Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

Review Haier Air Fryer dari Astro Go Shop

$
0
0

Salam. Hi semua. Di pagi Khamis yang bersenang lenang ini ku nak review Haier Air Fryer dari Astro Go Shop. Ingat makcik-makcik sahaja ke yang suka tengok Go Shop. Ku pun suka tengok Astro Go Shop Channel 118. Ada TV boleh beli 😎

Suka tengok Go Pak Nil membebel. Suka tengok Syakirin membebel sambil dalam hati berkata-kata tak penat kah mulutnya bercakap tak henti-henti. Kadang-kadang terasa juga bingitnya di telinga.

Sejak sekian lama mencari Air Fryer. Dari satu jenama ke jenama yang lain. Biasalah faktor harga sudah pasti merupakan faktor utama selain fungsi yang berkesan. Akhirnya tertengok Haier Air Fryer dari Go Shop. Teruja sangat nak beli. Harga dalam RM270+ macam tu. Beli mahal-mahal kang tersadai je tepi dinding tak guna. 

Ku nak sangat air fryer ni sebabnya nak kurangkan penggunaan minyak menggoreng dalam masakan terutama nya goreng ikan dan ayam. Selain, malas nak cuci dapur dan mop lantai lepas menggoreng. Kalau tak buat nanti stress pulak tengok dapur kotor. Sejenis penyakit yang tiada ubatnya. Huhu.


Tengok review di goshop keseluruhan macam ok. Try cari-cari lagi. Google-google lagi aisehhh takde sangat pun orang bagi review beserta gambar. Yang ada review goreng nugget sahaja! Pffttttt.... 

Suatu pagi Ahad yang dingin, tiba-tiba Bonda call! 

"Buka astro go shop sekarang! Ibu nak belanja kak long Primada....bla..bla...." 

Ok. Ibu saya memang selalu macam tu... Moga makin melimpah ruahla rezekinya. Amiin. Namun begitu walau dermawan mana pun ibu ayah kita atau walaupun ibu ayah kita berduit atau ada pencen setiap bulan atau pun keduanya bekerja..... tanggungjawab sebagai anak mesti beri duit setiap bulan kepada ibu bapa. Ok? Insya Allah kehidupan kita lebih berkat, rasa bahagia dan Allah SWT pasti buka pintu rezeki kita seluas lautan :D

Lepas nego dipendekkan cerita akhirnya Bonda approve dari Primada bertukar ke Haier Air Fryer. Orang nak bagi kita terima dengan tangan yang terbuka. Hahhaha. Rezeki jangan ditolak. Kebetulan masa tu ada Merdeka promo jadi harga selepas masukkan promo code tinggal hanya RM231 sahaja PERCUMA 3-tier stainless steel wares untuk kegunaan air fryer beserta PERCUMA lagi peralatan dapur seperti peeler, 2 jenis pisau & gunting. Ini sudah TERRRRlebih bagus.


Lepas sebulan tadaa inilah hasil percubaannya. Masih lagi explore dan mencari kelebihan air fryer go shop ni.

Keropok lekor pasar malam yang suami beli dah liut dan lembik. Eii sagu je banyak. Ikannya takde. Tapi no worries kita masukkan sahaja dalam air fryer go shop ni selama 15 minit dengan suhu 180C. Tadaaaa..hasilnya memang rangup krup krapp la sampai tak cukup pulak.


Sweet potatoes atau ubi stellar ni suami yang buat. Suka benar dia makan ubi merah ni. Caranya ialah buang kulit, rendam dalam air sejuk lebih kurang setengah jam. Kemudian lap dengan tissue paper. Perap dengan sedikit garam, blackpepper, chilli powder. Goreng dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 180C. Siap!


Karipap sardin ni goreng dalam air fryer tanpa minyak selama 15 minit dengan suhu 180C. Kulit karipap sendiri dah ada majerin. Keluar-keluar je cantik kejadiannya. Memang garing dan tidak berminyak! Azie pernah cuba goren temose/epok/karipap ikan tak secantik begini jika tanpa minyak. Yg tu maybe perlukan sedikit minyak.


Keropok keping di atas ni azie cuba dengan sedikit minyak. Pernah cuba juga goreng tanpa minyak. Azie lebih suka goreng tanpa minyak langsung. Lagi cantik hasilnya. Kering dan saaangat rangup. 


Yang ni rustic potatoes. Suami jugak yang buat. Caranya ialah, buang kulit, hiris nipis, rendam dalam air sejuk selama sejam. Tujuannya untuk buang getah ubi. Kemudian lap kering dengan tissue paper.  Perap ikut perisa suka hati.


Ikan bawal goreng guna air fryer. Kalau ikan bawal saiz kecil tu muatlah 2 ekor. Azie perap dengan garlic & ginger sahaja. Oh jangan lupe lap kering ikan tu. Sebelum goreng sapu sedikit minyak pada tray supaya kulit ikan tak melekat. Suhu 180C.


Dah alang-alang tu kan ikan kering pun masukkan dalam ni jugak. Hehehe. Ikan kering pun guna air fryer.


Percubaan menggoreng ayam guna air fryer. Ni size ayam kampung. Marinate ikut resepi sendiri dan goreng selama 19 minit dengan suhu 190C


Chicken wing ni azie perap dengan sos dari Thailand. Beli masa pergi Bangkok dulu. Untuk ayam memang tak perlu letak minyak langsung sebab lemak-lemak ayam tu sendiri dah berminyak.

Kalau ada lagi nanti azie share okeyyy.

Alhamdulillah puas hati. Kalau air fryer mahal mesti lebih cantik hasilnya kan.

Moga bermanfaat dan selamat mencuba :D



Viewing all articles
Browse latest Browse all 468