Quantcast
Channel: Azyyati Liah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 468

17 TIPS: Persediaan Sebelum Ke Korea Selatan

$
0
0

Annyeong haseyo 안녕하세요
Hello!

Inilah perkataan paling kerap diulang selama 11 hari di Korea Selatan. Excited bila boleh cakap bahasa kpop dengan orang korea. #jakun. Okeeh, syukurlah impian merasa Autumn di Seoul termakbul jua dengan izin-Nya. Baru je selesai 10 November arituh. Jadi, ini nak sharelah serba sedikit tips persediaan untuk traveller yang pertama kali terbang ke Korea Selatan. Moga-moga sedikit sebanyak membantu kembara musafir kalian deh. Semua rujukan diambil dari mr google juga.


1. Ada 4 Musim di KOREA SELATAN
Sejuk - Dec - Mac
Bunga - Mac - Mei
Panas - Julai - Ogos
Luruh - September - November . Peak foliage (minggu akhir Oktober & awal November). 


2. Join Korea Tourism Organization Malaysia
Daftar sebagai ahli Kaki Korea Club Member. Ikut program dan aktiviti mereka. Mereka sangat aktif! Banyak info kat sana. Nanti dapat T-Money percuma dan kupon diskaun. Oklah kan dari takda langsung. http://www.visitkorea.com.my/





3. Ambil Tahu Tentang Kadar Tukaran Mata Wang Korea Semasa
Tahun 2012 1000w - RM2.85
Tahun 2015 (November) 1000w - RM3.87
Begitu banyak bezanya. Wrong timing!


4. Budget Flight
Tiket return untuk 2 orang ke SEOUL berharga RM1598. RM1950 all in (seat, meal dan bag 20kg dan balik 25kg). Eh macam mahal plakk!! Dah book setahun lepas. Redha ajela. Tiket ke Jeju dengan Jeju Air harga 159,200W = RM566 utk 2 orang.


5. Budget Hotel
Day 1 & 4 Jeju stay di Yeha Guest House - 120,000W
Day 2 di Jeju Hiking Inn - 29,750W
Day 3 di Ilchulbong Tourist Hotel - RM230 
Namsan Guest House 3 di Seoul - 266,000W
The House Hostel Sokcho - 40,000W

Total: 455,750W (RM1,700) + RM230 = RM1,930


6. Bajet Untuk Pengangkutan Awam di Seoul
Perlu ada T-Money. Apa itu T-Money?
Macam Touch N Go untuk kegunaan Subway dan Bas di Seoul. Beli T-Money card dengan harga 2500W untuk setiap orang di 7Eleven, GS25, Family Mart. Top-up di machine yang disediakan di subway. T-Money refundable tapi perlu bayar 500w fee. Ada machine refundable di Subway. Jika baki dalam T-Money lebih 20,000W, pergi ke T-Money headquarters right outside Seoul Station, Exit #8 untuk dapatkan pulangan duit semula. Ataupun simpan untuk next trip sebab T-Money NEVER expires! Sila ripit Seoul cukupkan 4 musim!

TIP menggunakan T-Money;
1. Tap card di sensor setiap kali NAIK & TURUN bas; MASUK dan KELUAR subway. Kalau tak kena charge maksimum. 

2. Subway di Seoul seringkali perlukan anda transfer line. FREE up to 4 times.

3. Sesetengah teksi juga boleh dibayar guna T-Money. 

Berapa nak topup T-Money? Kami topup 30,000W seorang untuk 6 hari di Seoul. Minimum topup 1,000W. 




7. Bajet untuk WIFI atau SIMCARD

RENT POCKET Wifi - 8,800W setiap hari untuk servis 4G. Masa kami pergi ada diskaun. Jadi harga 7100W per day. Tapi kena caj 700,000W di card credit sebagai jaminan (banyak giler oiii). Reset  semula jika dipulangkan dalam keadaan elok dan sempurna. 

Memandangkan kiteorang stay 10 hari maka option paling sesuai adalah EG SIM CARD. Harga untuk 1G SIMCARD Nano 34,900W. Lebih dari cukup untuk kegunaan 10hari. Memang perlu internet akses ni. Risau masa kat Jeju je.

Option lain adalan Public WiFi yang percuma di sekitar Seoul.





8. Bajet Untuk Sewa Kereta di Jeju

https://www.lotterentacar.net/kor/main/index.do

1. Choose English. Daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun up to 60%. Pilih kenderaan untuk disewa (kaiteorang ambik Kia Morning sebab 2 orang je). Pilih Gasoline. Pilih lokasi untuk ambil dan hantar kereta. Masukkan No. International Driving Permit, ni optional jer. Pilih insurance cover. Jika berlaku accident, tidak perlu susah hati kerana semua ditanggung car rental servis. Pilih English GPS. Kiteorang try emel mintak Portable WIFI tapi jawapan balas yang diterima servis tersebut sudah tiada. Setelah berjaya akan dapat reservation list seperti ini. Tiada sebarang caj dikenakan untuk reservation.




Sampai sana, ambil no giliran dan bawa reservation list ke kaunter. Bayaran boleh guna KAD KREDIT sahaja. Tak boleh cash. Masa ambil kereta, check kondisi kereta. Gas kene FULL TANK. Nanti kita pulang balik kereta pun kene FULL TANK. Harga Gasoline: 1645W per liter. Jangan lupa siapkan duit minyak sekali dalam bajet!


