kalian.


InSyaAllah sekut boleh order dah untuk Aidiladha. Boleh komen atau emel azie guna contact form. 15 Julai ke atas dah boleh start delivery=) Bolehla jumpa laga-laga pipi. Hiks.

Sekut Brownee, Mashmell, Blondee ini betul-betul fenomena. Biskut raya pilihan paling laris 2016. Nak tahu kelebihan setiap satu? -> SEKUT MASHMELL, BROWNEE, MUTIARA

Syukran Ya Allah. Selamat berbuka semua.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 468


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>