Sebut Yana Restaurant mesti terbayang Tom Yam with coconut milk yang authenthic tu kan. Yana Restaurant sejenis restoren halal Thai yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Mudah-mudah-mudah nak pergi. Lokasinya di tempat strategik. Naik BTS Skytrain turun di National Stadium. Yana Restaurant di Tingkat 5 dalam MBK berhadapan food Court. Pemiliknya Muslim. Chef nya muslim. 100% menggunakan bahan-bahan halal.
Pertama kali makan di Yana Restaurant, kesedapannya tu benar-benar menjilat jari, hirup sampai licin semangkuk, terapung di awangan, termimpi-mimpi tom yam & green curry dalam tidur. Over sangat lah! Authenthic di Thailand pulak tu. Ini bukan makan dalam restoren Thai di Mid Valley ok. Feelingnya berbeza. FIRST TIME. Maafkanlah. Hiks.
Sekarang ni rasa macam dah kurang nikmat. Maybe sebab dah banyak kali makan di Yana ni. Pastu sebab dah rasa macam-macam tom yam di lain-lain restaurant. Hahah. Sorry Yana! Jika anda baru pertama kali sampai Thailand, dan hanya bercuti untuk tiga empat hari...mehla cuba Yana ni. Pasti tak menyesal. Dalam restaurant ni korang akan jumpa rakyat Malaysia, Indonesia & Brunei datang lunch atau dinner di sini.
Awal-awal nak bagitahu ni. Harga memang MAHAL kalau compare dengan harga makanan halal yang banyak di Petchaburi Soi 7, Usman dll. Yerla harga dim sum di Star Hill pastinya lebih mahal berbanding harga dim sum di NU Sentral kan.
InshaAllah walaupun mahal, makanan sedap & tidak menghampakan.
MESTI CUBA
Tomyam Seafood (coconut milk) Harga: 299 Baht.
Somtam Mango Salad Harga: 99 Baht
Green curry: 149 Baht
Ice Thai Milk Tea: 60 Baht





Sekian, unpaid review dari saya :D