Assalamualaikum
Mengaku cepat! Pernah tak korang beli barang tanpa berfikir panjang? Impulse buying atau retail therapy terma yang selalu diguna pakai ketika shopping online. Salahkan internet. Sebab dialah dalang semua ni! Sekarang ni kebanyakkan perempuan cuci mata menerusi laman web dan Facebook. Macam LAZADA, ZALORA, FashionValet, Groupon, Reebonz dan banyak lagi. Mula-mula setakat nak cuci mata. Pastu nampak je offer, gatal tangan nak klik klik BUY. Lagi mudah terjebak kalau di Instagram. Haih! Gambo semua lawa-lawa. Model pakai semua lawa -___-
10 alasan perempuan beri bila ditanya tentang barang yang di shoppingnya itu...
1. "I baru beli satu barang je bulan niiiii tau..kasi can ok"
2. "Handbag ni kecik sangat. Tak muat untuk semua barang. Sebab tu I beli baruuuu"
3. "I tengah diet ni, so kenalah beli baju lain. Baju dulu tu dah besar sangat. Macam kelakar kalau pakai yang tu"
4. "Ya memang ini my third brown bag, tapi saiz lain-lain hokeyy"
5. "Ada diskaun 80% uols. Rugi kalau tak beli. Mana pernah ada diskaun macam ni punya banyak!"
6. "No worries sayang. I promise I akan pakai baju ni banyak kali sampai lebam"
7. "Setiap kali buka lemari, baju apa nak pakai ni? Takda baju dah nak pakai!"
8."I deserve this, minggu ni I dah work too hard"
9. "I had a bad day. I need some cheering up"
10. "Baju lama kan dah jual preloved. Jadi kena la beli yang baru"
I'am GUILTY too! Azie pernah guna semua alasan di atas! Dan berpuluh-puluh macam alasan lagi. Terbaru pagi tadi baru shopping tudung di Fashion Valet. Oppssss!
Tau tak tanda-tanda seorang SHOPAHOLIC
1. Melakukan shopping berulang-ulang. (Phewww, Azie tak ok)
2. Beli tanpa berfikir panjang (Dulu macam ya. Sekarang tak. Kena jimat cermat. Boleh kawal diri dan nafsu dengan baik. Sekarang berfikir dulu sebelum beli. Tapi...tapi..tapi... tidak berfikir untuk Limited Edition (LE) DUCK scarves, keluar baru je tangan terus gatal nak beli. HELP!!!)
3. Menghabiskan masa dan wang yang banyak tanpa disedari (No-no-no. Azie sedar berapa banyak wang yang habis)
4. Rasa amat berpuas hati bila dapat membeli sesuatu (Fkosla kan. Terutama Duck scarves)
5. Rasa tak senang duduk kalau tak dapat beli belah (Hmmm..Azie tak senang duduk kalau Duck keluarkan LE yang baru. Siap stay up malam-malam tunggu up di website...ayaiyai)
6. Tapi selepas itu, rasa bersalah mula menghantui diri kerana memikirkan hutang (Azie tak berhutang. Takda kad kredit. Ada duit baru beli. Takda duit duduk senyap2)
7. Banyak barang dibeli tidak digunakan sehingga membazir (Hmm..setakat ni semua barang beli digunakan sebaiknya. Malah telah diulang berpuloh-puloh kali. Oh ada yang dijual sebagai preloved. So tak membazir lah kan?)
8. Kerap beli sesuatu yang bukan barang keperluan (Sekarang ni beli barang ikut priority dan keperluan)
Jadi dengan semua denial di atas, Azie bukanlah SHOPAHOLIC. Hahaha. Alhamdulillah.


Credit: Google Image
Sekian. Terima kasih.