Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Mughal Gardens

$
0
0


Kashmir pun 4 musim.

Musim Salji di Kashmir biasanya pada bulan Disember sehingga Mac.
Musim Bunga sekitar April hingga Mei.
Musim Panas akhir Mei hingga Ogos.
Musim Luruh dari bulan September hingga awal Disember.

Kami pergi pertengahan bulan Mac. Salji masih tebal di Gulmarg & Sonamarg. Garden-garden yang cantik di Kashmir masih tinggal ranting. Bunga pula baru nak berputik =) Kami dibawa ke mughal garden yang terkenal di Kashmir; Shalimar Bagh & Nishat Bagh.


Heritage Mughal Garden Shalimar


Namun begitu pemandangan tetap cantik. Saki-baki salji masih nampak di Gunung Zabarwan. Ahad merupakan hari cuti di Kashmir. Kashmiri ambil peluang piknik ramai-ramai di garden. Kolam di Shalimat Bagh rata. Musim bunga nanti mesti bertambah cantik dipenuhi bunga-bungaan. Sejarah mengatakan Shalimar Bagh dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya, Nur Jehan.


Ini Nishat Bagh. Nishat Bagh berhadapan dengan Dal Lake

Taman Nishat Bagh kolamnya dibina bertingkat-tingkat


Selesai menikmati pemandangan indah di mughal garden, kemudian di bawa ke carpet factory.  Buatannya handmade. Bila diceritakan & tengok sendiri cara pembuatannya, no wonderlah harganya mahal daripada carpet biasa atau machine made. Carpet silk ini tidak ditenun. Benang silk diikat satu demi satu. Ambil masa berbulan untuk siapkan sebidang carpet. Bila sentuh & pijak memang terasa halus di kaki. Di Malaysia karpet yang wool biasa pun dah mahal. Ini lagi pula handmade. 100% silk. Harganya sangat berpatutan dengan kerumitan dan kehalusan pembuatannya. Jika diimport ke Malaysia boleh cecah belas atau puluhan ribu cenggini untuk size begini.

My sis beli sebidang karpet untuk rumah baru dia. Me? Balik Malaysia menyesal pula tak beli. Bukan apa sebab kekangan masa & rambang mata. My sister beli tu tidakla besar begini. Beli size comel je. Size i tak ingat berapa. Berat dalam 4kg. Carpet silk mudah dilipat dan ringan sahaja. Mereka packing dengan proper untuk bawa balik Malaysia. Terbaik.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>