Saya dibesarkan oleh seorang abah yang rajin gosok bajunya sendiri. Dari kecil tengok abah cuci baju sendiri, gosok baju sendiri, jemur baju sendiri dan banyak benda lagi kerja-kerja rumah yang abah boleh buat sendiri. Cayalah abah! Bertuah ibu!
Bila bertemu jodoh pula dengan suami yang jenis suka gosok baju sendiri juga😇Kita pulak jenis yang paling tak suka menggosok. Melipat baju tu okey lagi bab menggosok. Masha Allah! Hmmm...syukurlah dapat suami perihatin. Julai 2017 dia bawa pulang steam iron Philips Perfect Care Aqua. Rasa terharu bila suami bawak balik steam iron Philips Perfect Care Aqua kat rumah. Ku rasa romantik habis. Perasaan gembiranya macam dapat cincin 1 carat!
Review: La ni lebih kurang setahun lebih dah guna iron philips...em..em..macam mana nak cakap ya...iron ni memang best sungguh! Patutla selalu viral iron ajaib ni dulu-dulu kat facebook. Effortless sangat kerja-kerja mengiron baju. Terutama material silk, cotton, linen, seluar khakis...fuh iron yang biasa tu memang agak bertungkus lumus jugakla kalau nak hilangkan kedutan. Selain itu, kena sentiasa berjaga-jaga bab mengawal suhu kepanasan iron. Kang terlebih panas terbakar pulak. Paling seram bab nak iron tudung duck. Kalau terbakar memang menangis!

Philips PerfectCare Aqua - the best iron in the world! Kalau tertinggal lama atas iron board, tudung duck anda masih selamat! Tidak terbakar sebab menggunakan OptimalTemp Tech. No temperature and steam setting needed.

Sebab suami romantik belikan steam iron Philips, maka kita balas keromantikan beliau dengan volunteer menggosok semua baju-baju beliau. Belikan iron mahal untuk isteri consider romantik & perihatin tau. Oh-oh! Sesuai sangat dijadikan hadiah besday or anniversary untuk isteri :D

Philips Steam Iron GC8600 series

Kena selalu buat decalc supaya iron sentiasa dalam keadaan tip top & excellent condition! Biasanya sebelum menggosok saya akan buat decalc dulu. Tak perlu tunggu lampu merah decalc nyala baru nak buat. Proses decalc buat bila iron dalam keadaan sejuk/normal/suhu bilik. Jangan buat ketika iron masih dalam keadaan panas. Air yang keluar agak menyembur dan panas! Please unplugged for at least 2 hours baru decalc.

Tadah bekas kecil dan pulas kunci easy de-calc di atas untuk keluarkan air kotor @ keladak. Setelah air berhenti keluar masukkan semula kunci dan pulas dengan kemas. Biasanya pulas kunci beberapa kali baru kemas. Kalau sekali dua pulas dah kemas tu maknanya kunci tak dimasukkan dengan betul. Akibatnya bila on iron, air akan keluar meleleh di tepi kunci.

Dah setahun lebih guna. Serious memang berbaloi-baloi! Jadi rajin pulak menggosok. Tudung, blouse, baju husband, jeans pun siap gosok. *over*
Cara jaga / tips penjagaan iron Philips Perfect Care Aqua
1. Mesti guna air tapis. Air paip biasa ada klorin. Jika penggunaan kerap lama-lama steam iron boleh tersumbat. Oh pastu jangan masukkan perfume, starch, ironing aids or other chemicals ya. No-no-no.
2. Untuk long lasting performance jangan biar air lama-lama dalam tank. Macam saya agak-agak isi tank tak penuh sangat. Sekali iron ambil masa sejam ke 2 jam. Air dah hampir paras minimum baru berhenti gosok.
3. Guna suis / plug direct
4. Kerap lakukan proses De-calc
Apa nak buat kalau sedang tengah iron tapi tak keluar steam / wap?
Unplugged for at least 2 hours then decalc.
Boleh usha sini untuk jenis dan harga kalau berminat nak beli satu :D