Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Oh Volkswagen!

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Siapa peminat Volkswagen atau nama manja VW? Sedar tak yang sekarang Volkswagen Group Malaysia VGM tengah buat harga runtuh "Drop Everything Sale". Harga yang ditawarkan memang TERLAJAK MURAH daripada biasa!

Polo Hatch RM70k
Passat RM116k
Jetta RM89k

Masa suami wasap Azie harga baru ni rasa macam nak fengsan!!! Terlajak murah ni! Seolah-olah jom beli VW! Bila baca detail, sebenarnya harga tu untuk penghabisan stok bagi model buatan tahun 2014 dan 2015 yang semuanya pemasangan tempatan! Eh tak juga...

Volkswagen Polo Hatchback CKD (The Polo 1.6) ada REBATE penurunan harga sehingga RM20,000. Harga normal model hatchback lima-pintu ini ialah RM89,888 . Harga promosi model 2014/2015 hanya RM69,888.

Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu REBATE atau DISKAUN sebanyak RM53,000! (Pesaing Honda Accord & Toyota Camry).



Manakala Jetta sedan segmen-C pula, daripada harga asal RM134,888, kini berharga RM88,888. Iaitu melibatkan REBATE atau potongan sebanyak RM46,000! Tapi latest news yang dealer bagitahu JETTA dah SOLD OUT. Tak pasti pulak satu Malaysia ataupun hanya dealer di Glenmarie sahaja. (Jetta pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla).

Eh, ada "Bug" Edition. Harga dari RM135,888.


Perempuan sukalah Volkswagen Beetle nih. Kan. Kuning dia cun.


Yang uniknya Beetle ni Dashboard nya ikut kalor badan. Ahaaa, comelnya.

Volkswagen ni sangat dekat di hati sebab apa? Sebab kami sendiri punyai kereta keluaran Volkswagen. Zaman U pakai kereta jenama proton. Dah kerja upgrade sikit pakai kereta sport putih jalur biru kat tengah yang limited edition keluaran Ford (tekalah kereta apa). Merempit pergi kerja 50km sehala setiap hari, haruslah kereta sport! Hiks. Kini kereta tu berada di Utara!!. Then Alhamdulillah ada rezeki upgrade pakai kereta VW. Lebih selesa untuk travel long distance.

Dah alang-alang tu meh nak bagi review sikit tentang Volkswagen yang mungkin anda tak tahu. Kami beli yang CBU. Apa itu CBU? Apa pulak CKD? Complete Built Up-CBU (diimport sepenuhnya) atau senang cerita datang seketul dari Mexico. Sekarang VW seperti Passat, Jetta, Polo Sedan, Polo Hatchback adalah Complete Knock Down-CKD (pemasangan di Malaysia). Masih ada lagi edisi CBU seperti Golf, Beetle dll.

Enjinnya ialah 1.4 liter TSI (1,390cc) pengecas berkembar (supercharge & turbo) yang menghasilkan kuasa maksimum 160PS dengan tork mencecah 240 Nm. Dengan transmisi ‘Direct Shift Gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan memang selesa meluncur laju di lebuhraya dan tak sedar pun kelajuan dah cecah 190 kilometer sejam (km/j)!! Pengendalian kereta ini cukup memuaskan. Kalau jalan beralun, suspensi menyerap keadaan jalan yang tidak rata dengan baik tanpa lantunan. Pengendalian stereng tepat. Kalau nak selekoh pada kelajuan tinggi juga tiada masalah! (Azie selalu buat dan selalu kena marah dengan suami!! Hiks). Naik bukit pun relax je. Tak perlu nak force-force. Maklumlah rumah atas puncak!

Ciri-ciri keselamatan Volkswagen sangat baik. Saya SUKA! Stereng kuasa sensitif kelajuan, ada enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC) atau Kawalan Kestabilan Elektronik, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA), hill-start assis dan Sistem Park Jarak Kawalan untuk depan dan belakang kereta . Cermin sisi elektrik boleh laras yang swing ke bawah apabila memilih gear reverse (R) untuk memberikan pandangan sisi yang lebih baik dan jelas.

Ciri-ciri lain yang Azie suka sangat ialah lampu dan wiper automatik, ada alat pengesan hujan, built-in turbo timer, paddle shifter. Selain tu ada 'coming home and leaving home lights'.

Sejak ia keluarkan edisi CKD, ada juga google sikit2 tengok perbandingan antara keduanya. Bezanya ialah CBU yang datang seketul dari Mexico tadi ada 

- Tyre Pressure Monitoring
- Paddle shifters on the steering wheel
- Driver and Passenger vanity mirror lights
- 8 speakers (Front and Rear Tweeters, Front and Rear Door mounted speakers).
- leather based adjustable arm-rest.

Itu yang ketara. Lain-lain beza kena rujuk dengan dealer VW lah okey.

Tahap penggunaan petrol boleh kata jimat jugak dengan purata bacaan enam-tujuh liter bagi 100 km. Full tank minyak lebih kurang 55 Liter. Kalau harga minyak ron95 RM1.70 seliter lebih kurang RM93.50 untuk full tank.

SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Servis pertama kali dalam RM460. Normal servis antara RM400-RM600. Major servis mencecah RM1000+ (tukar macam-macam). Betul, waranti 5 tahun, rosak apa semua diganti kecuali 'wear and tear' macam oil filter, mechanical, wheels, tyres dll (bayau sendiri okeh!).

Lupakan pasal servis tu, kereta ni roadtax RM70 aje. Yang ni memang BEST! 

Kecoh pasal gearbox bagai tu kan? Taktaula, setakat ni dah 3-4 tahun pakai. Alhamdulillah takda masalah. Performance kereta masih tip-top! Masih gagah di lebuh raya (pleaseeee VW be nice to meeee! Jangan macam-macam ok). 

KECUALIIIIII... 

Ada sekali baru-baru ni, engine tak boleh start. Mujurlah kereta ada kat porch rumah je. Call VW customer service, dia ambik details, then hantar tow truck ke rumah ambik kereta tow ke pusat service berhampiran (FOC). Rupanya battery kong! Tukar battery kene charge RM700-RM800! Dem.




Ikhlas review dari saya pengguna VW =)) Kalau korang pengguna VW juga meh share pengalaman bersama VW. Thanx in advance!!! ^_^


Viewing all articles
Browse latest Browse all 468


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>