Assalamualaikum. Jom menikmati sunset di Emerald Bay Pangkor Laut Island!
Menjelang petang, kami berdua siap sedia pergi ke Emerald Bay untuk menikmati keheningan senja Pangkor Laut Island. Kalau nak menapak dari Spa Villas dalam 500m. Selain menapak naik sahaja shuttel van yang disediakan. Tak sampai 5 minit kami dah sampai Emerald Bay. Emerald Bay ni tempat mandi manda tetamu Pangkor Island Resort sahaja. Bila private beach memang tak ramai orang. Hanya ada beberapa ketul sahaja yang mandi manda. Seronok barangkali dilambung ombak besar menghempas pantai. Kita yang tengok pun turut asyik.








Kadang-kadang terasa juga pancaran matahari menggigit kulit, mata dll. Tapi Alhamdulillah suasana petang di sini menyamankan walaupun betul-betul mengadap matahari. Sesakali terasa sejuk sebab ada hembusan angin yang senantiasa meniup lembut.
Alangkah indahnya pabila dapat menikmati cahaya kuning jingga matahari terbenam ciptaan Ilahi.
Entri yang berkaitan Pangkor Laut Resort
Destinasi mewah Pangkor Laut Resort bertaraf 5 bintang!
Spa Villas di Spa Village Pangkor Laut Resort
Menikmati Sunset di Emerald Bay Pangkor Laut Island Resort