Sawadee ka
สวัสดี ค่ะ
Eh eh eh dah tahun baru 2017! Tahun ni nak bercuti ke mana pulak? Takda idea nak bercuti ke mana? Mari saya bagi solution. Awak semua tahu tak banyak sangat tempat menarik lagi awesome untuk dikunjungi di Bangkok. Tak payah fikir jauh-jauh. Bajet pun berpatutan...
*walaupun duit Malaysia kini semakin tenat*
*walaupun duit Malaysia kini semakin tenat*
Mari kita tengok apa yang menarik di Bangkok, Thailand!
1. Siam Paragon
Antara shopping mall terbaik dan terbest pernah pergi kujejaki. Lima jam pun tak habis tawaf dalam Siam Paragon ni. Selama 3 minggu di Bangkok, Siam Paragon lah kekerapan lawatan paling tinggi! Kalau anda lihat secara kasar memang macam tak ada apa yang menarik. Tapi cuba masuk department store belek satu-satu barang dalam tu, MashaAllah comel-comel kiut miut dan rare. Pergi naik 3rd floor (Auto city) & fifth floor (vip cinema experience). Jaw drops! Jangan lupa terjah masuk dalam Kinokuniya Store. Malas nak explain panjang-panjang sila pergi tengok sendiri. Hiks.
Cara ke sini: BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00

2. Terminal 21
Dibuka pada Oktober 2011. Satu-satunya shopping mall yang ada tema. Setiap aras mempunyai konsep dekorasi berbeza mengikut tema kota-kota yang terkenal di dunia. Dekorasi tidak terhad kepada ruang pameran sahaja. Tema merangkumi tandas lelaki dan perempuan. Masuk sahaja dalam Terminal 21 terasa sudah sampai ke 9 kota terkenal di dunia tetapi di bawah satu bumbung! Menarik bukan? Apa yang ada di Terminal 21? Ada jenama tempatan dan juga jenama antarabangsa. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Banyak yang rare items ada di sini.
Cara ke sini : BTS Skytrain(Asok Station) & MRT Subway(Sukhumvit Station)

3. MBK Center
Ma Boon Khrong Center atau popular dengan panggilan MBK. Confirm yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center. Apa yang menarik dalam ni? Hmmmm....barang-barang immitate seperti LV, Gucci, Prada dll banyaklah dalam ni. Barang untuk souvenirs pun boleh settle di sini. Harga boleh negotiable. Bestnya MBK ni sebab ada SURAU dan ada restoren halal yang terkenal di kalangan traveller Malaysia. Siapa tau? Ya, Yana Restaurant!
Cara ke sini : BTS Skytrain(Siam Station)Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm

4. Siam Discovery
Terus terang memang tak mampu nak shopping kat sini. Terlajak mahal barang-barang dalam ni. International dan Local Designer ada dalam Siam Discovery. Ada Issey Miyaki, Hugo Boss dll. Datang sini untuk cuci mata dengan dekorasi mall ni. Arkitek yang design Siam Discovery ni dari Jepun. Memang futuristik sangat!
Cara ke sini : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi : Isnin - Ahad 10 am - 10 pm

5. Chatuchak Weekend Market
Pasar TERbesar di Thailand dan TERbesar di Asia Tenggara malah merupakan antara pasar / market yang TERbesar di dunia. Pasar ini adalah tempat WAJIB singgah jika ke Bangkok! Pasar ini sangat TERkenal di kalangan kaki travel seluruh dunia, Asia Tenggara terutamanya. Ia adalah sebuah pasar MURAH & MERIAH yang menjual pelbagai barangan dari serata pelosok Thailand. Harga memang sangat berpatutan! Siapkan duit sebelum sampai ke sini. Memang berpeluh nak menahan nafsu membeli.
Cara ke sini : BTS Skytrain (Mo Chit Station) . Exit 1
Waktu operasi : Sabtu & Ahad SAHAJA
![]()
![]()