Cara mohon International Driving Permit
Pergi JPJ bawa
1 keping gambar passport
1 salinan IC,
1salinan lesen memandu yang tarikh luput lebih dari 1 tahun.

Isi borang yang diberi pegawai JPJ. Then ambil no giliran.
Pergi kaunter dan serah borang & dokumen berkaitan. Bayaran RM150 untuk tempoh sah (1) tahun.




9. Just nak share TIPS yang dikongsi suami semasa memandu di Jeju :

1. Left-hand drive
2. Selalu ingatkan diri sendiri untuk drive lorong KANAN
3. Di roundabout, ikut lawan arah jam
4. Highway exit selalu belah KANAN
5. Di highway, LORONG LAJU lorong PALING KIRI, lorong SLOW lorong paling KANAN
6. Banyak speed camera, cuba ikut had kelajuan. GPS akan bising suruh kita slow. 
7. Kalau nak suruh kereta belakang jalan dulu pasang hazard light. Kalau pasang lampu signal, kadang-kadang orang akan tunggu belakang kita sebab ingat kita nak masuk simpang


10. Kiblat & waktu solat di Jeju & Seoul
Waktu di Seoul 1 jam lebih awal dari Malaysia. Download apps Muslim Pro untuk Qibla & Waktu Solat.

Qiblat di Jeju 286 degree
Qiblat di Seoul 285 degree





11. Bekalan Makanan
Jangan lupa bawa makanan extra dari Malaysia macam Brahims, Maggi, Roti Gardenia, Sardin, Ikan bilis tempe dan sebagainya. Sebab Korea seperti Hong Kong tidak strict tentang makanan. Harga makanan di Korea bila convert memang mahal! Sekali sekala bolehla cuba makan makanan Korea. Jika di makan di restoren atau kedai, plain water akan diberi percuma. Jadi tak perlu order air lain. Setiap menu yang kita order akan disertakan sekali 3 atau 4 jenis side dishes. Salah satu yang wajib ada ialah KIMCHI si kubis jeruk.


12. Persediaan Pakaian
Tengokla musim apa. Macam kami pergi dah late Autumn. Suhu cecah 10C. Dah le siap hujan berangin bagai. Kami pun jenis tak tahan sangat sejuk (Jari jemari siap pecah merekah menggerutu gitu) Jangan lupa bawa baju hujan (standby) dan pakai thermal wear. Sangat membantu mengekalkan haba badan dan mengurangkan kesejukkan. Thermal wear ada baju dan seluar (macam inner). Setakat ini KATHMANDU macam BEST! (Beli di Melbourne. Harga murah gile). UNIQLO thermal wear tidak membantu sangat. Masih juga kesejukan keketaran. GRRRRRR.


13. Jangan lupa bawa International Adapter

Benda terpenting nih. Korea guna 2-pin mata bulat seperti di bawah.


Kredit: Google


14. Beristinjak
Jangan lupa bawa wet tissue dan botol mineral kosong ke mana sahaja anda pergi. Siap2 letak dalam handbag. Senang untuk beristinjak.


15. Download Subwap APPS
Day 3  - Cheonjiyeon Waterfall -> Saeseom Island Saeyeongyo Bridge -> Checked-out Jeju Hiking Inn -> Mount Hallasan (Yeongsil Trail) -> Oedolgae Rock -> Sangumburi Crater -> Checked-in Ilchulbong Tourist Hotel

Day 4  - Seongsan Sunrise Park -> Udo Island -> Manjanggul Cave -> Woljeongri Beach -> Checked-in Yeha Guest House

Day 5  - Yongduam Rock -> Mysterious Road -> Checked-out Yeha -> Jeju International Aiport -> GIMPO Airport -> Checked-in Namsan Guest House 3 (NGH3) -> Namsan Park & Tower -> Myeong-dong

17. Breakdown Itinerary di  Seoul

Day 6  - Checked-out NGH3 -> Nami Island -> Petite France -> Morning Calm Abreratum -> Gapyeong Bus Terminal -> SOKCHO -> Checked-in The House Hostel

Day 7  - Yeonggeumjeong Sunrise Pavillion -> Blue Bridge & Pink Bridge -> Abai Village -> Checked-out The House Hostel -> Mount Seoraksan National Park -> Checked-in NGH3 -> Myeong-dong

Day 8  - Everland -> Myeong-dong

Day 9  - Changdeokgung Palace -> Insa-dong -> Ssamziegil Mall -> Itaewon -> Seoul Grand Mosque -> Myeong-dong

Day 10  - Namdaemun Market -> E-Lengdang -> Ewha Women University -> Doota Mall Dongdaemun -> Dongdaemun Design Plaza (DDP) -> LED Rose Garden -> Seoul Lantern Festival -> Myeong-dong

Day 11  - Fly back to KL. Flight early in the morning.

Nota: Jangan lupa setiap tempat atau maklumat-maklumat penting print juga dalam bahasa Hangul. Senang nak tanya orang nanti, walaupun umpama bercakap ayam dengan itik. At least kita boleh bertanya kan!

Selamat bercuti ke Jeju & Seoul =)

To be continued...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 468