Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Resepi Mudah Buat 'Meatball Cheesy Carbonara'

$
0
0


Assalamualaikum dan Salam Khamis!


Tiba-tiba jadi craving nak makan! Tsk..tsk..(sambil usap perut).

Cuba teka berapa bilangan meatball di dalam! 

Hari ni mahu kongsi resepi Meatball Cheesy Carbonara atau Meatball Lasagna atau Baked Carbonara Meatball Cheese. Wateverlah nak panggil apa. Azie tak kisah. Rasa serupa je. Menu ni selalu jumpa di butik vendor kan. Harga jual lingkungan RM11-13 kan. Rupanya cara buatannya sangat mudah, ringkas dan senang. Resepi Azie ambil di Facebook (lubuk resepi). So lepas ni boleh buat sendiri di rumah, makan seisi keluarga. 

Bahan-bahan
Bebola daging/ayam
1 tin sos preego carbonara mushroom (tin biru)
1/2 cawan fresh milk
1 biji bawang holland(potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu)
Sedikit blackpepper(tumbuk kasar2)
Mozarella cheese/cheese slice pon boleh

Cara buat Meatball Cheezy Cabonara





1. Goreng bebola daging guna sedikit olive oil
2. 1 biji bawang holland dan 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu). Boleh goreng sekali dengan meatball tadi. Selesai, tutup api.
3. Masukkan meatball, bawang dan capsicum tadi dlm bekas aluminium foil
4. Dalam pan lain, masukkan satu tin sos carbonara mushroom. Masak sehingga mendidih. Masukkan 1/2 cawan fresh milk dan blackpper. Tutup api.
5. Tuangkan sos carbonara  sehingga menutupi meatball
6.  Tabur cheese. Ehemm...cheese lebih pliss! Bakar 10-15minit. Suhu 170°c. Ikut oven masing-masing.
7. Siap untuk dimakan meatball cheesy carbonara kita ni. Jemput makan semua...Nyuuums! (lap air liur)

Sempoi je resepi ni. I like. Sebelum makan tu, bubuh blackpepper sikit, tabur serbuk cili cikit. Kalau ada mixed herbs lagi cun. Memang umpphhh makan panas-panas dengan kopi O panas. ^_^

Selamat mencuba.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468