6. PLATINUM MALL
Kedai borong macam Kenanga. Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. Dipanggil Pratunam Shopping Centre juga kerana lokasinya di tengah area Pratunam 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Indoor version of Chatuchak Market. Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. Beli satu mahal. Beli tiga dan ke atas baru murah & berbaloi. So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Kalau tak cukup masa nak shopping jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Boleh solat jamak zohor dan asar di situ. Tips penting: Jangan lupa bawa cabin bag / troli bag.
Cara ke sini : Ratchathewi or Chidlom BTS Skytrain
Waktu operasi :10:00 - 22:00
7.Phetchaburi Soi 7
Ada Masjid Darul Aman di lorong ini. Belah pagi dan malam lorong Phetchaburi ini meriah dengan gerai-gerai makanan halal. Macam-macam ada. Street food halal boleh cari di sini. Nak tahu gerai tu halal atau tidak lihat pada lambang gerai. Kalau ada logo bulan bintang tu maknanya halal. Boleh tanya juga untuk mengesahkan. Suami and the gang suka sangat makan di Restoren Ali Selatan (berhadapan dengan Restoren Hayati). Sedap dan harga jauh lebih murah dari harga Yana. Bubur jagung di sini sedap sangat :D Owner & pekerja cakap Klate. Jarak dari BTS Skytrain (Ratchathewi Station) dalam 300m. Anda akan lalu depan Fareeda Restaurant sebelum sampai ke Phetchaburi Soi 7 (simpang pertama belah kanan).
Cara ke sini : Ratchathewi BTS Skytrain
Cara ke sini : Ratchathewi BTS Skytrain

8. Sea Life Bangkok Ocean World
Suka hidupan akuatik? Sinilah tempatnya! Dulu dikenali dengan Siam Ocean World. Dikatakan Aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 30 ribu jenis hidupan laut dalam Bangkok Ocean World. Nak tiket murah kena ada kad kredit, beli online & masuk lepas jam 5pm. Harga tiket 645 Baht. *convert sendiri ikut tukaran wang semasa* Menyelami kehidupan akuatik di sini senang-senang habis masa 2 ke 3 jam tanpa sedar. Yang bawa anak-anak jangan lupa datang sini! Terletak dalam Siam Paragon.
Cara ke sini : BTS Skytrain(Siam Station)
Waktu operasi :10:00 - 22:00

9. Royal Grand Palace
Apa yang ada di dalam ni? Temple of Emerald Buddha (juga dikenali sebagai Wat Phra Kaew), The Golden Stupa dan Mini Angkor Wat. Besar boleh tahan kawasan ni. Datang sini kena berpakaian sopan. Lelaki perlu berseluar panjang dan berlengan. Perempuan pun kena tutup aurat. Kalau tidak, silalah sewa pakaian yang disediakan. Tiket masuk 400 Baht.
Cara ke sini: 1. Naik BTS turun di Saphan Taksin2. Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
3. Orange Lines (Sabtu & Ahad), turun di N9 - Tha Chang
Waktu operasi : Setiap hari (8:30am to 3:30pm) kecuali ada perayaan atau sambutan diraja.

10. Wat Arun
Wat tu temple. Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร). Boleh ke nak sebut? Lebih mudah disebut Wat Arun je. Dikenali sebagai Temple of Dawn kerana ia memantulkan cahaya menarik menjelang waktu senja atau malam. Terjemahan Melayu jadi Kuil Fajar. Kebanyakkan binaannya bewarna putih kerana ada lapisan seramik dan porselin Cina diluarnya. Betul-betul ada di tepi Menam Chao Phraya ni. Usianya dah ratusan tahun. Tiket masuk 50 Baht
Cara ke sini : Naik boat turun di pier Tha Tien. Kemudian ada feri khas disediakan untuk ke seberang sana. Tambang ferry 3 baht.Waktu operasi : 08:00am -17:30pm

11. Bunga Matahari di Lop Buri
Bunga matahari sangat cantik! Kalau ke Bangkok hujung & awal tahun boleh pergi Lop Buri. Bunga matahari tengah berkembang mekar dan sangat gorgeous untuk dilihat. Lop Buri terletak 150km ke utara Bangkok. Perjalanan ke sana makan masa selama 3 jam menaiki keretapi dengan harga tiket 50 Baht sorang untuk Kelas 3 (Standee). Boleh duduk kalau ada seat kosong. Turun di Lop Buri naik pula taxi ke ladang bunga matahari.

My mission accomplished!