Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Oh Volkswagen! Part 2

$
0
0



Sambungan  Oh Volkswagen!

Ok azie bukannya car savvy tau semua benda. Tahu pun sebab suami selalu kongsi maklumat-maklumat penting ni. Jadi i'll try my best untuk share dengan anda semua tentang pengalaman menjadi pengguna VW okeh. 


Bulan 3 tahun depan 2018 genaplah 5 tahun umur Cik Ta kami nih. Bulan 5 baru nih dah servis Cik Ta. Mujurlah Cik Ta ni nak maintain sekali je setahun. Sekali maintain RM1,200. Ambik kau. Sekali lagi Azie tekankan, pakai kereta Volkswagen better ikut schedule servis. Jangan nak acah-acah busy atau acah-acah terlupa. Tiada maaf bagimu. Gitu. SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Kalau tak memang masalah di kemudian hari dan lebih malang kalau void warranty. Pakai kereta Vokswagen tanpa warranty agak mengerikan.


Hampir lima tahun ni, Alhamdulillah tiada apa major problem cuma aritu roof lining drop atau runtuh ke bawah. Maybe sebab cuaca panas ke apa tak tahulah. Alhamdulillah masih dalam warranty. Cuma perlu tinggal beberapa hari kereta di Volkswagen Service Centre. Jadi tukar roof lining Cik Ta FOC. Jika tiada warranty, harga mau cecah 2 ke 3 ribu (jika tukar di Volkswagen Service Centre). *boleh sesak nafas weh*


Baru-baru ni tiba-tiba Cik Ta buat hal tak boleh start pulak. Kali ni tiada apa-apa warning dipaparkan di skrin di dashboard. Teringat dulu, masa kes bateri habis at least ada warning error. Mujurlah kat porch rumah je kan. Kali ni di shopping mall. Aduh. Aduh. Bertabahlah.



Apa nak buat kalau jadi macam ni?


Langkah 1 : Call Volkswagen Assist Hotline Nanti dia akan ambil details kereta. Jika tiada masalah VW akan hantar mekanik dari bengkel berdekatan ke tempat kejadian.


Langkah 2 : Tunggu mekanik sampai. Nanti dia akan check dan advise apa yang patut kita buat. Sign form. Yang ni FOC. 

Macam kes Cik Ta ni sekali lagi bateri kereta dah nyawa-nyawa ikan. Hanya tinggal 13%. Dia cadangkan pi cepat-cepat tukar bateri di Volkswagen Service Centre. So, dia jump start je Cik Ta guna power bank khas untuk kereta (laaa kereta pun ada power bank 💁) 

Sambil-sambil tu sembang dengan uncle (mekanik) yang datang. Dia cakap bateri kereta sekarang tak tahan lama. Kalau pakai sampai 2 tahun tu bonus lah tu. Bateri Mercedes je yang tahan lama sampai lima tahun. Eh yeke? 😏 Btw kalau u guys curious nak tahu bateri ni dah pakai lebih kurang setahun 7 bulan. 



Langkah 3: Cari Volkswagen Service Centre yang berdekatan


Alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua urusan walaupun hari Sabtu tapi ada Volkswagen Service Centre yang masih buka. Macam biasa kena tinggal sehari dua. Lepas VW check rupanya bateri ni ada warranty selama 2 tahun. So yeah lucky for us tukar battery free of charge! (kalau tak terbang melayang lagi 700 ratus). They said effective this 2017 batteri warranty hanya setahun sahaja. Pftttt. Tahun depan sila menabung 700.


Dah alang-alang tinggal tu terus request untuk buat EKG Test. Stand for apa ek EKG ni? Sebab ada rasa getaran kadang-kadang tu. Terutama di trafik light masa lampu dah hijau. Tak kerap sangat. Pakai dual clutch DSG selalu mendebarkan hati pengguna VW sampai tak tidur malam. Ok over.  Sebab rosak gear box mahu tukar cecah 10k woooo kalau takde warranty! Gilos.



EKG test free untuk kereta VW yang registered 2013 dan ke bawah.  EKG test untuk test dual clutch ni. Boleh buat tiap-tiap tahun tapi kena request. VW tak buat automatically masa service kereta anda. EKG ni link dengan sistem di germany katanya.  Perbezaan masa menyebabkan kena tinggal kereta. 



Lepas test takda faulty. Tak tahu nak rasa lega ke takut. Huhu. Mecha VW cakap tahun depan boleh request utk EKG test lagi. Gear box ni ada warranty selama 7 tahun (5+2).  Jadi perlu risau tak? 



Rupanya baru perasan Volkswagen branch/service centre ni under banyak company rupanya. Ada HICOM Auto Sdn Bhd, F.A Wagen Sdn Bhd, Wearnes Automotive Sdn Bhd dll.  Macam mana tahu? tengok resit yang diterima. Pastu spec kereta pun lain. Ada yang cetak CBU. Ada yang cetak CKD.  Dah kenapa? Setiap kali service atau hantar di service centre berlainan beri pengalaman yang berlainan. Boleh kata depa punya sistem ni tak link agaknya. Ada yang mintak geran la. Ada yang mintak resit warranty la. Haih macam-macam. Better buat satu fail kereta buh semua resit dalam tu. Senang nak cari. 



And setakat ni berdasarkan pengalaman sendiri the best service centre untuk VW ialah under Wearnes Automative Sdn Bhd (Jalan Klang Lama or Sg Besi). Puas hati. Kereta siap mereka akan call. Bukan kita yang call tanya kereta dah siap ke belum. Sebab diorang ni kereta dah siap tak call! (annoying!)



Ok tu jelah nak bagitau. Terutama untuk muda mudi yang minat sangat dengan VW. Please share pengalaman u guys bersama VW juga.  Thank you :D



P/S: Rasa macam nak let go Cik Ta. Ada yang mahu kah? 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 468